Monday, February 28, 2011

~ MC punya Hal~

Assalamualaikum...^_^

Opss..ini kisah bukan MC a.k.a pengerusi majlis yup. Ni MC a.k.a cuti sakit atau sijil sakit. So, sesapa yang MC ari ni sila angkat tangan. Dan sesapa yang belum berMc lagi untuk tahun 2011 sila angkat dua-dua belah tangan kamu. Huh, jage2 kang terbau econ kamu tu..

Nak cite pasal MC ni alkisahnya berlaku jumaat lepas. Tapi baru berkesempatan nk berceloteh kat sini. Jumaat lepas, kiranya aku nak ber MC sebagai tukang masak di rumah. So, balik keje cepat-cepat aku sms en.suami untuk ajak makan kat luar je. Dan en.suami just reply "erm..". Dan dengan senang hati lah aku bergoyang kaki layan tv sementara menunggu en.suami balik dr keje.

So, tepat kul 6, en.suami sampai rumah. Soalan pertama dia tanya .

"msk apa ari nih??"

aku dalam kebingungan terfikir, tadi aku salah msg ke..

"bkn ke sy dh sms tadi..nk makan kat luar.."

"humm..bila mse awk apply cuti?..ke awk MC ari ni?..mane MC?"

"apelah abg ni..MC2 lah pLak"(nada tak senang.hi3)

"kan abg byr gaji tiap2 bulan..so nk cuti kena buat surat..tak pun bagi MC.." sambil dia tersengih.

Mulut ku mula mancung. Lebih mancung dari hidung aku nih. Ish..mancung ke idung aku ni tak penah lak ade ukuran kan mancung tu brape tingginye. Tak pelah kira mancung la..ha3.

aku berlalu ke dapur..
"abg igt syg ni bibit abg ke..bergaji2 plak..b'MC2 plak..."sambil tangkas tangan aku ni ambil periuk nasi dan buka tong beras. Konon-konon merajuk la..

Dengan panik en.suami ke dapur.."hey..abg gurau je lah..nt pas maghrib kite keluar..mkn nsi beriani..".

Wah, lakonan aku tadi menjadi la. Dan dalam kepala lak ligat duk fikir, nak sambung merajuk ke tak. Tapi kalo merajuk kan rugi aku..aku gak yg kena masak nanti. hi3

So, aku pn habiskn merajuk sampai situ je la. Dan sambil berlalu ke ruang tamu, sempat la aku menyepak kaki en.suami. Hello..Ini bukan kes dera ok. Bukan sepak sampai terduduk. Just sepak ala-ala manja. Camne lah tu..hi3.

Humm, MC..MC..nasib baik aku tak merajuk MC. Kalo Merajuk sure tak leh makan nasi beriani. Tapi, perlu ke MC sebagai isteri..???..huhu3..Sekian.

Wednesday, February 23, 2011

~ Senyum la sikit...senyum kan satu sedekah ~


Assalamualaikum ^-^

" Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit "

Sure korang tahu kan itu lirik lagu sapa. Dulu first-first lagu ni keluar, aku memang suka gile dengan lagu nih. Sampai en.suami aku cakap, apalah yang best sangat dengan lagu ni. Mana taknya dia cakap cam gitu, sebabnya bila naik je kereta, aku akan pasang lagu ni dan akan ulang lagu ni hingga sampai ke tempat yang dituju. Tak ke naik tension laki aku dengan sikap bini dia yang cute nih. Hihi

Tapi akibat peristiwa semalam, aku rase lirik lagu tu "kalau kita senyum. semua orang berjangkit" masih tak berjangkit kat orang lain la. Aku pula rasa panas je dengan eksiden tuh.

Korang pernah tak alami ekseden camginih. Bila kita senyum kat seseorang, dia buat tak tahu je. Setakat buat tak tahu tak pe lah kot, ni dia alihkan muka kat tempat lain. Dan sampai ke sudah dia tak tengok kita. Bengang tak? Tak tau lah kot-kot korang tak bengang. Tapi aku sangat bengang.



Benda ni bukan berlaku sekali dua je, ni dah kali ketiga. Maklumlah, dia tu masih junior kat tempat kami. So, aku yang senior ni bermanis muka la. Nak cakap dia tak perasaan or tak nampak, dia ah ade extra dua lagi mata. Tak kan tak nampak aku ni senyum kat dia. Boleh dia buat tak tahu. Apa??..buruk sangat ke aku senyum ni? sampai dia takut nak balas senyum kat aku. Tak balas pun tak pe. Tengok pun cukup, Ni nak kata tengok..siap alihkan muka ke tempat lain adalah. Tak pe lah su..sabor je la...


Nasib baik aku tak paksa suh dia senyum camginih



atau aku senyum camginih yg buat dia takut nak tgk aku..hihihi

Bukan apa, kita kan bekerja dalam satu pasukan walau dalam sesi yang berlainan. Apalah salahnya maniskan muka tu sikit. Orang dah bagi senyum, so, hargailah sikit. Nak tunggu dia senyum humm, alamat memang tak senyum lah. Memanglah dalam profesion kerja ni awak kena tegas, tapi dalam tegas tu kena ada juga kemanisan dan kasih sayang. Baru lah harmoni nak bekerja. Tak ke gitu wook ???....

Tambah lak senyum kan satu sedekah dan amalan Rasulullah s.a.w. Jadi amalkan lah ia. Jangan lak sebab senyum satu sedekah, korang pegi kat tabung masjid, korang senyum je. Tak boleh macam tu la. kalau tabung masjid, masukkan duit baru dikira sedekah tau. Hahahah.

Tambah-tambah lagi senyum tu boleh awek muda kan?.. So, mana-mana yang susah sangat nak senyum tu, try-try lah maniskan muka dengan senyuman yup. Kadang-kadang pada aku la, senyum tu salah satu motivasi dan pemberi semangat untuk sehari-hari. Contohnya, bila tengok orang sebelah senyum, ceria dan gembira, kita pun turut terasa tempiasnya dan kalau berada di bank contohnya, orang sebelah senyum, kita pun berani nak bertanya dan bersembang. Tapi jangan salah guna untuk menackle orang lak. Bila yang nak menackel tu kena jual mahal-mahal sikit la.ha3.

Dan pernah aku terbaca satu artikel, untuk mood yang baik sehari-hari, cubalah senyum sewaktu bangun dari tidur. Bayangkan bunga yang paling cantik yang kamu suka atau bayangkan binatang peliharaan yang kamu sayang seperti kucing or bayangkan muka baby-baby yang kecil comey, mungil..bersih, suci, kiut muit...sure kita tersenyum. kan..kan..kan...so, senyumlah...........sekian



Senyumlah seperti bunga ini yg comel



jangan lupa ya!!!

terima kasih.

Saturday, February 19, 2011

~Jogging baik untuk kesihatan~

Assalamualaikum ('',)...

Petang tadi, sedang aku duk menyapu sampah depan pintu, tertengok le sorang ayah dan anak-anaknye berjogging kat taman permainan depan rumah aku nih. So, dalam kepala aku duk merewang, tak pernah aku berjogging sama-sama ngan abah aku dulu.

Tapi ada gak satu ketika dulu berkejar-kejaran dengan abah aku bagai orang bercinta zaman dulu kala. Hekk, boleh dikira berjogging gak le sebab berpeluh gak la aku larikan diri.

Alkisahnya, korang nak tau, abah aku dulu tersangatlah garang a.k.a tegas dengan anak-anaknya. Sampai anak nya yang sorang ni takut dengan abahnya macam takut kat hantu. Ahaks, melampau kau su..tak kan sampai gitu skali. Dah lah abah aku tu garang, kami adik beradik ni lak suka bergaduh. Tipu le kalau kamu semua tak penah gaduh dengan adik, abang, kakak kamu mase kecik-kecik dulu.

Aku ni paling kerap bergaduh dengan sorang abang yang atas dari aku tu. Bukan setakat bergaduh mulut, masam-masam muka (tak main la ini macam..tak ganas beb..hahah). Kami, kalu tak baling-membaling, tak tendang menendang, tak tumbuk-menumbuk kira tak sah ler. Sampai pernah aku baling gelas, gunting dan penyapu kat abang aku tuh. Mak aku pun pening tengok aku dengan abang aku tuh.

Tapi bukan aku yang selalu cari pasal, dia je selalu cari pasal. Tak ke tersirap darah korang bila kite syok2 duk tengok tv dia datang je dia ketuk kepala kita, tak pun dia baling kusyen yang berat cam gajah tu kat aku. Pada aku dulu, orang paling jahat dalam dunia nih adalah abang aku yang sorang tu lah. Hahahaha...gile serius bergaduh kan. Penah mase aku kecik-kecik dulu, dia cakap aku nih anak angkat je. Mak aku jumpa aku dalam sampan. Sebab tulah aku sorang yang lain daripada adik-beradik aku (sebab aku sorang je dalam family ade dimple a.k.a lesung batu kt pipi ahaks). So, aku yang masih kurang cerdik tu, terfikir gak, "humm, betul kot aku ni anak angkat." (wakakaka, lucu kan aku dulu)

Ada satu hari tu, kebetulan aku tak de tuisyen. Boleh dia cakap kat abah aku, aku ni ponteng dan menipu. Aku yang memang takut dengan abah aku tu, cepat-cepat bela diri sambil menangis (ceh, lawak kau su, tak ganas pun). Abah aku hanya diam je. Pastu abah aku naik ke tingkat atas. So, aku kat bawah sambung gaduh dengan abang aku. Dia still pertahankan fitnahnya tu utk buat aku bertambah marah. So, kebetulan ade gunting kat meja tu. aku sambil menangis bercakap dalam sedu (alamak kesiannye kau su)

"kenapa kau tak suka dengan aku sangat hah??, kenapa kau benci sangat kat aku??.macam-macam kau tuduh aku, kalau kau benci sangat, ambik gunting nih, bunuh je aku". Ambik kau ayat maut aku bagi kat abang aku.hihihi

Tetiba je aku nampak abah aku berlari turun dari tangga sambil bawak rotan. Abang aku tu sempat masuk bilik dan kunci pintu. So, aku yang masih terkial-kial ambil langkah seribu ler (takkan nak tunggu kena rotan kan..hihihi). Aku pun larilah keliling rumah sambil dikejar oleh abah aku. Cukup satu keliling aku lari masuk rumah dan masuk bilik serta kunci pintu. Aku tak tahu waktu tu abah aku kat mana. Mesti jauh dia ditinggalkan aku..heheheheheheh. Penat beb berlari sambil menangis-nangis. Hahahahaa..Kalo tak caya, cuba korang buat.

Itulah pengalaman aku berjogging dengan abah aku. Sampai petang aku berkurung dalam bilik tu. Last2 mak aku yang suruh aku keluar sebab aku masih tak solat asar. Tu pun nak keluar dah jadi cam tikus je. Intai-intai dulu, nampak clear jer baru keluar.

Tapi seingat aku, lepas dari kes kejar-mengejar tu, abang aku dah kurang sikit kacau aku. Mungkin dia pun terkejut nengok abah aku bertindak begitu. Akibat selalu gaduh, aku sangatlah tidak rapat dengan abang aku sehingga aku habis sekolah menengah. Tapi sbila dah umor masuk 20-an, semuanya dah ok.Tak de dah cam jauh diri cam dulu-dulu. Dah boleh baik kembali. Bila balik kampung, kami adik-beradik duk cite kisah zaman dulu kala sure gelak sampai menagis la kitaorang dan sembangnya sampai jam 3 -4 pagi. Itulah rutin tido kami adik beradik bila balik kampung...Hahahahah. Pergh tajuk entri tak sama ngan cerita ler.

Sekian..terima kasih sudi baca:)

Monday, February 14, 2011

~ Tahniah ~

Salam u olls, sorry banyak-banyak yup sbb dah lame aku tak berbelog. Busy sakan katakan. Kalah pengetua sekolah i dengan kesibukan i nih. Hihihi.

So, oleh sebab busy hingga tak terkejar masa nih, entri ari ni pendek je dan akan dipanjangkan dgr gambar-gambar i yang kiut miut nih (perasaan habis). Sure berbulu mata korang tgk pic i nih (sbb slalu entrprame jew).

Pic-pic ni adalah sewaktu aku ke Majlis Akad Nikah kawan satu tmpat kerja en.hubby di Melaka. Tahniah buat Sham dan Zeri. Semoga kebahagian kamu yang terbina ni kekal di dunia dan akhirat. Amin.


Selesai majlis akad



Kami

So, jom layan...nanti i akan upload lak pic-pic kami di sekitar bandar melaka. Iyalah alang-alang dah ke sana, xsah kalo xpusing-pusing bandar melaka yup. Walau dh berkali-kali aku dah ke sana (kalo la a-farmosa tu leh b'cakap sure dia cakap "asyik-asyik muka kau je ke sini" ehehehe).


Kami Lagi


Pengantin vs Tetamu


Dari pengantin utk aku dan maggie



Bunga telur yg kiut -i like pink



kenyang perut senang hati

After majlis tu, kami ke bandar melaka...dan nanti, if berkesempatan i akan upload pic yang mana korang dpt tgk tranformasi dari aku dan mag. Hahaha...sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...