Showing posts with label HANGAT. Show all posts
Showing posts with label HANGAT. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

Syabas…masih bermasyarakat..

Assalamualaikum semua…

Wah, sekarang masih kekenyangan. Hari ni begitu banyak jemputan untuk saya. Dua jemputan kenduri kawin dan tiga jemputan open house. Tak termasuk kawan-kawan en.suami. Cuba memenuhi segala jemputan. Tapi still ade juga yang tertinggal. Sorry sesangat.

Sebut pasal open house nih, tadi saya ke jemputan kawan en.suami di Flet Raya Permai, sungai besi. So, sebelum ni, tak pernah ke sana, kat sana begitu banyak blok bangunan sehingga begitu sukar untuk saya dan suami cari blok kawannya.

Bila dah sampai ke tempat yang dituju, saya dan en.suami berjalan mencari lif dan dari jauh kami melihat sekumpulan warga emas sedang berborak dan Nampak begitu mesra. Ada lelaki, ada perempuan. Yang kagumnya saya, mereka adalah satu Malaysia. India ada, cina ada dan melayu pun ada. Belum sempat kami bertanya mana arah nak dituju, mereka dah mengajukan soalan untuk kami dan menunjukkan arah ke mana kami perlu tuju. Lagi sekali kami tergamam dengan keramahan mereka. Dalam lif, en.suami bersuara “baik-baiknya orang kat sini kan”.

Pada pendapat saya, kehidupan di Bandar yang penuh dengan kesibukan, masing-masing mengejar masa dan kebiasaannya  memang sukar nak dilihat masyarakat di Bandar nak bermasyarakat sebegitu dan prihatin dengan orang disekeliling. Jadi, dengan keprihatinan, sikap bermasyarakat mereka tersebut banyak memberi kelebihan dalam komuniti. Sekurang-kurang, mereka mengenali siapa jiran mereka, sikap kejiranan beginilah yang akan mengukuhkan sebuah komuniti dan sikap prihatin terhadap orang disekeliling secara tak langsung boleh mengurangkan aktiviti yang tidak sihat seperti mencuri dan merompak. So, syabas kepada mereka…Seharusnya sikap sebegini perlu ada dalam diri kita. Sekian…untuk hari ni.

* next entri, peristiwa yang buat saya  kagum dengan sikap kanak-kanak di kawasan tersebut. Sungguh baik hati masyarakat di situ..

Tuesday, March 29, 2011

~ Pemandu Wanita Berbahaya?? ~

Assalamualaikum u olls...

Ha, pagi-pagi tadi aku dengar kecoh kat Hot FM pasal isu wanita adalah pemandu berbahaya. Fafau, FBI dan Ag hanya mengulas isu yg dikeluarkan kat Utusan Online dan bukan diaorang sengaja nak mengapi-apikan isu ni. Nak tergelak aku dengar bila FBI cakap pernah tengok si wanita-wanita ini bermekup guna cermin pandang belakang kat trafic light. Sebab apa aku nak tergelak, sebab aku pernah buat, TAPI bukan kt trafic light, hanya di tempat parking dan bukan bermekup bagai la, just pakai lipstik je lor. Jom kita tengok isu tu :

Pemandu wanita berbahaya?

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.

‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.

Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.

‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.

Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

____________________________________________________________________

So, apa pendapat kamu semua. Apakah kamu setuju dengan isu ini??.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...