Tuesday, November 15, 2011

Buah Zuriat

Assalamualaikum..

Wah lama sungguh tak bergolek-golek di blog ni. Hurm, nak share dgn semua tentang cite lama tapi baru nak cite..

Ini Kisah buah zuriat yg kakak kerani sekolah bagi kat aku. Sebenarnya aku tak tahu pun apa tu buah zuriat. Sebelum ni terbaca kat blog pn diela. Tapi tu pun baca sambil buntang mata sebab ter "excited" la, tak pernah tgk buah tu, macam pelik rupanya. Buah tu tak de kat sini, khabarnya buah tersebut datang dari Mekah.

Fungsi buah tu lak, untuk suami isteri yang dalam berusaha nak dapatkan baby. Kiranya dah lama kawin, tapi masih belum ada hasil, boleh la try buah ni. Itulah namanya buah zuriat kot (ini hipotesis sendiri). Kalau nak tahu lebih detailnya sila ke blog pn.diela. (^,^)

So, after akak tu bg buah tu kat aku. Aku tak tau cara nak makan buah tu. Maka pegi lah aku godek2 balik blog pn.diela dan sms dia bertanya kan hal tu. Then bila dah jelas lagi terang en. Suami memulakan prosesnya.

Ya Allah, memang susah nak kerjakan buah tu. Kerasnya mengalahkan segala buah la. Dia macam buah kelapa, tapi kecik. Bersabut dan juga ada tempurung. Ketung Ketang ketung ketang aku dengar en.suami duk kerjakan buah tu. Sekali dengar macam orang nak renovate rumah je. Dalam setengah jam juga lah dikerjakan baru terbelah buah tu. Masa tu aku terlupa pula nak ambik gambar.Dah siap dibelah baru teringat nak ambik gambar. 
Setelah dikerjakan oleh en.suami


Then bila dah dapat isinya yg kat dalam en.suami dah tak tahu nak ketuk camane nak bagi terbelah. Puas diketuk, tak juga tak terbelah. Katanya "rebus sebiji cam ni jela.." So, aku sms lagi kat diela bertanya, boleh ke direbus cam gitu. Baik betul kan aku ni. Lurus. Hahaha..Diela, cakap try belah juga. 
En.suami waktu tu tengah mandi, so aku ambik turn mencuba. Baru teringat lesung di dapur, so, abih lah buah tu aku kerjakan dan hasilnya : 
Biji dalam (putih2 tu sebab dikikis kulitnya oleh en.suami kerana x berjaya belah biji ni)

setelah terbelah

ini yang akan direbus

Setelah direbus, air nya seakan-akan air teh
alat yang digunakan

Korang mesti teruja nak tahu apa rasa air tu. Mula-mula belah buah zuriat tu, memang baunya agak kuat, seolah-oleh bau herba. Ngeri bila difikirkan bagaimana rasanya setelah direbus. Namun, tak seperti yang dijangka, bila direbus, bau yang ada tadi hilang dan air tu rasa sedikit manis dan pendek kata sedap juga lah.


Ok, itu sahaja yang dapat dikongsikan, beribu maaf buat pn.zue zul dah lama kot menunggu entri ni. Ahaks. kakak u ni buat pekasam la dalam outbox. Anyway kita mencuba, kita usaha, segalanya ditentukan olehNya yang Maha Berkuasa. Jadi jangan kita lupa untuk sentiasa memohon dariNya kerana Dia juga Yang Maha Pemurah.


Sunday, October 23, 2011

Bela Diri

Hai, lama nya tak mengupdate blog. Actually banyak entri kat dalam inbox, tapi semuanya sekerat-sekerat jalan je cerita nya. Bila nak continue balik untuk di publish, mood dah hilang nak menyambungkan cerita yg sekerat jalan itu. Walaupun entri tak berupdate, tapi tetap punya masa untuk menerjah blog-blog kawan-kawan saya. Membaca entri yg diupdate bagai KLIA ekspres. Sempat juga meninggalkan dua tiga komen walau sepatah dua words saje dan Sempat juga mengintai kembali balasan komen dari kawan-kawan di atas komen saya.

Ini semuanya sebab sibuk dengan program pasca PMR. Budak dah abih exam, rilek-rilek, tapi cikgunya ni bagai nak tercabut kain nye eh bergerak ke sana ke mari. Sekejap tercongot kat opis, sekejap kat depan komputer, sekejap bilik guru, sekejap kat bilik tayangan, sekejap bilik masakan, sekejap bilik jahitan, sekejap dua kejap ke dewan. Boleh kata  tiga empat kali sehari duk panjat tangga, turun tangga. Bukan setingkat, dua. Empat tingkat beb. Mase tu lah fikir, bestnya dapat jadi spiderman or superman, tak pun supermak, semua leh panjat dan buat laju-laju.

Dan mase cam ni juga lah terfikir, sememangnya patut cikgu bekerja sekerat hari saje yang orang lain duk kepoh-kepoh. "eh, best la jadi cikgu, balik awal, cuti banyak''. Cuba lah jadi cikgu baru cakap best tak jadi cikgu. Sekolah mana yang ada lif, cuba cakap. Kalau cikgu yang ade kelas, macam skolah saya tingkatan lima di aras paling atas (tingkat 4) dan cikgu tu hanya mengajar form 5. Sehari ade enam waktu, tak ke menggigil kepala lutut naik turun tangga. Tambah kelas ganti lagi. Kalau pakai mekup tu, ibaratnya pagi je nampak comey, dan masuk waktu pertama, panjat tangga, muka dah peluh-peluh, minyak-minyak, dan comot-comot. Itu yang jarang sekali kamu-kamu tengok, cikgu jarang yang ade mekup tebal-tebal. Kalau ade pun rasanya hanya beberapa kerat saja. 

Kadang-kadang saya teringin juga nak mekup tebal-tebal, pakai bulu mata palsu bagai, tapi bila fikir, tahannya untuk beberapa minit, baik tak payah, bazir masa, bazir wang saja. Muka bila dah berpeluh, bukan cantik dah, kot-kot dah macam hantu dah. 

So, bila dah penat panjat tangga kat sekolah, waktu yang ada di waktu petang tu lah masa untuk merilekkan diri, rehat, tidur dan sebagainya.Dulu biase petang sempat tulis entri, malam post kan. Tapi sejak dua menjak yang sibuk ni, semua tu tak sempat nak buat. Balik rumah nak buat laporan sesi kaunseling, hujung-hujung tahun ni nak kena buat laporan keseluruhan sesi dan program, nak kena tilik satu-satu setiap program berapa pelajar yang terlibat dan perlu di key in kan dalam sistem. Oh, sungguh cerewet kerja tu. Pastu dengan program-program daripada daerah. Ohh..

eh, eh panjang pula membebel nya. entri ni sememangnya untuk bela diri. Bela diri kenapa entri sudah lama tak berupdate. Hahahaha, sekian.

*Insyaallah pasni akan berupdate blog ini..

Monday, September 26, 2011

Cerita Bersambung

Oklah..sambung entri hari tu.Sebenarnya malas dah nak menulis. Sebab dah janji terpaksa jugak tulisnya.

Jom sambung cerita hari tu. Dah abih makan-makan, perut dah kenyang, saya dan suami mula minta diri dulu sebab lepas tu kami nak menghala ke shah alam dan klang. Ade dua lagi rumah yang perlu dituju.

So, bila dah turun bawah, tetiba hujan turun dengan lebatnya. Sah-sah kami tak de payung. Dan ade lah sekumpulan budak-budak tengah bermain kat parking motor. Kami pandang diaorang, dan diaorang pandang kami. Tetiba laju je mulut saya ni bersuara “dik, ade payung tak?”
Budak tu tersengih, “ade, kat rumah, akak tunggu jap ye”
Suami aku bertanya “rumah kat mana”
Budak (sebab xtau nama) : tingkat 8 bang.
Suami : eh, tak payah lah dik.
Budak : tak pe bang.
Suami : tak payah la...

Tapi budak tu buat tak tahu je sambil tekan butang lift. Mungkin lama menunggu pintu lift terbuka, dia berlari menaiki tangga. Saya menjerit, ”dik, tak payah la..ujan dah nak reda sikit ni”. Dan dia juga menjerit ”akak tggu je.”

Dalam 5-6 minit menunggu, saya terdengar ade orang berlari-lari turun dari tangga. Dan terdengar juga pintu lift terbuka. Dan budak lelaki tu berlari dari tangga menuju kepada saya, dan saya sempat melihat dia menyapa budak perempuan keluar dari pintu lift yang juga membawa payung ”hahaha, aku sampai dulu”.

Dan saya bertanya, siapa budak perempuan tu, dia cakap itu kakaknya. Kira siapa cepat akan bagi payung tu dulu pada aku dan suami. Sempat lagi dia menyuruh kakaknya membawa payung untuk kami. Wah, saya sungguh kagum dengan sikap budak lelaki tersebut yang baru berumur 9 tahun dan kakaknya 11 tahun.

So, after dia hantar kami ke kereta dalam hujan lebat tu, suami menghulurkan ‘angpau’ padanya. Sampai ke sudah kedua-duanya tak mahu ambik duit tu. Lastnya aku cakap “dik, ok, tu bukan upah, tapi bagi untuk duit raya ok..kan masih raya ni..ambik la..ikhlas ni.”

Dengan malu-malu keduanya ambil duit tu setelah dipaksa-paksa oleh kami. Hurm, itulah ceritanya. Sungguh mulia kan hati kanak-kanak tu. Semoga dia sentiasa dilindungi daripada Sebarang kejahatan. Amin….

Hari kejadian tersebut. Itu hanya rembat anak orang je.heheh
harap nanti leh pegang anak sendiri..amin..

Saturday, September 17, 2011

Syabas…masih bermasyarakat..

Assalamualaikum semua…

Wah, sekarang masih kekenyangan. Hari ni begitu banyak jemputan untuk saya. Dua jemputan kenduri kawin dan tiga jemputan open house. Tak termasuk kawan-kawan en.suami. Cuba memenuhi segala jemputan. Tapi still ade juga yang tertinggal. Sorry sesangat.

Sebut pasal open house nih, tadi saya ke jemputan kawan en.suami di Flet Raya Permai, sungai besi. So, sebelum ni, tak pernah ke sana, kat sana begitu banyak blok bangunan sehingga begitu sukar untuk saya dan suami cari blok kawannya.

Bila dah sampai ke tempat yang dituju, saya dan en.suami berjalan mencari lif dan dari jauh kami melihat sekumpulan warga emas sedang berborak dan Nampak begitu mesra. Ada lelaki, ada perempuan. Yang kagumnya saya, mereka adalah satu Malaysia. India ada, cina ada dan melayu pun ada. Belum sempat kami bertanya mana arah nak dituju, mereka dah mengajukan soalan untuk kami dan menunjukkan arah ke mana kami perlu tuju. Lagi sekali kami tergamam dengan keramahan mereka. Dalam lif, en.suami bersuara “baik-baiknya orang kat sini kan”.

Pada pendapat saya, kehidupan di Bandar yang penuh dengan kesibukan, masing-masing mengejar masa dan kebiasaannya  memang sukar nak dilihat masyarakat di Bandar nak bermasyarakat sebegitu dan prihatin dengan orang disekeliling. Jadi, dengan keprihatinan, sikap bermasyarakat mereka tersebut banyak memberi kelebihan dalam komuniti. Sekurang-kurang, mereka mengenali siapa jiran mereka, sikap kejiranan beginilah yang akan mengukuhkan sebuah komuniti dan sikap prihatin terhadap orang disekeliling secara tak langsung boleh mengurangkan aktiviti yang tidak sihat seperti mencuri dan merompak. So, syabas kepada mereka…Seharusnya sikap sebegini perlu ada dalam diri kita. Sekian…untuk hari ni.

* next entri, peristiwa yang buat saya  kagum dengan sikap kanak-kanak di kawasan tersebut. Sungguh baik hati masyarakat di situ..

Wednesday, September 14, 2011

Nyamuk ???Please jgn kacau…

Hurm, adakah sekarang musim nyamuk datang buat lawatan ke rumah-rumah ke?. Kat rumah saya, wah memang meriah dengan nyamuk sehingga saya naik rimas. Mungkin cuaca sekarang, hujan panas, buatkan sepsis tersebut cepat membiak.

Bercerita pasal nyamuk, sungguh saya alergik dengannya. Orang lain gatalnya dengan gigitan nyamuk tu hanya sikit atau sekejap, tapi pada saya ianya sungguh menyiksakan kerana saya rasa gatalnya lain macam sebab ade campur sikit rasa sakit. So, keadaan tu, buat saya sering nak tergaru-garu, kadang-kadang sampai 2 hari gatal dan sakitnya belum hilang. Dah ghupe  “tut” kena belacan je kot. Ahah, melampau.

Saya kalau bab-bab nyamuk ni, bila musim panas, orang lain tak memerlukan selimut time tido, tapi saya, jika nyamuk ada, dengan rela hati saya berbungkus dan berpeluh dalam selimut tu daripada saya digigit si kecil hitam tu.

Dengan berselimut litup, kadang-kadang terjulur juga tangan saya keluar. So, tangan saya dan jari-jari halus saya sentiasa menjadi mangsa nyamuk tu. Sehingga satu malam tu, saya terbangun dan “memburu” nyamuk tersebut kerana saya cukup tidak berpuas hati bila tangan saya mula alergik dan membengkak akibat gigitan nyamuk tu. Segenap pelusuk bilik saya memburu sampai merangkak-rangkak di lantai yg mana saya menganggap bila nyamuk dah kenyang, sure dia dah tak boleh terbang. Akhirnya saya berjaya memburu si kecil hitam itu beberapa ekor dan semuanya bila diketuk, memancut –mancut (tipu) darah keluar. Pernah juga satu malam tu dua kali saya terjaga, dan terus buka lampu memburu nyamuk. Begitu sekali saya berdendam kesumat dengan si kecil hitam tu bila tangan saya mula membengkak.

Sampaikan en.suami pun pernah bising. Katanya ”dah makanan nyamuk tu darah awak, cubalah bawak-bawak sedekah sikit”. Huhuhu. Tapi nak buat macam mana. Itulah antara perangai sweet dan pelik bini dia dengan nyamuk. Hahahaha. Sebab saya rasa ianya sungguh menyakitkan.

Sure korang terfikir, kenapa saya tak gunakan ubat nyamuk or apa-apa lah utk hapuskan nyamuk, tapi bila saya gunakan semua tu, pasti esoknya saya akan sakit tekak dan terbatuk-batuk. Kadang-kadang terguna juga Ridsect bila dah tak tahan sangat geramnya dengan nyamuk. Setiap sekor nyamuk yg terbang depan saya, saya semburkan alah tu. Hahahah. KEJAM nya saya. So, ada cadangan lain untuk menghindari / halau nyamuk-nyamuk nih????Sekian, selamat malam. 

* sekali lagi malam ni kena berperang dengan nyamuk-nyamuk ni.. nampak bersuka ria je mereka duk lalu-lalu sopan, terbang sambil muncungkan mulut dia depan laptop saya ni. Sekali sekala sambil lalu tu sempat juga dia landing di kaki aku ni sambil digigit sikit2. Siap ko yer...(0,0).mlm ni aku Ridsect kan korang.

Raya Yang Penuh dengan ”Lupa”

Assalamualaikum semua..

Oh, akhirnya terupdate juga entri setelah lama berehat. Hurm, masih bln syawal kan? Mood raya masih segar. So, entri hari ni masih berkisar tentang raya..raya..raya..

Tahun ni, giliran beraya kat rumah saya. Tahun lepas dah rumah en.suami. So, tahun ni agak excited la membantu mak saya di dapur di malam raya. Kononnya nak try tunjuk skill kat mak setelah setahun berkahwin. Kira pro la. Tapi alih-alih aku still dapat tender yang sama. Kupas bawang, then tukang kacau-kacau benda alah yang ada dlm periuk. Then lepas orang siap masak. Sekali lagi dapat tender. Kemaskan dapur apa yang patut.

Eh, berbalik pada tajuk entri, huh saya sungguh tidak tahu kenapa saya begitu pelupa pada pagi hari raya. Maybe malamnya penat membantu mak di dapur, sampai tak cukup tido. Tu yang siangnya macam orang mabuk. Mata pun dah jadi macam burung hantu jew. Terpaksa celik walau nak pejam.

Ada ke patut, saya lupa nak bersalam dan bermaafan dengan en.suami di pagi buta hari raya tu. Maklumlah pada pagi raya tu, saya ditakdirkan period, so, saya tidaklah kalut-kalut bersiap ke surau. Saya dengan tenangnya menghidangkan sarapan pagi berupa nasi dagang. Dah macam bibik pun ada, orang lain sibuk berbaju baru, tapi saya masih berselamba dengan t-shirt dan skirt pendek labuh.

Pada pagi raya tu juga satu keping gambar saya dengan en.suami pun tarra. Entah, memang lupa selupa lupanya. Malam nya selepas en.suami solat maghrib sambil menunggu isyak, kami borak-borak..barulah teringat yang saya masih belum beraya dengannya. Dasyat sungguh saya. En.suami tahu, tapi saja katanya tak nak disebut. Katanya saya seronok sangat beraya di rumah saya sampai lupakan dia. Hahahah merajukkah dia? So, edisi bermaafan-maafan dengan en.suami berlangsung pada sebelah malam. Tanpa baju raya, tapi berpijama. Huh, so sweet (sila jangan pengsan ok, yela, mana ade org buat beraya dgn org pakai pijama)

Kononya nak ambik hati balik, saya suh pakai balik baju raya  pagi tu dan kami akan bergambar sama-sama. Tapi….baju raya saya dan dia sudah saya masukkan dalam washing machine.

Argghh..sememangnya saya sangat pelupa di hari tersebut. Adakah selalu terminum air yang bersemut, atau………………..?huh, sekian sahaja..heheheh...

Tuesday, August 23, 2011

akhirnya, menjadi juga !!!


Assalamualaikum dan selamat pagi..

Akhirnya setelah dari tengahari semalam aku duk belajar ilmu yang diperturunkan Pn. Diela, pagi ni baru ilmu tu menjadi. Jenuh aku klik sana sini still tak jadi. Aku cari puncanya dan godek-godek sendiri. After tekan button printscreen tu, aku tak boleh nak paste kannya. Rupa-rupanya aku tersilap di sini.


sebab waktu tu di screen my picture shortcuts



then, aku tenung balik toturial dan gambar- gambar yang diela letak tu, abru aku perasaan, rupanya kena klik kat my picture seperti yang aku bulatkan tu. Barulah boleh paste.


Dan sekarang, inilah hasilnya. dan boleh printscreen blog pn. diela yang comel nih. Terima kasih ye cikgu diela. Sesapa yang nak belaja tu, sila ke blog pn.diela or klik saja (di sini) . 

So, hari ni dah boleh bersilang kaki dengan senang hatinya. Hahahaha...sekian.

Saturday, August 20, 2011

Hanya beberapa patah

Apakah aku dah hilang mood untuk berblog. Serius aku cakap, sejak akhir-akhir ni, aku agak ketandusan idea untuk menulis entri. Kadang-kadang idea ada, tapi rase macam melalut-lalut jer. Banyak entri yg ditulis, tapi hanya sekerat jalan, terus ilang punca dan lantas aku menyimpan entri tu dalam list entri (ayat tak boleh blah). Tak tau bila nak di post..kot-kot nanti jadi pekasam kat situ. Sekian saja.

Friday, August 19, 2011

Terlajak tidur pula hari ni.


Selamat pagi semua.
Hari ni,  aku celik mata, terus saja terbangun dari tidur dan selak langsir. Masih gelap. Tapi terdengar bunyi motor kat luar dan bacaan ayat-ayat suci al-quran sayup-sayup je kedengaran.

Dalam kepala dah ligat berfikir, "jam berapa dah ni?" cepat-cepat raba cari enset. 5.54 am..
Alamak!!sah2 terlepas sahur. En. Suami yg syok tidur sebelah bukak mata tengok bini dia panik-panik. ’Kenapa nya”..
”tak sahur la kita hari ni”
”urmm..” katanya.

So, saya bangun, mandi solat siap bagai..tengah syok conteng muka, tetiba en.suami terkejut dan terus bangun. 
Waktu tu jam 6.30. ”eh, kita tak sahur ke?’
”ish abg ni, yg tadi saya ckp tu apa. Ke mengigau tadi..”
" entah, xsedar bila b’cakap ngn awk.." sambil bangun dan menuju ke bilik air dengan muka yang berkerut-kerut. 
Saya pesan dari jauh. " Abg, jgn minum pulak ye.. ..kot2 mengigau lagi tu..."sambil gelak-gelak
"kalau mengigau, minum ke makan ke kira rezeki la tu " jawan en.suami. 
"mslahnya dah tak mengigau kan " dan dengar pintu bilik air ditutup. 

So, tergolek-golek la kami hari ni nak menunggu waktu berbuka. Masuk hari ni, adalah kali kedua kami terlepas sahur. Hihihi

Sekian.

Thursday, August 11, 2011

Suatu Malam di surau

Assalamualaikum kawan-kawan.

Alhamdulillah, pejam celik-pejam pelik dah masuk hari ke-11 kita berpuasa, dan sepuluh hari yang kedua ini adalah merupakan fasa pengampunan kata ustazah kat sekolah saya tengahari tadi. So, sama-samalah kita beramal ibadah dan memohon keampunan daripada-Nya. 

Ini pula cerita tentang solat terawih. Pengalaman lucu ketika tu,  saya tengah tunggu keputusan STPM. Kat kampung, surau hanya 150 meter je dari rumah saya. Boleh kata, kalau berbisik dalam rumah tu orang kat surau boleh dengarlah.
Kisahnya, seorang mak cik ni, umur lebih kurang dalam 70-80 tahun la kot. Tiap-tiap malam after siap terawih, bersalam dengan mak cik ni, pasti soalan dia "anak sape nih ". Letih aku nak menjawab soalan yang sama tiap-tiap malam. Situasi ni, bukan berlaku kat surau je, if petang tu, dia lalu depan rumah nenek aku dan terkebetulan aku ade kat situ itulah soalan yang keluar. Aku tak kisah pun, sebab aku tahu mak cik tu agak pelupa dan suka melatah.

Bab melatah tulah yang buat aku tersenyum dalam solat terawih aku. Dah lah waktu tu dah masuk solat sunat witir. Kisahnya, aku berada di saf depan. dan biasenya aku akan pilih tempat yang cun-cun bawah kipas. So, kenalah satu malam tu, mak cik ni berdiri sebelah kiri aku. Bila berada saf depan, pastilah ada langsir yang memisahkan antara tempat solat lelaki dan perempuan. Langsir tu pula, bergerak-gerak ke depan sesekali tu ke belakang. Biasanya aku akan selitkan langsir tu bawah karpet dan sejadah aku. Tapi tak tahulah macam mana malam tu, angin kuat atau kipas yang laju membuatkan langsir tu terlepas dari selitkan karpet. 

So, apa lagi mengganas la langsir tu. nasib aku berada berdekatan tiang, jadi langsir tu belum pun sempat mengena kat aku. tetapi ketika tengah sujud, aku dapat rasa langsir tu membuai-buai kat belakang aku, dan nasib aku baik waktu aku bangun tu, langsir tu dah terlepas dari aku, namun tetiba aku nampak mak cik sebelah aku diselimuti langsir tu dan terpisah berada di bahagian lelaki.Kiranya langsir tu berada di belakang mak cik tu.

Mak cik tu melatah, dengan tak semena-mena dia mengeluarkan diri daripada langsir tu dan mengomel " menate langsir nih" = Binatang langsir nih. perkataan yang mak cik tu keluarkan buat aku tersenyum sendiri. Rasanya bergegar-gegar badan ni menahan gelak. Tapi aku cover sebab aku nampak mak cik tu sambung solat balik. Aku pun mengong waktu tu, teruskan solat juga. 

Tapi, after orang dah siap solat witir tu, tengah orang baca doa, aku bangun dan solat semula, tetiba mak cik tu juga bangun dan tetiba juga dua orang lain lagi sebelah mak cik tu turut bangun menunaikan solat sunat witir. Maksudnya bukan aku sorang je gelak, orang lain kat sebelah mak cik tu tergelak sama kot. hihihi, sekian. 

* after malam tu, aku dah tak duduk saf depan, duduk saf kedua tapi still bawah kipas.heheheheh

Saturday, August 6, 2011

Dairi..

Assalamualaikum...
hurm, dua tiga hari lepas, aku ada terbaca status kawan kat FB yang menyatakan en.suaminya terjumpa dairi lamanya. So, status dia tu mengingatkan aku juga time first2 aku kawin dulu. Seingat aku dalam 4 bulan selepas kawin rasanya. 

Kalau diikut, dalam hidup aku, aku tak pernah menulis diari. Memang aku bukan salah seorang yang suka berpuitis. Dulu, Aku hanya akan mengarang, bila cikgu BM suruh "bina satu karangan yang bertajuk bla..bla..bla..". Dan naik form 6, aktiviti mengarang semakin hebat. Sebab banyak subjek semuanya adalah subjektif kecuali Pengajian Am kertas 1 yang boleh main tikam-tikam, tembak-tembak dan hitamkan jawapan. Memang waktu sekolah dulu aku sangat suka maths dan sains, dan naik form 6, suka pulak ekonomi sebab cikgu hensem macam hero superman tu. 

Then, bila masuk "u", ade sorang roomate aku ni, suka sangat menulis dairi dan suka juga berpuitis, berpuisi jingga. (*-*). Lepas tu, aku mula terpengaruh nak menulis, tapi mmg kalau korang tgk diari aku sure korang gelak sebab banyak rongak. dan cerita dalam tu tak best pun.Tak macam my roomate tu, yg begitu berbunga-bunga ayatnya. Kalau tulis dalam dairi pun hanya ade kisah-kisah sedih. maklumlah org tengah bercinta, gaduh-gaduh mengadu je kat en.dairi. Kesimpulannya, disebabkan pengaruh kawan dan cinta lah wujudnya dairi tu. Hahahah. Lucu!!!. Tapi menulis dairi pun hangat-hangat tahi ayam jew. Satu dairi leh guna sampai 4 tahun babe. Hebatkan saya berjimat.

So, dairi tu memang aku letak dalam satu kotak, dan suatu hari tu, en.suami cari barang komputer apa ntah kat dalam bilik tu, dan dipendekkn cerita dia terjumpa dairi tu. Sah2, aku tahu en.suami dah baca dari kulit depan sampai kulit blakang la diari aku yg kiut. Khatam abis. 

Keluar2 je dari bilik tu en.suami sengih-sengih. dan dengan lurus dan jujur  beliau mengaku "hehehe, abg baca dairi syg la...". Aku yang tengah basuh pinggan kat dapur waktu tu, cepat-cepat keluar. Rasanya muka aku ni dah naik kebas, rasa malu, rase marah macam-macam ade. Satu ayat keluar dari mulut "nak lari dari rumah la..jgn sibuk2 nk cari kita nanti " (bila fikir balik, apa kaitan ayat tu dengan kes baca dairi). Sebab dah malu sangat kot, itu je ayat yg terkeluar. Memang tak boleh digambarkan betapa malunya aku ketika itu. 

Dan selepas hari tu, ade je ayat-ayat yg dalam dairi aku tu en.suami keluarkan. Kiranya menyindir la tu. Jadi, aku hanya buat pekak-pekak badak je la. Dah memang aku yang cuai. Dah tahu benda tu tak digunakan buat apa nak simpan, buang je lah kan. Tapi bila nak buang, fikir takut nak baca balik kenangan-kenangan dalam tu, ahaiii. Sekarang sapa yang malu. 

So, pada kawan-kawan yang masih simpan dairi lama-lama tu, baik korang simpan elok-elok, sembunyikan tempat yang orang tak leh cari, tup2, kita sndiri yang lupa, tak pun tikus yang baca. Hahahah...Kalau tak suami kita yang jumpa, maybe orang lain yang terjumpa, adik-adik ke, mak kita ke, sesapa lah yang berkenaan ada dlm rumah kita tu. So, sebelum mendapat malu, baik berhati-hati tau..heheheh..sekian!!

*masa skolah rendah dulu, penah selongkar bilik kakak dan baca dairi dia..sampai skrg dia tak tau..kah3

Friday, August 5, 2011

Kami...

Assalamualaikum..

Ah, akhirnya datang juga mood untuk mengupdate blog saya. Alhamdulillah juga, setelah 5 hari berpuasa, hari ni merupakan hari pertama saya berpuasa. Biasalah perempuan. So, untuk tahun ini 4 hari sahaja saya ponteng puasa dan mengharapkan hujung puasa nanti tarikh untuk bendera merah naik akan dilanjutkan. So, xdelah saya banyak nak menggantikan puasa. Rasanya ini hanya angan-angan yang belum tentu jadi kenyataan.

Setelah 5 hari umat islam berpuasa, seriously saya nak mengaku hanya baru sekali saya masak. Hahaha, dasyat!!. Terkebetulan minggu ini en.suami kerja malam, so, disiang harinya beliau akan menjadi kelawar. Dan time puasa ni pula bagi sekolah dua sesi telah dipendekkan masa, so maknanya warga sekolah saya boleh balik awal.

Bulan puasa ni, saya rasa sangat seronok bila en.suami kerja malam. Sebab masanya sangat panjang bersama dengan saya. So, after saya balik dari skolah dalam 2.00 – 2.30 pm, saya bekalkan sikit perut saya(^_^) dan kami berdua akan merayau-rayau entah ke mana. Macam gaya orang g berdating.



Rasanya satu puchong dah kami ronda, esok nya meronda pula saya ke jusco balakong, tak habis meronda area balakong, esoknya sambung lagi ke mines.  Bila penat berjalan, masuk dalam kereta, buat-buat ambik barang kat bawah sit, sambil sedut air. Tetiba orang sebelah jentik telinga sambil menyindir ”tak payah nak belakon ambik brg..konon je tu..”. 


Dan sepanjang-panjang puasa tu juga, semua bazar ramadhan kami pusing. Biasanya akan ke bazar equine park, singgah di bazar puncak jalil dan singgah pula bazar kinrara. Ambik kau, tiga bazar kami ronda. Belinya tak de sangat pun. Just nengok-nengok aje. Bila tiba gerai yang orang penuh sesak, kami pun sibuk menyesakkan diri di situ untuk jenguk apa yg org tengah tunggu dan kami berlalu, belinya idak. Kadang-kadang dah rasa boleh ambik kerja Majlis Perbandaran Subang Jaya. Kalo ade part time boleh aje bagi kami.

After buka puasa, en.suami ke surau, dan akan masuk kerja jam 10.30 pm. Jadi, disebabkan keletihan berjalan disiang harinya, bila en.suami keluar ke tempat kerja, saya dah tutupkan lampu dan dalam 2 saat saya sudah terlelap (tipu). oleh sebab saya tidak berpuasa, maka, saya memang tak perlu menyiapkan apa-apa untuk sahur. Maka waktu orang lain sibuk bersahur, saya jadi puteri tidur. =_* . Cuma untuk malam tadi saya bersahur sorang-sorang dengan 3 biji kurma dan air kosong dan kemudian ”gedebum” balik di tilam. Untuk malam ini, en. Suami dah belikan roti coklat raisin untuk saya, so, sahur dengan roti tu dah cukup untuk saya.

Itulah antara aktiviti kami disepanjang 5 hari umat islam berpuasa. Sekian.



Saturday, July 23, 2011

Produktiflah...!!!

After bace entri daripada coursemate saya, Diela Zaimi, saya juga kini turut merasai apa yang beliau rasai. Tapi tak  pe diela, kita usaha lagi dan berdoa kepadaNya. Ingat, Allah tak pernah tidur, jadi Dia sentiasa melihat dan mendengar apa yang hamba Nya inginkan. 

Tapi entri ni bukan untuk berkongsi cerita yang sama, cuma ianya berkaitan kawan-kawan di sekolah saya yang begitu produktif. Sehinggakan kadang-kadang rasa sedikit kecewa, cemburu, malu dan sebagainya. Mana taknya, bermula je bulan januari, sorang cikgu india dapat baby girl, kemudian diikuti bulan febuari, mac dan berikutnya. Pokoknya setiap bulan ade je yang melahirkan baby. 

Dan ibu-ibu preggy semakin bertambah dan tahun produktif ini akan berlanjutan ke tahun hadapan. Jika dikira-kira tak silapnya semua 5 orang yang dah bersalin utk tahun ini dan masih ade 9 orang lagi sedang menunggu kelahiran baby.  Minggu ini sahaja ade dua cikgu di sekolah di sahkan hamil. Tambah lagi seorang kerani, tapi belum confirm sebab beliau belum membuat UPT. But tanda-tanda awal mula dirasai oleh beliau. Dan Minggu ini juga kawan sebilik saya dan bersebelahan meja saya pula disahkan hamil.Harap-harap ianya berjangkit untuk saya pula. Heheheh

Kadang-kadang timbul rasa malu, saya yang masih muda belum ada apa-apa lagi. Tapi akak-akak kat sekolah, ada yang hampir mencecah 40thn dikurniakan rezeki dari-Nya. Ini lah yang dinamakan rezeki kan.Dan Dia sememangnya Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya. 

Tempat saya berkongsi rasa adalah Thulasi, juga mengalami perkara yang sama seperti saya. Beliau kawin awal sebulan daripada saya iaitu bulan Mei 2010. Bila ade je berita tentang cikgu preggy, cepat-cepat Thulasi akan naik ke bilik saya. Melahirkan rasa sedih dan soalan yang selalu keluar daripada mulutnya 
"bila kita pula ni su?". 
Saya pasti akan menenangkan hati nya walaupun hati saya turut gundah gulana.  "Tak pe Thulasi, adelah rezeki tu. Tuhan pasti tahu apa yang ditentukan untuk kita. Thulasi ade tuhan Thulasi, berdoa lah dengan dia." .Kadang-kadang soalan yang ditanya tu sambil mengalirkan air matanya. Saya kuatkan hati agar saya tidak turut menitiskan air mata didepannya agar beliau rasa beliau masih punya saya untuk meniup semangatnya.

Pada saya, saya cukup bersyukur mendapat rakan-rakan di sekolah yang pada saya agak peka dengan sensitiviti isteri-isteri seperti saya. Mereka-mereka sentiasa memberi semangat untuk saya. Alhamdulillah. Cuma orang-orang diseliling like kawan-kawan lama yang sentiasa bertanya. Termasuk saudara mara. Bertanya dengan baik, bukan masalah buat saya. Tapi, bila bertanya dengan mencebik muka, dengan ayat-ayat yang sensitif seperti "eh, ko ni, tak pandailah" dan pernah juga yang cakap "ish..salah masuk gol ke??'' terkedu juga hati ini. Tak sedarkah beliau itu semua kuasa Allah. Tapi tak pelah, semoga perasaan berkecil hati ini hilang ditelan masa sahaja. Tak mau fikir..Abaikan.

Sekian saja entri malam ini, sekadar menghilangkan rasa ke'boring'an. Semoga selepas ini Yusmi Suhana Yusoff dan Zarmiza Zakaria turut dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan turut merasai perasaan menjadi seorang ibu dan ayah. Aminn.

Wednesday, July 20, 2011

Makan Maggie Mentah

Assalamualaikum..

Hai, hai, hai…pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan dah kita ni ye. Jadi, sebagai umat islam, adalah wajib untuk menunaikan rukun islam yang ketiga itu.

Kemeriahan bulan Ramadhan sudah mula dirasai. Di tv-tv pula, iklan-iklan buah kurma semakin rancak diiklankan. Jadi semakin hamper ke bulan puasa, saya semakin dihantui peristiwa-peristiwa yang membuatkan kadang-kadang saya tersenyum bila diingat balik.

Ini adalah kenangan masa kecik-kecik dulu. Ha, korang pernah cikelat puasa tak masa kanak-kanak dulu. saya budak baik, tak pernah cikelat masa puasa. Sebabnya dulu kalau tak puasa penuh, ia adalah sesuatu perkara yang cukup memalukan, duit raya akan dapat ciput je berbanding orang lain. Dan bila tak puasa penuh juga, boleh dikatakan seminggu raya pun ejekan-ejekan jelik dari kawan-kawan, sepupu sepapat membuatkan saya nekad berpuasa penuh ketika kanak-kanak dulu.

Tapi, masih saya ingat waktu tu saya darjah dua, saya ditipu bulat-bulat oleh abang saya membuatkan saya telah tercikelat daripada puasa. (ceh tak nak ngaku, padahal imam tak kuat =_=). Seingat saya juga, waktu tu hanya tinggal dua atau tiga hari je lagi nak raya. Pokoknya, kalu saya tak ditipu waktu tu, pastinya saya puasa penuh tika itu. Waktu tu juga, baju raya, kasut raya dan semua berkaitan raya sudah di beli oleh abah dan ma tercinta.

Alkisahnya, dah hampir nak raya, semua sepupu sepapat sudah berada di rumah nenek yang bersebelahan saja dengan rumah saya. So, bila ramai-ramai berkumpul, saya seronok la melepak di rumah nenek saya (kecik-kecik dh pandai lepak oo). Seingat waktu tu kami beramai-ramai (lelaki + perempuan) sedang bermain nyorok-nyorok dalam satu bilik di rumah nenek. After main, mula lah penat, rasa dahaga dan rasa lapar. Maklumlah puasa. Dan tetiba, saya punya kazen ( 7 tahun) yang tak puasa telah mengeluarkan mee maggie, bukan mammie ok. Direnyuk-renyuk maggie tu dan dimasukkan perencahnya lalu dimakan dengan sedapnya. (makan mentah-mentah, ini perkara biasa masa saya kanak-kanak)

Jadi, saya yang melihat mula meliur-liur (tipu lagi) nak juga maggie tu. So, kazen-kazen saya yang lain ada yg umur bawah dari saya, sebaya saya mula berebut-rebut menyeluk ke dalam plastik maggie tu. Mereka makan bersama-sama, sedangkan saya hanya melihat mereka menjilat-jilat perencah dijari mereka. Betapa laparnya mereka. Hahahaha.

Kemudian satu pek maggie lagi dikeluarkan. Waktu tu abang (11 tahun) saya , mula menghasut saya. Dan pakatan mula berlaku bila kazen saya (12 tahun) juga mula menghasut saya.

 ”eh, sue, mung tak nak makan ke ?”
”tak nak la...nanti ma marah ”
‘eh, makan je lah…aku tak kan cakap kt ma pun’
saya menggelengkan kepala.
‘wey, makan la..aku tak cakapnya kat ma…makan..sedap tu..abih nanti kan’
‘ sungguh ke mung tak cakap kat ma’ (mula terpengaruh)
”sungguh...”

Tapi waktu tu aku masih was-was sebab adik bawah aku-eg (umur 6 tahun) pun ada di situ. Kiranya adik aku tu dah batal puasanya sebab dia dah join makan sekali maggie tu.

”nanti eg cakap kat ma’
’eg..mung jgn cakap kat ma...kekgi ma tak bagi duit raya ’ arah abang saya tu pada eg.

Eg, yang patuh, hanya menganggukkan kepalanya.

So, saya apa lagi..mulalah membukakan puasa saya pada hari tersebut.

Dipendekkan cerita, balik je rumah, saya dan eg di marah-marah oleh ma kami. Nasib baik waktu tu abah tak de kat rumah. Ma tahu yang kami tak puasa. Rupanya janji abang saya tu tadi hanya nak kenakan kami berdua. Ma aku tak de marah sangat dengan si eg. Mungkin waktu tu dia kecik comel lagi.

Dengan saya, emak marah bukan main, juga mula mengugut nak hantar balik kasut raya yang sememangnya saya diberi penghormatan untuk memilih kasut itu sendiri. Ma, dengan beriya-iya menyakan kasut tu akan dhantar petang tu juga. Saya mula menangis, eg juga menangis. Dan waktu tu saya nampak abang terjojol dipintu biliknya sambil tersengih-sengih dengan gigi nya yang besar pada kami. Dan hingga waktu ini aku masih terbayang muka jahat abang aku tu. Geram je. Rasa nak terajang pun ada. Hahahahah

Itulah serba sedikit kenangan kecik-kecik dulu. Dulu puasa sebab nak duit raya, baju raya dan sebagainya. Sekarang tak de nya nak dapat duit raya. Dah tua bangka dah. Hahahah. Tapi rupa-rupanya syok sangat dapat bagi duit raya kat budak-budak nih, tengok diaorang yang excited. Kadang-kadang depan-depan kita je terus dibuka angpau yang kita bagi tu. Sekian dulu lah entri yang panjang berjela nih. 

Monday, July 11, 2011

Tak ade motif pun!!!

Assalamualaikum..

Pagi yang indah, cuaca yang sejuk membuatkan saya teramat rindukan tilam, selimut, bantal dan bantal peluk saya itu. Semuanya empuk-empuk. Ohw, tilam…datanglah..

Hurm, rasanya macam tak puas je tido malam tadi. Sapa suruh kau pejam celik pejam celik je. Dari jam 11 masuk bilik, rasenya jam 12.30 pun saya masih belum lelap. Sebabnya sempat lagi wish birthday buat kazen saya.

Tapi waktu tergolek sana-tergolek sini, orang disebelah saya pula sibuk menyanyi lagu yang kurang berirama. Sekali saya cuit. Sekali beliau diam, kemudian beliau menyanyi lagi. Penat betul beliau. Sebab sebelum ni, sepanjang saya kawin, dan berada disebelah belaiau, tak pernah saya dengar beliau menyanyi bagai radio buruk itu. Maklumlah malam sebelumnya beliau kerja malam. Dan esoknya bila syok beliau tido, belum pun jam sampai 11  pagi, bini nya pula jeles menegok suaminya tido. Sibuk kejutkan en.suami.

Dan sememangnya saya tahu, beliau bukan orang yang liat untuk dikejutkan. Belum pun saya sempat melunakkan suara “abang, bangun..” beliau dah celikkan mata (tipu). Tapi serius saya cakap, cukup sekali saya kejut, beliau akan buka mata dan senyum buat si isterinya. Itu sebenarnya yang membuatkan cik isteri suka sangat kejutkan beliau. Tapi bila en.suami kejutkan cik isteri, pasti si isteri akan cakap. “ala..kejap lagi syg bgn ok” dan dengan ayat pemujuk hati suami “nanti syg msk spesel2 utk abg, abg nk mkn apa? Bg syg tidur skjp je lagi ye.”

Kakak saya cakap saya tidak senonoh. Sebagai isteri sepatutnya bangun lebih awal dari suami. Biar suami tak tengok rupa kita tengah tidur, dan rupa bangun dari tidur dengan rambut bagaikan singa (tagline iklan dove). Ish, malu saya bila kakak saya menyatakan perkara itu. Tapi adakah kamu-kamu semua, setelah berkahwin, suami kamu tak pernah tengok muka kamu bangun dari tidur ya. Atau saya saja yang sedemikian rupa. Hihihi. Saya sangat salute la if kamu boleh cover waktu bangun tidur kamu. Atau bangun je dari tidur, terus melompat ke meja solek, tanpa gosok gigi, tepek bedak, blusher, mascara dan lipstik bagai kat muka tu. Uh, caya la babe !!!  

Dan sehingga ke saat ini, saya masih terfikir-fikir, adakah suami kakak saya tak pernah tengok rupa kakak saya bangun dari tidur ?. Kompius den. Tapi semamangnya, if kat kampung kakak saya adalah morning person. Dialah yang akan sediakan sarapan pagi untuk semua. Dan saya ?? bangun, mandi dan terus mengadap meja makan. Basuh pinggan ?? tak juga. Semua tu akan diuruskan oleh kak yen, pembantu rumah. Saya memang naik lemak bila berada di kampung. Tapi kalau di rumah mak mentua, mati kena sembelih dengan emak saya sekiranya anak manisnya ini bersikap sedemikian rupa di rumah mak mertua. Nampak sangat saya sangat hipokrit. Hipokrit ini perlu mengikut tempat ok. Tak kan duk umah mak mertua, nak buat perangai busuk itu. Jagalah nama suami saya, dan juga nama saya dan family saya juga.

So, sekian sajala entri yang tak bermotif hari ini. Terima kasih sudi membacanya. (“,)

Saturday, July 9, 2011

Saya Dapat Baju "KUNING"

Assalamualaikum semua..

Wow, tajuk entri hari ni agak panas. Maklumlah keadaan skrg sangat sensitif tentang "kuning".

Tapi petang semalam, after balik sekolah, saya ternampak satu plastik beg berisi sesuatu. Tapi saya tak hiraukan apa benda di dalam tu.Sebab saya tahun itu adalah barang en.suami.

Dan Petang tu juga, en.suami bukakan plastik tersebut, dan menghulurkan sehelai baju kuning untuk saya. wahh, memang cik isteri ini suka bangat dengan baju tu...



satu untu en.hubby, satu buat cik wifey

inilah baju saya

Thanks buat en.suami. Beliau amat memahami wifey nya ni suka layan bola. Memang beribu-ribu like la dengan baju tu. Dan untuk pengetahuan semua, entri ini tak de kaitan dengan BERSIH ok.

*doakan semoga negara kita terus aman dan damai. dtg sekolah tadi jammed gila-gila. Harap semuanya akan ok nanti. Amin.

Wednesday, July 6, 2011

Khamis!!!

Thursday adalah antara hari malas saya selain Monday. Sebab yang paling logic adalah saya terpaksa meng’iron’kan baju batik. Ouchh, sungguh membosankan untuk meng’iron baju sedemikian rupa, tambah lagi malas sekiranya batik tersebut daripada kain creep.

Walaupun, sekarang bermacam-macam produk di pasaran untuk memudahkan proses meng’iron baju like ironing aid daripada cosway *antara barang feberet saya, saya tetap punya rasa malas yang menebal untuk meng’iron baju tersebut.

Saya bukanlah orang yang rajin, untuk iron baju seminggu terus. Sebolehnya, pagi sebelum pegi kerja, saya akan iron baju saya. Sekiranya, baju di iron pada sebelah malam, itu namanya buang tabiat atau dipaksa oleh en.suami, atau waktu tersebut saya bergaduh dengan beliau kerana berebut channel tv.

So, bila tiba sahaja hari khamis, dalam kepala otak mula ligat berfikir sama ada esoknya ada meting atau tidak. Sekiranya ada meting, maka wajiblah untuk saya memakai baju batik. Nantikan tak pasal-pasal dapat blusher free apabila ditegur oleh bos besar. If  tak ade meting, boleh la mengelat-ngelat pakai baju yang bukan batik.

Hurm, nampak gaya, esok tak ade meting.tapi minggu lepas pun saya sudah tidak memakai baju batik. Jadi, saya perlu memaksa diri saya untuk memakai baju batik dan sekarang saya perlu menamatkan entri ini untuk saya ambil masa dan mood  meng’iron baju saya. Ini Pemberi semangat untuk diri sendiri malam ini  "sue, awak nampak ayu bila berbaju batik....oh yeahhh" sekian.  =_=

* kata kakak-kakak kat sekolah, nak senangkan iron baju batik, masukkan baju dalam peti dulu sebelum iron..boleh ke macam tu??kang bau sayur baju saya tu nanti. eheheheheh

Tuesday, July 5, 2011

Susahnya bila diri mula "perasan"

Yeah, hari ni jumpa lagi kita ya di karpet saya yang tak seberapa mahal ni. Hurm, sebut pasal perasan ni, aku pasti semua orang ada penyakit ni, sama ada perasan cantik, perasan macho, perasan glamour dan macam-macam perasan lagi. Tak kira lelaki or perempuan, penyakit perasan ni sure melekat walaupun tak banyak.

Aku ni antara yang dijangkiti penyakit ni. Kesian kan, baru je bebas dari demam denggi, dah dijangkiti penyakit perasan pula. Tapi sebenarnya penyakit ni dah lama pun membentuk dalam diri ni. Ahahahahaha.

Alkisahnya, saya dijangkiti penyakit perasan muda. Hurm, sapa yang tak perasan muda silalah angkat pipi anda. Naik ke tak. Hari ahad lepas, aku keluar dengan my mum and sis in law. Singgahlah depan PKNS Bangi. My mum duk mencuci mata menengok kain-kain pasang yang ade di situ. Aku yang dah penant ni, hanya muncungkan mulut sambil meninjau-ninjau baju readymate yang berlambak kat situ. 

Then, sedang asyik my mum duk memilih tu bersama kakak ipar aku tu, kakak jurujual tu bersuara, 

" belilah la satu untuk anak dara tu.."

aku menoleh dan bertanya (waktu ni berasa diri diawan-awangan)
" ank dara mana kak?"

"awak la..ke dah kawin???" 

"kak, sy dah masuk setahun dah jadi bini org, cuma tak beranak je lagi"

"la..ye ke...akak mati-mati igt tak kawin lagi.." 

aku tersengih perasan dan cepat-cepat bisik kat telinga my mum.."ma..terasa diri ni muda remajalah pulak"
mak aku hanya mencebik bibirnya. Ahahahah..dia jeles la tu..:)

Dan petang tadi, anak jiran sebelah rumah aku tu menegur aku. Kanak-kanak tu dua beradik, yang abangnya umo 5 tahun, agak pendiam sikit. dan adiknya umo 4 tahun, sgt suka bercakap. Dua-dua adalah lelaki. Tapi aku heran, kanak-kanak tu jarang sekali menegur aku. Tapi kalau dengan en.suami, pokok pangkalnya, sekiranya en.suami ade je kat luar tu, pastu si adik tu akan menegur suami aku walau pun dia berada di sebalik grill besi rumahnya tu. Dan aku tahu soalan dia pastinya "PAK CIK nak g keje ke??"

Tapi kalo dengan aku, kadang-kadang aku tegur pun diaorang tak nak jawab. Nak kata muka aku cam harimau, rasanya tak. Muka i kan manis bak gula. Cehh!!!..  Dan ptg td, aku berjaya menarik perhatian si adik tu, bila dia menegur aku. waktu tu aku menuju ke kereta.

"kakak nak g mana tu?"

aku pura-pura terperanjat "ha...humm, tak g manalah.. mak cik nak ambik barang je".

"kakak nak ambik apa?"

"hum, ambik buku je sayang.."

Dan aku berlalu sambil tersengih-sengih masuk ke rumah. Dan dalam hati aku baru dapat jawapan sebenar kenapa kanak-kanak tu tak nak tegur aku selama ni.

Korang nak tahu kenapa???????????sebabnya,........


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

^^^^^^^^^^^^

Diaorang kompius nak panggil aku KAKAK ke MAK CIK...hahahahahah

wallaweh..perasan kan saya..sure korang meluat baca entri ni. hahahah..sekian.

*tak sabar nak bercerita dengan en.suami pasal ni.. jauh beza bila en.suami adalah PAK CIK dan saya adalah KAKAK...ouchhhh, bahagianya saya.....:)

Monday, July 4, 2011

Ke Hospital part II

Hai again...

Ok, jom kite continue cerita tengahari tadi. Hum, after buat pemeriksaan darah untuk hari selasa, hari rabu tu bermulalah rutin aku sebagai cikgu. Berlenggang kangkung bawa buku ke sekolah. Sekali tengok dari belakang macam budak form 4 je. Yearrkk, perasaan!!!. 

So, dijadikan cerita, tengahari khamis tu, aku dapat mengesan warna kemerah-merahan dikulit lengan aku. Dan aku juga rasa miang a.k.a gatal-gatal. Aku jumpa pengetua untuk balik awal. Balik tu, terus aku menuju ke klinik panel en.hubby. Then doktor cakap maybe aku alergik ubat. 

So, i yang panik-panik ni, rase macam tak percaya je, itu semua alergik. Nonsense!!. Aku rasa aku terkena campak. uhuk!So, aku memecut kereta ke klinik kesihatan sri kembangan. Sekali lagi aku terpaksa buat pemeriksaan darah. dan memang nampak gaya, platlet darah aku semakin menurun. Doktor minta aku datang lagi esoknya untuk pemeriksaan darah.

Jumaat tu aku MC lagi, dan keputusan darah juga untuk hari tu, semakin menurun. sudah ke 160. Platlet aku mesti tidak boleh kurang daripada 150. Kalo tak, sure aku akan di sumbat masuk ke wad. Dan doktor sahkan aku terkena denggi. Sekali lagi doktor minta aku buat ujian darah di hospital serdang pada sabtu pagi. 

 Sementara nak menunggu sabtu pagi tu, en,hubby dah berbotol-botol beli air 100 plus. Aku mintak Gatorade sebab air tu juga minuman isotonik dan tidak bergas. Tapi en.hubby tetap yakin dengan 100 plus sebab itu arahan doktor katanya. Aku yang minum air tu, dah rase memang nak termuntah-muntah lah dengan 100 plus. Kalo sekarang korang bagi RM 100 minta aku minum 100 plus tu, sure aku tak nak. Memang TAK NAK!!!. Rakan-rakan sekolah pula, dah mula sms bagi petua suruh makan sup ketam. Ikutkan en.hubby, malam tu juga dia nak g giant nak beli ketam dan masakkan untuk wife dia yg kiut ni. Tapi aku yang tak nak. 

So, pagi sabtu tu, aku ditemani en.hubby sekali lagi ke hospital serdang. Dan hasil pemeriksaan darah, menunjukkan platlet darah aku makin ok, dan meningkat. doktor juga sahkan aku dah tak de denggi, cuma perlu alert sekiranya aku ade muntah-muntah atau pun sakit perut. Dan Alhamdulillah, hingga ke saat ini, aku rasa aku dah ok. Kawan-kawan juga doakan untuk saya ya. Sekian sahaja.

Ke Hospital Part 1

Assalamualaikum…

Fuhh, fuhh, fuhhh….banyak nye habuk kat karpet aku ni. Maklumlah dah lame x buat room service.

Biaselah mood malas tambah pula owner blog ni tak sihat. Maka tak majulah blog aku bulan ni. Kesian kat kawan i yg sorang tu, Pn. Zue, asyik buka blog ni, tapi tak berupdate. Siap dia sms aku lagi tu.

Utk pengetahuan kamu semua dah seminggu ni, aku terpaksa berulang-alik ke hospital serdang dan juga klinik kesihatan sri kembangan. Al-kisahnya bila diriku ini menjadi suspek denggi. First demam adalah pada jumaat lepas. So, dah demam, apalagi bersuka rialah aku untuk ber MC. Maklumlah, dah lama tak MC.

Tapi aku sangat pelik, biasenya aku demam, pastinya dua hari akan akan sihat. Tapi kali ni, makan ubat je , badan berpeluh-peluh. Boleh plak, aku kemas-kemas rumah, jemur baju, masak lagi tu. Tapi bila masuk je petang, badan aku mula sejuk dan seolah-olah nak menggigil. Dalam setengah jam aku akan kesejukkan, selepas tu juga badan aku akan panas sampai suhu hingga ke 39.2’c. Biasanya waktu kesejukkan tu aku akan makan paracetamol. Dan bila suhu badan panas tu, kesan ubat yang aku makan akan buat badan aku berpeluh-peluh.

Demam berlanjutan hingga ke hari isnin. So, hari isnin tu aku terpaksa MC lagi. Aku ke klinik panel sekali lagi, dan doktor terus bagi surat refers ke Columbia Hospital. Tapi aku lak mengong-mengong, tak tahu kat mana letaknya columbia hospital tu. Then bila call mak cik aku, dia cakap, if denggi lagi bagus ke hospital kerajaan. Check up nya lagi detail. So, aku ambik keputusan ke Hospital Serdang. Sesampai kat sana, terus masuk unit emergency. Tak sangka lak aku, untuk suspek denggi ni, aku tak berada di zon hijau. That’s means, ianya agak kritikal la kot. Sebab aku dapat jumpa nurse dengan cepatnya dan nak jumpa doctor pun dapat nombor spesel dari yang lain. Tapi biasalah kan, dah namanya GH, menunggu pun bukan main lama juga lah untuk jumpa doctor.

Then, masuk-masuk je jumpa doctor, terus di tanya
“puan, mase gosok gigi pagi tadi, ade tak gusi berdarah? Batuk berdarah tak? Atau keluar darah daripada mana-mana rongga?”

“tak de lah doktor.”

“dah berapa hari puan demam.”
 “humm, hari ni, hari ke empat.”
 Dan seterusnya soalan-soalan yang berkaitan like, sakit-sakit badan, muntah, berapa kerap muntah, cirit birit dan sebagainya.

So, after keputusan darah keluar, aku punya platlet darah tak rendah, thats means bukan denggi. Tapi doktor was-was sebab aku nye satu analisis tu, bacaannya agak rendah, So, doktor suggest aku buat pemeriksaan darah untuk esok hari di klinik kesihatan sri kembangan. So, hari selasa pagi, aku ke klinik kesihatan sri kembangan untuk ujian darah kedua, then, alhamdulillah aku bebas denggi. Tapi platlet aku waktu tu macam makin rendah. Dari 208 turun kepada 185. Doktor cakap aku tak perlu lagi buat pemeriksaan darah sebab tak de tanda-tanda denggi seperti muntah, cirit birit dan sebagainya.Waktu tu rasa lega dan takut terus je hilang.

Ok lah kawan-kawan, cukup dulu untuk hari ni, nanti aku akan sambung lagi ceritanya bila lengan aku naik tanda merah-merah yang membuatkan aku panik. Sekian dulu ya.

Monday, June 20, 2011

Kahwin : pada pandangan si kecil

assalamualaikum, hum, lama sudah blog ini tak berupdate. Akhirnya mood untuk update tetiba membuak bila i tertengok gambar anak-anak sedara i yang chumel-chumel. Tetiba rase rindu kat diaorang semua. 

So, bila dah teringat kat diaorang tu, mula la kepala otak ni merewang tentang kisah-kisah lucu yang mencuit hati aunty mereka yang kiut-miut nih.(sila muntah jauh-jauh ok..jgn muntah di sini). 

Isu kawin.Cubalah tanya si kecil pasal kawin, apa yang dioarang akan jawab. Isu ni, aku tak tanya kat anak-anak sedara aku, tapi ianya keluar dengan spontan. Ok, analisis kes yang pertama : 



Muhammad Zakwan (2 1/2 tahun) sedang melihat gambar kawin mummy dan ayahnya. 
zakwan : mummy, wawan nak tawin juga lah.
mummynya : wan nak kawin ngn sape?
zakwan : ngan kak ieta (bekas pembantu kedai kakak aku)
mummynya : k.ieta dah nak kawin la wan.
Zakwan : ohh..

Dalam kes ni, eceh, macam inspektor bhgian siasatan jenayah la pulak..bila kita tenung, kanak-kanak sudah boleh merasai kasih sayang dan perhatian yang orang lain berikan untuknya dengan ikhlas. Dan mungkin dia berasa selamat dengan orang tersebut. 

Analisis kes yang kedua : 


Nur Ishah Qarihah (5 tahun). Kebetulan cuti sekolah hari tu kan banyak sangat kenduri kawinnya. So, antara sebelas cucu, si Ishah ni merupakan antara pengikut setia tok ma nya (mak aku) dan pengikut setia aku. Aku senang bawanya ke kenduri sebabnya memang aku tak de kawan waktu tu, dan ishah ni sangat tak banyak karenah. Dan sememangnya dia suka ke kenduri kawin sebab nanti dapat ole-ole terutamanya gula-gula. Dan bila balik rumah, dia umpama dermawan, akan membahagikan gula-gula tersebut kepada adik, abang, kakaknya dan sepupu2nya. Bila dan selalu ke kenduri kawin, abah aku cuba mengusik si Ishah :

tok abah : ishah ni selalu je ikut tok ma ngn cik de (panggilan utk aku) g kenduri kawin. Ishah nak kawin juga ke??..
ishah : tunggulah ishah besar skit lagi tok abah....(dgn nada kurang senang sambil membahagikan gula-gula)

Waktu tu mengekek-ngekek tok abahnya gelak.

Analisis kes yang ketiga :

   


Nur Ismah Dhaniyah (3 Tahun). Hari tu ade majlis merisik kazen aku, ayu. So, ade lah barang-barang yang dihias dan ade sebijik kek.

Ismah : sape nak bekawin ni...(bertanya pada mak cik aku: tok su)
tok su : Mah la kawin ngn tok su. G balik salin baju g..nanti nak potong kek.

Ismah, berlari balik ke rumah tok ma nya. Dengan termengah-mengah dia masuk bilik aku. Waktu tu aku tengah iron baju kurung.

Ismah : cik de, pakai baju raya ni, nak g kt tempat bekawin ke?
Aku : sapa yang nak kawin...???
ismah : tak tahu...(dengan termengah-mengah) aa..a..a....tok su ajak cemah bekawin. boleh ke??.
Aku : Mah nak kawin dengan tok su ke??
ismah : tak nak lah..
Aku : kenapa...
ismah : kan cemah ni kan pempuan, tok su kan pempuan..mana boleh...
Aku : ohww...tak boleh eh..
Ismah : tak boleh....berdosa...nanti masuk api neraka.
Aku : wa..,pandailh mah ni...bagus...
Ismah : nanti tak boleh potong kek la..
aku : tak pe..nanti mintak ngn cik ayu ye...(kazen yg dirisik)...

Humm, itulah antara kes-kes yang melibatkan anak-anak sedara aku tentang isu kawin. Diaorang dah boleh tahu, hanya orang yang dah matang/ dewasa boleh berkahwin dan diaorang juga tahu kahwin ini hanya untuk lelaki dan perempuan.

Melayan kerenah buadak-budak memang boleh buat kita tersenyum dan kadang-kadang jawapan yang dia berikan untuk kita tu, memang tak terjangka oleh kita. So, bab kata Uncle Aznil, dalam Anmum Essential TOm, Tom Bak..selalu lah melayan anak-anak bercakap, kerana waktu dia bercakap, berfikir memberi jawapan, waktu itu jugalah sel-sel otak mereka akan berhubung. Sekian untuk malam ini. 

Monday, June 13, 2011

Hormati Azan!!!

Assalamualaikum semua..

Bertemu kembali kita ye, setelah lama blog ini bercuti. Ok, hari ni nak sharing about email yg saya terima daripada incek hubby tercinta. Dan di bawah adalah saya copy sejibik-sejibik dari email tersebut. Yes, it’s a good ilmu utk  u alls sebagai umat islam. Jom baca…

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa kita yang lalu dan hari ini. Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid-masjid maupun di surau-surau Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana  ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati
Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak LIMA KALI sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawablah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika ia berniat untuk seluruh alam (seperti yang disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. begitulah kelebihannya yang Allah berikan.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan '  sakaratul maut' . 

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. " Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya .

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan  kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah  ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut

"Ya  Allah!  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami  mengucap  kalimah "Lailahaillallah. .." semasa sakaratul  maut menghampiri  kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin .."  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...