Friday, December 31, 2010

~ Khairul Fahmi @ Apek sudah berpunya??? ~

Wallawesss.....kesian kat member aku sorang tu memang minat giler ngan si penjaga gol Malaysia yang ensem tu bila dapat tahu si Fahmi tu udah berpunya. Frust menonggeng la kotnye. Hahahaa..



apek

Kebetulan member aku tu tahu en.hubby ku kawan kepada Ashaari Samsuddin. Camane dia tahu tu, sebab mase member aku mintak tolong en.hubby aku belikan tiket mase malaysia lawan vietnam, aku cakap kami tak ke bukit jalil, kami ambik tiket free kat hotel. So, after dia tahu.. bukan main ag dia mintak aku cakap ngn en.hubby aku supaya Ashaari tu bagi nombor fon si Apek. Begitu rupanya bila orang dah terlalu fanatik ngan seseorang yup.


ashaari samsudin

Dan semalam gile2 aku gelakkan member aku tu bila aku cakap si apek tu dah ade GF. Kebetulan time aku blog walking, aku ade tersesat ke blognya si GF Fahmi dan aku mintak member aku tengok. Haha, apa member aku jawab..."tak nak la baca...nanti aku jelous, ala, aku nak nombor fon dia tu pun bukan nak tackle dia...aku nak wish tahniah jer.." jawab member aku sambil gelak.




Dan aku rasa bukan je member aku je yang frust, ramai lagi anak-anak dara yang frust. Kot-kot ade makcik pakcik yang frust gak kot sebab tak leh nak keneng-keneng kan anak-anak daranya ngan si Fahmi tu. Hahaha, betapa kuatnya pengaruh si Fahmi tu yup. Dengan lagaknya yang tenang dan tangkas, muka ala-ala korean kot buat ramai yang berkenan dengannya.


Fahmi Dan Elia

Anyway..semoga hubungan fahmi kekal ke akhir hayat bersama Elia. If elia terbaca nih, jgn marah ye (ade ke???). Biasalah orang dah glamour ramai la peminatnya. Dan sekali lagi Tahniah buat Pasukan Malaysia. semoga kecemerlangan ni tak terhenti di sini sahaja. Terus harumkan nama pasukan Bola Sepak Malaysia yup. Sekiann...

p/s : if korang tak caya Fahmi dah ade awek...cube buka blog elia nih [Link]

Wednesday, December 29, 2010

~ Rumahku diceroboh lagi ~

Hye u ollsss....hari ni aku nak melepaskan geram aku kat sini. Mmg sgt2 geram. Sapa yg tak geram bila rumah diceroboh buat kali kedua???.. Uhukkk...

First sekali rumah aku diceroboh waktu aku balik dari Gambang Resort City. Bila sampai2 je kat rumah, buka pintu..aku ternampak dua ekor tuh mencicit-cicit lari ke pintu dapur. Aku ape lagi berlari keluar dapatkan en.hubby yg tgh angkut barang dr kereta. Bila aku ckp ngn en.hubby aku nampak yang dua ekor tu..en.hubby buat rilek jew. Geram aku rase, mcm nak tarik2 je telinga en.hubby tuh. Korang tau tak sapa yang dua ekor tuh???????....


++++



+++



++




+

ni ha..en.mickey dan cik minnie

A.

K.

A.


in reality

Humm, disebabkn en.mickey dan bininya tu, abih keropok keping yang ade kt dapur di gigit2nya..bersepah lah dapur umah aku. Mana taknye kira 2 hari satu malam en.mickey tu check in kt umah aku. Bermaharajalela dia laki bini tuh. Aku ape lagi, selagi tak nampak tikus2 tu mati or keluardari rumah, mmg aku tak masuk la kat dapur tu. Takut +++++ geli weyss....Kesian lak tengok en.hubby yang kemaskan dapur dan basuh lantai serta mop. en.hubby cakap tikus tu dah kluar. Tapi aku tak caya..tengah laki aku kemas-kemas dapur tu. tikus-tikus tu menjelmakan diri untuk keluar. Dan en.hubby ku senyum kambing je kat aku.

So, lepas nampak tikus tu kluar, kami pun buatlh siasatan dari mana tikus tu masuk dan kluar. Rupe2nya bahagian bawah pintu dapur tu pecah dan berlobang. So, en.hubby terus ambik action la sbb dia tau bini dia penakut sgt sampai tak nak jejak kaki ke dapur. En.hubby letakkan jaring besi di lubang tu. So, rumah kami aman la untuk seminggu.

But....semalam aku dgr pintu dapur aku dicakar-cakar dan besi tu ditolak-tolak. Aku yang tengah basuh pinggan kt sinki, terus berlari ke ruang tamu dan melompat naik ke sofa. Bukan main lagi laki aku gelakkan aku. Aku hanya tersengih je. Kata laki aku, "xdenya tikus tu dapat masuk"... aku jwb sambil berdiri atas sofa " tikus tu mengamuk kot...". Dan pagi tadi aku tgk besi tu dah nak tercabut. Uhhh, dasyat gillerr tikus tuh..


hasil usaha keras en.mickey dan minnie yg mau ceroboh umah aku..uhukk

Dan sekarang aku sedang tunggu en.hubby balik dari kerja sebab mase aku call dia pagi tadi, dia janji nak baiki pintu tu...huhuhuuu...sekian...

Tuesday, December 28, 2010

~ Apa yang korang rasa ???~

hye kamu-kamu semua, hari ni aku nak tau apa yang korang rasa bila korang bace artikel2 nih... Adakah geram...sakit hati...meluat..menyampah..geli hati..lucu..gumbira...sedih..terkilan or sebagainya lah.....ok first korang bace nih :

=======

======

=====

====

==

=
(pertama)
=

==

===

====
(kedua)
====

===

==

=
(dan ketiga)
=

==

===


====

So, setelah habis...apa yg korang rase????..sekian..wassalam...

Monday, December 27, 2010

~ Hoooyeeeeaaah ~

Alhamdulillah...Malaysia menang 3-0 dengan Indonesia...Diharapkan kecemerlangan tu akan diteruskan di Stadium Bung Karno, Indonesia. Insyaallah....


bersama penyokong fanatik Harimau Malaya

Huh, mlm tadi aku ke stadium ngn en.hubby dan kawan-kawannya. Bila permainan dimulakan maka hilang segala keayuan aku bile bersorak bukan main lagi. kihkihkih...sampai sekarang nih suara aku pun ala-ala suara Ella gitu. ahaks..Bila igt balik, alamak malulah pulak...Hahahaha...


Penyokong Malaysia sebelum perlawanan dimulakan


Tapi, ade gaklh rase kecewa bila berlaku insinden pancaran laser. Dan paling kecewa bila penyokong kita sendiri membaling botol dan bekas minuman serta mercun ke padang. Aku naik heran, bila Malaysia gol pun penyokong2 kita masih nak baling botol ke padang. Bagaimana akn jadi kalau dikatakan Malaysia kalah malam tadi. Apa tindakan penyokong Malaysia???..


kami xde baju kuning. baju oren pun oklah..uhukk


Akibat balingan botol mineral dgn air masih penuh, telah terkena pd seorang penyokong kita di dahinya menyebabkan dahinya luka dan sedikit berdarah. Aku nampak insiden tu dgn jelas sbb lelaki tu hanya berada 2 baris di belakang aku. Please la jangan malukan rakyat malaysia dan fikir dulu sebelum bertindak. bukan penyokong kita je yg bling botol..Ada jugalah Penyokong Indonesia yang membaling botol dan mercun apabila gol yg dijaringkan pasukannya dibatalkan. Tanamkan lah sikap berdisiplin dan bertanggugjawab dalam diri masing-masing dan jadikan diri kita sebagai org yang beretika dan bersahsiah yup..


ni tiket free daripada Ashari Samsudin..Thxs..


Humm, anyway..tahniah buat sekali lagi buat pemain-pemain Malaysia. Kami doakan kamu-kamu semua berjaya dengan cemerlang pada perlawanan final kedua pada 29 Disember 2010 di stadium Bung Karno, Jakarta. Dengan semangat berkobar-kobar nih, rase cm nak terbang je ke sana. Ahakssss....sekian...

Saturday, December 25, 2010

~ ahakss..di TAG ~

Humm, aku telah ditag oleh cikzatil ....dah lame dia tag, tp aku br ambik coz aku dh lme x berbelog nih...anyway kita zasssss dulu..pening juga kepala nih memikirkan apa nk dijwb..uhukk...

pernah tak anda rase cool?
selalu cool...walau ade byk masalah..hakhakhak..perangai cool nilah yg buat aku selalu buat keje last minute zaman blajo dulu2. Dan rasa cool nih bertambah-tambah sejak kawin..=D

upload wallpaper yang anda gunakan sekarang?




cerita pasal wallpaper tersebut..
cute dengan baby dan warna yg ceria...juga mengharapkan kehadiran cahaya mata dlm rumahtangga kami...semoga kehadiran cahaya mata akan menceriakan lagi kehidupan kami...Insyaallah..

bila kali terakhir makan pizza?
humm, tak silap dua minggu yang lepas. makan bersama dgn mber yg sama bertugas mengawas SPM. kebetulan pizza hut btl2 je kt depan sekolah tu.

lagu paling terbaru anda dengar?
lagu Luna Maya : Masih berharap. lagu ni rase nye dh lama. tapi aku baru dgr waktu mber aku karoke kt gambang resort minggu lepas...best sgt lagu tuh.

Apa yang anda lakukan selain menyelesaikan tag ni?
berFB, bayar bil broadband..chat..hahahaha

Selain nama sendiri, anda dipanggil dgn panggilan apa?
yus, kak sue, cik sue, cik da(panggilan dr anak2 sedara aku), mak cik (panggilan dr anak2 sedara sblah laki aku) dan p'nah dulu sorg mber aku pnggil aku awin. tak tau dr mne dia dpt nama tuh.

Tag lagi 5 orang :
Cik Dida, asfira, Adam, Kak Ieda dan Diela.

Siapa blogger no.1 pada anda?
cik dida : seorg pelajar pendidikan TESL di UPM, berasal dr trg..orgnya sgt peramah dan mesra.

Katakan sesuatu kepada blogger ke-5
Diela : sama2 kita berusaha dan berdoa semoga dikurniakan cahaya mata yup..

No.3 ada hubungan dengan siapa?
adam : dengan maggie...harap2 berkekalan dan sampai ke jinjang pelamin..=)

Bagimana pula dengan no.2 ?
asfira : mengenalinya melalui blog..orgnya cantik...slim...betul tak fiera???...

Kata-kata cinta untuk orang ke-4..
Oh k.ieda ku sayang...luv u...ahakss..

Beri 5 perkara tentang orang yang tag anda
cik zatil : orangnya becok sgt...peramah katakan..hahaha..then tinggi tapi tak kurus...dia sgt kuat makan..putih dan comey (ambik hati), agak gila2 dan perahsia..tapi paling aku suka dia sgt rajin dan pandai buat kerja like mengemas dapur..sehingga aku berangan nak jadikan dia adik ipar aku..hqhqhqhq..tapi sayang..dia udah berpunya...huk..melepas....!!!!!!

ok..sekian...wassalam....


Friday, December 24, 2010

~ alahai..bercuti la.. ~

uiksss...dah lame yup aku tak muncul kat sini. Kadang-kadang rase cam diri ni bagai biskut chipsmore je. Salah satunye sbb sekejap ade skjap xde. then aku nih digemari ramai. Ahaks..mula la nak perasan la aku nih.

bersarapan pagi dgn muko yg poyo tanya secalit mekup

Bukan apa, aku ni laku dalam kalangan family2 aku je. Kan sekarang cuti sekolah, kebetulan lak my parents ada datang KL nih, so adik2 aku yg boleh dikatakan lulus dah nak jadi laki orang sibuk duk ajak kakaknya yang kiut-miut ni berjalan-jalan. Kalau kami tak masuk panggung, sure kami g melontar..korang tau ape tu melontar????......cepat2 teka..sapa betul aku bagi hadiah. Hadiahnya aku g klik iklan nuff korang byk2...ahakss...


sebelum masuk bermandi-manda..ahaks

Then, after my parents n adik2 aku blk kg, aku lak menyebuk ikot laki aku join treasure hunt yg syarikat diaorang anjurkan. Bertolak dari bukit jalil ke Gambang Resort City.


mula bermandi-manda..seronok!!!!

Humm, best jugalah ke sana. Daripada aku duk melonggok depan tv je, ade jugalah aktiviti aku kt sane..sambil2 ber'animoon..heheheh..



on the way balik singgah di r&r temerloh..pekena ikan patin msk tempoyak

oklah...tak nak lak bebel pnjang sgt.Mentang2 lama tak masuk, panjang je bebel nye ye...ok lah...daaa..have a nice day...

Friday, December 17, 2010

~ aku di stadium ~

Pada 15 disember 2010, aku berada di stadium bukit jalil dgn penuh semangat memberi sokongan kepada pasukan Malaysia menentang Vietnam dan Alhamdulillah Malaysia menang 2-0.


Malaysia vs Vietnam




adik-adik aku bersama kakaknya yg comey....ahaks perasaan!!


Ini merupakan kali pertama tgk perlawanan bola sepak secara live. sblum nih penah tgk hoki jer. Humm, memang sgt sronok. So, sekarang sedang tertunggu-tunggu perlawanan yg kedua pada 18 Disember 2010. Harap-harap Malaysia menang dan melangkah gah ke perlawanan akhir.


en.hubby bersemangat dgn baju kuning



sebelum keluar stadium..posing lu




i'm malays....=D

Friday, December 10, 2010

~ Ayyoyo..kereta saya hilang ~

Semalam aku ke Jucso Equine Park ngn en.hubby. Jusco ni xdelh sebesar dan se gah Jusco Bukit Tinggi, Klang. Oleh kerana parking penuh, kami park lah kereta kat atas bangunan tu (hebatkan!!, ahaks).

So, after melicinkn duit dlm purse dan wallet =), nak buat ape lagi kt situ, sure nak balik lah kan. Aku naik hantar troli sementara en.hubby g bayor parking. Disebabkan penyakit malas melanda, aku malas nak masukkan barang-barang dalam troli yang banyak dan berat tu (ceh, alasan semua tu), aku hanya menunggu en.hubby di depan lift kt tpt aku park kereta tu (kononnya isteri sejatilah menunggu en.suami utk sama2 beriringan ke kerete..kehkehkehhhh).

Sedang duk menunggu, keluar seorang lelaki india dari lift tu. Keluar je dari lift, dia pandang kiri dan kanan (aik macam nak melintas jalan je kan). Then, dia mengambil langkah ke kiri, aku hanya memandang dengan ekor mata je, lagipun aku sensorang je kt situ. Tetibe, dia pusing kt aku dan jerit "ayyoyo, kereta saya hilang la...kereta saya hilang..". Aku ni apalagi bukan main terkejut, kalu ade penyakit jantung terus K.O, mana taknya tetiba pusing dan jerit cmtu. Sampai tangan aku pun menggigil2.

So, aku yg masih terkejut terus sibuk lak nak menanya, "uncle park kt mana kereta td". "sini, dpn pintu ni tadi" katanya. "kereta apa? CRV ker?, sebab kreta tu baru je kluar dr tmpt ni, sy kt sini tadi, sy tgk". Uncle tu terdiam, "bukan, perdana...". Aku tanya lagi ''betul ke uncle park kt sini?". "rasanya kat sini tadi, betul la depan pintu ni" . Aku masih sibuk tanya lagi "uncle rasa betul tak lift ni yg uncle guna tadi". Uncle tu diam dan tanya aku "lift ni kuar kat mana? dpn kedai jam kan?" aku senyum dan jawab "bukan, lift ni kuar dekat pintu masuk jusco, sy rasa kalau kuar kt kedai jam tu, lift sebelah sana la, cuba uncle tgk kt sana". Dan uncle tu berlari-lari ke tempat yg aku tunjuk tu.

Dan kemudian, aku nampak uncle tu berlari-lari datang kembali kt tmpat aku, sambil tercungap-cungap "miss, sorry ya, kereta sy ada ada kat sana, sorry..sorry..". Aku hanya senyum dan cakap "tak pe". Dan lepas uncle tu berlalu, aku lak tersengih sorang-sorang bile igt kembali muka uncle tu yg panik.

Moral of the story, bila park kereta tu, sila perhatikan no tiang if ade no tiang kt citu. Sebelum masuk lift, sila pastikan anda berada di tingkat berapa, dan bila keluar lift sila perhatikan mana-mana kedai yang senang anda ingat. Dan sila guna lift yang sama bila anda mau ke tmpat parking anda untuk mengelakkan kekeliruan. Petua aku senang, mana pintu masuk, pintu yang sama jugalah yang aku cari untuk keluar terutamanya bila ke midvalley. heheheheee....sekian

Tuesday, December 7, 2010

~ Terkedu dan tersayu hati ~

Salam dan salam Maal Hijrah semua..

Semoga dengan kedatangan tahun baru ni 1432 Hijrah ni mampu menjadikan keimanan kita semua kepada-Nya lebih utuh dan dirahmati-Nya.

Malam tadi aku tengok drama "Dakwah Muharam" kt Tv3. Memang terkedu dan tersayu hati aku dengan jalan cerita drama tu. Dan tahniah buat pengarahnya Eira Fatima yang menghasilkan drama yang pd aku tersangat bagus dan membuka mata masyarakat untuk berdakwah.

Dengan gandingan Aqasha, Tuah Sofaz dan ahli Kump. Sofaz, Ahmad Tamimi, Liana Jasmay, Fauziah Ghous, dan ramai lagilah cukup memberi kesan pd aku. Sampai aku terfikir, aku pun nak jadi macam Aqasha. Cite ni lebih kepada cara nak berdakwah dan kepada siapa dakwah tu nak sampaikan. Bak kata Fauziah Ghous dlm cite tu, "if berdakwah di masjid, pasti golongan-golongan masjid sahaja yang hadir, so bagaimana dgn golongan2 lain?. Yang muda-mudi, yang merempit, yang pondan. So, if golongan rock, kita layan rocklah". Tapi semuanya bergantung dgn cara yg betul dan kesabaran serta niat yang baik. Dan terjadilah konsert sambutan Maal Hijrah di Bukit Bintang dengan lagu-lagu ketuhanan oleh sofaz dan aqasha.

Seyus la aku cakap, drama ni sangat best. Bangun pagi2 ni pun masih teringat-ingat cite tu. Humm, bagi yang xsmpat dan nak tgk lagi drama tuh, jom reramai kita cari kat sini . Aku pun br nak cari nih, tak tahu ade ke tak...heheheheee..sekian...




Sunday, December 5, 2010

~ Alamak..apa patut aku buat nih!!! ~

Hai kawan-kawan...assalamualaikum..:D

haih, kecoh je ye aku nih ngan tajuk entri tu. Iyelah mana tak nya dari 46 ke 51, tak ke kecoh kampung nih..opppsss...

Ok kawan-kawan, cube kamu-kamu semua tengok ke bawah, cuba tengok dagu kamu, bentuknya cmane?...heheheh nampak tak?(opss, jgn sesekali tgk di cermin ok!!!). Aku rase sure kamu semua tak nampak dagu kamu-kamu ye. So, jadi, apa yang kamu nampak???. Hehehe, utk aku, aku dh test, dan jwpnnya aku tak nampak pun dagu aku., aku nampak pipi aku nih.

Ok, rakan-rakan blogger semua, dengan bangganya saya mengistiharkan bahawa saya sudah tembam a.k.a gemuk. Wawawaa, apa yang patut aku buat ni. Dulu mase time belaja kt uni(2004-2008) berat dlam 45kg -46 kg jer. then, after keje (2008- Jun 2010) berat aku dah makin maju ke depan dalam 46kg ke 48 kg. Dan selepas kawin (Jun 2010) berat aku bertambah-tambah dari 48kg ke 51kg. Tulun..tulun...maju besar nampak ternakan badan aku nih. Tapi, seingat aku sebelum aku kawin, badan aku dah berisi sikit kot, kalo korang nak tgk cube klik sini (if kamu-kamu nak tengok pic kawin aku la).

Ok2, jom2 bandingkan pic-pic aku zaman dulu kala dengan yg terkini :


pic 1st mase study kt Uni dulu (2004)
(tgklah tersenget pinggang mendukung ank sdare tu)



ni lak pic 2007(dh berisi skit)



2008: after dah kerja (pic terkemek skit..hehehehe
)



dan after Jun 201
0 :

+

+
+
+
+
+

+
+
+
+
+

+
+


pic terkini (humm, malu tgk pic nih..temoknyer)

=
=
=
=



=
=
=
==
=
=
=



dan ini paling latest (waktu kursus induksi 29 nov-1 dis 2010)






After nih aku kena control makan la, biasanya after masak akulah yang sibuk duk merasa, bila en.hubby makan, aku tumpang makan sekaki, bila lauk tak habis, aku jugalah muka yang menghabiskan lauk tu...then, bila weekend nanti, mau pakse en.hubby bangun awal utk berjogging kat tasik permaisuri (wahwahwah...demand ko sue, kat taman umah pun boleh kalo nak berjogging) hehehehee..sekian wassalam....



~ Murtabak Raja ~

hai, morning semua..

Semalam aku sempat berjalan-jalan di MAHA. Fuhh, punyalah ramai manusia-manusia kat sana. Nak park kereta pun susah beb. Tapi nasib aku baik kot, after sampai kt sana, terus kon yg ditutup dengan parking penuh dibuka. So, dapatlah aku park kereta dengan senang hati.

Humm, so, dgn berjalan-jalan tu, smpat gak aku beli murtabak raja dari ebess corporations. Produk tempatan dan keluaran orang melayu. Dan pagi ni aku bersarapan dengan murtabak tu lah..hihihii..sedapppp....


lebih kurang ginilh ngupenyer murtabak raja tu..

Tapi semalam aku tak sempat nak ke temapat yg org jual goreng pisang dengan tangan dicelup skali. Haih, cmne tu yer..tak Panas ke??. bukan tak sempat, tapi aku malas nk beratur. sebab nk ke sana kena naik bas beb. panjang betul org beratur, boleh smpai 1km kot barisan tuh. So, aku just ronda-ronda kt bawah tu jew, tgk2 taman ternakan. pusing-pusing rasa sate arnab dan macam-macam lah. Mana yg tak g lagi ke MAHA, moh beramai-ramai ke sana. Today is last day...hehehehe....daaaaaaaaaaa..selamat berhujung minggu..

Friday, December 3, 2010

~ Pening-pening lalat ~

haih, pening-pening lalat???... apakah korang tahu lalat tu pening camane?..hehehehee.. Aku pun xtahu, tapi dari pengamatan aku lah lalat pening bile waktu terbang tu nampak cm terhuyung hayang sket.

Aku pun alami cma lalat tu daa. Aku rase dah masuk 5 hari kepala aku ni pening-pening. Aku pun tak tau ape sebabnya. Malam tadi g klinik ngn en.hubby pun, doktor just cakap tekanan darah aku ok dan bagi ubat tahan pening dan tahan muntah. First2 kena pening-pening tu waktu hari pertama aku berkursus kt pangkor. Nak kata mabuk laut, petang tu ok. after abih kelas mlm tu, aku mula pening dan muntah-muntah. So, aku just telan penadol yg roomate aku beli.

Esknya still pening lagi, tapi dah ok skit la. Aku still ambil penadol sbb aku risau nanti time exam induksi tu aku tak boleh bangun lak. Nasib lah hari exam tu ok. Dan semalam pening tu datang lagi. Muntah-muntah pun bermula. Dan husband tercinta bwklh ke klinik. Tapi aku still pening-pening lagi. yang tak tahannya waktu tido pun, bile aku berpusing skit je, terus rasa berpusing-pusing, kalau dibuka mata nampak dah tunggang terbalik dah barang-barang dalam rumah ni. If duduk, berdiri tak pe. tapi aku tak boleh mendongak kepala ke atas atau tertunduk ke bawah. Sure aku akan pening. So, korang penah tak alami macam aku alami sekarang??...

If korang penah alami, tolonglah share ubat or cara nak hilangkan pening-pening nih. Tak tahan dah rase ni. huhuhuuu...sekian wassalam..

Thursday, December 2, 2010

~ Malu-malu di sini ~

Salam semua..

Haihhh...rasenyer mmg dah lame aku x berbelog, naik berhabuk dah belog aku nih. Rase malu lak ngn mber2 dan blogger2 yang sudi singgah di belog aku ni. Sorry ye kawan2.

Humm, insyaallah selepas ni, aku boleh join kwn2 berbelog dah. First2nye aku sibuk nk siapkn asgmnt untuk kursus induksi aku then study lak untuk induksi hukhukhuk...after aku dh selesai study utk induksi, my lappy ni lak problem. masuk virus agoknya. Now, lappy nih dh boleh bg khidmatnya utk aku trus berbelog..heheheheee...

So, semalam aku br blk dr induksi di Pangkor Holiday Resort. Mmg penat rsenye. Penat berkejar masa dgn kelas2 yang padat. Dunia di pangkor hanya di bilik, dewan makan, then di dewan kursus. Hari ketiga or last day, dah exam, after exam tu tamat (12.30 pm) hanya ade dlm 1 jam shj atk kami2 ni berada di jeti. So, tak sempat lah aku nak cuci mata sgt kt pangkor tu, tp still dapat berkenalan dgn ikan bilis paling glamer di pangkor tu...namanya ikan bilis bermata biru. Comel je bilis2 tu.heehekhekk

humm, rsenye ckup kt cnih lu la entri ari nih. Nanti aku hupdate lagi. Bagi mber2 yang follow i tu..tgguuuuuuuuuuuuuuuuu....i akn follow u all gaks lah...thanks yuppp...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...