Showing posts with label EMOSI. Show all posts
Showing posts with label EMOSI. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

STRESS

Berada di sekolah baru, banyak memberi tekanan kerja buat saya. Nak dibandingkan dengan sekolah dulu, saya lagi suka berada disekolah lama even sekolah tu 25 km sehala. Bezanya bagai langit dengan bumi. Dengan jumlah pelajar yang ramai (3256 org pelajar) membuatkan kaki ni sering tak berhenti melangkah disekolah. 

Di sekolah lama 1.05 pm dan kringgggg je aku dah bawah beg masuk kereta. Dah boleh balik dengan tenang. Tapi disini, kadang2 jam 3 pm masih lagi disekolah. Balik ke rumah dengan keadaan yang tidak tenang, perlu fikir banyak benda yang masih tak disiapkan. 

Bukan berada di sekolah lama, saya tak buat kerja. di sana saya lebih fokus dalam bidang saya, tiada campur tangan daripada pihak lain, melainkan perkara-perkara yang penting dan urgent sahaja. Saya dengan jayanya dapat menjalankan bidang kerja saya dengan tenang. 

Disini, berlainan pula caranya. Bebanan dari sudut lain yang mendatangkan stress pada saya. Bidang kerja saya sudah lari dari landasan sebenar. Kerja-kerja daripada bidang lain, membuatkan saya terkejar-kejar nak menyiapkan kerja dalam bidang saya. Nak menjalankan satu sesi kaunseling sehari dengan pelajar  pun agar sukar. Kena curi-curi masa. Dan buat sesi pun dengan ala kadar sahaja. Kepuasan tiada bila tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dengan sesi pelajar. Maafkan cikgu....

Membandingkan antara sekolah lama dan sekolah baru, sebenarnya lagi membuatkan saya stress. Namun, biarlah ianya diambil dari sudut yang positif, banyak perkara baru yang boleh saya pelajari. Tekanan yang dihadapi perlu dikawal dengan sebaiknya agar ianya tidak menjejaskan kesihatan fizikal dan mental (Nauzubillah). Sentiasalah memandang positif dengan apa yang dilalui. Apa yang saya buat apabila berada dalam keadaan tertekan, saya akan menarik nafas yang panjang dan kebiasaanya balik rumah saya akan buat senaman regangan. 

mengharapkan tekanan yang saya hadapi ni tumbuh untuk seketika sahaja dan berlalu mengikut masa. Sememangnya mengambil masa untuk saya serasi dengan situasi sekarang. Menulis disini pun sedikit sebanyak sudah mengurangkan rasa serabut yg berbelit-belit dlm otak nih.hihi

Berbalik kepada agama kita, pesanan untuk diri sendiri juga, sentiasalah berzikir padaNya dan yakin lah Dia sentiasa mengetahui apa yang kita rasa. Bersujudlah dan mengadu padaNya Yang Maha Mendengar. Alunkan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menenangkan diri dan setelah tamat membaca Al-Quran, saya lebih suka memeluk Al-Quran tersebut dengan kuat dan menarik nafas dalam-dalam, saya dapat merasakan sesuatu perasaan yang sangat menakjubkan. Subhanallah...Sungguh tenang. 


Wednesday, May 2, 2012

marah tak terkata!!!

Hari ini saya ke hospital serdang untuk buat fallicular tracking kali kedua. Pertama pd isnin iaitu hari ke-11 period dan hari ini pula hari ke-13 period saya.

sesampai je ke hospital, mood yang sedia baik bertukar jadi keruh. Mana tak nya, mana-mana hospital pasti ada masalah parking. Lima kali pusing cari parking, semuanya buat saya jadi hampa. So, saya ambil keputusan untuk menunggu dalam kereta kerana pada kebiasaannnya jam 8.00 pagi ada doktor or nurse yang bertugas malam akan keluar. Sedang syok menunggu dan bernyanyi-nyanyi dalam kereta, ada sebuah kereta nak keluar. Hati berbunga-bunga, sebab memang mengharapkan sangat parking tu. 

sedang menunggu orang tu keluar, saya bagi signal sebagai tanda saya duk menunggu nak "chop" parking tu. tetiba saya nampak dari cermin belakang, ada sebuah kereta masuk dengan laju menuju ke kereta tu. saya ke depankan sedikit kereta saya. Nampak gaya Pak cik kereta Kia tu buat macam tak nampak saya menunggu. Dia potong kereta saya even tempat tu sangat sempit. saya tinggalkn sedikit ruang untuk kereta yg nak keluar tu ada ruang untuk keluar. Tapi ruang tu lah pak cik tu mencelah masuk hingga hampir2 bergesel dengan side mirror saya. Saya pandang pak cik tu, pak cik tu buat seolah-olah saya tak ada dalam kereta saya. Umpamanya kereta saya tu macam bergerak sendiri untuk menghimpit sedikit keretanya.

Kereta yang nak keluar tu bagi lampu pada pak cik tu untuk bagi ruang dia keluar. Tapi pak cik tu buat tak tahu juga sehingga pemandu tu buat keputusan keluar ikut kiri even ianya salah. kereta tu keluar je,pak cik tu terus masuk. Saya dalam kereta tak tahu nak cakap apa, marahnya sampai saya menangis. bukan sedih tak de parking, tapi saya menangis sebab saya tak boleh nak keluarkan perasaan marah saya ketika itu. Rasanya dalam hidup saya, tak pernah saya rasa marah macam tu sekali sampai mulut terkunci. memang tak tahu nak cakap apa. 

Dan lagi saya marah, dia turun kereta dengan gaya nak cepat, kononya dia sorang je lambat dan nak jumpa doktor, pandang saya dengan ekor mata tu. Saya nampak pak cik tu berkopiah, lagi panas hati saya. Waktu tu, memang perasaan geram tak leh nak digambarkan. Waktu menulis ni, perasaan geram masih menyelubungi dan hati kecik ni berkata "geram rasa nak langgar je pak cik tu..". Masa tu memang saya menangis, nafas pun turun naik, tapi tak de la meraung-raung, kan orang lain tengok dianggapnya saya ni sewel. Saya beristighfar, cuba control marah saya. Tapi sampai sekarang pun, bila saya ingat peristiwa tu, saya memang rasa cukup marah. 

Perlu ke sikap macam tu diamalkan even pak cik tu tua dari saya. Nak cakap dia tak nampak kereta saya, tersangatlah mustahil. Entah la, tak tahu nak cakap bila sikap pentingkan diri sendiri menguasai hati dan rasa hormat pada orang lain tak ditanam dalam diri. Nak orang hormat kita, pastikan diri kita hormat dlu orang disekeliling kita. Harap saya tidak terikut-ikut dengan sikap orang "lama" yang sebegitu. Sekian.......

*keputusan fallicular tracking tu saya akn buat kat entri lain. Mood dah hilang bila ingat pak cik tu. (-,-)




Tuesday, August 24, 2010

~ Hati Memberontak, Tangan Menggigil ~

Salam semua,

Haih, camane mau buat nih, hati mula memberontak, kalo leh nampak hati yg kt dalam nih, sure melompat2 hati ni mau tukar template blog. Mau tak nyer, after aku blog walking, jenguk2 blog org lain, rase mcm iri hati jew bile tgk template blog org lain cntik2 jew. Menarik dan kaler yg menimbulkn mood.huhuuu.

Rase nk trus jer tukar design blog aku nih, so,aku cube crlh kt kiah google templates yg menarik. Tapi, tgn mula menggigil (geram, apakah sdh psiko aku nih?hehee..) sbb ssh nyer nk dwload templates tu, bkn ape, akunyer brodband ni kan dh slow mengalahkan siput. Tggu punya tunggu, dptlh aku dwload satu templates yg mmg menarik pd aku. Maka, dgn bersuka rialah aku menukar template aku, TAPI, rupe2nye, bila dh tukar template semua setting sudah lari. HUkhukhuk. Semua kena design blk, dan edit blk. Aku ni bkn nye mahir sgt kt blog nih, nak design smua tu blh ambik mse smiggu kotnyer..hehehe..

So, dsbbkn krg kepandaian dan kemahiran utk design blog, ditambah dgn penyakit malas yg menggunung, maka aku xjd tukar template aku. Jd hati yg melompat2 td tu, dh slow skit la krn sikap malas aku. Ahaks(mmg pemalas aku nih). Anyway, if aku ade kkuatan dan kerajinan suatu mase nati, pasti aku tkarkn design blog aku nih. Huuhuuu..tp, xtau bila la. Jgn smpai kucing bertanduk sudah.ok..daaaaaaaa...

Wednesday, August 4, 2010

~Sedih, Terkilan dan Kecewa~

Salam semua..

Wah, tak tahu nak gambarkan apa perasaan ini, bila tgk blk rakaman pelajar pukul cikgu. Sedih, kecewa dan terkilan tgk pelajar yg begitu berani bertindak sedemikian, dan terkilan juga dgn cara cikgu tu mencabar pelajar. Aku pun xtahu nak komen lebih2 coz kita semua tak tahu ape sebenarnye yg berlaku disebalik kisah tu. Dan sekarang isu ini panas dengan menyalahkan antara satu sama lain.

Cukuplah kita merenung diri kita sendiri, merenung tentang kesilapan yg kita lakukan, jgn terlalu memandang kesalahan org lain dan menjatuhkan, memperkecilkan serta mentertawakan kewibawaan org lain. Hari ini kita memperkecilkan dan memperlekehkan org lain, belum tentu hari yg akn dtg kita akan terus diagung2kn olh org disekeliling kita, mungkin kita akan merasai keadaan itu. Igtlah, what u give u get back. Renung-renungkan lah.

Friday, July 30, 2010

~ Insurans Oh Insurans ~

Salam..

Wahhaa..smlm aku xmenulis kt blog nie. Sebab penyakit lama datang kembali. Cube teka ape penyakit tu. Ape lagi kalo bukan pnyakit MALAS. Bila penyakit tu datang, mesti semua keje tak jadi, bertangguh dan kalo buat pun ala-ala cincai je lah.


Hari ni pun penyakit malas tu msih ada lgi skit2. Tapi disebabkan bengang yg terlampau, ilang pnyakit mls aku. Aku balik dr sekolah dgn prasaan yg agak marah disebab olh ejen insurans. Dah lah ari ni aku terkejar ke sana ke mari, nak mkn pun xsempat. Tup2 abih kelas tadi (kelas bdk2 dogil, makin stress aku) aku turun ke blk kaunseling, tgk2 muka ejen insurans berdiri tepi pintu blk menyengih kat aku. Dlm hati aku dh mula merungut “apa lagi la org ni neh, xabih2 lgi kew nk pujuk aku”. Untuk makluman smua, ejen ni aku rase dah berpuluh kali dtg jumpe aku. Mana kita ni x rimas. Cukup kite ckp tak nak. Tapi dia masih gak dtg jumpa aku. Kuat betul semangat ejen tu. Kalo bercakap tu elok2, aku xde lah panas sgt ht ari ni. Ni bercakap, mcm mulut nyer tu kena di insuranskan je. Geram aku!!!!. Haihhh…


Alkisahnye, aku mmg awl2 lgi dh ade insurans, awl2 keje lg aku dh ambik dua insuranssatu, lbh kpd pelaburan dgn kwn mak aku dan satu lagi lbh kpd medical (penyakit perempuan). So, aku buat potongan gaji monthly ler. Awl thn 2009, ejen tu dtg promote la dia nyer pakej. Aku ckp aku tak mau sbb aku mmg dh ade insurans. Cukuplah ape yg ade utk cover if ade kejadian yg x diingini berlaku.(Nau’zubillah). Ejen tu ckp, “ala cikgu, cube cikgu tanya cikgu2 india ngn cina kt blk guru tu rata2 ade tiga or empat insurans”. Aku ckp nk buat ape banyak2, baik aku simpan dalam ASB. Dia ape lagi, byk lah pujuk rayu dan keterangan yg dia bg kt aku. Aku ni waktu tu bdk br nak blaja, cikgu br katakan, melangut lah duk dgr ape dia cite. Tapi aku ttp dgn keputusan aku, “aku tak mau”. Then after tu, asal aku dpt lantikan dia dtg (cmane dia blh thu aku dpt lntikan, kompius aku), bln 10 dpt kenaikan gaji dia dtg lg, awl thn 2010 pun dia dtg lagi, dan tadi, dia dtg lagi.


Tadi, dia nmpak je aku, dia tanya, aku dh dpt kenaikan gaji or belum. Aku ckp bln 10 br ade kenaikan gaji. Maka, dia dengan semangat nye pujuk aku utk msuk dia punyer pakej br. Aku ckp, “i x mahu lah, i dh ade insurans, buat ape lagi i nk ambik smpai berpuluh insurans”. Nak tahu ape dia ckp “cikgu nie kedekut lah, RM 50 pun xblh byar meh..”. Huss, terbakar hati aku. Tapi dgn rilek(cover konon, dlm hati..urrr) jer aku jwb, “kalu u rse i kedkut, dan u tu pemurah sgt, i cdgkn u byr je lh monthly utk i, blh?”. Ejen tu ckp lg “cikgu naik gaji tiap2 thn, i bukan dtg jual insuran tiap2 thn. Skali je gaji naik yg ckgu dpt tu byr utk i punye insurans”. Aku jwb lg “Bkn ke tiap2 tahun u dtg promote u pnye insurans, thn ni dh dua kali kan”. Dia jawab lagih “kalo cikgu ambik, xdelh I dtg promote insurans I nie.” Aku jwb lgi “urm, r u sure?” “yes” katanye. Aku tanya lg, “if I pregnant, n have a new baby..sure ke u xdtg?” ha, terdiam ejen tu. Puas hati aku.huhuu.


X lame pastu tefon kt blk aku ni bunyi dan PKHEM aku call nk jumpe aku. Huh, ade idea aku nk lari dr ejen tu. Aku ckp kt dia PKHEM mau jumpa aku. DIa pun bangun dan ambil brg2 dia. Sambil tu sempat lagi dia ckp “ala,cikgu ambik je la satu, td cikgu skolah MGS, 3 org dh msuk bwh I, cikgu xpayah kedekut la. Rm50 jew, gaji cikgu naik dlm sratus lbih kan.”. wah, hati yg sdh sejuk panas kembali. Mcm dibakar2 rasenyer. Aku ape lagii, bidas blk la. “u nak I byr rm50, u igt, I xthu ke, drpd rm50 tu, u dpt sparuh dr I byr tu utk dr u. u nak I krgkn gaji yg I dpt then u sng lenang tambah pndapatan u. I tahu that’s ur bisnes, but u xblh pakse2 i. if I mmg xde insurans, sure I akn ambik ngn u, but now, I dah ade 2 insurans. U xblh sng2 nk pakse dn ckp benda yg mnyakitkan ht org.” ejen tu tersengih ‘’ohh, cikgu tahu i ye I dpt duit tu”. Aku senyum dn aku ckp lg ‘u punye company xsediakn kursus utk communications skill ker? oklh I nk kluar ni.” “ok” katanya. Smbil beriringan aku menuju ke ofis dgn dia, aku ckp lgi’ terima kasihlh coz u sgt2 prihatin dgn i, u risau if jd ape2 ngn I sbb u tak mau I rugi kan, nt ade org cover I pnye rawatan, 2 yg u berusaha pujuk I tu. I hargailah semua tu. ok, jgn xtido mlm lak ye”.. sambil aku berlalu ke pejabat dan dia berlalu menuju ke bilik guru. Huh, geramnyer. Tak tau lah if yg membaca ni rase benda tu perkara biasa, kot2 aku je emo sgt :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...