Saturday, April 30, 2011

Bila aku tanpa kamu,

Karya yg i tulis ini adalah yg terlintas dengan spontan di dalam fikiran i skrg. Sesaja i mengisi masa terluang tanpa en.suami di rumah ini :

Bila tuntutan kerjamu memanggil mu, ku ditinggalkan bersendirian tanpa kamu. tp ku tahu itulah tuntutan kerjamu yang menjadi punca rezeki untuk aku dan kamu. Dan tika ini bila ku bersendirian  Hatiku mula gelisah, perasaan takut mula mengaburi kalbu,  telingaku mula aktif mendengar dan mengamati setiap bunyi dalam rumahku, mulut ku kini terkunci bisu dan hanya jari bersua dibutang lappyku, mata ku bersilih ganti menatap lappy dan samsungmu yang satu. Aku sunyi tanpa kamu. Memang ku sedar betapa pentingnya kau di disisiku. Gurauanmu sering mencuit hatiku. Paling kau suka mengejekku dan mengusikku adalah kaki ku nan satu yang hitam dan kelabu. Hahahahah..

Tapi ku tak kisah kerna tapak kakimu lagi menggerutu tajam merosakkan karpetku. Itulah kamu. Dan paling ku rindu adalah bunyi kentutmu boommu yg selalu mengundang gelak besarku. Letupan boom mu selalu menghala ke arah diriku. Nasib la tak de bau. Lantas dengan itu, lenganmu lebam terkena cubitanku. Itulah aku tanpa kamu disisiku. Sentiasa mengingati tingkah laku, Sentiasa merinduimu di setiap saat dan waktu. Walau sebentar tadi, waktu rehatmu kau keluar dari tempat kerjamu untuk dating di kedai mamak bersama ku.Dan sesungguhnya ketahuilah betapa aku sayang dan cinta padamu. Kau lah raja dihatiku. 

:: sorry en.hubby if karya ini mengundang rase tidak senang dihatimu. Tapi yg pasti, kau tahu yg aku sentiasa menyayangimu. ;)

Wednesday, April 27, 2011

Obesiti Kanak-kanak

Assalamualaikum...

Hum, sebelum nak melelapkan mata ni, sambil duk melayan Soal Jawab kat tv3.,  terus je i dapat idea utk update entri ni. Hehe.. Wah, nampaknya masih belum reda dengan isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Tapi merujuk kepada tajuk-tajuk berita di akhbar, rata-rata menyatakan kantin sekolah menjadi punca berlakunya obesiti dalam kalangan kanak-kanak. So, apa pendapat kamu semua?

Pada pandangan aku je la, banyak faktor yang menyebabkan perkaranya ni berlaku. Kantin Bukan sepenuhnya menjadi penyebabnya. Sebenarnya, pada saya kesedaran kepada para kanak-kanak adalah tunjung utama dalam mengatasi masalah ini. Kesedaran ini perlu bermula daripada semua pihak seperti ibu bapa, masyarakat, badan kerajaan dan bukan kerajaan dan lain-lain. Kanak-kanak ini perlu diterap dengan cara pemakanan sihat, menyedarkan mereka tentang kesan yang berlaku sekiranya makanan yang tidak berkhasiat  like jajan, burger, sosej, nuget,dan sebagainya diambil secara berlebihan. 

Selain itu, ibu bapa perlu bijak dalam mengawal dan memantau pemakanan anak-anak, cara pemakanan yang diamalkan di rumah disusuli dengan didikan di sekolah agar kesedaran ini diberi secara berterusan bagi memberikan kesan yang lebih positif kepada pelajar. 

Selain itu juga, aktiviti bersukan perlu ditingkatkan. Jika dilihat rata-rata sekarang kanak-kanak lebih cenderung kepada "games" di komputer dan juga PSP or PS1, PS2 dan sebagainya. Itu juga merupakan punca berlakunya obesiti selain daripada pemakanan. Apa jua pun, disimpulkan sampai mati, kerjasama daripada semua pihak perlu diperkukuhkan bukan hanya menunding jari antara satu sama lain. Sekian.

~ sdg berfikir, siapalah yg akn jd pemantau makanan di kantin sekolah nanti..erk????....

Sweet Sour

Assalamualaikum semua..

ha, mlm ni nak share malam tadi punya cerita. Apa da, kalo jadi reporter sah-sah awal-awal lagi dah kena reject. Cite dah basi baru nak update. klako la. tapi tak kira, nak cite jugak.

Bukan apa, sayang-sayang ku sekalian, i ni terlebih excited bile berjaya menghasilkan masakan yang tak pernah aku buat. First buat, terus meletop-letop bestnyer. hek eleh, angkat bakul sendiri lak. yelah, kalu korang aku tak puji, sapa yang nak puji kan.Hanya pujian dari en.suamilh yg buat diri ini berada di ambang angin perasan. sila tampar pipi saya.asyik nk bangga diri je.

malam tadi i berjaya hasilkan ikan bawal masak sweet sour. ehek, itu pun nak kecoh kan. tapi Meletop beb (perasan lagi, sila  bagi penampar kapit). Tak pe, tak kira korang nak bace ke tak, aku nak gak share resipi tu yg aku dapat daripada mak cik aku.
1. kamu-kamu sila goreng ikan yang dah dilumurkan kunyit dan garam. goreng kasi garing yer. Dan asingkan.
2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, biarkn bawang tersebut sedikit kekuningan, 
3. masukkan bawang besar di potong dadu, bawang putih, halia dan cili yang telah dipotong. goreng seketika
4. masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos masam manis dan sedikit kicap. 
5. masukkan sedikit air, gula, garam dan tok aji (sekiranya mahu)
6. kemudian masukkan nenas (tin) yang telah disejat airnya. dan biarkan ianya mendidih dan masukkan ikan yg digoreng tadi.
7. Apalagi yang ditunggu, boleh le makannya. 

Makan punya makan bersama en.suami, bila tinggal tulang je,baru tepuk dahi, aku lupa nak snap pic. So, tak de pic la nk share ngn korang. heheh.sekian terima kasih.

Monday, April 25, 2011

Moga dibukakan Pintu Hatinya,

Assalamualaikum frenz, hari ni aku nak sharing tentang perasaan riang gembira di hati aku ni. So, jom layan.

Masa study dulu, i have frenz from sarawak and she is Free Thinker. Kiranya dia tu salah seorang daripada 5 geng dalam group assngment aku dan memang ke mana-mana pun kami selalu bersama. Memang kami berkawan dari Semester 1 hinggalah tamatnya belajar (4 tahun). Dan perhubungan itu, tidak sampai di situ saja. Kami masih berhubung dan sering kali juga berjumpa sebab sekarang, dia dah jadi orang satu daerah dengan aku. 

Seingat aku hari pertama bulan puasa tahun 2009, dia call aku and say her name is Nur Addinni. Waktu tu aku kat sekolah, mase berita gumbira itu disampaikan, aku terduduk dan menangis. Dan wkatu tu juga aku tak tau dah nak cakap apa. Rase sangat bersyukur kepada Ilahi kerana telah mendengar doa aku untuk dibukakan pintu hatinya memeluk islam.

Semasa berkawan dengannya, aku Nampak dia agak cenderung untuk kenali islam. Pada semester 3, aku pernah suara kan perkara tu.  Dengan nada yang agak kurang senang, dia nyatakan yang dia tak akan convert mana-mana agama dan family nya juga tak akan terima perkara tersebut. So, after that’s aku dah tak pernah tanyakan perkara tu. Then bila aku perhati kan dia, sewaktu dua semester terakhir (2007-2008) ,dia semakin banyak mengetahui tentang islam dan mula belajar menulis tulisan jawi dan mengenali huruf jawi, mula berpuasa dan kami sering ke bazar ramadhan bersama, dia juga sudah boleh menghafal doa-doa yang mudah seperti doa makan, doa masuk tandas, doa keluar rumah dan sebagainya.

After dia memeluk islam, kali pertama aku jumpanya di besut dan sekali lagi aku menitiskan air mata melihat perubahan yang ketara darinya. dia bertudung litup dengan pakaian yang sangat sopan . dia tersangatlah berubah kerana dulu dia agak kasar dan lasak orangnya. Kalau bukan orang lasak, takkan dia di anugerahkan Leftenan Muda setelah dengan jayanya menamatkan kursus PALAPES di universiti.

Dan hari ini pula aku mendapat berita yang kurang sama di mana salah seorang lagi  kawan aku, kini mula belajar mengenali islam. Mula menghadiri kelas-kelas agama. Aku berasa sangat terharu dan aku juga mendoakan semoga Allah membukakan hatinya untuk terus menerima Islam dan menjadi sebahagian daripada saudara seagama denganku. Sehingga entri ni hampir  sampai ke hujungnya, hati ku ini masih berbunga-bunga gembira dan bersyukur.Sekian

~ sekarang sedang berfikir-fikir nak belikan dia tudung dan baju sembahyang.

Thursday, April 21, 2011

Terkena bang beng boom

Oh nasib hari ini, tipah tertipu weh. Hari ni aku terkena dengan blogger terkenal. Sape lagi kalo bukan abg BEN ASHAARI. Ok kawan-kawan releks ya, ini bukan terkena minyak dagu ok, ni terkena sebab silap diri sendiri.

Buka je FB, tertengok abg ben postkan tajuk entrinya  "Blog Paling Menyampah Aku Nak Masuk". So, i yang terhegeh-hengeh nak tahu blog sapa yang abg ben menyampah tu, terus je lah menggatal tangan ni klik kt bawah entrinya tu. Iyelah, komennye untuk blog tu memang dasyat. Pedas beb. Aku ni mula perasan, kot-kot blog aku yg dia menyampah tu.heheheh...

So, bila klik aje., ha ambik kau, aku tersenyum sendiri. adehhhh...Itulah , padan muka aku kan sibuk je nak menyebok tepi kain orang. Kah3. So, kalo korang nak tahu blog sapa abg ben tu menyampah sangat. Sila lah ke sana. jom klik

Cuba Timbang Berat Blog Kamu

Ok, kawan-kawan sekalian, jom beramai-ramai kita gi timbang blog kita. Jangan igt nak timbang berat badan je. Kalu bab berat badan tu, hari-hari kamu-kamu "rukah (bhs kelate) a.k.a panjat "atas alat penimbang tu. Itulah makanya penimbang tu tak sampai setahun dah boleh campak dalam tong sampah. Betul ke idok nih. Ke aku je cam gitu, Asal g pasaraya je, nampak penimbang tercegat hensem di tepi tiang sure aku akan meraba-raba dalam poket or handbag aku untuk cari duit syiling. Bak kata laki aku, tak cukup lagi ke duk menimbang kt rumah tu???huk.

Ok-ok, berbalik pada tajuk entri tu, Blog pun boleh ditimbang tau. So, lepas timbang, kamu-kamu semua boleh tahu la kamu punye blog tu obesiti ke tak. Ajaib tak?. berat blog adalah sangat sesuai sekiranya ianya tidak melebihi 100 kb dan bersesuaian dengan rata-ratanya pengguna internet skrg menggunakan broadband. Bila blog terlalu berat, maka masa yang lama di ambil untuk blog loading. So, tak sempat blog tu nak loading, orang dah klik tanda pangkah kat atas tu. Sure orang tak akan menunggu sekiranya blog anda mengambil masa yang lama untuk loading.

Aku dah timbang blog aku. Dan memang gayanya blog aku tu dah obesiti. So, aku dah mencuba untuk meringankan blog aku dengan mengurangkan paparan blog di depan daripada 7 paparan kepada empat paparan sahaja. Dan gadjet-gadjet di tepi pun aku kurangkan supaya blog aku ni lebih ringan.

So, if korang nak tahu camane nak timbang tu, pergi saja ke CARA TIMBANG BERAT BLOG dan di sana juga dia berikan cara-cara untuk korang ringankan blog korang. Ok sekian, Selamat menimbang blog anda dan semoga blog anda tidak obesiti seperti blog saya. Huuuu...

Wednesday, April 20, 2011

Boleh Jatuh bijik Mata nih

Assalamualaikum semua..Huh, terbeliak bijik mata bile jeling kat blog list dan tengok sorang kawan aku nih punya tajuk entri. Tanpa lengahkan masa, terus je klik bace entri dulu walaupun waktu tu aku nak g makan. Ha, tengok, betapa tajuk entri nye tu menyentap hati aku untuk membacanya. 


Dah kahwin tapi masih dara? Macam mana caranya? 

Kalau korang nak tahu. Pergilah terjah blog Pn.Diela Zaimi tu. Hahahahahaha

Saturday, April 16, 2011

SmS oh Sms

Wah, zaman semakin moden, sms pun dah moden. Memang sms tu dah kira moden la berbanding zaman dahulu kala. Apalagi yang moden selain sms bila nak sampaikn sesuatu dgn cepat selain call, email or chatting. 

Tapi, bila dah terlampau moden ni, aku yang dibesarkan di zaman era komedenan pun dah merangkak-rangkak bace sms. Dasyat gile, bace sms sambil merangkak. Hohoho, ini bukan merangkak ala-ala baby ok. Ini merangkak a.k.a macam orang baru nak kenal A...B...C...

Tak tau lah korang pernah tak alami masalah aku alami ni. Bila bace sms tu naik geram pun ada. Terlampau ringkas sgt. Huhu, atau aku yang ketinggalan bab2 short form sms ni... antara sms yg penah aku dpt :

1. " ticer, sy ta au na uat apa la skunk nih, boy ink ngt duk umh"

2. ''wey, ary ni leh ta ko bik aq.if ta le, sms aq lek, aq de cls jap ag"

Byk kali gak aku dpt sms yg sukar utk dibaca. Last2 aku call balik tanya apa yg dia cakap tu. Ini antr contoh yg aku igt la. Bukan tak leh bace, blh, tapi merangkak juga nk menghabiskannya tambah2 bila sms tu pnjng dan menjelaskan sesuatu. Naik pening membacanya. sekian...

Monday, April 11, 2011

~ Beretikakah kamu???~

Assalamualaikum....

Ewah, tajuk entri, bukan main skema dak? Maklumlah penulis entri pun lebih kurang je ngan tajuk tu. eceh, ni kira memuji diri ke mengejek diri nih...huhuhu...

Ok3, kita straight to the point ler ye, nak tanya, kome-kome semua la ye, takut ke kome kalo ade orang cakap kome tu skema? eh.., eh..,eh..., apa udoh jadi ngn teman ni, b'loghat pherok le pule. Ni jangkit ngan Ucop wilcha la nih. Ha, balik pada soalan tadi, takut ke idak kome ye kalo ade orang cakap kome tu skema?

Pada teman la ye, teman tak takut, tapi ayat "kau ni skemalah.." sering menghantui fikiran teman bila berada di situasi yg memerlukan teman ni beretika.

Situasi pertama lah ye, pernah tak kome langgar lampu isyarat untuk pejalan kaki melintas? Situasi ni biasanya kat area berdekatan sekolah. Waktu tu, maybe dah lepas waktu sekolah, atau musim cuti sekolah. Lampu isyarat merah, tapi tak de sesapa pun disebelah kiri dan kanan kome untuk melintas, so apa yg kome semua buat? Buat dek je dan dengan tak malu teruskan perjalanan atau berhenti dan menunggu sehingga lampu hijau (alahai bapak skema dak..kih3)

Dulu satu ketika (ayt skema lagi), pernah aku stop time lmpu merah then xde sesapa pun di sebelah kiri dan kanan. So, kawan sebelah aku tu, mula gelisah dan bersuara :
"hey ko nih, skema nk mampus la..."

Aku tanpa suara hanya tunjuk lampu pd isyarat tu. Dan sejak hri tu, ayat2 tu selalu menghantui fikiran aku. Kadang-kadang aku stop, kadang-kadang aku terus je. Nak dijadikan cerita pada suatu hari la, bila baik je aku stop kt line putih tu, aku negok kiri kanan xde orang, then ade sebuah je kereta bertentangan aku...dan kereta tu terus je. jalan.. So, dalam otak aku nih duk fikir, nak jalan ke tak, kang tak jalan kena hon.

So, kereta belakang dah hon, aku dengan lemah lembut menekan pedal minyak ... tetiba, zuppppssss datang sebijik moto melintas depan aku. Wah, memang rasa nak tercabut la jantung aku ni. Terkejut beb. Nasib baik aku sempat brek. kalo dak, sure jatuh dah orang tu kt tengah-tengah jalan tu. Dan orang yg bawak moto tu pun terkejut, bengang, marah dan sempat tunjuk isyarat tangan kat aku. Korang faham la apa isyarat yg dia tunjuk tu. Waktu tu aku rasa kalo korang bagi aku penampar kapit pun aku dah tak rase sakit dah.

Dan sejak tu, aku tak kira walau xde kelibat sesapa pun di kiri dan kanan jalan dan orang belakang hon beratus kali pun, aku tetap dengan pendirian aku MERAH UNTUK BERHENTI. Dan kalo pas ni korang nampak pempuan yang comel2 dengan kereta merahnya yang smart, duk menunggu lampu isyarat orang melintas tu bertukar hijau (eceh, macam power rangers la), nampak skema, sopan..aku la kot tu. kih3. So, aku dah berubah, korang lak camane????

Tuesday, April 5, 2011

~ Sedapnyer...~

Assalamualaikum kawan-kawan... Ha, u alls buat apa petang-petang hari yang panas nih. Humm, cuaca sekarang sangatlah tidak menentu kan??. Nampak gaya sekarang ni dah masuk musim panas.

Bestnyer la dak kalu dapat layan ini semua time-time panas nih.

Layan apa tu?????jeng, jeng, jeng......


= + = + = + =



= + = + = +


+ = JeNg, jEng , Jeng = +


= + = +


++ Iniii...++







Eskrem Paddle Pop...wow, i like...




+ = atau ini= +



huih, bapak tinggi ABC nih
(grabbed frm google)




wah, cendol..sedap juga ye....lg best kalu pekena cendol pulut.. syruuup... meleleh beb...





Dan air kelapa...wah, tak tahan lagi...
aku mesti kuar beli air kelapa gerai kak liza dpn umah aku tu.
sebolehnya semua yg di atas ingin ku nikmati (mak ai tamak benor kau su),

tapi paling senang untuk aku dpt, cepat...adalh air kelapa tu.
ok2, aku out dulu, dan akan terpacak depan gerai kak liza
daaaaaaaa....*wink wink






Friday, April 1, 2011

~ Kata-kata Mu ~

Assalamualaikum…..Sungguh tak kusangka kisah lama membuatkan si kawan aku ni marahkan aku. Opss, macam kesalahan besar je yang aku buatkan. Ye, memang besar. Ish-ish, kesian kan aku ni. Apalah kesalahan aku tu pada dia siap dia post kat wall FB dia, “tolonglah..tolong jangan igtkan aku tentang dia..” eceh, macam tajuk lagu Ana Rafali lah pulak. Kamu nak tahu ke apa kesalahan aku tu.??.Ok2, sabor, nak cerita la ni.

Alkisahnya, mlm tadi aku sempat b’chating dgn dia di FB. Aku bagitau dia, aku terserempak dgn kami punya jurulatih kawad kaki di Shah Alam. Aku telah membuatkan dia teringat kembali zaman sekolah rendah dulu. Time tu kami darjah 5. Dua minggu jurulatih tu melatih kami untuk hadiri pertandingan kawad kaki. Untuk pengetahuan kamu, jurulatih tu muda remaja lg,waktu tu dia tengah tunggu result SPM.

Aku tak sangka dia begitu marah dengan jurulatih tu. Sampai sekarang pn dia masih ingat kata-kata yang jurulatih tu. Kawan aku tu, suka letak tangan kt atas kepala, so, jurulatih tu cakap “ org yg suka letak tgn kt ats kepala, tandanya dia sangat lembab, kedekut, lurus cam sudip dan bodoh macam pak pandir la’. Sejak peristiwa tu, kawan aku tu terus tak hadir untuk latihan.

Seingat aku dulu alasan dia tarik diri adalah sebab mak dia tak bagi dia aktif berkawad. Rupa-rupanya sekarang baru aku tahu kenapa dia tarik diri dalam berkawad tu (disebabkan kata-kata tu). Walaupun jurulatih tu tak menyebut nama kawan aku tu, tapi dia tahu, aku tahu dan kawan-kawan lain tahu siapa yang suka letak tangan kt atas kepala tu.

Dan paling aku gerun bila dia cakap, “aku sakit hati sangat su, bila aku igt balik apa dia cakap tu. Aku rase sampai mati pun aku tak kan lupa kata-kata tu. Tapi mungkin juga kata-kata dia tu buat aku jd cmani skrg. Tapi mmg su, aku tak leh nak lupa kata-kata tu, sungguh aku sakit hati walau dia tak sebut nama aku” .

Nauzubillah,moga-moga aku tidak melukakan hati org lain seperti apa yg kawan aku rase tu. See..kawan-kawan. Siapa sangka waktu tu umur 11 tahun, masih belum matang lagi, tapi kata-kata tu cukup terguris kat hatinya hingga skrg kata-kata tu diingati dan dikenang. Tapi pada dia juga, mungkin kata-kata tu buat dia jadi seperti sekarang. Seorang akauntan di Bank Negara (manatau nanti dilantik jd Gabenor Bank lak..aku doakan kau my dear)

So, kisah ini mengingatkan aku supaya lebih berhati-hati dalam bercakap, dalam melahirkan rasa marah dan sebagainya. Mungkin pada kita benda tu kecil, dan pada orang lain perkara tu sangat besar, mengguriskan hatinya. Walhal sekali kdg2 tindakan kita pun boleh buat orang terguris, apatah lagi dengan kata-kata. Jadi berdoalah dan bermohonlah agar kesilapan yang kita buat tanpa kita sedari tu diampunkan oleh-Nya. Itulah yang diunjurkan dalam islam, berdoa, pohonlah kemaafan dan salinglah kita sentiasa bermaafan antara kita. Sekian untuk hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...