Wednesday, March 30, 2011

~ Nak cantik juga lah ~

Assalamualaikum...

Hey u alls...bertemu kembali utk kali kedua di hari rabu. Hari ni aku berpeluang bermaharajalela dengan laptop ni tanpa gangguan daripada en.suami.

Humm, jika kamu-kamu semua tengok rata-rata fesyen sekarang, ramai yang suka pakai shawl. Kadang-kadang teringin juga nak pakai shawl sebegitu. Tapi my muka ni tak secantik diaorang yang sakan berfesyen dengan shawl seperti FatinLiyana, YuyuZulaikha dan NurulBadiah Lai. Huh, aku jeles tengok korang sangat pandai berfesyen. ahaks.....

Bila tengok cara diaorang semua tu, adelah aku try jugalah bergaya dengan shawl sebegitu. But my muka sangatlah bulat jadinya. Kalo dibandingkan dengan bola..sure org tak leh bezakan mana bola dan mana muka ku ini. Kah2..(Dashyatnye perbandingan ni) Kesian muka i ni. But i still cute n comel la walaupun muka bulat cam bola.

Oleh kerana ketidakpandaian untuk melilit-lilit tudung tersebut, aku lebih prefer kembali ke landasan dengan memakai tudung ala-ala Ekin Mawi tu. Senang dan cepat. Tambah-tambah time nak g keje, ambil, pakai dan pin kan saja. Sangat menjimatkan masa aku. Dan memperasankan diri secantik Ekin (kah3...). Tapi apa-apa pun aku cuba juga belaja melilit-lilit shawl drpd video2 yang ada di you tube dan daripada entri-entri rakan blogger. Time nak g dating dihujung minggu ngn en.suami, boleh le ambik mase untuk melilit-lilit shawl tersebut. Mana-mana yang masih nak belaja pakai shawl ala-ala siti, Hana Tajima, jenguk-jenguklah blog FatinLiyana, Yuyu Zulaikha dan NurulBadiah Lai. Banyak perkongsian yang diaorg buat di entri diaorang. Sekian.

~ Disebalik Pemberian itu ~

As Salam semua..

Hai, me nak tanya ade ke sesapa kat sini yang tak suka bila dapat hadiah. Sila angkat tangan. Dan Pernah tak kamu-kamu semua dapat sesuatu daripada seseorang disebabkan oleh sesuatu. Contoh ler Birthday kamu, kamu dapat banyak hadiah and yang penting dapat spesel hadiah dari insan-insan tersayang. Thats normal la kan. Sapa tak suka bila dapat hadiah.

Tapi kes me ni sangatlah berbeza, tanpa hujan dan ribut, tanpa birthday date or spesel date, me dapat hadiah daripada en.suami. Terkejut gak beb. Tapi hadiah ni me dapat bulan Januari lepas. Hadiahnye bukan emas permata, intan berlian, (Nampak sangat mata ni hanya berminat pada yang berkilau-kilauan…omg) but dapat enset baru. Thanks en.zarmiza.

But, baru dua tiga minggu lepas me dapat tahu kenapa dia belikan me enset tu. Rupa-rupanya dia tak mau me mengganggu konsentrasinya bermain game di FB. Uhuk, hantu game betul en.suami me tu kan. Dan sememangnya sejak me ada enset tu, me sgtlah tidak berpeluang membuka FB me di lappy and my frenz pun dah ssh nak tengok kelibat me kt room chat tu. So, secara tidak langsung, me juga terhalang untuk berblog (Aha..satu alasan baru). Bila aku nak guna laptop tu, sure en.suami akan cakap

“ala, xde gunalah abg belikn enset baru tu, bayar monthly bill lagi..tepi-tepi abg nak main game nih.”

“susahlah nk update blog kat enset tu”

“tapi boleh kan”

Uhuk, tengok la, tak nak bagi peluang langsung. Memang la boleh, tapi mataku yang cantik bundar ini (sila jangan muntah), akan bertukar jadi sepet dan akan bertambah rabun. (relevan ke alasan ini??).

So, sesapa yang dapat hadiah tanpa sebarang sebab, berhati-hatilah, pasti ada udang di sebalik mee kamu tu. Bukan apa, me risau u all tercekik dengan udang tu nanti. Ahak..sekian untuk hari ni.


p/s : sesaja merapu di pagi hari rabu..:)

Tuesday, March 29, 2011

~ Pemandu Wanita Berbahaya?? ~

Assalamualaikum u olls...

Ha, pagi-pagi tadi aku dengar kecoh kat Hot FM pasal isu wanita adalah pemandu berbahaya. Fafau, FBI dan Ag hanya mengulas isu yg dikeluarkan kat Utusan Online dan bukan diaorang sengaja nak mengapi-apikan isu ni. Nak tergelak aku dengar bila FBI cakap pernah tengok si wanita-wanita ini bermekup guna cermin pandang belakang kat trafic light. Sebab apa aku nak tergelak, sebab aku pernah buat, TAPI bukan kt trafic light, hanya di tempat parking dan bukan bermekup bagai la, just pakai lipstik je lor. Jom kita tengok isu tu :

Pemandu wanita berbahaya?

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.

‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.

Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.

‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.

Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

____________________________________________________________________

So, apa pendapat kamu semua. Apakah kamu setuju dengan isu ini??.

Friday, March 11, 2011

~ Terlupa Yang Lama, Terpaksa Buat Yang Baru ~

Assalamualaikum semua... selamat pagi..

Ada ceria ke ini pagi? Semua ceria kan coz ari ni dah jumaat so...esok cuti dan pergi beronggeng la a.k.a jalan-jalan. Or ade yang lebih ceria ke???..menang RM 1000.00 segmen WAK AG JANGAN NYANYI...hi3

Untuk dua tiga hari ini, aku tak dapat nak update blog ni sebab sibuk duk membikinkan blog baru. Tapi bukan my personal blog, but blog tu untuk sekolah. Untuk blog Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Memandangkan aku lebih arif sikit la bab-bab berbelog ni, so, menjadi tugas aku untuk bina blog tersebut. Anyway, i like la. Bab-bab bina-membina, cantik-mencantikkan kan ni, tulis-menulis ni aku agak suka juga la nak membuatnya. Yang paling penting kepuasan tu bila nampak blog tu sangat kemas dan cantik.

Untuk makluman semua, tahun lepas aku dan bina blog tu, tapi tak tahu camane la boleh terlupa id dan password nak log in. Maklumlah setahun sekali mengupdatenya. Haha. Bila time Nazir nak datang, mula la gelabah nak update blog tu. Ceh, Padahal nazir tu bila-bila masa je boleh intai blog tu. Dah boleh tahu cikgunya rajin ke tak. Bukan malas la en.nazir , but banyak lagi kerja lain yang perlu diutamakan.

So, apabila id dan password tu aku lupa, sampai ke sudah aku tak ingat, terpaksa lah aku merangkak balik buka blog baru. Humm, itulah yang agak busy sikit la. Oklah, kalau korang rase nak tengok camane rumah yang i bina tu datanglah melawat yer..[Klik] dini untuk blog lama dan [Klik] sini untuk blog yang baru di bina. Masih panas lagi nih. Hahah..sekian.

Monday, March 7, 2011

~ Bila si anggun bercakap pasal bola ~

Malam tadi, aku ikut en.suami melayan bola di kedai tomyam puncak jalil bersama-sama kawannya Adam, Odeng, Lai dan Azmir. Seramai-ramai orang kat kedai tu hanya 3 ketul je yang menyokong MU termasuk aku dan seorang uncle tu bersama anak lelakinya. Yang lainnya bersorak sakan dengan Liverpool. Huh..

Humm, sungguh keciwa bila malam tadi MU kalah 3-1 dengan Liverpool. Nak cakap aku ni peminat tegar MU tak delah sangat. Tapi aku ni kalo tengok bola, sure aku akan sokong team yang lmbt gol. Macam malam tadi, Liverpool gol dulu, so aku akan bersemangat menyokong MU. tapi if MU gol dulu, sure aku akan sokong Liverpool. Kalau dua-dua tak gol camane lah plak yer? itulah, Pelik tapi benar. Tapi..Itulah aku.

Mana-mana team yang aku tengok begitulah gaya aku. Tak macam sesetengah orang tu memang minat melampau dengan team masing-masing. Contohnya adik lelaki aku. Huh, dia tu memang hantu MU. Mana-mana pun ade MU, sampai kat kereta mak aku pun dia tampalkan stiker club MU. Tapi untuk aku, satu team yang memang terpahat dihatiku ialah MALAYSIA… wowowow, bersikap patriotik beb. Sampai gaduh-gaduh dengan adik aku. Adik aku tu antara pengkritik hebat utk team Malaysia sampai aku penah halau dia ke England. Ambik kau betapa patriotiknya aku.

Tapi, bila aku sebut pasal bola, mak aku akan cakap tak sopan pempuan tengok bola. Tak ayu lah kot baginya, Risau anak kesayangan dia ni hilang kelembutan. Sampai aku ikut en.suami main futsal pun dia bising-bising.

Yang aku naik herannye, bila mak aku tengok bola, boleh la plak. Hebat kan mak aku tu. Dia tu kenegerian sikit, team dia tengok hanya Terengganu (liga Malaysia beb) dan berjiwa sangat patriotik bila dia bagi sokongan padu kat team Malaysia. Kalo mak aku tengok bola, humm, korang leh nampak kakinya pun terkial-kial cam nak sepak bola. If kakinya tu luka terkena apa-apa ke pun aku rase dia tak sedar. Comelkan mak aku tu. Humm, maybe dia rasa dirinya tidak sopan sebegitu, menjadi puncanya dia tak bagi anak pempuannya yang ni melayan bola. Hi3.. Dia bertambah risau bila my best friend (Nor a.k.a Teh) sekarang ni sedang aktif berfutsal di putrajaya. Cayalah kau Nor. Tunggu aku datang bagi sokongan untuk tournament kau nanti, hahahah

Tapi kalau di tengok, diperhati dan diintai betul-betul dah ramai pun perempuan-perempuan yang minat bola dan tahu pasal bola termasuk si Fara Fauzana tu yang fanatic dengan MU, tapi sekarang dia agak fanatic dengan real Madrid kot sebab si heronya ada di sana. Siapa???..CR lor.

Pada aku menyokong or menonton or meminati bola dalam kalangan si anggun-aggun ni tak salah pun . So, teruskan sokongan anda yer. Untuk mak I yang comel-comel ayu tu, jangan risau la, anak ma ni tak pernah lagi sepak bola dipadang bola or court futsal . Hanya sekadar menonton dan meminati sahaja. Sekian Wassalam.


Sunday, March 6, 2011

~ Nak Buat, Tapi Malas ~

Assalamualaikum..dan selamat berhujung minggu..

Sudah ke mana kamu-kamu semua di hujung mggu ni berjimba-jimba bersama pakwe, makwe, mak, ayah, suami, isteri atau anak-anak?...But for me, weekend ni hanya menghabiskan masa di rumah coz my en.suami terpaksa bekerja. Kesian dia, no rest dlm minggu ni.

So, aku agak letih sikit la minggu ni sebab semalam aku ke sekolah then hari ni sorang-sorang diri mengemas umah, memasak, membasuh dan menyidai baju. Biasanya if aku masak, en suami akan kemas umah or sidai baju. Dan bile keletihan buat sendiri, baru terfikir camanelah mak aku dulu buat kerja semuanya sorang-sorang (sebab abah keje) tambah lagi dengan anak-anaknya yg nakal-nakal comel. Humm, sgt bangga dengan sikap my mum tu.

Ni bukan nak story mory about buat keje umah. Ini cerita tentang mengenali trek merentas desa semalam. Kalo ikut skolah lain, semua dah abih merentas desa dalam bulan jan or feb. But my school agak lmbt coz skolahnya kocik, padangnye tak de, hum dan macam-macam masalah lagi lah.

So, sebagai guru pengiring dan guru penasihat rumah merah, aku terpaksa berjalan bersama-sama pelajar. Mula-mula fikir macam malas nak berjalan, nak tukar jd sbg penunjuk arah je, tapi bila fikir dah lama diri ku ini dimanja kan dengan tido dan jarang bersenam, so aku ambik lah kesempatan itu untuk berjalan-jalan bersama-sama my student.

Yang herannya berjalannya hanya untuk 3km je, tapi semputnya mak ai..bagai orang hilang nafas je. Kih3. (Tengoklah betapa manjanya diriku ini) tapi, berjalan dari masjid jamek ke sogo hingga ke maju junctions xdelah aku sesemput tuh. Tak silap aku lebih 3km tu. Oh..nafsu, nafsu..betapa nafsu bershopping menguasai diri sampai segala keletihan tu ilang begitu saja (kan terapi tu beb). Patutlah en.suami selalu cakap, Balik umah sebok suh orang urutkan, bila g shoping je, yg ade sakit kaki sikit pn terus ilang. . Kah3.

Bila balik story mory dengan en.suami, dia fixed kan, setiap minggu kami akan keluar berjogging. Tapi aku ade idea lagi baik punya, naik lrt trun masjid jamek pastu jln2 la ke sogo, kan dah kira joging la tu a.k.a bersenam vs terapi untuk hilangkan stress. Lagi banyak faedahnye. Tapi en.suami cakap dia lagi stress nanti sebab dompetnye akan surut dan terpaksa mengusung bag2 plastik tu semua. Hu3.. Ok2, dengar cakap suami la..terpaksa berjoging but masih ade request lain...syg nak kasut baru. Letih suami aku layan bininya yg banyak songeh.

So, kawan-kawan semua, mana yang dah lama tak bersenam tu, jom la sama-sama turun padang dengan i ni yg baru nak amalkan hidup sihat. Dulu-dulu tu bukan aku tak nak buat..nak je buat..tapi malas yg lebih..hehehehe..Sekian...^-^


Tuesday, March 1, 2011

~Choosing Only The Freshest ~

Assalamualaikum kawan-kawan..

Yeahh, today is tuesday, so, sangat sinonim dengan pasar tani atau pasar malam kat Kinrara 4 nih. Dan kebanyakkan kita yang raja-raja di dapur (isteri-isteri yg tersangat pro memasak) suka la bershopping-moping barang basah kat pasar cam ginih.

So, kepada kamu-kamu yang baru nak berangan nak jadi raja di dapur ni seperti aku (masih terkial-kial nak masak), aku nak share le tentang cara nak memilih barang basah yang paling segar. Serius aku cakap, aku masih kurang mahir dalam memilih barang basah yang segar bugar. Bila beli nampak cam ok, bile balik je rumah, mata ikan-ikan tu dah bertukar jadi mata naga. Tapi tips nak memilih ni aku dapat dlm buku panduan daripada Nutrition Society of Malaysia. ok, pertama :

1. Ikan :


- ikan perlu berbau segar dan bukannya hanyir atau masam.
- mata ikan perlu jernih dan tersembul sedikit. (selalu guna tips nih, tp balik umah je, merah gak mata ikan tu jdnya..ke sbb ikan tu sedih meninggalkan kawan-kawannya).
- badan ikan sepatutnya berisi padat, berkilat dan mempunyai INSANG berwarna MERAH TERANG.
- Isi ikan segar akan bersifat KENYAL apabila DITEKAN.


2. Ayam atau Itik :


- Belilah daging ayam yang mempunyai rupa dan warna yang sihat.
- Pilih ayam atau itik (seekor) yg badan berisi, mempunyai kulit yg kelihatan cantik dan tiada luka, lebam atau tulang yg patah.
- pastikan dagingnya sejuk apabila disentuh.


3. Daging :


- Daging yg dipilih berwarna merah, lembut dan berjus.
- periksa pembungkusan supaya bebas dari lembapan atau lubang.


4. Sayur-sayuran :


- Pilihlah sayur-sayuran yg berwarna terang, berwarna jelas dan rangup.
- elakkan sayuran yg mempunyai tanda-tanda menjadi busuk, lebam atau rosak.
- Beli sayur-sayuran yg mencukupi utk 2-4 hari shj bg memastikan ia kekal segar pd hr yg terakhir.
- jgn beli hasil pertanian yg rosak walaupun dijual dgn harga yg plg rendah.


5. Buah-buahan :


- Jgn beli buah-buahan yg terlalu/belum masak atau yg lebam, kulit berlubang, busuk, berkulat dan berbau.
- pilih warna dan tekstur yg baik dan bukannya terlalu kecut dan kering.
- beli mengikut musim utk mendapatkan buah-buahan yg lbh segar.

Ok, kawan-kawan itu sahaja yup. Mungkin ramai yg dah tahu, tapi yg masih tak tahu boleh lah pakai tips nih. So,petang ni bersenang hati lah aku bawak senarai cara-cara nak pilih ikan yg segar bugar. Kih3..sekian....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...