Wednesday, August 11, 2010

~ Merdeka, Merdeka, Merdeka~

Salam semua dan selamat berpuasa

Agak-agak keadaan sekarang cmane dah. Maklumlh hari pertama puasa. Kot2 ade yg longlai dah pepagi nih. Tapi aku tetap bersemangat menjalani iabadah puasa ni. Bile tgk ke luar tingkap, cuaca mendung dan terasa suasana yg begitu mendamaikan jiwa aku.


Urm, hari ni dah siap buku aturcara untuk Hari Sambutan Kemerdekaan kt sekolah aku walaupun sambutan akan dibuat pada 30 Ogos, tapi aku siapkan lah tugas aku yg ni. Nati tak de lah aku kalut-malut(ade ke kata ganda cmnih) nati. So, yang sedang membaca ni tau tak kita ni dah sambut kemerdekaan kali ke berapa? Ha, tak tau lah tu.(aku ni pun kalo tak terlinat dlm AJK sambutan hari kemerdekaan ni, blm tentu aku tahu.heheh). Untuk pengetahuan semua, kemerdekaan kali ni merupakan kali ke-53 dan tema tahun ini pula 1Malaysia Menjana Transformasi. Untuk lagu tema tahun ni, aku masih tak jumpa lagi lagu apa. Atau kemungkinan akan guna lagu Satu Malaysia tu. Mana yang tak tahu lagu Satu Malaysia tu, ni ha aku ltak cni. Dgrlh berpuluh kali pun, aku xmrh, sbb bkn aku yang nyanyi pun.hihii.



Tapi yang pasti kat sekolah aku tahun ini akan nyanyi 3 buah lagu, iaitu Lagu Tema, Lagu Jalur Gemilang



dan Lagu 31 Ogos.


Lagu Negaraku dan lagu negeri semestinya akan dinyanyikan.


Jangan pula kita excited nak sambut kemerdekaan sbb nak nyanyi jew. Kalo nak nyanyi jew, dlm bilik air pun boleh nyanyi. Hayatilah kemerdekaan kali ini dengan mengimbas kembali jasa pejuang-pejuang tanah air yang berjaya mempertahankan tanahair kita ini daripada terus dijajah. Walaupun tanahair kita bebas daripada jajahan org luar, tapi, jangan biarkan minda dan pemikiran kita terus dijajah dgn unsur2 negatif. Memang jelas kita lihat sejak akhir-akhir ini, minda dan pemikiran kita telah dijajah dengan perkara yang tidak bermoral. Bangkitlah bangsa ku, perjuangkan agama kita, negara kita dan diri kita. Jangan kita bersenang-lenang dan terleka dengan kesenangan yang kita kecapi sekarang. Berjuanglah hingga ke titisan darah. Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...