Monday, November 12, 2012

LANGKAWI

Assalamualaikum...

hai...hai...dah lama tak berupdate blog ni. So, ambil peluang di cuti sekolah untuk update n make up skit blog. aii, apa cite pasal langkawi? tahun lepas dah langkawi..tak kan ini tahun mau langkawi lagi.

saya buat entri ni bila kawan-kawan wasup, BBM, and pm kat FB tanya duk hotel mana g langkawi dulu, sewa kereta camane, g ngan flight or ferry lg bagus...maklumlah cuti sekolah kan sekarang. ramai ambik peluang nak santai-santai, hilangkan stress. so, terpanggil la saya untuk menulis entri ni. 

Ok, pertama flight or ferry. Yang ni saya tak tahu mana yg bagus. Naik flight cepat smpai.Tapi tak leh bawak brg byk. Kalo dah mmg ready ngn duit berkepuk utk  bayar lebihan had berat tak pe. Kalau dengan feri, penat sikit la sbb kena drive sampai ke jeti kuala perlis. tapi berbaloi dapat pulun banyak barang. Aku??, mmg pegi hari tu dengan kereta n naik feri kuala perlis sebab mmg bercadang nak singgah rumah abag ipar kat perlis. Sediakan duit tol dan minyak ok. 


Feri kami :)
  
Dalam Feri

Hotel. Hotel yg aku ddk hari tu, kat pekan kuah. De baron Hotel. Harga satu malam waktu tu RM 160.00. So, untuk dua malam cmpur sendiri la ye. 

Lobby Hotel. Saya selaku manager percutian. Ahaiii...
Hotel ni, viewnya mmg cantik la. mengadap laut dan bilik pun ok. Cuma makanan, ada yang perlu ditingkatkan lagi.  Bagi yang pegi dengan family besar, saya suggest korang sewa apartment lagi jimat. Bersepah-sepah apartment kat sana. Tapi please, booking dulu sebelum ke sana. Takut nanti musim-musim cuti skolah ni, semua dah full. Kebiasaannya area jeti tu, dah ada wakil untuk promote apartment atau homestay diaorg. Bagi yang pegi semata-mata nak honeymoon, boleh la boking hotel-hotel area pantai cenang yang view lagi cantik. Kalo korang pegi untuk bershoping n jalan-jalan, boking hotel yg sedang-sedang saja. Selesa untuk tidur dan mandi. Macam saya ni kluar awal-awal pagi..11 malam baru sampai bilik. 

Ini bilik orang bujang
 
Bilik air...tak termasuk yang dlm cermin tu ok..:)

View dari hotel
Memang tak sempat pun berendam cam badak dalam nih


Tengok sunset di sini

Kereta sewa. Rate kereta sewa disana dalam RM 60- RM 150 sehari. Bergantung pada saiz kereta dan conditions kereta tersebut. Kelisa atau kancil dapatlah sehari RM60. Myvi, sorry babe!!! RM 100 sehari. 



Kuda hitam sewaan kami
Saya hari tu dapat kereta proton wira aerobek, RM80/hari. Kereta ok, ada aircond, so kalo hujan tak la berwap cermin kereta tu kan. Then tips utk isi minyak kereta, korang jangan la isi banyak-banyak sampai full. Sebab kebanyakkan kereta, korang isi la RM50 ke full ke..Meternye duk rapat tang "E'" tu jugak. Tak tahulah kereta yang saya dapat tu je macam tu. orang lain punya kereta ok. Tapi dengar pengalaman dari orang lain pun gitu la juga. So, isi ciput-ciput je ok sesedap rasa la eh.



*gambar kredit utk ADAM

Sunday, October 14, 2012

Telefon Bimbit Di Sekolah

Assalamualaikum..

Isu bawa telefon bimbit dlm kalangan pelajar masih lagi belum selesai. Hari ni di berita harian online, ade artikel berkenaan isu ni. Dan komen-komen yang ditulis, biasalah ada yang menyokong dan ada yang menolak sekeras-kerasnya. 
sumber : Berita Harian Online [ Klik ]

Mengikut kajian yang dijalankan dalam kalangan guru, boleh dikatakan 100% menolak cadangan ini. Terdapat komen-komen di facebook berkenaan artikel ini marah dengan komen-komen guru menjelaskan kenapa cadangan ini ditolak. Sedarkah para ibu bapa pelajar, guru juga adalah ibu bapa kepada anak-anak mereka sendiri dan guru berada dipersekitaran di sekolah, jadi guru-guru lebih tahu baik dan banyak buruknya penggunaan telefon bimbit di sekolah. Sebagai contoh disekolah saya, jumlah pelajar adalah 3258 orang dan jumlah guru 167 orang termasuk pentadbir. Bagaimana sekolah boleh memantau penggunaan telefon pelajar di sekolah dengan jumlah pelajar sebegitu? Perlukan guru-guru membuat spot check sebelum memulakan pengajaran bagi memastikan pelajar tidak bersms, berfacebook, atau menggunakan earphone mendengar lagu2? Jadi, kerja guru-guru akan berfokus kepada bidang lain bukan lagi fokus pada pengajaran dan pembelajaran pelajar bagi meningkatkan kemenjadian murid.

Terdapat parents nyatakan sangat susah apabila berlaku perubahan jadual/ kelas tambahan, membuatkan ibu bapa terpaksa menunggu berjam-jam di luar sekolah. Public phone dah banyak di sekolah, if rosak, pelajar dibenarkan menggunakan telefon di pejabat. Perkara ini memang pelajar sudah sedia maklum. Ini penjelasan daripada saya sebagai seorang cikgu. Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai pendapat yang bernas untuk bersetuju anak-anak anda membawa telefon ke sekolah.

Sekarang ini telefon masih dilarang bawa ke sekolah, tetapi masih ramai pelajar yang membawanya dan melanggar peraturan ini. Ada pula yg berpendapat "sekolah la yang salah, apa cikgu buat pelajar bawak fon pun  tak tahu.." Ok, penjelasan dari saya, anak anda seorang, mungkin dua atau tiga, tapi anda sebagai ibu bapanya tidak tahu anak anda membawa telefon bimbit ke sekolah apatah lagi cikgu yang ada beribu pelajar disekolah. Dapat tahu pelajar bawa telefon tu sebab nangis-nangis datang jumpa cikgu telefonnya hilang. Jadi apa perlu guru lakukan? Terpaksa buat spot check even pelajar tersebut melakukan kesalahan. Jika diabaikan perkara tersebut, parents datang menyerang ke sekolah, cakap cikgu tak ambik kisah tentang anaknya. Guru-guru disiplin, guru kaunseling pula terpaksa buat siasatan jika mangsa mempunyai suspek dalam kes curi tersebut. Sedangkan telefon cikgu hilang di sekolah, cikgu sendiri yang perlu bertanggungjawab. Terdapat juga kes di skolah lama sy, gambar guru sedang menulis di papan putih, (gambar diambil dari belakang) dan gambar tersebut diupload di facebook dan pelajar tersebut mengutuk guru tersebut yang marahnyakan tidak menyiapkan kerja sekolah sehingga kan menyatakan muka guru tersebut seperti "ba alif ba ya". Di mana kah nilai, di mana kah moral/agama anak-anak pelajar kita?

Reason-reason yang saya dapat daripada komen tersebut, kenapa guru menolak isu/cadangan ini :
1. pelajar senang nak main msg diam2 dgn kawan2 samada kenal atau tak kenal. 
2. pelajar boleh tergoda dgn hasutan dan pujuk rayu kawan2 melalui sms 
3. tangkap gambar/video tak senonoh simpan dalam handphone dan kemudian upload pulak kat internet 
4. mula belajar perkara tak senonoh sbb dgn mudah nak tengok benda tak senonoh dalam handphone 
5. sukar nak pantau isi kandungan handphone anak2 kecuali yang betul2 ambil berat (biasanya tidak ambil berat) 
6. leka bermain msg dan game dan macam2 lagi alasan yang tidak elok ada handphone d kalangan remaja. 
7. adakah anda suka apabila video ank-ank anda berada dlm toilet di upload di youtube.

KALAU GURU2 DAH 100% TAK SETUJU KERAJAAN PERLULAH AMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA SEBAB YANG NAK JAGA DISIPLIN BUDAK2 DI SEKOLAH BUKANNYA MENTERI TAPI GURU2.....MEREKA LEBIH FAHAM APA YANG TERBAIK UNTUK ANAK MURID MEREKA..Kami cikgu bukan menolak teknologi, tapi pelajar kita, anak-anak kita kurang nilai dan moral dalam diri mereka. Mantapkan nilai etika dan moral/agama dalam diri mereka, barulah perkara ini boleh dilaksanakan. Sekian, wassalam

*pendapat ini adalah pendapat peribadi saya dan terdapat beberapa pendapat yang diambil daripada forum-forum perbincangan isu ini

Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013 ( suka atau duka )

Alhamdulillah telah selesai juga bajet 2013 yang dibentangkan oleh Dato' Najib. Sebut je suka, pasti akan cakap "suka la sebab org gomen dapat bonus" . Alhamdulillah, mungkin itu rezki kami sebagai kakitangan kerajaan. Itupun kalau kerajaan menang mengundi nanti. Sebab ura-ura mengundi bulan november ni. Bonus bulan Disember dan Januari. Ok, abaikan isu bonus. Memang suka bila dapat bonus. 

Berbalik pada duka? apa yang menyebabkan duka itu? Masih tak bersyukur ke dengan apa kerajaan bagi. Bukan...saya sangat bersyukur dengan keamanan dan keharmonian negara dengan pentadbiran sekarang ini. Tapi sangat duka dan kecewa bila bajet ini tidak menitikberatkan kepada aspek spiritual dan pembangunan insan sedangkan kes ragut dan buang anak semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

kejam!!..bayi dicampak dari rumah flat - sumber gambar mymetro

Berduka juga bila harga rumah tidak dipantau. Memang skim rumah pertama dipermudahkan. Dinaikkan golongan yang layak memohon dari gaji bawah 3k kepada 5k. Dan layak membeli rumah sehingga ke harga 400k. Cubalah kawan-kawan ke bank-bank bertanya kan skim ini, cara mana nak memohon, bayaran pendahuluan, bayaran untuk buat SNP, bayaran peguam bank dan peguam yang menguruskan SNP, sebenarnya ianya lebih terbeban kepada pembeli. Itu tahun lepas punya cerita, tapi tak tahu tahun ini ceritanya lain pula. Tapi pada pendapat saya, kerajaan punya hak untuk mengawal harga rumah yang semakin hari semakin mencanak harganya. Rumah baru sekarang 20x70, double story kebanyakkan harga bermula dari 340k dan ke atas itu yg dipinggir-pinggir bandar, kalau tengah-tengah bandar korang bayangkanlah harganya. Kalau gaji 4k, nak byar rumah bulan-bulan mungkin dari RM 1300-RM 1800, kereta lagi (rm500 - 1000), PTPTN lagi, bil telefon, astro, letrik, air, makan minum, minyak kereta, tol, yang ada anak (susu + pampers + kelengkapan + nursery) arghhh...tak sampai tengah bulan dah semput duit dah. mula nak berhutang sana sini. 

Starting at RM 525, 364...fuyyo...sungguh aku tak mampu!!
(sila klik gambar utk besarkan imej..tq)

Ini cuma pendapat saya, saya tahu, kawan-kawan mungkin punya pendapat sendiri.Saya bukan orang ekonomi, walau form 6 dulu ambik ekonomi, saya tak tahu pengaruh harga rumah kepada ekonomi negara. Mungkin apabila rumah dijual dengan harga murah, pelabur-pelabur luar tak mau melabur sebab untung ciput. Entahlah...sekian dulu. 

* masih bersyukur dengan kehidupan dan keharmonian sekarang. amin...!!semoga rasa bersyukur ini tidak lebur dengan keinginan nafsu memiliki sesuatu yg diluar kemampuan.

Thursday, September 27, 2012

Bukit Kayu Hitam

Tengah bertanya-tanya khabar ngan abang ipar di FB, satu soalan yang ditanya "bila nak datang ke perlis lagi?"


Bila ingat Perlis, dalam kepala mula merewang pegi ke Bukit Kayu Hitam. Tahun lepas saya + en. suami + 2 kwn en.suami buat trip ke Langkawi. So, alang-alang ke sana kami menyinggah di rumah abang en.suami di perlis dan mmg park kereta kt umah dia n dialah yang hantar kami ke jeti. Dah tahu perangai BIL tu, kalau dah sampai ke sana ada je idea dia nak bawak kami jalan-jalan.

Tapi masa kami tak banyak, pagi sampai rumahnya, berehat, mandi, tidur sekejap, sarapan, then pegi ke jeti. Kesian dengan BIL yang beriya-iya ajak berjalan ke Bukit Kayu Hitam, kami ambik keputusan, balik dari Langkawi tghari Ahad, then tido satu malam baru balik KL. 

So, petang ahad tu berjalan sakan la kami di Bukit Kayu Hitam. Sapa pernah sampai sini? Mabuk tak? Saya sampai je kat sna, dah rasa mabuk dengan blous2 nya yang banyak pilihan dan murah-murah. En. suami n kawan-kawannya plak mabuk dengan jersi-jersi kelab bola. Gila murah harganya nak dibandingkan dengan harga disini. Ada sampai 2/3 kali ganda beza harganya. Tapi nasib baik mase pegi ke sana duit dah ciput. ATM plak xde kat sana. So, kena jimat-jimat n bajet-bajet je. Kalau tak semua nak rembat. Pengsan!!!.

Tapi kalau tak pandai membeli, kena juga la cekau ngn penjual-penjual kt situ. Dia tahu kami orang luar sebab tak de loghat kedah. Nasib BIL  n SIL ada. Pandai la mereka tawar menawar. Kalau korang nak beli jersi, kena juga hati-hati, sebab bila korang tanya kain gred apa.. mesti diaorang akan jawab gred A sedangkan beza sangat kainnya dengan kedai-kedai sebelah. Tapi tak semua peniaga kat situ macam tu, ada yang ok. Yang pasti memang kami mabuk ke sana n menggigil lutut pusing sana sini. 

Berbalik pada soklan BIL, saya pun tak pasti bila lagi akan sampai ke sana. Hujung tahun ni rasenye nak ke tempat lain lak, tapi tak tahu la..tengok bajet n tengok cuti en.suami yang melampau busynya sekarang. Sampai Sabtu Ahad pun kena kerja. Haih....!!!:(

Jom review pic-pic di sana : 

Menuju ke Bukit Kayu Hitam, korang akan jumpa singborad nih. Meh2, sapa nak kawin lari.heheh

Sampai sini poket kasi tebal ok..

buatkan en. suami dan kawan2 nya mabuk

Tudung n shawl pun macam-macam jenis ada. Murah lak tu. Shawl rege RM 3.00 ada woo..
on the way balik ke rumah BIL, singgah di ladang tebu. Subhanallah!!!

If sampai sini, korang mesti berenti n snap gambar. View nya memang terbaik weh!!




ok...sekian...
* gambar kredit pada ADAM

Saturday, September 15, 2012

Oh, anak-anak sedara ku!!!

Ok, meh nak cite skit pasal anak-anak sedara saya yang agak becok-becok mulutnya. Sikit pun tak mengikut mak cik nya yg pendiam dan sopan gini. Hahahah.

Anak saudara pertama - Adriana Syasya





Anak sedara saya semuanya ada 13 orang untuk 4 orang ibu. Paling besar tingkatan satu dan paling kecik 8 bulan. Itu anak sedara belah saya je. Tak masuk belah husband ok. Jadi korang boleh bayangkan umah mak saya kalau askar-askar dan princess-princess ini berkumpul. Masuk je cuti sekolah atau tiap kali raya, umah mak saya la tempat berkumpul. Ini kerana kakak-kakak ipar saya semua nya orang obersea. Sarawakian dan Indonesian. So, agak jarang balik ke sana.

Auni Syazwani 

Alkisahnya, anak-anak sedara saya kini sudah mula dan sangat pandai bertanya "bila ayah de ngan cik de nak dapat baby" soalan ini selalu diajukan pada en.suami saya. Sebab mereka agak takut dengan saya. Mak ciknya yang ini garang dan suka marah-marah bila diaorang sepah-sepahkan rumah atau buang sampah merata-rata. Saya merupakan kontraktor tetap dan berpencen mengemas rumah mak bila berkumpul ramai2.


Muhammad Hafiz dan Firdaus Al-Hakim
Sekarang ini, mungkin mereka-mereka tak berpuas hati jawapan dari en.suami saya, mereka mula mengajukan soklan begitu kepada saya. Jawapan ringkas dari saya "belum lagi la...sabar..." Tak boleh nak marahkan mereka, mungkin mereka dah tak sabar nak tengok perut cik de nya ni membonyot then keluar baby. 

Muhammad Irfan
Tapi satu kisah kadang-kadang buat saya tersenyum sorang-sorang. Satu hari tu saya memakai trek dan t-shirt. Kan bila pakai trek yg kembang tu menampakkkan perut kita sedikit buncit. (ceh!!nak salahkan slua plak..ngaku je perut buncit)hihihi. Dan tengah saya berdiri di pintu umah, tetiba anak sedara saya b'umur 4 tahun lebih lalu depan saya dan menepuk perut saya dengan selamba badaknya mengomel "perut buncit, tapi xde baby..macam mama dah". Masa tu rasa macam nak je gantung si kecik tu kat kipas. Tapi tergelak pula saya bila tengok si Yusrina tu pergi dengan selamba tanpa rasa bersalah. Oh, anak-anak sedara ku..Comel2 korang ye.


Nur Izzahtul Aliya

Bila diaorang berkumpul, pasti ada je mereka-mereka tu mengumpat saya. Bukan mengumpat apa, mereka sedang berfikir-fikir dan meneka-neka, if saya mengandung, anak saya akan ikut muka siapa. Then kadang-kadang dari jauh dengar juga mereka duk mengira ngan en.suami saya, kami patut dapat berapa orang anak dan mereka juga sibuk duk aturkan berapa perempuan dan berapa lelaki.So, bila dah nampak sangat mereka beriya-iya nak tengok saya mengandung, saya ambik peluang bila mereka solat berjemaah, cepat-cepat saya pesan "ok semua, nanti abih solat,doakan cik de dan ayah de cepat-cepat dapat baby..boleh???doa dengan ikhlas.." Hurm, itu lah mereka yang nakal-nakal buat geram, tapi tu lah penyeri umah mak abah saya.

Muhammad Danish
Nur Ishah Qarihah
Inilah Nur Yusrina, si kecik yg nak kena gantung kat kipas..hehehe

Nur Ismah Dhaniyah


Muhammad Zakwan yg sgt byk cakap dan buat loya buruk

Nur Zahirah Aliya




Fatin Syuhada Ayumi
Itulah mereka. Semoga impian mereka nak tengok anak mak ciknya ini akan tercapai. Kalaulah diaorang tahu hati mak ciknya ni lagi tidak sabar menunggu saat itu. Sama-samalah kita berdoa. Sekian..
Mereka-mereka yg kecoh dirumah Tok Ma dan Tok Abah

* saya merupakan pengasuh mereka waktu sy anak dara dulu. Dari Adriana Syasya sampai ke Nur Ismah Dhaniyah. Ssampai si Ismah cakap sy ibunya. So, sy cukup pro jaga budak-budak kecik nih...hahaha.

Wednesday, September 12, 2012

Burger Bakar


uiks, petang-petang hari ni update pasal burger. Ini burger bukan sebarang burger, ni la burger yang tengah pemes-memes sekarang ni. Tambah glamour bila masuk majalah tiga. Dulu burger ni hanya ada di wangsa maju. Dengar cerita daripada kawan-kawan dan adik saya, kat wangsa maju ni, kena berbaris-baris nak beli burger nih. Kalau lambat, memang berputih mata je la.

Sekarang, Alhamdulillah, di mana-mana pun sudah ada burger bakar. Saya yang selama ni sebuk duk ajak en.suami ke wangsa maju akhirnya tak perlu ke sana. Sebab kat area umah saya dah ada Rawang Burger Bakar (cawangan putra permai). Sesapa yang duk area bukit puchong, seri kembangan boleh la nak mencuba burger bakar nih. Best woooo. 

menyelerakan lah....

Ambik kau nyah!!! sila prektis nganga luas-luas ok...



ini first time mencuba


Opss, kalau nak tahu dimana stall nya, u all cari je kedai Nasi Beriani Gam Johor Putra Permai, bersebelahan juga dengan Ani Sup. Stall Rawang Burger Bakar tu ada depan kedai Nasi Beriani. Tq

Saturday, September 8, 2012

Cerai Berai - Nauzubillah!!

Sekarang masih lagi dalam mood raya. Open house sana sini. Sampai kena buat undi nak pegi umah mana dulu. Waktu macam nilah nak mengeratkan silaturrahim dgn jiran-jiran, saudara mara atau juga kawan-kawan. 

sebut pada cerai berai ,mase open house aritu sibuk menyembang dengan kazen yg kerja di pejabat agama. Sedikit tertarik bila kazen merungut, time bulan puasa je,mula la busy sbb banyak kes cerai yang masuk. Tambah2 dekat2 nak raya then lepas raya. Alasan nak bercerai adalah berebut nak balik raya rumah masing-masing. Terkejut juga dengar benda-benda macam ni.

Yelah sebagai pasangan suami isteri, masing-masing ada keluarga, kenalah bertoleransi. Siapa-siapa pun pasti suka balik rumah mak ayah sendiri berbanding rumah mertua. Alasannya sebab lagi selesa. Tambah-tambah si isteri ni. Memang kalo boleh nak aje balik umah mak ayah sendiri. Malas nak masak pun tak pe sebab mak kita, tido bangun kul 10 pagi pun masih tak malu. tengok tv tergolek sana sini, terbungkam sana sini siapa yg kisah. Tapi bila balik umah mertua semuanya kena terjaga. Tapi apa yg penting janganlah kita mementingkan diri sendiri. Mentang-mentang suami sayang gila kat kita, kita asyik balik rumah kita. Sedangkan suami pun ada mak ayah, ada adik beradik. So, kena toleransilah. Si suami pun nak juga jaga hati mak ayah dan adik beradiknya. 

Berbalik pada si suami pula, janganlah sebab isteri perlu dengar cakap suami, si suami ni menggunakan sepenuh kuasanya menguasai isteri. Suami juga perlu faham hati seorang isteri. Isteri tahu, keutamaannya ialah suami, akan tetapi di dalam hati pasti ada kerisauan menjaga hati mak dan ayahnya juga. Mungkin mak ayah juga faham si anak ini perlu mengikut kata suami. tapi sedikit sebanyak hati orang tua pasti terasa bila anak jarang balik ke rumah atau tidak pernah beraya bersama pada raya pertama selepas berkahwin dan pasti juga mereka rindukan anak-anak mereka.

Bila berlaku macam nilah my kazen bagitahu keluarga akan mula berungut, kiranya bermula campur tangan orang ketiga. Pasangan mula tidak senang dengan rungutan dari family. Then mula lah bermasam muka nak buat giliran balik rumah siapa dulu. Macam saya ni dekat, Alhamdulillah la. Boleh la bergilir-gilir, sekejap balik umah saya, sekejap balik umah suami. If yg jauh tu mesti ada plan yg tersendiri. Mungkin ada yg plan tahun ini dirumah isteri, tahun depan habiskan cuti raya dirumah suami. Ada juga yang 1st n 2nd raya di rumah suami/isteri..raya ketiga balik ke rumah suami/isteri. Itulah namanya toleransi. Masing-masing puas hati. even kadang-kadang ada juga yang bermasam muka suami isteri sebab rumah sini sekejap, rumah sana lama.hihihi..

So, daripada rungutan kazen tadi, saya berharap benda ini tidaklah berlaku pada saya, keluarga saya, saudara mara saya dan juga rakan-rakan saya. Harmonikan rumah tangga dengan toleransi dan sabar agar rumahtangga yg terbina sentiasa bahagia. Namun, jika sudah ketentuan Ilahi jodoh bersama suami/isteri tidak panjang, terima dengan redha. Tapi janganlah terputus jodoh dengan alasan yang simple sebegini. Yela, kadang-kadang kita tidak berada di dalam situasi tersebut, jadi kita tidak merasai apa yg dirasai oleh mereka, yang pasti jangan sesekali berputus asa berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar segala doa-doa kita. wallahua'lam!!

*entri yang diperam lebih seminggu..tak tau masam ke manis ke rasanya...hihihi

Saturday, August 11, 2012

Metformin : Always nak Uwekk!!!

assalamualaikum..

eh, eh, jangan excited dulu dengan tajuk entri nih. Yang ni nak uwek bukan sebab dah preggy. Ni semua nya gara-gara kesan ubat pada saya. Sungguh kuat dugaan bulan puasa ni. Habis je sahur muntah, Gosok gigi muntah. Naik kereta sampai sekolah muntah lagi. Biasanya belah pagi la selalu muntah. Dah abih makanan keluar kot, mula sahaja rasa loya dan mual. Hurm, memang lembik la nak menunggu masa buka puasa. Tapi, after buka puasa tak nak lak dia nak klua balik.Bijak!!!

Sekarang ni saya ambil ubat Metformin, sejenis ubat untuk merendahkan kandungan gula dalam darah lantas dapat meningkatkan sensitiviti ovari dan digunakan untuk merawat PCOS. Untuk ketahui lebih lanjut, saya dah print screen beberapa info daripada blog Dr. Zubaidi 






Itu antara sedikit info yang saya cut dari blog doktor. Kalau nak tahu lebih lanjut sila Klik !! Yang pasti loya-loya dan muntah-muntah adalah berpunca daripada ubat tersebut. Hurmmmmm...

* Harap-harapnya rawatan ini memberi kesan yang positif buat saya. Terima kasih

Wednesday, July 25, 2012

STRESS

Berada di sekolah baru, banyak memberi tekanan kerja buat saya. Nak dibandingkan dengan sekolah dulu, saya lagi suka berada disekolah lama even sekolah tu 25 km sehala. Bezanya bagai langit dengan bumi. Dengan jumlah pelajar yang ramai (3256 org pelajar) membuatkan kaki ni sering tak berhenti melangkah disekolah. 

Di sekolah lama 1.05 pm dan kringgggg je aku dah bawah beg masuk kereta. Dah boleh balik dengan tenang. Tapi disini, kadang2 jam 3 pm masih lagi disekolah. Balik ke rumah dengan keadaan yang tidak tenang, perlu fikir banyak benda yang masih tak disiapkan. 

Bukan berada di sekolah lama, saya tak buat kerja. di sana saya lebih fokus dalam bidang saya, tiada campur tangan daripada pihak lain, melainkan perkara-perkara yang penting dan urgent sahaja. Saya dengan jayanya dapat menjalankan bidang kerja saya dengan tenang. 

Disini, berlainan pula caranya. Bebanan dari sudut lain yang mendatangkan stress pada saya. Bidang kerja saya sudah lari dari landasan sebenar. Kerja-kerja daripada bidang lain, membuatkan saya terkejar-kejar nak menyiapkan kerja dalam bidang saya. Nak menjalankan satu sesi kaunseling sehari dengan pelajar  pun agar sukar. Kena curi-curi masa. Dan buat sesi pun dengan ala kadar sahaja. Kepuasan tiada bila tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dengan sesi pelajar. Maafkan cikgu....

Membandingkan antara sekolah lama dan sekolah baru, sebenarnya lagi membuatkan saya stress. Namun, biarlah ianya diambil dari sudut yang positif, banyak perkara baru yang boleh saya pelajari. Tekanan yang dihadapi perlu dikawal dengan sebaiknya agar ianya tidak menjejaskan kesihatan fizikal dan mental (Nauzubillah). Sentiasalah memandang positif dengan apa yang dilalui. Apa yang saya buat apabila berada dalam keadaan tertekan, saya akan menarik nafas yang panjang dan kebiasaanya balik rumah saya akan buat senaman regangan. 

mengharapkan tekanan yang saya hadapi ni tumbuh untuk seketika sahaja dan berlalu mengikut masa. Sememangnya mengambil masa untuk saya serasi dengan situasi sekarang. Menulis disini pun sedikit sebanyak sudah mengurangkan rasa serabut yg berbelit-belit dlm otak nih.hihi

Berbalik kepada agama kita, pesanan untuk diri sendiri juga, sentiasalah berzikir padaNya dan yakin lah Dia sentiasa mengetahui apa yang kita rasa. Bersujudlah dan mengadu padaNya Yang Maha Mendengar. Alunkan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menenangkan diri dan setelah tamat membaca Al-Quran, saya lebih suka memeluk Al-Quran tersebut dengan kuat dan menarik nafas dalam-dalam, saya dapat merasakan sesuatu perasaan yang sangat menakjubkan. Subhanallah...Sungguh tenang. 


Wednesday, July 18, 2012

Deep Clean

waa, so lama tak update blog. Sure sekarang ni puan zue melompat-lompat gumbira bila kakaknya yang kuit ni update blog. Even entri ni ciput je. 

Ok, entri sebelum ni pernah saya maklumkan muka saya bermasalah dengan jerawat besar-besar bapak menepek dimuka saya. Dan saya dapat tahu puan zue pun sekarang mengalami masalah yang sama dengan saya dulu. Sehati sejiwa betul kita ni kan. 

So, alhamdulillah muka saya sekarang dah ok. Even ada sikit-sikit lagi kesan scars kat muka. Apa yang saya buat utk saya atasi masalah jerawat tu? Eh macam gud-gud je aku ni nak bagi solutions kan. Tak pe, kan sharing is caring, caring is loving. Saya tak pakai produk mahal-mahal, saya just pakai neutrogena yang deep clean punya. Memang menakjubkan produk ni. Even bukan sekali pakai terus hilang, kalu pakai sekalai terus hilang itu menipu namanya. Tapi boleh nampak keberkesanannya produk ni bila jerawat makin kurang dan jerawat yg tengah besar gedabak boleh mengecil dan kering. 

Kalau u ols yg ada pimple ni tak mau pakai neutrogena, u ols boleh je try produk lain. Yang pasti cuba guna yang untuk "deep clean".  Saya pun dapat solution ni pun daripada si Amira kawan baik kat universiti dulu. Sebab dulu memang dia punya masalah kulit berjerawat. Sekarang, no more!!. Licin babe. Dan si amira tu pun ada cakap itu antara petua orang-orang Arab/ Turki jaga muka mereka. Pakai produk deep clean.

Ok Sekian saja entri ni, rasanya tak ciput pun, panjang meleret juga. Hihi. Dan sebagai permulaan untuk berblog semula. Harap entri ni dapat membantu kawan-kawan yang ada masalah jerawat. TQ



Saturday, May 5, 2012

Tahniah untuk diri sendiri

Semestinya ada di antara kamu semua terdapat sesuatu yang kamu tak suka nak makan dan memang tak boleh nak telan. Pokoknya kalau ditelan mesti muntah balik. Ada tak?. Saya ada beberapa benda yang saya memang tak boleh makan :
1. Susu : susu cap teko pekat manis, saya boleh minum. tapi susu segar memang saya tak boleh nak menelannya. Kalau g lepak kedai mamak, order teh tarik, saya boleh rasa ada susu segar yang dicampurkan dalam teh tu. Pastinya saya akan order air lain. Untung bergandalah mamak tu. Hehehe. Tapi susu ducthlady perisa coklat dan coffe tu plak boleh aja ditelan. Masa tu saya di universiti. Tak tahu apa punca saya dapat telan susu tu. Susu tepung, memang langsung xdapat la even susu tepung berperisa vanila  atau perisa coklat.  Namun, sejak tiga hari ni saya dah berjaya minum susu tepung kerana semangatnya datang selepas doktor minta saya minum susu putih (no perisa) sebagai proses untuk fertility. Hooyeah, berjaya. Alhamdulillah.




2. Soya/ Tau Fu Fah : maybe warnanya putih macam susu buat saya gerun nak merasanya. Tapi masa di form 6, saya punya kawan yang tersangat cantik kulitnya. Licin dan gebu. Rahsianya, dia selalu makan tau fu fah. Kerana nak cantik juga, saya telah beli tau fu fah di pasar malam Akhirnya saya berjaya menelannya dan belajar minum soya. Sejak hari tu boleh dikatakan seminggu sekali saya akan beli tau fu fah. Hooyeahh. Dasyat, nak cantik punya pasal. Tapi tak de pun kulit saya licin berkilat dan gebu cam kawan saya tu. Huk3. Terasa diri ditipu dengan soya. Sebab tu sekarang dah kurang minum soya. hahaha




3. Sawi : pahitnya sawi buat saya tak boleh nak menelannya. Mak saya selalu marah saya sebab saya tak suka sawi. Bila dah tua  besar ni, boleh la telan sawi tu. Tapi tak beriya sangat la. Kalau makan mee goreng tu, dua tiga ketul je sawi saya telan, yang selebihnya dikuis-kuis tepi pinggan.





4. Durian : sememangnya durian adalah raja segala buah dan bila org tak makan durian, pasti org akan ckp "hilang satu nikmat dunia". Umpamanya durian tu tersangat lah sedap. Tapi saya memang tak boleh langsung nak telan durian atau benda-benda yang berasaskan durian seperti tempoyak, bubur kacang yg ditaruk durian. Cuba juga berusaha nak merasa, tapi tak boleh la. Abang saya penah usik saya, dileseknya durian kat mulut saya. Hurm, muntah sampai lembik la saya dibuatnya. Kira dah memang nasib la kot tak leh nak merasa kesedapan raja segala buah tu. Haihhh.


So, tahniah buat diri sendiri. Daripada empat jenis makanan diatas, tiga daripadanya saya dah berjaya menelannya even jenuh menahan muntah untuk habiskan se'mug' susu tu pagi tadi. Sekian.

Thursday, May 3, 2012

Ovarian Drilling: Tak lalu makan saya dibuatnya..haishh!!

Mengikut perjanjian, entri ini ditulis tentang keputusan Fallicular Tracking semalam. Semalam merupakan hari ke-13 period saya. Tracking dilakukan untuk melihat dan mengukur saiz folikel. Tapi tersangatlah hampa, bila saiz folikel tu hanya 7.8 mm. Sebelum ni, saya dah buat tracking pada hari ke-11, saiz folikel waktu tu hanya 6.2mm. Mengikut kata doktor, saiz yang ideal ialah 18mm. 

Dalam hati saya rasa sangat sedih. Terfikir, jauh lagi folikel saya nak ke 18mm. Untuk dua hari, pembesaran folikel tu hanya 1.4 mm sahaja.  Doktor mungkin perasan perubahan muka saya waktu tu. Doktor masih bagi harapan, minta saya sentiasa "bersama" suami. Walau pada saya harapan tersebut tersangat la tipis. Tapi saya perlu berusaha,  itu semua kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa. Bila disebutNya "kun fayakun" maka terjadilah apa yang Dia tentukan.

Doktor bagi suggestion pada saya untuk buat Laparoskopi untuk checking tiub fallopio. Tapi, untuk bulan ni, doktor tambahkan dos clomid daripada makan 2 biji kepada 3 biji. Dan sekiranya dengan jumlah clomid tersebut, masih tidak memberi apa-apa effect kepada folikel saya, doktor cadangkan laparoskopi dijalankan kerana berkemungkinan saya punya kilang telur terlalu tebal atau keras atau juga tiub fallopio saya tersumbat, so doktor akan drill sedikit untuk bagi ruang pada folikel untuk membesar. Terkedu saya dengan cadangan doktor. Bermacam-macam perasaan yang ada dlm kepala, takut, macam tak percaya saya ada masalah sebegitu, sedih, dan sebagainya lah. 

Doktor tenangkan saya lagi, katanya jika pihak perempuan yang bermasalah, banyak lagi cara yang boleh dilakukan, akan tetapi sekiranya pihak lelaki yang bermasalah, perkara tersebut sangat susah diatasi. Saya lega sebab suami tak ada sebarang masalah, Yang bermasalah sekarang adalah saya. Saya cukup sedih sebab saya berharap sangat bila dah makan clomid, mengurut, ada rezeki saya bulan ini untuk preggy. Lantas dapat bagi hadiah anniversary 10 Jun ni buat suami. Namun, rezeki belum berpihak kepada saya. Saya perlu kuatkan semangat untuk teruskan hari-hari dengan penantian yang akan datang. Kadang-kadang terasa juga dirinya macam tidak sempurna sebagai seorang wanita. Uh, feelingnya saya kan. Nevermind, i'm ok. 

Bila call en.suami, bagitahu pasal ni dia mula risau. Sekejap-sekejap dia sms saya "syg ok?" . Mungkn dia dah faham benar bini ni lenjanya terlebih sikit. Sikit-sikit nak nangis. Tapi kali ni saya rasa saya sangat lah tabah. Hahaha. Dah kerap sangat dia bertanya cmtu  saya reply "syg ok..abg yg x ok tu..kalut sangat, tunggu je after tambah clomid ni dlu.."

Saya tak tunjuk kerisauan saya pada en.suami. Tapi saya dah mula bertanya pada kawan-kawan tentang perkara ni. Bertanya pada Diela yg pernah lalui proses ini, buat saya sedikit tenang. Saya mula menggoogle maklumat tentang kos, pakar yang terbaik untuk buat laparoskopi ni. Tapi serius la, after jumpa doktor semalam, memang saya tak berselera pun nak makan. Itu semalam, hari ni sambil-sambil nak menyudahkan entri ni saya dah bantai 4 biji tepung pelita. hahaha. 

Tak pe kawan-kawan, kita tengok pula next month macam mana after tambah dos clomid tu. Doakan saya berjaya. Tak perlu la saya drill2 nih. heheh...takut weh..sekian. 

*berfikir-fikir nak cakap kat mak ngan abah..tapi tunggu bulan dpn dlu la..




Wednesday, May 2, 2012

marah tak terkata!!!

Hari ini saya ke hospital serdang untuk buat fallicular tracking kali kedua. Pertama pd isnin iaitu hari ke-11 period dan hari ini pula hari ke-13 period saya.

sesampai je ke hospital, mood yang sedia baik bertukar jadi keruh. Mana tak nya, mana-mana hospital pasti ada masalah parking. Lima kali pusing cari parking, semuanya buat saya jadi hampa. So, saya ambil keputusan untuk menunggu dalam kereta kerana pada kebiasaannnya jam 8.00 pagi ada doktor or nurse yang bertugas malam akan keluar. Sedang syok menunggu dan bernyanyi-nyanyi dalam kereta, ada sebuah kereta nak keluar. Hati berbunga-bunga, sebab memang mengharapkan sangat parking tu. 

sedang menunggu orang tu keluar, saya bagi signal sebagai tanda saya duk menunggu nak "chop" parking tu. tetiba saya nampak dari cermin belakang, ada sebuah kereta masuk dengan laju menuju ke kereta tu. saya ke depankan sedikit kereta saya. Nampak gaya Pak cik kereta Kia tu buat macam tak nampak saya menunggu. Dia potong kereta saya even tempat tu sangat sempit. saya tinggalkn sedikit ruang untuk kereta yg nak keluar tu ada ruang untuk keluar. Tapi ruang tu lah pak cik tu mencelah masuk hingga hampir2 bergesel dengan side mirror saya. Saya pandang pak cik tu, pak cik tu buat seolah-olah saya tak ada dalam kereta saya. Umpamanya kereta saya tu macam bergerak sendiri untuk menghimpit sedikit keretanya.

Kereta yang nak keluar tu bagi lampu pada pak cik tu untuk bagi ruang dia keluar. Tapi pak cik tu buat tak tahu juga sehingga pemandu tu buat keputusan keluar ikut kiri even ianya salah. kereta tu keluar je,pak cik tu terus masuk. Saya dalam kereta tak tahu nak cakap apa, marahnya sampai saya menangis. bukan sedih tak de parking, tapi saya menangis sebab saya tak boleh nak keluarkan perasaan marah saya ketika itu. Rasanya dalam hidup saya, tak pernah saya rasa marah macam tu sekali sampai mulut terkunci. memang tak tahu nak cakap apa. 

Dan lagi saya marah, dia turun kereta dengan gaya nak cepat, kononya dia sorang je lambat dan nak jumpa doktor, pandang saya dengan ekor mata tu. Saya nampak pak cik tu berkopiah, lagi panas hati saya. Waktu tu, memang perasaan geram tak leh nak digambarkan. Waktu menulis ni, perasaan geram masih menyelubungi dan hati kecik ni berkata "geram rasa nak langgar je pak cik tu..". Masa tu memang saya menangis, nafas pun turun naik, tapi tak de la meraung-raung, kan orang lain tengok dianggapnya saya ni sewel. Saya beristighfar, cuba control marah saya. Tapi sampai sekarang pun, bila saya ingat peristiwa tu, saya memang rasa cukup marah. 

Perlu ke sikap macam tu diamalkan even pak cik tu tua dari saya. Nak cakap dia tak nampak kereta saya, tersangatlah mustahil. Entah la, tak tahu nak cakap bila sikap pentingkan diri sendiri menguasai hati dan rasa hormat pada orang lain tak ditanam dalam diri. Nak orang hormat kita, pastikan diri kita hormat dlu orang disekeliling kita. Harap saya tidak terikut-ikut dengan sikap orang "lama" yang sebegitu. Sekian.......

*keputusan fallicular tracking tu saya akn buat kat entri lain. Mood dah hilang bila ingat pak cik tu. (-,-)




Tuesday, April 24, 2012

i'm so lucky!!!

Bertuahnya saya punya seorang jiran yang sangat baik even beliau bukan warganegara. Asalnya dari Pakistan, si suami bekerja sebagai doktor, si isteri (kak jemi) suri rumah dan kadang-kadang menjahit, ada dua anak dara yang cun melecun (sampai menarik perhatian kawan-kawan en.suami) dan seorang anak teruna. Si isteri dan si anak sangat fasih berbahasa melayu, hurm, cukup mengagumkan. Si suami lebih prefer berbahasa inggeris. Mula tergeliat lidah saya nak bercakap dengan si suami tu. 

Sebelum masuk rumah ni, waktu tengah basuh, cuci mencuci rumah, kak jemi dah sering hantar-hantar makanan. Sudah pasti makanan yang diberi adalah makanan dari negara mereka. Saya ni, agak kurang dengan makanan yang berempah, tapi encik suami saya sangat suka. Suami penggemar makanan macam ala-ala mamak. Pokok kata, seminggu tak pekena  kedai mamak duduk tak senang macam kucing nak beranak. hihihi..

Bila dah masuk rumah, boleh dikata setiap minggu pasti sekali akan dihantar makanan, Dah diberinya nasi bukhari, nasi beriani, nasi arab berserta lauk-lauknya sekali. Jenuh saya nak membalasnya. Sebab saya tersangat kurang memasak sejak akhir-akhir ni. Banyak makan kedai dan tapau sahaja. So, bila nak hantar pinggan mangkuk jiran, saya buat simple-simple je like bubur, puding, kalau tak sempat pun saya beli je kek gulung, potong-potong dan hantar. Ohw, sangat malas saya ni kan. Bila cite kat mak, berkarung-karung mak membebel.

Kalau ikut kak jemi, disuruhnya saya hantar pinggan kosong. sebab dia sedia tahu saya kurang memasak. Mak aii, malu la saya kalo berantar pinggan kosong. Sekali-sekali waktu free saya duk melepak kat umah dia, tengok dia jahit tudung. dan saya pun pernah hantar tempahan baju kurung moden. Bila baju dah siap, tengok-tengok bermanik pula di baju saya tu. Kak jemi cakap itu hadiah untuk saya, dia ambik upah jahit saja. 

pernah juga saya hantar tudung saya yg rosak awning nya, kak jemi tak ambik upah even tudung yang dihantar sampai tiga helai. Katanya lagi hadiah untuk saya. Saya pun dah naik malu dengan kak jemi. Dan malam tadi pula, Kak jemi bagi saya sepasang Punjabi yang dijahit khas untuk saya. Tak tahu saya nak cakap apa, cukup baik jiran saya tu. Saya pun dah rasa segan sangat dengan dia. En. suami sibuk duk berkira-kira nak berbalas la..nak bagi kain batik untuk kak Jemi. Tegelak besar saya dengan cadangan en suami tu. Sangat lucu suami saya.

 Petang ni pula saya gagahkan diri buat nasi lemak dan sambil bilis. Yeay, berjaya dan memang lulus dengan cemerlang untuk buat bisnes nasi lemak saya tu (sila jangan jealous ok, itu KENYATAAN  o,O). Dan memang masak berlebih-lebih untuk hantar pada jiran sebelah.

* Alhamdulillah diberi jiran yang begitu baik.

Friday, April 6, 2012

Usaha dan tawakkal

Selasa yang lalu, ada temujanji doktor pakar O&G di hospital Serdang. Diikutkan tarikh, genap setahun saya telah mendapat rawatan disitu. Pelik dengan suasana di klinik kerana patients sangat kurang berbanding temujanji saya sebelum ni. Masuk bilik doktor, terus saja doktor Aini minta menstrual bleeding chart. Kata doktor, kitaran period dah cantik dan regular dan doktor cakap sepatutnya bulan ni saya mungkin dah mengandung. Saya tersenyum, dalam hati beribu harapan. Period saya dah lewat tiga hari semasa jumpa doktor. doktor terus minta saya buat upt. tetapi result upt  NEGATIF. Dalam hati berdoa agar sentiasa diberi kekuatan untuk mengharungi penantian hari-hari yang akan datang

So, doktor bagi masa untuk saya seminggu utk buat UPT kembali. Doktor scan, still tak nampak apa-apa. After scan tu, saya bertanya doktor Aini apa masalah saya yang sebenarnya. Doktor hanya terangkan mengikut diagnos sebelum ni saya mengalami PCOS (Polycystic Ovary Syndrome), tapi kebiasaannya seseorang yang mengalami PCOS mempunyai berat badan berlebihan, bulu roma yang melampau. Namun semua saya tak mengalami semua tu. Alhamdulillah.

Saya juga tidak menghadapi masalah senggugut sewaktu period. Ujian darah dibuat, hormon progestron dalam badan saya sedikit rendah. Itu sebabnya saya dibekalkan clomid. After pengambilan clomid untuk bulan pertama, saya perlu lalui ujian darah (dah 4 kali buat ujian darah) sekali lagi bagi mengukur samada dos yang diberikan membekalkan hormon yang mencukupi untuk badan saya.

Keputusan ujian darah menunjukkan dengan dos yang diberikan telah mencukupi. Doktor bagi tempoh masa selama seminggu, if  UPT -ve and still tak period, doktor minta saya induce period. Terpaksa la makan norculate balik. Then, bila period saya kena sambung balik makan clomid pada hari kedua period hingga hari keenam. Dan hari kesebelas period pula doktor minta saya ke hospital untuk follicular tracking (senang utk faham ialah utk mengesan kehadiran telur/ovum). Sekiranya kewujudannya masih tiada, tracking akan diteruskan untuk hari berikutnya samada hari ke-12, ke-13 atau ke-14 dan mungkin juga akan berlarutan hingga hari ke-16.  Habislah kena godek-godek. hahahahah..Tak apa lah nak godek banyak mana pun, asal ada hasil yang positif nanti. Ini lah namanya berkorban apa saja. Yang penting usaha dan semoga dengan usaha ini Allah akan memakbulkan keinginan saya untuk menjadi seorang ibu dan suami seorang ayah. Amin.. 

Doktor Aini juga cadangkan saya gunakan ovulation test untuk kesan sendiri kehadiran ovum tu dirumah. Sebelum ni, saya pernah gunakan ovulation test tu dan pernah menulis entri tentang ovulation test tu, namun mungkin waktu tu saya masih irregular period, so, memang tak berjaya nak mengesannya. Balik dari hospital hari tu, terus ke Alamanda dan beli UPT serta Ovulation test. Excited tu bukan main lagi sampai ke Alamanda mencarinya. Tapi ke sana tu bukan semata-mata nak beli alah tu, sebabnya janji nak ambil tudung dengan kawan. Kiranya dua dlm satu la. Tapi kalau tak ke Alamanda pun, saya akan still akan beli UPT dan Ovulation Test tu. Mana-mana pun usaha lah yang paling penting, rela berhabis duit, rela bersakit (mengurut..hehehe), rela menelan rasa pahit ubat, rela biarkan lengan dicucuk untuk ujian darah, rela segala-galanya kerana kerisauan melanda bila usia perkahwinan akan menjangkau 2 tahun pada 10 Jun nanti.  Keinginan hati membuak-buak untuk punya cahaya mata dan penyeri kepada perkahwinan kami.

Doakan semoga dengan usaha saya ini ianya akan membuahkan hasil. Amin. Mungkin belum cukup dengan usaha ini, saya perlu berusaha lagi dan tak lupa bertawakkal padaNya. Pada kawan-kawan yang mengalami perkara sama seperti saya (masih menunggu kehadiran cahaya mata), hanya kita yang cukup mengerti perasaan tika ini. Sama-sama kita berusaha. Berpeganglah, Allah menguji seseorang mengikut kemampuan kita. Dia Yang Maha Mengetahui dan Penentu Segalanya.


Saturday, March 31, 2012

Masalah Lagi!!

Sejak makan clomid dan duphaston sejenis ubat hormon yang doktor bagi, berlumba-lumba pula jerawat naik kat muka ni. Badan mengembang dah satu hal jerawat plak menambahkan lagi satu hal. 

Semua solutions yang kawan-kawan bagi, selagi mampu dan senang utk dicuba, saya cuba. Tapi jerawat still degil. Tak surut lagi yang satu ni, yang lain dah menunggu turn untuk membesar. Dah la meniggalkan parut hitam even sedikit pun jerawat tu tak disentuh. En. suami belikan bio oil utk hilang kan parut, tapi mungkin disebabkan minyak, jerawat masih juga nak muncul. 

2 kali ke spa, satu shah alam, dan satu di bangi, Alhamdulillah parut tu makin b"kurangan, but jerawat masih lagi mau keluar. Pn. Zue, cadangkan minyak T-tree dr body shop, bila jerwat muncul, terus sapu minyak tu, t"bantut la skit proses jerawat tu nak membesar. Tapi jerawat tetap juga keluar kt merata-merata dimuka saya yang sebelum ni licin dan gebu ni. (^_^). Sebelum ni, di pipi sebelah kiri, now ianya menyerang di sebelah pipi kanan pula, di rahang kedua-dua pipi dan juga di tengah-tengah dahi. Oh, sungguh merunsingkan dan memeningkan kepala saya. Pergi kenduri, atau jumpa sedara mara, kawan-kawan lama, semua naik heran dengan muka saya ni. 

En. suami pula dah nampak yang isterinya ni dah mula stress n risau. Pada saya dia yang terlebih risau dengan masalah saya. Saya gemuk dia tak kisah, muka saya naik jerawat, saya nampak dia tersangat kisah. Fuhh, lagi stress saya dibuatnya. Hahahaaa..

Dua tiga hari lepas dia dah sarankan supaya saya stop untuk pakai facial cleanser, pelembab, dan segala benda la yang saya tepek di muka nih. Dan dia cadangkan supaya saya sapu kulit kayu manis. Mau terbeliak biji mata bini nya ni. Memang saya dah sedia maklum dengan petua tu, tapi saya rasa mesti ianya cukup memedihkan bila disapu air kulit kayu manis tu. Jawapan saya ringkas saja "ee, tak berani la..nanti pedih". Then, dia mula ceritaka pengalamannya yang pernah jatuh motor waktu sekolah dulu, dan air itulah yang MIL sapu kat sebelah kanan mukanya yang sedikit rabak tergesek dijalan raya. Then, memang ajaib, sebab saya belek punya belek, tak ade sikit pun bekas parut tersebut.

Tapi hingga hari ni, saya masih berkira-kira untuk gunakan petua tu. Pada saya, itu untuk luka, tapi masalah saya ialah jerawat. Kan tak pasal-pasal makin teruk pula jadinya. So, apa pendapat kawan-kawan? ada petua lain tak untuk saya. Yang pasti u all dah try la petua tu n hasilnya ok. Baru saya ada kompiden sikit mahu cuba. ekekekek..

Wednesday, March 28, 2012

Malu

hari ni after bayar bil telefon maxis centre jusco taman equine, ada suara menegur dari belakang. saya cuba ingat balik siapa gerangan orang tersebut, seorang lelaki dalam lingkungan 50 tahun, rambut beruban. bila diamati betul-betul, rupanya cikgu tuisyen masa saya nak ambik SPM dulu. cikgu tu tak mengajar saya, tapi dialah bos kat tuisyen. Agak tak percaya dapat jumpa cikgu di sini. 

Mungkin cikgu saya dah faham apa yang saya fikir. terus je cikgu jelaskan dia datang sebab ada hal di putrajaya. saya bersalam dengan isteri cikgu. cikgu saya tu memang gamble dan spoting orangnya. bila bercakap "aku" "mung" sahaja. saya, tak delah ber "aku" "mung" dgn cikgu. Tapi kami berbisingan la  kat depan maixs centre tu. saya ni kat dulu kat sekolah pendiam je orangnya, tapi kat tuisyen memang bising n ligat sikit. 

biasalah kan, bila dah jumpa cikgu, pasti soklan "skrg keje apa?" akan jd soklan wajib. saya malu-malu cakap saya seorang cikgu. Why saya malu? sebab kat tuisyen tu, cikgu tu memang kenal saya hantu ponteng. Biasa lah, tuisyen kadang-kadang padat jadualnya bila ada kelas ganti. Biasanya 8.00 pg - 10.00 pg, 10.30 pg - 12.30 tghr, sambung lagi jam 2.00 - 4.00. Biasanya waktu kelas macam ni saya dengan kawan-kawan yang tak tuisyen ni akan pegi ronda-ronda bandar kota bharu tak pun kuala terengganu. Mak hantar depan tempat tuisyen, saya akan masuk kedai runcit kat situ. Buat-buat beli air kotak milo. bila orang lain berasak-asak masuk kelas, saya masih rilek belakang kedai buat-buat pilih buku nota. dan saya tahu, around 8.15-8.30, cikgu akan turun cek mana-mana pelajar yang tak masuk kelas lagi. 

so, after cikgu beredar, saya cepat-cepat ke bus station n naik bas then buat-buat baca majalah Kononya nak tutup muka. pernah satu ketika tu, cikgu tu ketuk cermin bas tempat saya duduk n minta saya turun. waktu tu tuhan saja tahu betapa malu rasanya. kawan-kawan yang lain gelakkan saya. saya mula cari alasan, kononnya nak g HUSM sebab ada kawan masuk wad sebab demam denggi. Masa tu cikgu ugut nak call mak saya. jadi saya mengalah dan dengan tersipu-sipu malu masuk balik kelas matematik waktu tu. Masa tu terfikir "suka hati lah aku nak g mana pun, yuran tuisyen kan dah bayar, jd terpulanglah nak masuk kelas ke tak'' .

Bila cikgu cakap pada isterinya saya ni ratu ponteng dah jadi cikgu kaunseling. Memang rasa kebas sangat muka ni. Malu sangat-sangat. Rasa sangat berterima kasih  kepada cikgu sebab terlalu cakna dengan pelajar-pelajarnya even pelajar tuisyen sahaja. Kerana peristiwa tu juga lah, saya dah kurang ponteng sebab cikgu tu akan cek samada saya ada dalam kelas ke tak. Malu sangat bila cikgu buka pintu kelas je "yusmi suhana ada?" . Memang sangat berterima kasih kepada cikgu-cikgu saya yang membimbing saya hingga saya jd seorang manusia yg mampu berjasa pada agama, bangsa dan negara.Insyaallah..

*rasa sangat best dapat belanja cikgu makan, kalau boleh nak cari balik cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya dulu dari cikgu tadika hingga pensyarah di universiti. Sentiasa mendoakan cikgu-cikgu saya dirahmati dan dilindungi oleh-Nya.

Tuesday, March 20, 2012

GPS atau Google Maps

Hurm, sebut pasal GPS, sure kebanyakkan orang dah pakai alah tu sekarang ni. Saya lak bukan antara pengguna GPS. Kalau kena pegi meting or kursus ke mana-mana tempat yang saya kurang tahu, saya akan google maps saja. Dan Alhamdulillah, stakat guna google maps, tak penah pula tersesat.

Dua tiga hari lepas dalam kosmo, ade berita pasal 3 orang pelajar jepun terkandas di tengah laut kerana GPS.  tiga pelancong itu terpedaya dengan maklumat daripada sistem penentu kedudukan global (GPS).Mereka percaya kereta tersebut dapat melalui laluan berlumpur sepanjang 15 kilometer  ke Pulau Stradbroke Utara berdasarkan maklumat GPS. Namun, kereta itu yang dinaiki pelajar dari Tokyo, Jepun terkandas dalam lumpur. Ketiga-tiga pelajar tersebut terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan kereta berkenaan kerana air laut mula pasang

Namun semalam, benda yang lebih kurang sama jadi kat aku. Tapi tak de lah masuk laut. Pegi je sekolah, kerani cakap saya perlu menghadiri mesyuarat di Pandamaran, Port Klang. Oleh kerana tak menyepat untuk google maps dan kebetulan pula abang saya tertinggal GPS nya di kereta, so memang bergunalah GPS tu untuk hari tersebut. NAsib baik meting jam 9.00 pagi.

Dah nak sampai area Pandamaran, tersilap exit pula. Apa lagi bising la GPS tu. So, driver yang akur ni mengikut arahan GPS tu untuk kembali ke jalan asal. Ikut punya ikut, aku dah rasa lain macam, dah bawak masuk belakang bangunan, dan tetiba sampai tempat buang sampah.

aku stopkan kereta dan GPS tu masih bising dengan arahan "turn left, turn left". Tapi bila direnung-renung macam ada bekas laluan, tapi lebih kepada laluan motor. Aku tak teruskan, aku patah balik jalan yang aku masuk tadi dan kemudian berhenti di sebuah gerai tepi jalan. bertanya pada seorang mak cik tu untuk ke tempat mesyuarat tu. dan sebelum masuk kereta, sempat aku tanya mak cik tu tentang jalan belakang bangunan tu. Mak cik tu cakap "eh, ada jalan ke kat belakang tu". Tersenyum dan berfikir sendiri, kalau  terus ikut arahan GPS tu, sama ada betul akan keluar ke jalan utama atau aku akan turut terkandas cam pelajar jepun tu. (o,O)

Now, masih terfikir-fikir, aku yang tak tau guna GPS tu, atau memang GPS tu sesuka hati dan sesedap rasa je bagi arahan. Esok akan meting lagi di shah alam. Rasanya dah tahu tempat tu. Tapi masih seach melalui google maps, GPS tu simpan dalam board je lah. hehehehe

Monday, January 9, 2012

BaRu

assalamualaikum...

Wah, dah berhari2 tahu baru berlalu, baru lah update blog..follower2 pun dah lari lintang pukang sebab masuk-masuk je, xde entri baru..

So, sempena tahun 2012, tak terlambat diucapkan selamat tahun baru, pastinya ada azam baru, nak rumah baru, kereta baru, kasut baru, baju baru, pendek kata semuannya nak baru kan..cuma blog ni je tak juga baru. eheh.

Pada tahun baru ni, saya juga masih mengharapkan kehadiran "orang baru".dan  Semestinya tahun ni saya di sekolah baru, tapi mood masih tak juga baru. even dah dekat dengan rumah baru, saya perlu sesuaikan diri dengan suasana di sekolah baru..dan berhari-hari di situ, mood masih juga tak baru..kenapa? Kita cerita dilembaran baru la ye..heheheheheheh

Sekian ..
*please, en.suami, nak laptop baru....!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...