Friday, May 27, 2011

Hobi Baru

Sejak akhir-akhir ini saya ada hobi baru. Ni semua penangan selepas dapat hadiah dari pelajar semasa hari guru hari tu..

Ini hadiah dr PRS
Tak semena-mena saya mula berminat nak bercucuk tanam..hi3..Sehingga di rumah pun ade pokok kayu kayan nih..kihkihkih..



CUTI Oh CUTI..

Salam jumaat. Wah nampak gaya hari ni mood dh down sangat-sangat untuk bekerja. Hanya ade mood nak bercuti ni. Kalo dah namanya cuti, sure lah saya akan balik kampung. Mana lagi tempat yang aku nak tuju selain balik kampung.

Dan bermula pagi esok, symptom-simptom, “saya sayang tilam saya, tilam saya sangat empuk, tilam saya sangat selesa, ouch sejuknya pagi ni” akan bermula. Tetapi dalam masa yang sama, saya tak mau selimut saya tu diumpamakan seperti kulit “ba alif ba ya (sila gabungkan dan bunyikan)”.

Hari isnin, insyaallah akan akan bertolak balik ke kampung bersama abg kedua aku. Sekali lagi meninggalkan en. Hubby sorang-sorang di rumah. Ingatkan menumpang orang ni, boleh la jadi datin dalam kereta nanti. Bersenang lenang, belek-belek kuku, tido dan bernyanyi-nyanyi kecil dalam kereta. Rupa-rupa abg aku minta aku drive satu lagi satu keretanya untuk dibawa balik. Nasib baik dia suh aku drive stream nye, kalo suh aku bawak triton dia tu, tak ke menggigil lutut aku nanti. Gayat woo drive kreta tinggi-tinggi ni. Bkn tempat tinggi je gayat.kreta tinggi pn gayat. Hihi 

STOP ISLAND

Harap-harap jadi la plan kami ke sini
 
Paling rase berbunga hati ni, bila perancangan kami sekeluarga nak g pulau perhentian. Tapi perancangan je, belum pasti jadi ke tak. Dan satu lagi kami sekeluarga akan berkampung ke Sutra Beach Resort kat Merang, Terengganu sempena hadiah Mother’s Day untuk mama kami tercinta. Dan paling best, untuk ke Sutera ini fully sponsor by abg long aku. Ini kerna dia dimurahkan rezeki di naikkan pangkat sebagai manager kat maxis. Humm, rezeki orang je nih, bila rezeki aku ni. Tapi paling dan tersangat tak best bila en.hubby ku tak dapat nak join sekali. Memang tak best. Sure aku macam ayam berak kapur je kat sana nanti. 

Sutra Beach Resort

Tak dpt g pulau, bertenggek di sini pun jadilah


Dan dalam seminggu nih, aku berusaha memujuk incek suami cari cuti untuk aku dan dia ambil peluang bergumbira bersama-sama di atas ke sponsoran abg aku tu. Tapi nampak gaya, saya punye pujukan tu tak memberi kesan je. Sebab incek hubby nak simpan cutinya untuk raya. Itu lagi penting katanya. Huahuahua...

Wednesday, May 25, 2011

Ba Alif Ba Ya!!!!!...

Wah hebat, pepagi hari rabu ni aku sempat blog walking kat rakan-rakan blogger. Dah lama rasenyer tak blogwalking jauh-jauh. Sebabnya kat sekolah ni sangat busy. Dan kat rumah lak, braodband memang slow cam siput panjat bukit jer. Kalo lah waktu loading page tu aku leh tonggeng kan lappy aku tu bagi laju, sure aku akan buat. Ini bercinta je lah menunggu page loading. Tapi yang pasti aku akan bW ngan enset je. Dan yang wajib aku melawat tentunya di karpet Pn.Diela dan Kak Ieda.

So, dah jauh-jauh aku bW, aku terjumpa entri yang pada aku wajib disebarkan sebagai umat islam. Entri tu yg ditulis oleh abg Mat Gebu. Dan entri tu berkisahkan tentang :

“ Butter Golden Churn ni tak halal, mat sebagai blogger masak2 wajib memberitahu juga. Pengesahan ini dibuat oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). Menurut sumber, asalnya meraka dapat mengesan kehadiran sumber tidak halal dalam mentega tersebut, bila mereka melakukan pemeriksaan kes kopi kluang yang dikatakan ada bahan dari babi. Tiga sample yang telah diambil, dan didapati kopi kluang digoreng menggunakan butter Golden Churn”

~ pic dari cik google ~


Selain Butter tu juga, terdapat dua lagi bahan yang dikenalpasti tidak halal ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’. Sumber ini saya perolehi melalui berita harian online:

Dua bahan buat kek, roti ada DNA babi: JAKIM
2011/05/16

PUTRAJAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’
Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.

“Semua pemegang atau pemohon baru yang menggunakan produk syarikat terbabit diminta menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

“Mereka juga diminta mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web, semalam.

Selain itu, pemegang dan pemohon baru juga diminta menjalankan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan semak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM. 

So, sekarang perkara-perkara sebegini semakin meruncing dan menimbulkan kebimbangan pada masyarakat. Kadang-kadang mungkin benda yang dicop halal akan tetapi kenyataannya ianya tidak halal. Siapa yang teraniaya..??? pasti kita kan....

Monday, May 23, 2011

Harga rumah melampau-lampau!!!!...

Hish, sebut pasal rumah ni, siapa yang tak mau rumah yang besar like banglo, selesa, cantik dan sewaktu dengannya la ye. Tapi mahukan keselesaan sebegitu??mampu kah aku milikinya sedangkan harga rumah sekarang rasanya memang tak termampu untuk aku dan incek suami nak beli.

Kiranya bermula tahun 2011, kami berdua tekad nak beli rumah. Tapi bila di survey, rasanya arghhh, memang kami tak mampu untuk membelinya. Tambah area kinrara sekarang ni. Marketnya, wahh. Cubalah korang search kat cik google, Taip "melody kinrara" Heaving" ataupun "desiran Kinrara". Mesti terbeliak bijik mata tengok harga rumah yang rata-ratanya mencecah 1juta. Paling murah pun 600k. Sungguh aku tidak mampu. Dan ade juga aku survey apartment di Kinrara 5 , Sierra Residency dengan harga RM 230k. 

So, kami beralih ke area Puncak Jalil. sekali lagi kami rase agak kecewa sebab sebelum ni pernah kami survey harga rumah area sana dalam RM 200k-280 k, tapi waktu tu kewangan kami belum kukuh.But now, harga rumah kt sana bermula RM 300k. Kalau diikutkan harga rumah teres (Double story) sekarang memang nak cari yang bermula dengan RM 200k sangat lah susah. Single story pun boleh tahan harganya. Di puncak jalil, hrga rumah single story RM 230k. Humm, tak tau nak cakap apa lah dengan harga rumah ni. 

Dan, kami mula nak beralih untuk beli apartment Sierra Residency, awal tahun kami tanya harganya RM230k. Bulan lepas aku call lagi harga dah cecah RM280k dan tadi aku search kat cik google harga nya dah mencecah RM 330k. Dalam masa 5 bulan harga rumah boleh naik melampau-lampau.

Nampak gayanya, mengikut mesyuarat dari mata ke mata bersama incek suami, kami rasa kami nak beli Flat je dulu. Kiranya buat harta dulu la. Tapi tak tau la, mesyuarat ni pun belum ade keputusan muktamad. Banyak benda nak kena fikir, Nak beli rumah mahal-mahal, hutang bukannya 6-7 tahun dah boleh settle. Lain lah kalau duit jatuh dari langit berjuta-juta. Senang je aku leh bayar cash sambil menggigil tangan. Tak yah nak hutang-hutang. 

So, bila dah meninjau harga rumah yang sebegitu, baru aku teringat tentang keluhan seorang pempuan dalam paper Berita Harian tak silap aku. Dia nak menggunakan skim rumah pertama. Tapi persoalan yang dia ditimbulkan ialah harga rumah sekarang area Klang Valley tak relevan dengan harga yang kerajaan tetapkan utk skim tersebut iaitu dari RM100k hingga RM220k. Rata-rata rumah sekarang harganya bermula RM250k. Kalau dengan harga yang kerajaan tetapkan mungkin ada, tapi rumahnya dah terlalu usang, lama, rumah lelong atau rumah yang rosak. Sekiranya dia membeli rumah tersebut, semestinya memerlukan belanja yang lagi banyak untuk renovate kerosakan rumah tersebut. Dan mungkin juga harga rumah lebih rendah/murah pula banyak terdapat dipinggir bandar.Perkara tersebut akan membebankan nya kerana terpaksa mengeluarkan belanja untuk minyak dan juga tol. So, dia mencadangkan agar kerajaan mengawal harga rumah yang sesuka hati dinaikkan oleh pemaju dan juga agen-agen perumahan. 

Untuk kami berdua pula, kami berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Cuma rezeki belum ada. Beruntung orang-orang yang bekerja di kawasan pinggir bandar atau di kampung-kampung sendiri. Dengan berbekalkan RM 200 k, sudah mampu memiliki banglo atau rumah yang lebih selesa. Ikutkan hati aku, mau je simpan duit, tak yah nk beli rumah kat sini. Terus je balik buat banglo kat kampung. Ceh, belagak kau su..nak banglo juga.. Hahaha...Apa-apa pun kami tetap berdoa, agar kami dipermudahkan dan dimurahkan rezeki kami oleh-Nya. Amin..sekian..

Friday, May 20, 2011

Di dunia lakonan: tp realiti??masih ada ke lelaki sebegitu?

Salam Jumaat malam sabtu..hehehe..amboi gumbira sakan ye bile hari jumaat. Maklumlah esk blh bersenang lenang dirumah kan. Kamu-kamu sure lah gumbira.tapi aku, tersangat tidak gumbira sbb esk skali lagi kena inhouse tranning. Please la..dh tiga minggu berturut terpaksa turun m'jalankan tgjwb di sekolah. Uhuk..



Ok, kte tggal isu hari sabtu ye.kita review apa yg ade di tv akhir-akhir ni. Bila sebut je "Nora Elena" sure korang boleh bayangkan heronya yang hencem, kacak, tampan, segak, macho si Seth Tan tu. First2, aku tengok cite tu, rasenya macam tak best sangat citenya. Tapi makin di layan, makin menjadi-jadi lak ketagih nak tengok cerita tu. Yang pempuan-pempuan lak sure ada yang terjatuh tangga hati dengan lakonan Aaron Aziz termasuk aku lah tu. Sorry incek suami. Apa pun kamu tetap bertakhta dihatiku. Eceh..


Jika dikaji betul-betul, satu lagi drama Philippine kat tv3 (Marimar) pun turut menyentap hati penonton-penontonnya. Dengan herionnya yang comey gitu dan yang penting heronya juga si Sergio tersangatlah kacak. Kedua-dua drama ini (Marimar dan Nora Elena) memaparkan watak heronya adalah mempunyai sikap yang sama. Terlalu setia (sanggup menunggu wanita tersebut bertahun-tahun lamanya), terlalu menyayangi (sehingga menutup mata dan hati kepada wanita lain), dan yang paling buat jatuh tangga lagi hati tu, terlalu romantik. Akan tetapi di dunia realiti, masih ada kah lelaki yang sempurna dengan sikap sebegitu??.Tak pastilah ade ke tak de..yang penting saya sudah jatuh cinta dengan LAKONAN dan watak kedua-dua lelaki yang macho itu.

 

Dan aku juga  pasti dengan filem yg tengah ditayangkan sekarang ni, Nur Kasih juga memaparkan watak hero (Remy Ishak) yang sama dengan si Sergio dan si Seth Tan. So, aku juga berkeinginan nak tengok filem tu. Dia punya promosi..wah hebat gila. Boleh masuk 360 lagi dan petang tadi dalam Al-Kuliyyah pun ade memaparkan scene2 filem Nur Kasih yang berkaitan tajuk "Kasih sayang". Nantilah if berkesempatan, leh layan muvie tu, yg pasti aku nak tengok Pirates Of The Carribbean dulu..hehehe...sekian

Thursday, May 19, 2011

Baru ku Perasan

Humm, entri malam ni adalah berkisah bebelan. Sila jangan menjulingkan mata bila terbaca bebelan dari hati saya pada malam ini.

Saya tak pasti adakah saya adalah orang yg paling last skali detected benda ni. atau hanya di belog saya yg kerdil ini saja yg mengalami benda ni??..Maklumlah blog "komang" je nih. 

Tadi, after saya godek-godek saya punya dashboard, baru saya perasan  yg komen dari kawan-kawan di entri "Saya di Gold Course" tu tetiba menghilangkan diri. Tak tahu apa puncanya. Merajuk ke apa sebab tuan punya blog lame dh tak datang mengemas belog nih. Dan nak cakap saya delete..ish, sah-sah saya tak delete. xde pn komen tu menyentuh apa-apa sensitiviti. Tapi kenapa komen-komen tu hilang sehingga komen aku di entri tu pn juga hilang. 

Dan saya juga baru perasan, maybe benda tu berlaku sewaktu problem kat blogspot. Pernah kan sehari tu (minggu lepas), blog tak boleh dibuka. Bak kata Abg Ben, dapat cuti free utk tidak berblog. Hahaha.Mungkin la itu puncanya kot. 

Saya bukan apa, risau if kawan-kawan yg komen tu, datang jenguk balik apa respon dari saya selepas dikomen, datang dengan harapan berbunga, tapi tetiba tengok komennye telah hilang. Tak ke keciwa dan terkecik hati yang dah memang kecik tu. Uhuk. Takut juga if, kawan-kawan tu pun merajuk dan tak kan menjejakkan kaki ke blog saya yg komang itu. Huhuhu. Sorry ye babe, saya tak tau kenapa.. komen tu tetiba hilang la. So, ade tak sesapa yg alami benda yg sama seperti saya alami selepas berlakunya peristiwa semua blogger tak dapat update blog tu???...Humm, sekian dulu la bebelan malam ni..haipp..

*komang (bhs trg) = low class la.


Paintball Valley


Assalamualaikum semua

Humm, nampak gayanya bila dah dua, tiga , empat hari tak berbelog, kena ambil mood balik untuk memulakan misi mengapdet. Penyakit malas ditambah-tambah dengan broadband kt rumah yang semakin bersopan santun mengalahkan siput menjadikan alasan yang cukup relevan untuk tidak mengapdet blog.

So, untuk memulakan mood kembali bersemangat, entri ari ni berkaitan pasal aktiviti si isteri menjadi pom-pom girl untuk si suaminya sewaktu perlawanan Paintball di Bukit Cahaya pada sabtu lepas.

Kebetulan hari sabtu tu, ade inhouse tranning kat sekolah. Balik dr skolah, tukar baju kat umah member  dan  aku terus je ke Bukit Cahaya, Shah Alam. Ikutkan hati, macam malas je nak pegi. Sebab sorang-sorang nak masuk ke sana. Aku bukan biase pun kt sana. Namun, krn harapan si suami, si isteri ni pun menurut perintah la. Hihihi.

Sesampai kat sana. Park kereta kat luar, kemudian beli tiket RM3 dan naik bas yg disediakan dan turun di Paintball Valley. Pada aku tempat tu okey. Ade surau, toilet pun bersih, ade juga ruang menunggu, dan tempat makan. Sementara menunggu game, disediakan khas set karaoke dan dj untuk memeriahkan aktiviti hari tu. Yang bawa anak-anak lak, ade juga disediakan tempat bermandi-manda. So, jom layan gambar-gambar sepanjang di sana. Credit to Adam utk gambar-gambar ni. 

Tiket Masuk

Misi bermula-semangat juang

Mag dan Umi : Peneman bicara kala en.hubby berperang


No komen

Gud Luck utk kamu!!!
Jenuh aku nak basuh seluar nie...;)
Julia Zigler pun di sana


Muka penat dan keciwa..hihihi
Happy aje!!

On the way balik tu, kami singgah makan Pizza Hut kt depan UiTm. En Zarmiza dan En. Adam yang belanja aku dan Maggie. 








Thursday, May 12, 2011

Saya di Gold Course

Uiks, wah, hebat pagi khamis ni dapat update blog. Hahah, now, i bkn kat sekolah, hari ni i ade kursus kt Gold Course Hotel, Klang. So, Sambil menunggu program mula, sempat juga lah nk mengupdate blog nih. Hooyeah, update melalui enset, rase cam dah naik juling je mata nak abihkan satu entri nih.

Ingatkan pepagi camgini, adelah sarapan yg disediakan, uhuk, sedih, tak de bajet untk sarapan. Hanya ade lunch je yg disediakan. Tapi sebenarnya dah tahu, sekiranya apa-apa kurusus or meeting yang bermula pada jam 10.00 am, sarapan tidak disediakan. Biaselah kan, bajet kementerian kan dah ciput sekarang nih. Ni dapat tempat best pun sebab ade sponsor daripada kolej CICT. Thanks yup, len kali sponsor lagi. hehehe

So, terpakselah kami beramai-ramai mencari tempat makan. Dan aku bernasib baik sebab malam tadi aku terlupa bawa keluar muffin dalam kereta. Dengan bersenang hatilah aku makan di ballroom yg besar dan selesa ni sambil mengupdate entri. Dan tak payah aku nk menyesakkan diri kat Bandar klang tu yg mmg dah sesak semata-mata nk g cari sarapan



Ade dua ketul nih, satu saya punya, satu lagi bg kat org sebelah
Nasib baiklah ade dua biji home made muffin nih. Leh la tahan perut menunggu jam 12.00 utk lunch. Aku rela menahan perut daripada bersesak di bandar Klang tu. Jeling kat tempat makan hotel tu pun, malas pula nak beratur panjang ambik makanan tuh. Pandai kau cover sue, cakap jelah xde duit. Memang xde duit pun, bukak je purse pagi nih, rasenyer dah 2,3 hari tak buka purse, tengok-tengok ade RM 15 je. Tak pe, balik nanti leh draw duit dan singgah Klang Parade. Apalagi, cuci mata la..Haish..
 

Wednesday, May 11, 2011

Sejarah Penggunaan Produk di muka saya..auwww!!

Ok, pagi-pagi lagi  Cikgu Suhana ni kembang kempis hidungnya. Sebab apa?sebab hidungnya memang dah kembang dan bila tarik nafas tak ke kembang dan kempis hidung tu. Ce buat, sure idung korang pun kembang kempis gak walau hidung korang mancung bak seludang.

Hish, apa kes kau ni sebut pasal hidung. Aha, sebenarnya kembang kempis idungku ini disebabkan dua tiga hari ni aku selalu dapat pujian dari kengkawan kat sekolah ni ha. Mana tak nye, datang-datang je skolah pagi isnin tu, saya dapat panahan begini :
 “ish, su..kau pakai apa ah sekarang..kulit muka kau cantik, putih je akak tengok..”
 “ha’ah..nampak berseri je..kau g facial ke?”

So, aku dengan malu-malu dan sopan hanya tersenyum dan buat-buat merendah diri auwww.
“ish, tak de la kak..su dah gemuk kot, so, bila dah gemuk, kan kulit dah kena tarik sikit, tu yg nampak putih sikit kot.”

Then, semalam plak orang-orang office lak tanya dan pepagi ni ade gak sorang akak tu datang bilik aku ambik barang dan sempat juga dia menanya aku.

So, aku sharelah kat diaorang apa yang aku pakai. Dan kat sini pun nak gak share untuk kamu-kamu semua. Bukan nak perasaan dan bangga diri pun, just untuk sharing je. Bukan barang mahal pun, sapa-sapa pun boleh beli. Ini dia..
#
#
#

#

#

#



Ha, loreal revitalift white dan fungsinya 15 in 1. Aku rasa ianya berkesan dan bagus dan harga pun tak mahal dalam rm 39.90. Boleh didapati di Watson or Guardian.

Memang waktu aku belajar dulu-dulu aku dah pakai loreal,tp waktu tu kan muda remaja, so pakai  loreal perfect je la. Dan kadang-kadang tukar loreal derma genesis. So, bila dah abis belajar, terpengaruh lak ngan kawan-kawan yang pakai Tia Amelia. So, nak cantik, sapa tak nak try kan.Aku try, and quite ok, tapi lama kelamaan muka lak jadi agak kering.

So, bila muka kering, aku rase agak risau sebab kulit kering boleh menyebabkan muka cepat berkedut. Ingat tu.

Dan dekat-dekat nak jadi raja sehari dulu, aku try plak buat facial kat New York. Ambik pakej dan barang sekali. Yes, waktu tu dah rase macam puteri lah. Tapi, lama-kelamaan muka aku nampak kusam. Dan mula lah kalut-malut dan try beralih ke michelle Lazar dan bila di scan muka aku ni..ianya tak sesuai dengn produk yang terlalu kuat bahannya. Mungkin kulit aku tak bermasalah sangat. So, chemical (dasyat gila..chemical xtahn tu) yang banyak digunakan buat muka nampak kusam. So, aku stop pakai NY dan memang tak ambil pun produk michelle lazar.

Aku beralih pakai clinelle. Sekali lagi kulit muka bermasalah, berminyak dan bila berminyak, cepat je jerawat naik kan. Then belum pun habis separuh produk tu, aku stop pemakaiannya. Dan aku cuba balik loreal. Dan setelah dua bulan aku pakai produk ni, bila orang dah tegur tu, memang nampaklah perubahannya kan. 

So, sekarang tengah usha cari serum lak. Sebab pernah terbaca dalam buku penjagaan kulit, bila umur dah 25 tahun ke atas, digalakkan untuk memakai serum bagai menjaga kelembapan kulit supaya tidak cepat berkedut dan cubalah menggunakan produk penjagaan yang khusus untuk mata. Bak kata penasihat kecantikan, (aku lupa sapa namanya) "berhabis duit dulu untuk sekarang, tapi hasil yang akan datang tersangat memuaskan. Tak perlu lagi di waktu tua nak mencucuk botox untuk hilangkan kedutan, Cuma perlu bermula dari sekarang, seeloknya waktu usia 25 tahun .” 

Tapi, yang paling perlu kita lakukan, cukupkan solat lima waktu, basahi wajah kita dengan air wudhuk, nescaya akan ada cahaya keserian (btl kah perkataaan ini) dimuka kita. Itu pun cukup membuatkan muka kita bersih dan awek muda. iya dak???..

Tuesday, May 10, 2011

Saya rase, saya udah tertipu!!!!!!..

Ok kawan-kawan, petang-petang yang hot ni, saya pun rasanya sudah hot dengan salah satu bisness online nih. Bukan saya dengki sebab dia dah maju. Bukan!!!Tapi saya sangat terasa diri saya telah ditipu oleh org tu. Orang-orang sebeginilah yg menjadi "akibat nila setitik, rosak susu sebelanga". 

Jika dilihat sekarang ni, dah banyak dah yang buat bisnes online terutamanya di Facebook. Aku ni sangat berkenan dengan satu baju ni, harga pun ok, so, order lah. Mase nak order tu bukan main baik dia melayan kita. Memang kalo ikut skala markah 1 hingga 5 untuk layanan yg diberi, aku bagi 5 markah. Sebelum ni, aku agak kerap juga beli barang melalui facebook, tapi bukan org yg sama.  Dan tak silap aku after tiga hari bank in kan duit, barang tu dah sampai dengan selamat kat rumah ni. Paling lambat pun seminggu lebih after bank in kan duit. 

Tapi yang kali ni, dah nak masuk sebulan dah ni, masih juga tak sampai barangnya. Atau aku ni merupakan customer yg kurang sabar? Nak sabar camana..kalau barang yang dijanjikan masih tak juga sampai. Kalau nak b'bisnes tu biarlah betul-betul. Jangan lah rosakkan kepercayaan yang customer dah bagi.

Aku dah cuba sms, dua kali aku sms, dia tak reply sms aku. So, aku fikir dia xnak abiskan kredit dia, dan bila aku nampak dia upload pic baju-baju baru kat wall dia, aku ambik peluang mesej melalui Facebook. Namun, keadaan juga tetap sama. Tak ade sedikit respon dari dia. Sebelum ni, aku tahu, org yg buat bisnes online ni tak suka dah nak b'urusan setelah bayaran dibuat. Hanya tunggu barang tu sampai je. Tapi masalahnya, dah nak abih tiga minggu dah, kira macam dah nak masuk sebulan dah, masih tak sampai lagi barang tu. So, aku ni pun dah jadi cam cacing kepanasan.

Tak tau nak buat apa, aku cuba call. Dan nampak gaya keadaan juga sama, dua kali aku call, dia still tak jawab.So, aku berserah jelah. Tunggu jelah. Tengok bila agaknya barang tu akan sampai. Kalau barang tu tak sampai juga, sure guling-guling incek suami gelakkan bini nya nih. Sebab dia pernah cakap, jangan percaya sangat dengan bisnes online ni. Tapi bila hati dah memberontak berkenan dengan baju tu, order je la kan daripada tak boleh tido malam. heheheh. So, kita tunggu dan lihat je lah ye. Kalo tak sampai -sampai juga alamatnya menangis tak berlagu la yusmi suhana ni. hukhukhuk.. silalah bagi sedikit motivasi untuk saya dan Adakah masih ade harapan untuk saya dapat baju tu.sekian.

Saturday, May 7, 2011

Masuk bawah kerusi.

Tak silap aku, dua hari lepas aku ade masak tom yam dan telur bistik a.k.a telur bungkus. Tak tau angin kus-kus mana yang datang buat aku nk sediakan makanan sebegitu. Nak kata mengidam belum lagi naik dua garisan kt UPT tu. Uhuk. Tak pe kena usaha lagi. 

So, after balik sekolah tu, terus aku singgah pasar basah area umah aku ni. Sampai umah, keluarkan ayam dan udang yang ada dalam peti ais. Solat zohor dan teruskan rutin harian iaitu tido. Haha, buruk punye perangai. Hari-hari mau tido ka??..

Masuk jam 5.30, aku memulakan misi masak-memasak. Tersangatlah berpuas hati sebab tom yam menepati piawaian selera aku. Kaw-kaw punya tom yam. Misi kedua diteruskan dengan buat inti telur bistik. Juga sangat berpuas hati sebab menepati piawaian diri sendiri. 
Kembang idung ini, bila dipuji, "sedapnya aku masak hari ni" . 
Ceh, pujian dari diri sendiri rupanya. Hantu kau sue.

So, dah siap masak semua, just ready menunggu incek suami balik. Dan bila incek suami dh siap mandi, solat, time dia buka saji tu..aku tersenyum melewer....nak tahu apa jadi....

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l



Silalah kamu semua jangan gelakkan saya, Sebab dalam hidup aku, itulah kali pertama aku masak telur bistik. Korang bayangkan apa aku rase waktu en.suami buka saji tu, aku rase macam nak menyusup je masuk bawah kerusi meja makan tu. 

macam nilah rase nak buat  time saji dibuka


Itulah mase muda-muda dulu tak nak belajar masak. Tengok lah sekarang apa akibatnya. 
Tp, en.suami tersangat lah bagus, tak ade sedikit riak pelik pun kat muka dia. Macam tak de apa-apa berlaku. Then, sebelum dia mengeluarkan apa-apa soalan, aku terus mencelah..
"ayg,dah bungkus elok-elok tadi, time nak angkat tu tetiba dia patah dan terbukak la "

en.suami senyum, dan mula bersuara
"la... abg igt memang peseng nya macam nih.."
Dan tetiba kami berdua gelak besar, tanpa diketahui apa benda yang lucu. 

Then, bila en.suami makan, "humm, sedap ni " katanya. Makan pun dah bertambah-tambah.
Bininya yang tadinya rasa nak masuk bwah kerusi tadi, tetiba je rasa nak berdiri atas meja makan tu 
bila dipuji oleh suaminya. hahahahahahahaaa..

sekian sahaja entri yg merapu ini..tq.

Thursday, May 5, 2011

Buka kitab lama.

Hurm, di petang -petang hari ni, sempat la aku godek-godek Facebook member-member lama aku. Tengok apa aktiviti yg diaorg buat skrg. dan saya berasa tersangat excited bile tengok status my frenz  ieta : " berjaya jgak bt muffin hrni..500biji, esk menanti lg seribu...". 

Dan bermulalah dalam kepala otak ni, duk terbayang waktu zaman aku kerja kat bakery abg aku dekat bangi perdana yg diurus oleh isterinya yang tercinta. Masa tu aku sama-sama keje dengan eita. Kebetulan waktu tu aku baru mendapat title bekas mahasiswi dan memegang status baru sbg penganggur terhormat sementara menunggu posting sbg guru dan memang juga kebetulan kak ipar aku memerlukan pekerja. So, aku bantu la sikit-sikit, Sambil-sambil belajar benda baru, dan paling penting dapat berjoli sakan utk shoping moping.

Mula-mulanya keje kononnye hanya nak buat keje pengurusan like beli barang dan jaga chashier sebabnya aku tak berapa minat bab-bab buat roti and kek. Peluang ade depan mata, tapi tak nak guna kan?..ish3..Tapi, seminggu kat bakery tu, aku mula berminat nak belajar buat roti and kek. Dan makin seronok bila kami berlumba-lumba "chup" tray, dan buat pertandingan roti sapa yang paling cantik sekali. Hoyeaah, walaupun aku baru, aku dapat anugerah pembuat roti crumble yang paling cantik dan gemuk. U alls tahu tak apa tu roti crumble? ala, roti yg dijalin-jalin macam rambut tu, and parutkan cheese, taburkan gula dan crumble kat ats tu. Dan selepas dapat anugerah tu, aku kira mendapat tender untuk buat roti tu. Hebat ya.(sila jgn jelous ok). 

so, makin lama aku kat situ, aku makin seronok, banyak benda yang aku belajar, aku dah mula pandai tulis-tulis kat atas kek. Mula pandai decorate american chocolate cake, tapi masih tak pandai nak decorate kek yang beraising dan kek yang menggunakan fresh cream. Dan paling aku seronok aku sudah pro buat KEK LAPIS SARAWAK ok. Ilmu tu diperturunkan oleh isteri tercinta abg aku la, kak bid yg tersangat pandai buat kek lapis sarawak sbb dia adalah org sarawak. resipinya di modified dan sangat disukai ramai serta menjadi satu theme kat bakery tu. Bila masuk bulan puasa, memang lembik kitaorang nak mengejar tempahan kek lapis termasuk waktu tu ada tempahan dari hotel. Memang naik muak rase buat kek. Mahu taknya, nak habiskan satu biji tu ambik masa dlm lingkungan 4 jam babe. Hebat kan saya ni (sila tahan, jgn muntah dulu ok). 

Then, aku dah stop keje kat bakery tu sbb awl Nov 2008 aku diposting ke SMJK Chung Hwa. Uhuk, sedih lak rase meninggalkan kawan-kawan kat bakery tu. After stop keje tu hingga sekarang, jari-jari halus aku ini  (halus ke?macam kontot je)belum pernah lagi menghasilkan kek lapis sarawak, roti mahupun muffin yang begitu senang tu. Betapa pemalasnya saya kan. Kak ipar saya tu dah berkali-kali ajak saya cungkil balik skill i buat kek lapis tu. Tapi semnagat sgtlah kurang. Sebab terlalu dimanjakan diri ini. Contohnya, bila incek suami yg sgt suka kek lapis 2 request nak mkn kek lapis, i akan sms kak ipar i. "kak bid, kek lapis ade tak kat umah??" then jwpn dr k.ipar i tersangat lah positif " ade, dtglah...banyak lagi ." . Best kan dapat k.ipar yg baik camgitu. 

Dan tika ini, aku duk belek balik kitab-kitab lama tentang pembelajaran buat roti, kek, mufin dan sebagainya. Tangan pun mula gatal-gatal je nak try buat semua tu. Insyaallah akan dimulakan dgn muffin. Tapi tunggu semangat datang dulu. Lagipun kesian tengok Oven yg besar gedabak kat bilik dapur tu masih belum dikeluarkan dari rumahnya kotaknya. Mau tak cikgu-cikgu Chung Hwa kecik hati tertengok Oven yg dioarg bagi tu sempena hadiah kawin dulu masih tersimpan cantik. Kawin dah nak cukup setahun, oven masih dlm kotak. Ceh, nampak sangat pemalasnya. Tapi Kata diaorang aku ni pilih kasih, sebab microwave yang pihak pentadbir bagi tu aku dah guna. Nampak sangat kaki ampu kata diaorg la. Hukhuk. Bukan lah sayang-sayang sekalian, i guna microwave tu sebab ianya sangat berguna di bulan puasa, sebab i senang nak panaskan lauk. Itu je. So, kwn-kwn chung hwa, jangan risau ok. terutama kak lizi, kak yan, kak ida, pn.lim, Thulasi.. i know u alls selalu intai blog i ni. dan ngumpat-ngumpat manja depan i. Malu i tau. Ok, jangan risau, oven tu akan berfungsi nanti dan i akan jamu u alls makan muffin sampai kenyang. Bagi muncit perut u alls. Hahahahah...Sekian. 

*terbeliak tengok entri panjang lebar ni..
* buat ieta, jgn terlompat-lompat la buat mufin tu ye syg. Rileks2 suda, kasi sedap oh...

Opss, layan secubit gambar time keje kat bakery dulu. ahaks

Itulah eita yg gamaknya skrg tgh termengah-mengah duk siapkan 1000 muffin




yg saya hasilkan, tak cantik pun.

eh, eh, tercuit pulak...hehehe

Wednesday, May 4, 2011

Isteri-isteri Yang Menjadi Pendamping Suaminya di Syurga Kelak.

Assalamualaikum u alls.

Hari ini aku tersenyum haru bila buka je email, tertengok email " Wanita-wanita Perindu Syurga" from En. Zarmiza Zakaria. Siapa tu?. Siapa lagi kalau bukan suami ku yang kurus-kurus ensem itu. ewah.

So, bila bace email tu, ianya membakar semangat untuk aku menjadi lebih baik dan ke arah yang di redhai Allah. Siapa yang tak mahu kan berada di samping suami hingga ke syurga dan yang penting hidup yang kita lalui ini mendapat keredhaan dan kerahmatan yang penuh dari-Nya yang satu. Dan ini aku copy bulat-bulat dari email tu : 

Ciri-ciri Wanita Syurga
Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :
01.Bertakwa
02.Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk
03.Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu
04.Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
05.Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
06.Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata
07.Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
08.Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki
09.Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10.Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia
11.Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk
12.Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)
13.Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14.Berbakti kepada kedua orang tua
15Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)

So, berusahalah kita ke arah itu. Buat en.suami, thanks so much forwardkan email ini.  Ayg akn berusaha ke arah itu dan bimbinglah isterimu ini ke arah itu. Sama-samalah kita mendapat keredhaan dari-Nya. Dan isteri mu ini tahu bahawa keinginan kita adalah sama, sentiasa ingin berdamping bersama, mengharungi susah dan senang bersama dan biarlah ianya kekal hingga ke Syurga.Amin..ya rabbal alamin....

Sunday, May 1, 2011

Bila sale, apa yang akan jadi??

Assalamualaikum semua. Hum, rasenyer belum terlambat untuk i wish Happy Labour Day. So, minggu ni cutinya agak panjang dan secara langsungnya jammed di jalan raya area KL juga panjanglah kan. Ada juga yang berpeluang balik kampung, ada yang bercuti bersama-sama family, ada yang melangsungkan perkahwinan, dan macam-macamlah aktiviti untuk mengisi masa terluang tu. 

So, i dengan en.suami mengambil keputusan untuk ke Sogo petang tadi. Mengikut kiraan di jari i ni, sejak i bergelar isteri, i tak pernah ke Sogo. Hebat gila penangan tema home sweet home. Sebab memang sejak kawin, aku lagi suka duduk rumah kot. Iyelah seminggu penat berkerja, so, weekend tu lah untuk aku ni kemas rumah, basuh baju, iron baju, masak spesel-spesel untuk en.suam, berehat dan melayan tv. Kalau keluar pun selalunya ke Jusco Equine, IOI Mall dan Alamanda. 

Haih, panjang pulak membebel aku ni iye. Dah cam mak cik-mak cik jadinya.So, sesampai aku di Sogo, terjengkil bijik mata tengok ada sale besar-besaran untuk brand Bonia, Sembonia dan Carlo Rino,  bila dah ade sale, sure lah dalam tu umpama lautan yg dipenuhi manusia. eceh, tapi tak delah  sepadat mcm sale time Raya. Kalau sale time raya, memang tak rase ada angin pun dalam sogo tu, berpeluh-peluh la.


Aku apa lagi, mula la cuci mata melayan handbag, kasut, sandle, purse. Huh, itulah memang barang kesukaan pempuan time shopping. Rase ambik satu nak beli, ambik dua nak beli, Mana taknya Bonia sale 70%. Bayangkan harga handbag RM 1000, jatuh ke 300, 400. Tak ke berebut orang nak beli. Tapi aku, tengok aje la sambil kenyit-kenyit mata pada en.suami. Tapi taktik tu tak menjadi la pula. So, bila nak beralih arah ke bakul Sembonia dan Carlo Rino, humm, memang tak boleh nak masuk, bukan kata nak sentuh, tengok pun tak dapat. 


  
 Dah tak dapat nak negok, aku pun pusing-pusing ke bahagian lain, tolong-tolong en.suami intai sandle untuknya. Tunjuk satu tak berkenan, tunjuk dua tak berkenan. Hum, en.suami i ni bab-bab memilih barang peribadi dia, memang agak cerewet sikit. Bukan i je cerewet ok. Last-last dia dah dapat sandle pilihannya. Dan-dan je dapat sandle nya, terus ajak aku balik. Aku apa lagi, slow-slow pujuknya untuk bagi aku mase cari apa yang aku nak. So, aku pergi lagi ke bahagian handbag Sembonia tu dan en.suami hanya menunggu sambil cuci mata tengok jam tangan. Sekali lagi aku kecewa, aku tak dapat nak grab satu beg pun. Dasyat kan. 

 Last-last aku hanya tengok sandle, dan aku sempat grab tiga pasang sandle Bonia. Ambik kau, puas hati aku. Tak dapat beli h.bag, dapat sandle pn ok la. Tamaknya diri bila tengok tiga kotak ni bersusun di tangan. Mentang-mentang lah sale. Tapi sebenarnya satu je pun aku punya ,yang dua lagi adalah Special for Mother's Day. Satu for my lovely mum dan satu lagi for my mother in law. So, bagi kamu-kamu yang masih tercari-cari hadiah untuk ibu kamu sempena hari ibu, pergilah terjah ke Sogo tu. Tak silap esk masih ade sale lagi. Cepat-cepat. 

So, bila dah dapat beli barang  walaupun satu saja untuk diri sendiri, tapi aku dah puas hati dan badan pun dah penat akibat berhimpit-himpit dengan orang yang sesak, kami pun balik sajelah. Lagipun nak mengejar masa untuk solat. sekian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...