Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Deep Clean

waa, so lama tak update blog. Sure sekarang ni puan zue melompat-lompat gumbira bila kakaknya yang kuit ni update blog. Even entri ni ciput je. 

Ok, entri sebelum ni pernah saya maklumkan muka saya bermasalah dengan jerawat besar-besar bapak menepek dimuka saya. Dan saya dapat tahu puan zue pun sekarang mengalami masalah yang sama dengan saya dulu. Sehati sejiwa betul kita ni kan. 

So, alhamdulillah muka saya sekarang dah ok. Even ada sikit-sikit lagi kesan scars kat muka. Apa yang saya buat utk saya atasi masalah jerawat tu? Eh macam gud-gud je aku ni nak bagi solutions kan. Tak pe, kan sharing is caring, caring is loving. Saya tak pakai produk mahal-mahal, saya just pakai neutrogena yang deep clean punya. Memang menakjubkan produk ni. Even bukan sekali pakai terus hilang, kalu pakai sekalai terus hilang itu menipu namanya. Tapi boleh nampak keberkesanannya produk ni bila jerawat makin kurang dan jerawat yg tengah besar gedabak boleh mengecil dan kering. 

Kalau u ols yg ada pimple ni tak mau pakai neutrogena, u ols boleh je try produk lain. Yang pasti cuba guna yang untuk "deep clean".  Saya pun dapat solution ni pun daripada si Amira kawan baik kat universiti dulu. Sebab dulu memang dia punya masalah kulit berjerawat. Sekarang, no more!!. Licin babe. Dan si amira tu pun ada cakap itu antara petua orang-orang Arab/ Turki jaga muka mereka. Pakai produk deep clean.

Ok Sekian saja entri ni, rasanya tak ciput pun, panjang meleret juga. Hihi. Dan sebagai permulaan untuk berblog semula. Harap entri ni dapat membantu kawan-kawan yang ada masalah jerawat. TQ



Friday, April 6, 2012

Usaha dan tawakkal

Selasa yang lalu, ada temujanji doktor pakar O&G di hospital Serdang. Diikutkan tarikh, genap setahun saya telah mendapat rawatan disitu. Pelik dengan suasana di klinik kerana patients sangat kurang berbanding temujanji saya sebelum ni. Masuk bilik doktor, terus saja doktor Aini minta menstrual bleeding chart. Kata doktor, kitaran period dah cantik dan regular dan doktor cakap sepatutnya bulan ni saya mungkin dah mengandung. Saya tersenyum, dalam hati beribu harapan. Period saya dah lewat tiga hari semasa jumpa doktor. doktor terus minta saya buat upt. tetapi result upt  NEGATIF. Dalam hati berdoa agar sentiasa diberi kekuatan untuk mengharungi penantian hari-hari yang akan datang

So, doktor bagi masa untuk saya seminggu utk buat UPT kembali. Doktor scan, still tak nampak apa-apa. After scan tu, saya bertanya doktor Aini apa masalah saya yang sebenarnya. Doktor hanya terangkan mengikut diagnos sebelum ni saya mengalami PCOS (Polycystic Ovary Syndrome), tapi kebiasaannya seseorang yang mengalami PCOS mempunyai berat badan berlebihan, bulu roma yang melampau. Namun semua saya tak mengalami semua tu. Alhamdulillah.

Saya juga tidak menghadapi masalah senggugut sewaktu period. Ujian darah dibuat, hormon progestron dalam badan saya sedikit rendah. Itu sebabnya saya dibekalkan clomid. After pengambilan clomid untuk bulan pertama, saya perlu lalui ujian darah (dah 4 kali buat ujian darah) sekali lagi bagi mengukur samada dos yang diberikan membekalkan hormon yang mencukupi untuk badan saya.

Keputusan ujian darah menunjukkan dengan dos yang diberikan telah mencukupi. Doktor bagi tempoh masa selama seminggu, if  UPT -ve and still tak period, doktor minta saya induce period. Terpaksa la makan norculate balik. Then, bila period saya kena sambung balik makan clomid pada hari kedua period hingga hari keenam. Dan hari kesebelas period pula doktor minta saya ke hospital untuk follicular tracking (senang utk faham ialah utk mengesan kehadiran telur/ovum). Sekiranya kewujudannya masih tiada, tracking akan diteruskan untuk hari berikutnya samada hari ke-12, ke-13 atau ke-14 dan mungkin juga akan berlarutan hingga hari ke-16.  Habislah kena godek-godek. hahahahah..Tak apa lah nak godek banyak mana pun, asal ada hasil yang positif nanti. Ini lah namanya berkorban apa saja. Yang penting usaha dan semoga dengan usaha ini Allah akan memakbulkan keinginan saya untuk menjadi seorang ibu dan suami seorang ayah. Amin.. 

Doktor Aini juga cadangkan saya gunakan ovulation test untuk kesan sendiri kehadiran ovum tu dirumah. Sebelum ni, saya pernah gunakan ovulation test tu dan pernah menulis entri tentang ovulation test tu, namun mungkin waktu tu saya masih irregular period, so, memang tak berjaya nak mengesannya. Balik dari hospital hari tu, terus ke Alamanda dan beli UPT serta Ovulation test. Excited tu bukan main lagi sampai ke Alamanda mencarinya. Tapi ke sana tu bukan semata-mata nak beli alah tu, sebabnya janji nak ambil tudung dengan kawan. Kiranya dua dlm satu la. Tapi kalau tak ke Alamanda pun, saya akan still akan beli UPT dan Ovulation Test tu. Mana-mana pun usaha lah yang paling penting, rela berhabis duit, rela bersakit (mengurut..hehehe), rela menelan rasa pahit ubat, rela biarkan lengan dicucuk untuk ujian darah, rela segala-galanya kerana kerisauan melanda bila usia perkahwinan akan menjangkau 2 tahun pada 10 Jun nanti.  Keinginan hati membuak-buak untuk punya cahaya mata dan penyeri kepada perkahwinan kami.

Doakan semoga dengan usaha saya ini ianya akan membuahkan hasil. Amin. Mungkin belum cukup dengan usaha ini, saya perlu berusaha lagi dan tak lupa bertawakkal padaNya. Pada kawan-kawan yang mengalami perkara sama seperti saya (masih menunggu kehadiran cahaya mata), hanya kita yang cukup mengerti perasaan tika ini. Sama-sama kita berusaha. Berpeganglah, Allah menguji seseorang mengikut kemampuan kita. Dia Yang Maha Mengetahui dan Penentu Segalanya.


Saturday, March 31, 2012

Masalah Lagi!!

Sejak makan clomid dan duphaston sejenis ubat hormon yang doktor bagi, berlumba-lumba pula jerawat naik kat muka ni. Badan mengembang dah satu hal jerawat plak menambahkan lagi satu hal. 

Semua solutions yang kawan-kawan bagi, selagi mampu dan senang utk dicuba, saya cuba. Tapi jerawat still degil. Tak surut lagi yang satu ni, yang lain dah menunggu turn untuk membesar. Dah la meniggalkan parut hitam even sedikit pun jerawat tu tak disentuh. En. suami belikan bio oil utk hilang kan parut, tapi mungkin disebabkan minyak, jerawat masih juga nak muncul. 

2 kali ke spa, satu shah alam, dan satu di bangi, Alhamdulillah parut tu makin b"kurangan, but jerawat masih lagi mau keluar. Pn. Zue, cadangkan minyak T-tree dr body shop, bila jerwat muncul, terus sapu minyak tu, t"bantut la skit proses jerawat tu nak membesar. Tapi jerawat tetap juga keluar kt merata-merata dimuka saya yang sebelum ni licin dan gebu ni. (^_^). Sebelum ni, di pipi sebelah kiri, now ianya menyerang di sebelah pipi kanan pula, di rahang kedua-dua pipi dan juga di tengah-tengah dahi. Oh, sungguh merunsingkan dan memeningkan kepala saya. Pergi kenduri, atau jumpa sedara mara, kawan-kawan lama, semua naik heran dengan muka saya ni. 

En. suami pula dah nampak yang isterinya ni dah mula stress n risau. Pada saya dia yang terlebih risau dengan masalah saya. Saya gemuk dia tak kisah, muka saya naik jerawat, saya nampak dia tersangat kisah. Fuhh, lagi stress saya dibuatnya. Hahahaaa..

Dua tiga hari lepas dia dah sarankan supaya saya stop untuk pakai facial cleanser, pelembab, dan segala benda la yang saya tepek di muka nih. Dan dia cadangkan supaya saya sapu kulit kayu manis. Mau terbeliak biji mata bini nya ni. Memang saya dah sedia maklum dengan petua tu, tapi saya rasa mesti ianya cukup memedihkan bila disapu air kulit kayu manis tu. Jawapan saya ringkas saja "ee, tak berani la..nanti pedih". Then, dia mula ceritaka pengalamannya yang pernah jatuh motor waktu sekolah dulu, dan air itulah yang MIL sapu kat sebelah kanan mukanya yang sedikit rabak tergesek dijalan raya. Then, memang ajaib, sebab saya belek punya belek, tak ade sikit pun bekas parut tersebut.

Tapi hingga hari ni, saya masih berkira-kira untuk gunakan petua tu. Pada saya, itu untuk luka, tapi masalah saya ialah jerawat. Kan tak pasal-pasal makin teruk pula jadinya. So, apa pendapat kawan-kawan? ada petua lain tak untuk saya. Yang pasti u all dah try la petua tu n hasilnya ok. Baru saya ada kompiden sikit mahu cuba. ekekekek..

Tuesday, November 15, 2011

Buah Zuriat

Assalamualaikum..

Wah lama sungguh tak bergolek-golek di blog ni. Hurm, nak share dgn semua tentang cite lama tapi baru nak cite..

Ini Kisah buah zuriat yg kakak kerani sekolah bagi kat aku. Sebenarnya aku tak tahu pun apa tu buah zuriat. Sebelum ni terbaca kat blog pn diela. Tapi tu pun baca sambil buntang mata sebab ter "excited" la, tak pernah tgk buah tu, macam pelik rupanya. Buah tu tak de kat sini, khabarnya buah tersebut datang dari Mekah.

Fungsi buah tu lak, untuk suami isteri yang dalam berusaha nak dapatkan baby. Kiranya dah lama kawin, tapi masih belum ada hasil, boleh la try buah ni. Itulah namanya buah zuriat kot (ini hipotesis sendiri). Kalau nak tahu lebih detailnya sila ke blog pn.diela. (^,^)

So, after akak tu bg buah tu kat aku. Aku tak tau cara nak makan buah tu. Maka pegi lah aku godek2 balik blog pn.diela dan sms dia bertanya kan hal tu. Then bila dah jelas lagi terang en. Suami memulakan prosesnya.

Ya Allah, memang susah nak kerjakan buah tu. Kerasnya mengalahkan segala buah la. Dia macam buah kelapa, tapi kecik. Bersabut dan juga ada tempurung. Ketung Ketang ketung ketang aku dengar en.suami duk kerjakan buah tu. Sekali dengar macam orang nak renovate rumah je. Dalam setengah jam juga lah dikerjakan baru terbelah buah tu. Masa tu aku terlupa pula nak ambik gambar.Dah siap dibelah baru teringat nak ambik gambar. 
Setelah dikerjakan oleh en.suami


Then bila dah dapat isinya yg kat dalam en.suami dah tak tahu nak ketuk camane nak bagi terbelah. Puas diketuk, tak juga tak terbelah. Katanya "rebus sebiji cam ni jela.." So, aku sms lagi kat diela bertanya, boleh ke direbus cam gitu. Baik betul kan aku ni. Lurus. Hahaha..Diela, cakap try belah juga. 
En.suami waktu tu tengah mandi, so aku ambik turn mencuba. Baru teringat lesung di dapur, so, abih lah buah tu aku kerjakan dan hasilnya : 
Biji dalam (putih2 tu sebab dikikis kulitnya oleh en.suami kerana x berjaya belah biji ni)

setelah terbelah

ini yang akan direbus

Setelah direbus, air nya seakan-akan air teh
alat yang digunakan

Korang mesti teruja nak tahu apa rasa air tu. Mula-mula belah buah zuriat tu, memang baunya agak kuat, seolah-oleh bau herba. Ngeri bila difikirkan bagaimana rasanya setelah direbus. Namun, tak seperti yang dijangka, bila direbus, bau yang ada tadi hilang dan air tu rasa sedikit manis dan pendek kata sedap juga lah.


Ok, itu sahaja yang dapat dikongsikan, beribu maaf buat pn.zue zul dah lama kot menunggu entri ni. Ahaks. kakak u ni buat pekasam la dalam outbox. Anyway kita mencuba, kita usaha, segalanya ditentukan olehNya yang Maha Berkuasa. Jadi jangan kita lupa untuk sentiasa memohon dariNya kerana Dia juga Yang Maha Pemurah.


Wednesday, July 6, 2011

Khamis!!!

Thursday adalah antara hari malas saya selain Monday. Sebab yang paling logic adalah saya terpaksa meng’iron’kan baju batik. Ouchh, sungguh membosankan untuk meng’iron baju sedemikian rupa, tambah lagi malas sekiranya batik tersebut daripada kain creep.

Walaupun, sekarang bermacam-macam produk di pasaran untuk memudahkan proses meng’iron baju like ironing aid daripada cosway *antara barang feberet saya, saya tetap punya rasa malas yang menebal untuk meng’iron baju tersebut.

Saya bukanlah orang yang rajin, untuk iron baju seminggu terus. Sebolehnya, pagi sebelum pegi kerja, saya akan iron baju saya. Sekiranya, baju di iron pada sebelah malam, itu namanya buang tabiat atau dipaksa oleh en.suami, atau waktu tersebut saya bergaduh dengan beliau kerana berebut channel tv.

So, bila tiba sahaja hari khamis, dalam kepala otak mula ligat berfikir sama ada esoknya ada meting atau tidak. Sekiranya ada meting, maka wajiblah untuk saya memakai baju batik. Nantikan tak pasal-pasal dapat blusher free apabila ditegur oleh bos besar. If  tak ade meting, boleh la mengelat-ngelat pakai baju yang bukan batik.

Hurm, nampak gaya, esok tak ade meting.tapi minggu lepas pun saya sudah tidak memakai baju batik. Jadi, saya perlu memaksa diri saya untuk memakai baju batik dan sekarang saya perlu menamatkan entri ini untuk saya ambil masa dan mood  meng’iron baju saya. Ini Pemberi semangat untuk diri sendiri malam ini  "sue, awak nampak ayu bila berbaju batik....oh yeahhh" sekian.  =_=

* kata kakak-kakak kat sekolah, nak senangkan iron baju batik, masukkan baju dalam peti dulu sebelum iron..boleh ke macam tu??kang bau sayur baju saya tu nanti. eheheheheh

Thursday, October 7, 2010

Lebih kurang kaedah BBT

salam semua...

Humm, entri part 1 sblm nih, aku share tentang "ovulation test". So, utk hari ni, aku ade lagi satu cara utk isteri-isteri yg sdg berusaha utk menjadi ibu.

Penggunaan ovulation test yg aku tampal smlm, maybe belanjanye lebih skit la. Satu kit tu, if yg clearblue dlm harga RM14.00 satu. Aku beli watsons nye brand, dlm tu ade 5 test dgn harga RM34.90. Sesapa yg dah try, skali test dh dpt +ve, oklah. TAPI, if dah abih 5 test msih tak +ve, jenuh lak nak membeli lagi kan.


So, untuk cara yg ini pula, belanjanye kurang sikit dan ianya TERAMAT sesuai untuk wanita-wanita yg periodnya tidak teratur dengan menggunakan THERMOMETER. (dikenali alat utk ukur suhu bile demam..hehehe). Ianya juga berfungsi untuk mencari hari subur wanita. TETAPI cara ni, perlukan ketekunan korang la.

ini versi digital



Cara nak gunanya, setiap hari (pagi-slps bgn dr tidur dan malam), mesti test suhu badan kita dan PERLU catat suhu tersebut. Sekiranya suhu badan yg diukur adalah tinggi berbanding pd hari2 biasa, bermakna hari tu adalah hari subur. So, memang cara ni kena rajin skit ler, celik mata dr tidur, trus la test. Dlm keadaan mamai lg, terpaksa lak catat suhu badan kita tu. Jangan silap tulis udah ler yer..Silap hari tu bgn lambat camane yer..heheheeee..Ok, selamat mencuba.

*ini rupa folic acid tu

Opss, ade sikit tambahan, kawan-kawan aku ade juga cakap, amalkan makan asid folic. Ada dijual difarmasi. Murah jew, sekeping tu ade dlm 10 biji= rm 0.50. Itu gak cara utk memudahkan kita pregnant. Mmg asid folic tu utk org pregnant, tetapi kita leh try makan. Ini cara dari orang2 cina amalkan. Tambahan pula, if dah pregnant, ianya untk cergaskn otak baby. sekiannn....wasssalam

Wednesday, October 6, 2010

Ovulation Test

Haaa, ade yg tak kawin pun cube jenguk-jenguk kat sini ye. Ahakss. Tajuk entri je cmtu, tapi ianya hanya satu perkongsian utk tambahkan ilmu.

Tadi, aku ade sembang dengan cikgu-cikgu kt skolah sambil makan-makan. Biasalah org yg baru kawin cam aku nih, tak lari dari soalan "dah ada belum?". Aku dgn tersengih-sengih jwb "belum lagi laaa..". Humm, danmula lah kluar isu usaha-usaha untuk memudahkan dapat baby. Yelah, semuanya kuasa Yg Maha Berkuasa kan, tapi apa salah nya kalo kita berusaha. So, untuk isteri-isteri yg sedang berusaha untuk menjadi ibu, di sini aku nk kongsi apa yang aku dapat tghr tadi.


ni bukan pregnant test ye..ni ovulation test


Kebetulan kaunselor skolah aku pun dalam usaha untuk tambahkan anak. So, dia kongsikan caranya la. Dia suruh aku beli 'ovulations test' kat farmasi. Dan blk skolah tadi aku terus beli kat watsons. Rupanya sama je ngan pregnant test, tapi depan-depan kotak dah ade ditulis "OVULATION TEST". Kena tgk betul-betul yup. Ovulations test ini digunakan untuk menguji kesuburan kita pada hr yg diuji. Seperti yg kita tahu, hari subur wanita adalah pada hari ke 14-15 daripada tarikh pertamanya kita period. Tapi untuk pastikan pada hari tersebut badan kita benar-benar menghasilkan telur, blh try guna ovulations test nih.

Ovulations test ni, boleh digunakan pada hari ke-10 selepas period dan diikuti dgn hari-hari selepasnya atau selepas ujian pertama pd hari ke-10, lakukannya semula slps 4-5hr yg berikutnya. Sekiranya menunjukkan dua garis dgn warna yg sama atau warna lebih terang pd garis "t", maksudnya badan kita ketika itu benar-benar sudah menghasilkan telur. So, langkah yg seterusnya....faham-faham jelah.....(masa terbaik untuk melakukan hubungan intim adalah selepas 24 jam tetapi sebelum 48 jam)

Ovulations test ni juga bkn utk isteri-isteri yg sdg mencuba utk hamil, tetapi blh juga digunakan untuk isteri-isteri yg sedang merangcang kehamilannya. Untuk yg merancang kehamilan, dalam jangka waktu tersebut, elakkan melakukan hubungan intim. Sekian...nanti jumpa di entri seterusnya.

Wednesday, August 18, 2010

~ Eyeliner Ku patah ~

Hye semua...

Ha, pg td ngah kalut2 mekup nk g keje, tup eyeliner aku jatuh kt lantai. Aku igt xde ape2. After dah tepek fondation, tepek bedak, tibe time aku nk pakai eyeliner yg jatuh td tu rupenyer eyeliner tu dh patah. Aku ni bkn pkai eyeliner yg pensel, xgak pakai yg cair, tp pakai yg cm yg dlm pic bwh ni:


Dah eyeliner tu xleh pakai, aku cover jelh ngn maskara. Inilh namanyer pempuan, kalo dh biase mekup tu, mmg xleh kalo xtepek, xconteng muka ni. Dulu2 mse time blaja xlah aku ghairah nk bermekup nih. Tp mse praktikal, akk knselor tpt aku praktikal tu suh blaja2 mekup. Pas dr tu aku try la test dan ade gak aku blaja skit2 dr mber aku. Dan skrg nih, bile dh pndai mekup skit2, mulalh demand, nk kuar je msti kne pakai mekup..abih nk cepat pun aku mesti tepek sekurg2 bedak, lipstik n blusher.

Biaselh kan nk suh muke npak berseri skit. Tp aku xdelh mekup tebal2 sgt, just simple2 jew. 1st aku pakai foundation then ratakan ngn bedak. Aku ni jenis xbrape suka pakai eyeshadow, so tulh aku cover ngn eyeliner n maskara. Utk mata nmpak galak,comel..pakai maskara n eyeliner itam. Kalu xnk over sgt, pakai kaler dark brown. Urm, teknik pemakaian maskara juga penting. Utk nmpak bulu mata xberkumpul, pakai maskara dgn cara "zig zag" then jgn lupa pakaikn maskara tu kt bulu mata bwh gak.

urm..chantek2...hehee

Dah mata nmpak cntik, pakailh blusher n lipstik. Utk nmpak lbh segar, pakailh lip gloss skit..huhuuu. Ha snang dan cptkan. So, dh siap.. sblm kluar tu tgk muka kt cermin then senyum yup, agar bg mood yg ceria utk kita lalui hr itu. Sekian.

Tuesday, August 17, 2010

~Jerawat???Apakah?~

Salam semua.sekali lagi kita bertemu yup.

Post kali ni aku nk cite psl kecantikan. Walla, sape yg xsuke kecantikan angkat idung. Hehehe. Waima lelaki pun suka kn kecantikan..huhuu..

So, apa sdh jd ngn muka ku ini.Jerawat tumbuh merata2 dgn suburnyer. Ade besar, ade kocik, ade halus cm pasir. Bak kata mcm2 ade. Tapi xdelh kritikal sgt. Tp still menimbulkn rase gelisah dihatku.hukhukk..Mana taknyer, after aku kawin nih, kerap gak akk2 kt skolah 2 duk negur aku asyik bwk spotlight je kt dahi, ilang kt dahi, tumbuh kt pipi. ilang kt pp tumbh kt dagu.huhuu.
urm, myb horman lps kwin nih xstabil kotnyer.


(ini bkn aku nih, pic ni curi kt google)

Bila keadaan muka yg xbrape sihat nih, mulalah aku kalut tepek masker, tepek susu, mcm2lh aku buat. Smpai en.hubby pun senyum je nengok aku. hihii. Dan skrg br aku igt, dulu2 pnah gak aku naik jerawat batu (zaman skolh men), mak aku suh aku blend tomato cmpur susu segar skit dn sapu kt muka. So far waktu tu jerawat batu aku susut lah dr besar gajah, jd besar semut..hehehe. Urm, mlm nt nk cubelh, slain tu ianya blh bersihkan kulit kite..nmpak bersih dan cerah. Sapa2 nk try, trylh yup..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...