Showing posts with label BOLA. Show all posts
Showing posts with label BOLA. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

Saya Dapat Baju "KUNING"

Assalamualaikum semua..

Wow, tajuk entri hari ni agak panas. Maklumlah keadaan skrg sangat sensitif tentang "kuning".

Tapi petang semalam, after balik sekolah, saya ternampak satu plastik beg berisi sesuatu. Tapi saya tak hiraukan apa benda di dalam tu.Sebab saya tahun itu adalah barang en.suami.

Dan Petang tu juga, en.suami bukakan plastik tersebut, dan menghulurkan sehelai baju kuning untuk saya. wahh, memang cik isteri ini suka bangat dengan baju tu...



satu untu en.hubby, satu buat cik wifey

inilah baju saya

Thanks buat en.suami. Beliau amat memahami wifey nya ni suka layan bola. Memang beribu-ribu like la dengan baju tu. Dan untuk pengetahuan semua, entri ini tak de kaitan dengan BERSIH ok.

*doakan semoga negara kita terus aman dan damai. dtg sekolah tadi jammed gila-gila. Harap semuanya akan ok nanti. Amin.

Monday, March 7, 2011

~ Bila si anggun bercakap pasal bola ~

Malam tadi, aku ikut en.suami melayan bola di kedai tomyam puncak jalil bersama-sama kawannya Adam, Odeng, Lai dan Azmir. Seramai-ramai orang kat kedai tu hanya 3 ketul je yang menyokong MU termasuk aku dan seorang uncle tu bersama anak lelakinya. Yang lainnya bersorak sakan dengan Liverpool. Huh..

Humm, sungguh keciwa bila malam tadi MU kalah 3-1 dengan Liverpool. Nak cakap aku ni peminat tegar MU tak delah sangat. Tapi aku ni kalo tengok bola, sure aku akan sokong team yang lmbt gol. Macam malam tadi, Liverpool gol dulu, so aku akan bersemangat menyokong MU. tapi if MU gol dulu, sure aku akan sokong Liverpool. Kalau dua-dua tak gol camane lah plak yer? itulah, Pelik tapi benar. Tapi..Itulah aku.

Mana-mana team yang aku tengok begitulah gaya aku. Tak macam sesetengah orang tu memang minat melampau dengan team masing-masing. Contohnya adik lelaki aku. Huh, dia tu memang hantu MU. Mana-mana pun ade MU, sampai kat kereta mak aku pun dia tampalkan stiker club MU. Tapi untuk aku, satu team yang memang terpahat dihatiku ialah MALAYSIA… wowowow, bersikap patriotik beb. Sampai gaduh-gaduh dengan adik aku. Adik aku tu antara pengkritik hebat utk team Malaysia sampai aku penah halau dia ke England. Ambik kau betapa patriotiknya aku.

Tapi, bila aku sebut pasal bola, mak aku akan cakap tak sopan pempuan tengok bola. Tak ayu lah kot baginya, Risau anak kesayangan dia ni hilang kelembutan. Sampai aku ikut en.suami main futsal pun dia bising-bising.

Yang aku naik herannye, bila mak aku tengok bola, boleh la plak. Hebat kan mak aku tu. Dia tu kenegerian sikit, team dia tengok hanya Terengganu (liga Malaysia beb) dan berjiwa sangat patriotik bila dia bagi sokongan padu kat team Malaysia. Kalo mak aku tengok bola, humm, korang leh nampak kakinya pun terkial-kial cam nak sepak bola. If kakinya tu luka terkena apa-apa ke pun aku rase dia tak sedar. Comelkan mak aku tu. Humm, maybe dia rasa dirinya tidak sopan sebegitu, menjadi puncanya dia tak bagi anak pempuannya yang ni melayan bola. Hi3.. Dia bertambah risau bila my best friend (Nor a.k.a Teh) sekarang ni sedang aktif berfutsal di putrajaya. Cayalah kau Nor. Tunggu aku datang bagi sokongan untuk tournament kau nanti, hahahah

Tapi kalau di tengok, diperhati dan diintai betul-betul dah ramai pun perempuan-perempuan yang minat bola dan tahu pasal bola termasuk si Fara Fauzana tu yang fanatic dengan MU, tapi sekarang dia agak fanatic dengan real Madrid kot sebab si heronya ada di sana. Siapa???..CR lor.

Pada aku menyokong or menonton or meminati bola dalam kalangan si anggun-aggun ni tak salah pun . So, teruskan sokongan anda yer. Untuk mak I yang comel-comel ayu tu, jangan risau la, anak ma ni tak pernah lagi sepak bola dipadang bola or court futsal . Hanya sekadar menonton dan meminati sahaja. Sekian Wassalam.


Thursday, January 6, 2011

~ Siapa Khairul Fahmi (Apex) dimata Nora Danish ~

Salam... u olls...

Humm, sungguh tak disangka Nora Danish agak tertarik dengan gaya penjaga gol Malaysia yg sedang meletop skrg nih. Hanya kerana status Nora Danish di FB tentang Apex terus timbul isu yang Khairul Fahmi tak jadi bertunang dengan Elia disebabkan Nora Danish. Hummm, biasalah manusia kan, cepat je buat analisis, kononnya dialah pengganti Nujum Pak Belalang.

yeaahh..hot mama...i likeeee


Aku dapat cerita ni waktu aku jalan-jalan kat murai.com. Kesian lak dengan si Apex tu. Dan dia memang jelaskan bahawa perkara tersebut bukan menyebabkan dia menagguhkan pertunangannya dengan Elia. Dan menyatakan bahawa dia sendiri pun belum pernah bertemu dengan Nora Danish.




Dia juga telah mengakui hati sudah dimiliki (wow, gentlemen la) dan hanya menerima golongan artis sebagai kawan dan tidak lebih dari itu. Selagi boleh merancang, dia akan merancang sehabis baik. Apa-apa pun sama-sama kita doakan kebahagiaannya dan semoga kerjayanya terus cemerlang dan gemilang lantas membantu pasukan negara dipandang gah di mata dunia (huuuhh, i likeee). dan.....Sekian.

Friday, December 31, 2010

~ Khairul Fahmi @ Apek sudah berpunya??? ~

Wallawesss.....kesian kat member aku sorang tu memang minat giler ngan si penjaga gol Malaysia yang ensem tu bila dapat tahu si Fahmi tu udah berpunya. Frust menonggeng la kotnye. Hahahaa..



apek

Kebetulan member aku tu tahu en.hubby ku kawan kepada Ashaari Samsuddin. Camane dia tahu tu, sebab mase member aku mintak tolong en.hubby aku belikan tiket mase malaysia lawan vietnam, aku cakap kami tak ke bukit jalil, kami ambik tiket free kat hotel. So, after dia tahu.. bukan main ag dia mintak aku cakap ngn en.hubby aku supaya Ashaari tu bagi nombor fon si Apek. Begitu rupanya bila orang dah terlalu fanatik ngan seseorang yup.


ashaari samsudin

Dan semalam gile2 aku gelakkan member aku tu bila aku cakap si apek tu dah ade GF. Kebetulan time aku blog walking, aku ade tersesat ke blognya si GF Fahmi dan aku mintak member aku tengok. Haha, apa member aku jawab..."tak nak la baca...nanti aku jelous, ala, aku nak nombor fon dia tu pun bukan nak tackle dia...aku nak wish tahniah jer.." jawab member aku sambil gelak.




Dan aku rasa bukan je member aku je yang frust, ramai lagi anak-anak dara yang frust. Kot-kot ade makcik pakcik yang frust gak kot sebab tak leh nak keneng-keneng kan anak-anak daranya ngan si Fahmi tu. Hahaha, betapa kuatnya pengaruh si Fahmi tu yup. Dengan lagaknya yang tenang dan tangkas, muka ala-ala korean kot buat ramai yang berkenan dengannya.


Fahmi Dan Elia

Anyway..semoga hubungan fahmi kekal ke akhir hayat bersama Elia. If elia terbaca nih, jgn marah ye (ade ke???). Biasalah orang dah glamour ramai la peminatnya. Dan sekali lagi Tahniah buat Pasukan Malaysia. semoga kecemerlangan ni tak terhenti di sini sahaja. Terus harumkan nama pasukan Bola Sepak Malaysia yup. Sekiann...

p/s : if korang tak caya Fahmi dah ade awek...cube buka blog elia nih [Link]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...