Showing posts with label MASAK MEMASAK. Show all posts
Showing posts with label MASAK MEMASAK. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Masuk bawah kerusi.

Tak silap aku, dua hari lepas aku ade masak tom yam dan telur bistik a.k.a telur bungkus. Tak tau angin kus-kus mana yang datang buat aku nk sediakan makanan sebegitu. Nak kata mengidam belum lagi naik dua garisan kt UPT tu. Uhuk. Tak pe kena usaha lagi. 

So, after balik sekolah tu, terus aku singgah pasar basah area umah aku ni. Sampai umah, keluarkan ayam dan udang yang ada dalam peti ais. Solat zohor dan teruskan rutin harian iaitu tido. Haha, buruk punye perangai. Hari-hari mau tido ka??..

Masuk jam 5.30, aku memulakan misi masak-memasak. Tersangatlah berpuas hati sebab tom yam menepati piawaian selera aku. Kaw-kaw punya tom yam. Misi kedua diteruskan dengan buat inti telur bistik. Juga sangat berpuas hati sebab menepati piawaian diri sendiri. 
Kembang idung ini, bila dipuji, "sedapnya aku masak hari ni" . 
Ceh, pujian dari diri sendiri rupanya. Hantu kau sue.

So, dah siap masak semua, just ready menunggu incek suami balik. Dan bila incek suami dh siap mandi, solat, time dia buka saji tu..aku tersenyum melewer....nak tahu apa jadi....

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l



Silalah kamu semua jangan gelakkan saya, Sebab dalam hidup aku, itulah kali pertama aku masak telur bistik. Korang bayangkan apa aku rase waktu en.suami buka saji tu, aku rase macam nak menyusup je masuk bawah kerusi meja makan tu. 

macam nilah rase nak buat  time saji dibuka


Itulah mase muda-muda dulu tak nak belajar masak. Tengok lah sekarang apa akibatnya. 
Tp, en.suami tersangat lah bagus, tak ade sedikit riak pelik pun kat muka dia. Macam tak de apa-apa berlaku. Then, sebelum dia mengeluarkan apa-apa soalan, aku terus mencelah..
"ayg,dah bungkus elok-elok tadi, time nak angkat tu tetiba dia patah dan terbukak la "

en.suami senyum, dan mula bersuara
"la... abg igt memang peseng nya macam nih.."
Dan tetiba kami berdua gelak besar, tanpa diketahui apa benda yang lucu. 

Then, bila en.suami makan, "humm, sedap ni " katanya. Makan pun dah bertambah-tambah.
Bininya yang tadinya rasa nak masuk bwah kerusi tadi, tetiba je rasa nak berdiri atas meja makan tu 
bila dipuji oleh suaminya. hahahahahahahaaa..

sekian sahaja entri yg merapu ini..tq.

Thursday, May 5, 2011

Buka kitab lama.

Hurm, di petang -petang hari ni, sempat la aku godek-godek Facebook member-member lama aku. Tengok apa aktiviti yg diaorg buat skrg. dan saya berasa tersangat excited bile tengok status my frenz  ieta : " berjaya jgak bt muffin hrni..500biji, esk menanti lg seribu...". 

Dan bermulalah dalam kepala otak ni, duk terbayang waktu zaman aku kerja kat bakery abg aku dekat bangi perdana yg diurus oleh isterinya yang tercinta. Masa tu aku sama-sama keje dengan eita. Kebetulan waktu tu aku baru mendapat title bekas mahasiswi dan memegang status baru sbg penganggur terhormat sementara menunggu posting sbg guru dan memang juga kebetulan kak ipar aku memerlukan pekerja. So, aku bantu la sikit-sikit, Sambil-sambil belajar benda baru, dan paling penting dapat berjoli sakan utk shoping moping.

Mula-mulanya keje kononnye hanya nak buat keje pengurusan like beli barang dan jaga chashier sebabnya aku tak berapa minat bab-bab buat roti and kek. Peluang ade depan mata, tapi tak nak guna kan?..ish3..Tapi, seminggu kat bakery tu, aku mula berminat nak belajar buat roti and kek. Dan makin seronok bila kami berlumba-lumba "chup" tray, dan buat pertandingan roti sapa yang paling cantik sekali. Hoyeaah, walaupun aku baru, aku dapat anugerah pembuat roti crumble yang paling cantik dan gemuk. U alls tahu tak apa tu roti crumble? ala, roti yg dijalin-jalin macam rambut tu, and parutkan cheese, taburkan gula dan crumble kat ats tu. Dan selepas dapat anugerah tu, aku kira mendapat tender untuk buat roti tu. Hebat ya.(sila jgn jelous ok). 

so, makin lama aku kat situ, aku makin seronok, banyak benda yang aku belajar, aku dah mula pandai tulis-tulis kat atas kek. Mula pandai decorate american chocolate cake, tapi masih tak pandai nak decorate kek yang beraising dan kek yang menggunakan fresh cream. Dan paling aku seronok aku sudah pro buat KEK LAPIS SARAWAK ok. Ilmu tu diperturunkan oleh isteri tercinta abg aku la, kak bid yg tersangat pandai buat kek lapis sarawak sbb dia adalah org sarawak. resipinya di modified dan sangat disukai ramai serta menjadi satu theme kat bakery tu. Bila masuk bulan puasa, memang lembik kitaorang nak mengejar tempahan kek lapis termasuk waktu tu ada tempahan dari hotel. Memang naik muak rase buat kek. Mahu taknya, nak habiskan satu biji tu ambik masa dlm lingkungan 4 jam babe. Hebat kan saya ni (sila tahan, jgn muntah dulu ok). 

Then, aku dah stop keje kat bakery tu sbb awl Nov 2008 aku diposting ke SMJK Chung Hwa. Uhuk, sedih lak rase meninggalkan kawan-kawan kat bakery tu. After stop keje tu hingga sekarang, jari-jari halus aku ini  (halus ke?macam kontot je)belum pernah lagi menghasilkan kek lapis sarawak, roti mahupun muffin yang begitu senang tu. Betapa pemalasnya saya kan. Kak ipar saya tu dah berkali-kali ajak saya cungkil balik skill i buat kek lapis tu. Tapi semnagat sgtlah kurang. Sebab terlalu dimanjakan diri ini. Contohnya, bila incek suami yg sgt suka kek lapis 2 request nak mkn kek lapis, i akan sms kak ipar i. "kak bid, kek lapis ade tak kat umah??" then jwpn dr k.ipar i tersangat lah positif " ade, dtglah...banyak lagi ." . Best kan dapat k.ipar yg baik camgitu. 

Dan tika ini, aku duk belek balik kitab-kitab lama tentang pembelajaran buat roti, kek, mufin dan sebagainya. Tangan pun mula gatal-gatal je nak try buat semua tu. Insyaallah akan dimulakan dgn muffin. Tapi tunggu semangat datang dulu. Lagipun kesian tengok Oven yg besar gedabak kat bilik dapur tu masih belum dikeluarkan dari rumahnya kotaknya. Mau tak cikgu-cikgu Chung Hwa kecik hati tertengok Oven yg dioarg bagi tu sempena hadiah kawin dulu masih tersimpan cantik. Kawin dah nak cukup setahun, oven masih dlm kotak. Ceh, nampak sangat pemalasnya. Tapi Kata diaorang aku ni pilih kasih, sebab microwave yang pihak pentadbir bagi tu aku dah guna. Nampak sangat kaki ampu kata diaorg la. Hukhuk. Bukan lah sayang-sayang sekalian, i guna microwave tu sebab ianya sangat berguna di bulan puasa, sebab i senang nak panaskan lauk. Itu je. So, kwn-kwn chung hwa, jangan risau ok. terutama kak lizi, kak yan, kak ida, pn.lim, Thulasi.. i know u alls selalu intai blog i ni. dan ngumpat-ngumpat manja depan i. Malu i tau. Ok, jangan risau, oven tu akan berfungsi nanti dan i akan jamu u alls makan muffin sampai kenyang. Bagi muncit perut u alls. Hahahahah...Sekian. 

*terbeliak tengok entri panjang lebar ni..
* buat ieta, jgn terlompat-lompat la buat mufin tu ye syg. Rileks2 suda, kasi sedap oh...

Opss, layan secubit gambar time keje kat bakery dulu. ahaks

Itulah eita yg gamaknya skrg tgh termengah-mengah duk siapkan 1000 muffin




yg saya hasilkan, tak cantik pun.

eh, eh, tercuit pulak...hehehe

Wednesday, April 27, 2011

Sweet Sour

Assalamualaikum semua..

ha, mlm ni nak share malam tadi punya cerita. Apa da, kalo jadi reporter sah-sah awal-awal lagi dah kena reject. Cite dah basi baru nak update. klako la. tapi tak kira, nak cite jugak.

Bukan apa, sayang-sayang ku sekalian, i ni terlebih excited bile berjaya menghasilkan masakan yang tak pernah aku buat. First buat, terus meletop-letop bestnyer. hek eleh, angkat bakul sendiri lak. yelah, kalu korang aku tak puji, sapa yang nak puji kan.Hanya pujian dari en.suamilh yg buat diri ini berada di ambang angin perasan. sila tampar pipi saya.asyik nk bangga diri je.

malam tadi i berjaya hasilkan ikan bawal masak sweet sour. ehek, itu pun nak kecoh kan. tapi Meletop beb (perasan lagi, sila  bagi penampar kapit). Tak pe, tak kira korang nak bace ke tak, aku nak gak share resipi tu yg aku dapat daripada mak cik aku.
1. kamu-kamu sila goreng ikan yang dah dilumurkan kunyit dan garam. goreng kasi garing yer. Dan asingkan.
2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, biarkn bawang tersebut sedikit kekuningan, 
3. masukkan bawang besar di potong dadu, bawang putih, halia dan cili yang telah dipotong. goreng seketika
4. masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos masam manis dan sedikit kicap. 
5. masukkan sedikit air, gula, garam dan tok aji (sekiranya mahu)
6. kemudian masukkan nenas (tin) yang telah disejat airnya. dan biarkan ianya mendidih dan masukkan ikan yg digoreng tadi.
7. Apalagi yang ditunggu, boleh le makannya. 

Makan punya makan bersama en.suami, bila tinggal tulang je,baru tepuk dahi, aku lupa nak snap pic. So, tak de pic la nk share ngn korang. heheh.sekian terima kasih.

Wednesday, July 28, 2010

~.:: Percubaan Yg Baik ::.~



Salam dan Selamat Petang Sume,

Urm, dah minum ptg kew?Ha, aku ptg ni sekali lg wat puding karamel. Yes, kali ini memang jd lah. Yg fist dulu tu en.hubby ku ckp keras skit. Mmg aku pun rase cm tu. Mana xkerasnyer, org lain kukus dlm 30-45 min jew, aku kukus smpai sejam lbih (hahahaaa..lawak tul la aku nih).


Aku dpt resipi ni dr akak kt skolh aku. Sbb dia pnah buat ari tu, aku rase cm sdp. So, bila puasa (ganti pose), tringin lak aku nk mkn puding tu. Tanpa segan silu, aku mntak resipi ngn akk tu (k.lizi). K.lizi lak xckp brape minit perlu aku kukus. Aku ni lak dah lurus cm sudip lah plak (oh, no,no,no) pkai bio je puding tu smpai cm dh nak naik hangus dah. So, kali kedua buat, urm, alhamdulillah, ok. Mmg dugaan tul lah blaja msk ni, kena try n error jew. Sesepa nak resipi ni, aku share lah kt cni. Nt esk aku bg tau k.lizi (berdosakah aku tnpa keizinan ni). Hihiii, xsilap aku, k.lizi ckp ari 2, dia pun ambil dr buku resipi kotnyer la.huhuhuu.


ok kwn2, sediakan bahan-bahan yew.kita buat sama2 :
1. goreng 9/10 sudu gula dlm loyang yg nak digunakan dan sejukkan
2. Pukul 10bj telur, kemudian msukkan 1 tin susu cair, 1 tin susu pekat.
3. pas tu, msukkan 1 sudu besar tepung kastad dan 1 penutp penuh esen vanila.
4. then, siap pukul smua tu, msukkn lah dlm loyang.
5. dan kukus lah...jgn jd cm aku yew..kukus tu sampai xigt dunia..hehehe


ok semua, selamat mencuba.


Monday, July 26, 2010

~ Misi Ku Berjaya ~



Salam..

Urm, smlm (ahad) misi ku telah Berjaya dilaksanakan. Sesuatu yg patut dibanggakan terutamanya ma aku. Rupa-rupanye ank pempuannya yg sorg lgih ni pandai masak (puji dr sndr nmpak J). Sebenarnya en.hubby dah lama nak ajak mber-mbernye makan-makan kt umah ni. Aku je macam tak mau. Bkn ape, aku memang tahu kelemahan aku yg satu ni. “TAK PANDAI MASAK”. Aku bg cadangan kt hubby supaya buat tempahan jew. Hubby pun cm xkisah pada mulanya. Then, lama2 tu aku perasan macam dia kisah. Katanya kawan-kawan lelaki je yg dtg. Tak pe katanya. Org lelaki sedap ke x sedap diorang blasah jew. Betul ker?. Aku rase lelaki lagi cerewet bab2 sedap or xsedap masakan tu. So, en.hubby bg cdgn suh msk nasi putih dan buat kari ayam dan adelah lauk2 tambahan. Aku ckp, if nasi putih, byk lak nak kena buat lauk2 yg lain. Lagi menggigil la aku nk msk. So, aku bg cdgn buat nasi minyak. En. Hubby beriya2 setuju. Aku fikir, setakat seekor ayam, boleh lah aku buat slow2. Tapi rupe2nyer en.hubby ajak dlm 20 org mber2nyer. Rasa nak tercabut jantung aku nih. Mana tak nye, mula2 dia cakap ajak dlm 5, 6 orang jew. Tup2, ambik kau, sampai 20 org diajaknya. So gelabah lah aku. Geram pun ada, tapi nak buat camane dia dah ckp ngn kwn2 dia.


So, aku dengan kalut2nya, dua hr sblm tiba hr tu aku call sifu aku. Sapa lagi kalau bukan ma aku. Aku tanyalh cmne nak kari ayam utk 3 ekor ayam (hah!sampai 3ekor ayam beb). Memang secara terperincilah aku tanya daripada berapa biji buah pelaga, bunga cengkih, berapa biji bawang sampailah bila waktu utk masukkan satu2 bahan2 tu (x ke senget aku nih.benda cmtu pun aku xtau). Cara-cara dan bahan-bahan utk msk nsi minyak pun aku tanya skali. Ma aku mmg risau sbb katanya tak nmpak ape aku nk buat tu. Nmpak sgt ma aku xyakin dgn anknya ni. Mana taknye, kt umah dlu aku xpnah buat smua tu(aku bhgian ambil senduk dan kacau je.hehehe). so, ari sbtu tu after balik dr sekolah (koko), aku trus lah cuba msk dulu. Kira test la. Mlm tu hubby blk. Hubby ckp ok. Oklah sbb stengah ekor ayam jew. Ni yg nk msk btl2 ni, 3ekor ayam en.hubby oii. So, ari had tu tergedek2 lah aku masak. Then, alhamdulillah semuanya ok. Nasi aku msk 3periuk elktrik yg saiz sedan tu, tinggal skit jew. Kira ngam la aku masak. En.hubby pun puji, aku msk sedap dr hr sbtu tu (wekk :P, ambik ht je tu kot). Bila bukak en.hubby nye FB mlm tu, ade mber2 nye ckp aku pandai msk..hihiii..btl ke idok la. Tp alhamdulillah smua ok. Then tadi ma aku call tanya cmane. Aku ckp ok. Ma aku cm xcaya. Dia ckp nk tanya ngn en.hubby. Tp wktu tu en.hubby lum blk keje lg. Sampai cmtu skali ma aku risaukan masakan aku tu. Tetiba aku terfikir “cmnelh leh ok aku msk.nasi ok, kari pun ok. Atau mlm tu ma aku solat hajat utk aku..hahahahaha” mengong tul lah aku nih.hahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...