Showing posts with label SENSE. Show all posts
Showing posts with label SENSE. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Ovarian Drilling: Tak lalu makan saya dibuatnya..haishh!!

Mengikut perjanjian, entri ini ditulis tentang keputusan Fallicular Tracking semalam. Semalam merupakan hari ke-13 period saya. Tracking dilakukan untuk melihat dan mengukur saiz folikel. Tapi tersangatlah hampa, bila saiz folikel tu hanya 7.8 mm. Sebelum ni, saya dah buat tracking pada hari ke-11, saiz folikel waktu tu hanya 6.2mm. Mengikut kata doktor, saiz yang ideal ialah 18mm. 

Dalam hati saya rasa sangat sedih. Terfikir, jauh lagi folikel saya nak ke 18mm. Untuk dua hari, pembesaran folikel tu hanya 1.4 mm sahaja.  Doktor mungkin perasan perubahan muka saya waktu tu. Doktor masih bagi harapan, minta saya sentiasa "bersama" suami. Walau pada saya harapan tersebut tersangat la tipis. Tapi saya perlu berusaha,  itu semua kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa. Bila disebutNya "kun fayakun" maka terjadilah apa yang Dia tentukan.

Doktor bagi suggestion pada saya untuk buat Laparoskopi untuk checking tiub fallopio. Tapi, untuk bulan ni, doktor tambahkan dos clomid daripada makan 2 biji kepada 3 biji. Dan sekiranya dengan jumlah clomid tersebut, masih tidak memberi apa-apa effect kepada folikel saya, doktor cadangkan laparoskopi dijalankan kerana berkemungkinan saya punya kilang telur terlalu tebal atau keras atau juga tiub fallopio saya tersumbat, so doktor akan drill sedikit untuk bagi ruang pada folikel untuk membesar. Terkedu saya dengan cadangan doktor. Bermacam-macam perasaan yang ada dlm kepala, takut, macam tak percaya saya ada masalah sebegitu, sedih, dan sebagainya lah. 

Doktor tenangkan saya lagi, katanya jika pihak perempuan yang bermasalah, banyak lagi cara yang boleh dilakukan, akan tetapi sekiranya pihak lelaki yang bermasalah, perkara tersebut sangat susah diatasi. Saya lega sebab suami tak ada sebarang masalah, Yang bermasalah sekarang adalah saya. Saya cukup sedih sebab saya berharap sangat bila dah makan clomid, mengurut, ada rezeki saya bulan ini untuk preggy. Lantas dapat bagi hadiah anniversary 10 Jun ni buat suami. Namun, rezeki belum berpihak kepada saya. Saya perlu kuatkan semangat untuk teruskan hari-hari dengan penantian yang akan datang. Kadang-kadang terasa juga dirinya macam tidak sempurna sebagai seorang wanita. Uh, feelingnya saya kan. Nevermind, i'm ok. 

Bila call en.suami, bagitahu pasal ni dia mula risau. Sekejap-sekejap dia sms saya "syg ok?" . Mungkn dia dah faham benar bini ni lenjanya terlebih sikit. Sikit-sikit nak nangis. Tapi kali ni saya rasa saya sangat lah tabah. Hahaha. Dah kerap sangat dia bertanya cmtu  saya reply "syg ok..abg yg x ok tu..kalut sangat, tunggu je after tambah clomid ni dlu.."

Saya tak tunjuk kerisauan saya pada en.suami. Tapi saya dah mula bertanya pada kawan-kawan tentang perkara ni. Bertanya pada Diela yg pernah lalui proses ini, buat saya sedikit tenang. Saya mula menggoogle maklumat tentang kos, pakar yang terbaik untuk buat laparoskopi ni. Tapi serius la, after jumpa doktor semalam, memang saya tak berselera pun nak makan. Itu semalam, hari ni sambil-sambil nak menyudahkan entri ni saya dah bantai 4 biji tepung pelita. hahaha. 

Tak pe kawan-kawan, kita tengok pula next month macam mana after tambah dos clomid tu. Doakan saya berjaya. Tak perlu la saya drill2 nih. heheh...takut weh..sekian. 

*berfikir-fikir nak cakap kat mak ngan abah..tapi tunggu bulan dpn dlu la..




Monday, September 26, 2011

Cerita Bersambung

Oklah..sambung entri hari tu.Sebenarnya malas dah nak menulis. Sebab dah janji terpaksa jugak tulisnya.

Jom sambung cerita hari tu. Dah abih makan-makan, perut dah kenyang, saya dan suami mula minta diri dulu sebab lepas tu kami nak menghala ke shah alam dan klang. Ade dua lagi rumah yang perlu dituju.

So, bila dah turun bawah, tetiba hujan turun dengan lebatnya. Sah-sah kami tak de payung. Dan ade lah sekumpulan budak-budak tengah bermain kat parking motor. Kami pandang diaorang, dan diaorang pandang kami. Tetiba laju je mulut saya ni bersuara “dik, ade payung tak?”
Budak tu tersengih, “ade, kat rumah, akak tunggu jap ye”
Suami aku bertanya “rumah kat mana”
Budak (sebab xtau nama) : tingkat 8 bang.
Suami : eh, tak payah lah dik.
Budak : tak pe bang.
Suami : tak payah la...

Tapi budak tu buat tak tahu je sambil tekan butang lift. Mungkin lama menunggu pintu lift terbuka, dia berlari menaiki tangga. Saya menjerit, ”dik, tak payah la..ujan dah nak reda sikit ni”. Dan dia juga menjerit ”akak tggu je.”

Dalam 5-6 minit menunggu, saya terdengar ade orang berlari-lari turun dari tangga. Dan terdengar juga pintu lift terbuka. Dan budak lelaki tu berlari dari tangga menuju kepada saya, dan saya sempat melihat dia menyapa budak perempuan keluar dari pintu lift yang juga membawa payung ”hahaha, aku sampai dulu”.

Dan saya bertanya, siapa budak perempuan tu, dia cakap itu kakaknya. Kira siapa cepat akan bagi payung tu dulu pada aku dan suami. Sempat lagi dia menyuruh kakaknya membawa payung untuk kami. Wah, saya sungguh kagum dengan sikap budak lelaki tersebut yang baru berumur 9 tahun dan kakaknya 11 tahun.

So, after dia hantar kami ke kereta dalam hujan lebat tu, suami menghulurkan ‘angpau’ padanya. Sampai ke sudah kedua-duanya tak mahu ambik duit tu. Lastnya aku cakap “dik, ok, tu bukan upah, tapi bagi untuk duit raya ok..kan masih raya ni..ambik la..ikhlas ni.”

Dengan malu-malu keduanya ambil duit tu setelah dipaksa-paksa oleh kami. Hurm, itulah ceritanya. Sungguh mulia kan hati kanak-kanak tu. Semoga dia sentiasa dilindungi daripada Sebarang kejahatan. Amin….

Hari kejadian tersebut. Itu hanya rembat anak orang je.heheh
harap nanti leh pegang anak sendiri..amin..

Saturday, September 17, 2011

Syabas…masih bermasyarakat..

Assalamualaikum semua…

Wah, sekarang masih kekenyangan. Hari ni begitu banyak jemputan untuk saya. Dua jemputan kenduri kawin dan tiga jemputan open house. Tak termasuk kawan-kawan en.suami. Cuba memenuhi segala jemputan. Tapi still ade juga yang tertinggal. Sorry sesangat.

Sebut pasal open house nih, tadi saya ke jemputan kawan en.suami di Flet Raya Permai, sungai besi. So, sebelum ni, tak pernah ke sana, kat sana begitu banyak blok bangunan sehingga begitu sukar untuk saya dan suami cari blok kawannya.

Bila dah sampai ke tempat yang dituju, saya dan en.suami berjalan mencari lif dan dari jauh kami melihat sekumpulan warga emas sedang berborak dan Nampak begitu mesra. Ada lelaki, ada perempuan. Yang kagumnya saya, mereka adalah satu Malaysia. India ada, cina ada dan melayu pun ada. Belum sempat kami bertanya mana arah nak dituju, mereka dah mengajukan soalan untuk kami dan menunjukkan arah ke mana kami perlu tuju. Lagi sekali kami tergamam dengan keramahan mereka. Dalam lif, en.suami bersuara “baik-baiknya orang kat sini kan”.

Pada pendapat saya, kehidupan di Bandar yang penuh dengan kesibukan, masing-masing mengejar masa dan kebiasaannya  memang sukar nak dilihat masyarakat di Bandar nak bermasyarakat sebegitu dan prihatin dengan orang disekeliling. Jadi, dengan keprihatinan, sikap bermasyarakat mereka tersebut banyak memberi kelebihan dalam komuniti. Sekurang-kurang, mereka mengenali siapa jiran mereka, sikap kejiranan beginilah yang akan mengukuhkan sebuah komuniti dan sikap prihatin terhadap orang disekeliling secara tak langsung boleh mengurangkan aktiviti yang tidak sihat seperti mencuri dan merompak. So, syabas kepada mereka…Seharusnya sikap sebegini perlu ada dalam diri kita. Sekian…untuk hari ni.

* next entri, peristiwa yang buat saya  kagum dengan sikap kanak-kanak di kawasan tersebut. Sungguh baik hati masyarakat di situ..

Saturday, July 23, 2011

Produktiflah...!!!

After bace entri daripada coursemate saya, Diela Zaimi, saya juga kini turut merasai apa yang beliau rasai. Tapi tak  pe diela, kita usaha lagi dan berdoa kepadaNya. Ingat, Allah tak pernah tidur, jadi Dia sentiasa melihat dan mendengar apa yang hamba Nya inginkan. 

Tapi entri ni bukan untuk berkongsi cerita yang sama, cuma ianya berkaitan kawan-kawan di sekolah saya yang begitu produktif. Sehinggakan kadang-kadang rasa sedikit kecewa, cemburu, malu dan sebagainya. Mana taknya, bermula je bulan januari, sorang cikgu india dapat baby girl, kemudian diikuti bulan febuari, mac dan berikutnya. Pokoknya setiap bulan ade je yang melahirkan baby. 

Dan ibu-ibu preggy semakin bertambah dan tahun produktif ini akan berlanjutan ke tahun hadapan. Jika dikira-kira tak silapnya semua 5 orang yang dah bersalin utk tahun ini dan masih ade 9 orang lagi sedang menunggu kelahiran baby.  Minggu ini sahaja ade dua cikgu di sekolah di sahkan hamil. Tambah lagi seorang kerani, tapi belum confirm sebab beliau belum membuat UPT. But tanda-tanda awal mula dirasai oleh beliau. Dan Minggu ini juga kawan sebilik saya dan bersebelahan meja saya pula disahkan hamil.Harap-harap ianya berjangkit untuk saya pula. Heheheh

Kadang-kadang timbul rasa malu, saya yang masih muda belum ada apa-apa lagi. Tapi akak-akak kat sekolah, ada yang hampir mencecah 40thn dikurniakan rezeki dari-Nya. Ini lah yang dinamakan rezeki kan.Dan Dia sememangnya Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya. 

Tempat saya berkongsi rasa adalah Thulasi, juga mengalami perkara yang sama seperti saya. Beliau kawin awal sebulan daripada saya iaitu bulan Mei 2010. Bila ade je berita tentang cikgu preggy, cepat-cepat Thulasi akan naik ke bilik saya. Melahirkan rasa sedih dan soalan yang selalu keluar daripada mulutnya 
"bila kita pula ni su?". 
Saya pasti akan menenangkan hati nya walaupun hati saya turut gundah gulana.  "Tak pe Thulasi, adelah rezeki tu. Tuhan pasti tahu apa yang ditentukan untuk kita. Thulasi ade tuhan Thulasi, berdoa lah dengan dia." .Kadang-kadang soalan yang ditanya tu sambil mengalirkan air matanya. Saya kuatkan hati agar saya tidak turut menitiskan air mata didepannya agar beliau rasa beliau masih punya saya untuk meniup semangatnya.

Pada saya, saya cukup bersyukur mendapat rakan-rakan di sekolah yang pada saya agak peka dengan sensitiviti isteri-isteri seperti saya. Mereka-mereka sentiasa memberi semangat untuk saya. Alhamdulillah. Cuma orang-orang diseliling like kawan-kawan lama yang sentiasa bertanya. Termasuk saudara mara. Bertanya dengan baik, bukan masalah buat saya. Tapi, bila bertanya dengan mencebik muka, dengan ayat-ayat yang sensitif seperti "eh, ko ni, tak pandailah" dan pernah juga yang cakap "ish..salah masuk gol ke??'' terkedu juga hati ini. Tak sedarkah beliau itu semua kuasa Allah. Tapi tak pelah, semoga perasaan berkecil hati ini hilang ditelan masa sahaja. Tak mau fikir..Abaikan.

Sekian saja entri malam ini, sekadar menghilangkan rasa ke'boring'an. Semoga selepas ini Yusmi Suhana Yusoff dan Zarmiza Zakaria turut dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan turut merasai perasaan menjadi seorang ibu dan ayah. Aminn.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...