Bertuahnya saya punya seorang jiran yang sangat baik even beliau bukan warganegara. Asalnya dari Pakistan, si suami bekerja sebagai doktor, si isteri (kak jemi) suri rumah dan kadang-kadang menjahit, ada dua anak dara yang cun melecun (sampai menarik perhatian kawan-kawan en.suami) dan seorang anak teruna. Si isteri dan si anak sangat fasih berbahasa melayu, hurm, cukup mengagumkan. Si suami lebih prefer berbahasa inggeris. Mula tergeliat lidah saya nak bercakap dengan si suami tu.
Sebelum masuk rumah ni, waktu tengah basuh, cuci mencuci rumah, kak jemi dah sering hantar-hantar makanan. Sudah pasti makanan yang diberi adalah makanan dari negara mereka. Saya ni, agak kurang dengan makanan yang berempah, tapi encik suami saya sangat suka. Suami penggemar makanan macam ala-ala mamak. Pokok kata, seminggu tak pekena kedai mamak duduk tak senang macam kucing nak beranak. hihihi..
Bila dah masuk rumah, boleh dikata setiap minggu pasti sekali akan dihantar makanan, Dah diberinya nasi bukhari, nasi beriani, nasi arab berserta lauk-lauknya sekali. Jenuh saya nak membalasnya. Sebab saya tersangat kurang memasak sejak akhir-akhir ni. Banyak makan kedai dan tapau sahaja. So, bila nak hantar pinggan mangkuk jiran, saya buat simple-simple je like bubur, puding, kalau tak sempat pun saya beli je kek gulung, potong-potong dan hantar. Ohw, sangat malas saya ni kan. Bila cite kat mak, berkarung-karung mak membebel.
Kalau ikut kak jemi, disuruhnya saya hantar pinggan kosong. sebab dia sedia tahu saya kurang memasak. Mak aii, malu la saya kalo berantar pinggan kosong. Sekali-sekali waktu free saya duk melepak kat umah dia, tengok dia jahit tudung. dan saya pun pernah hantar tempahan baju kurung moden. Bila baju dah siap, tengok-tengok bermanik pula di baju saya tu. Kak jemi cakap itu hadiah untuk saya, dia ambik upah jahit saja.
pernah juga saya hantar tudung saya yg rosak awning nya, kak jemi tak ambik upah even tudung yang dihantar sampai tiga helai. Katanya lagi hadiah untuk saya. Saya pun dah naik malu dengan kak jemi. Dan malam tadi pula, Kak jemi bagi saya sepasang Punjabi yang dijahit khas untuk saya. Tak tahu saya nak cakap apa, cukup baik jiran saya tu. Saya pun dah rasa segan sangat dengan dia. En. suami sibuk duk berkira-kira nak berbalas la..nak bagi kain batik untuk kak Jemi. Tegelak besar saya dengan cadangan en suami tu. Sangat lucu suami saya.
Petang ni pula saya gagahkan diri buat nasi lemak dan sambil bilis. Yeay, berjaya dan memang lulus dengan cemerlang untuk buat bisnes nasi lemak saya tu (sila jangan jealous ok, itu KENYATAAN o,O). Dan memang masak berlebih-lebih untuk hantar pada jiran sebelah.
* Alhamdulillah diberi jiran yang begitu baik.