Saturday, May 5, 2012

Tahniah untuk diri sendiri

Semestinya ada di antara kamu semua terdapat sesuatu yang kamu tak suka nak makan dan memang tak boleh nak telan. Pokoknya kalau ditelan mesti muntah balik. Ada tak?. Saya ada beberapa benda yang saya memang tak boleh makan :
1. Susu : susu cap teko pekat manis, saya boleh minum. tapi susu segar memang saya tak boleh nak menelannya. Kalau g lepak kedai mamak, order teh tarik, saya boleh rasa ada susu segar yang dicampurkan dalam teh tu. Pastinya saya akan order air lain. Untung bergandalah mamak tu. Hehehe. Tapi susu ducthlady perisa coklat dan coffe tu plak boleh aja ditelan. Masa tu saya di universiti. Tak tahu apa punca saya dapat telan susu tu. Susu tepung, memang langsung xdapat la even susu tepung berperisa vanila  atau perisa coklat.  Namun, sejak tiga hari ni saya dah berjaya minum susu tepung kerana semangatnya datang selepas doktor minta saya minum susu putih (no perisa) sebagai proses untuk fertility. Hooyeah, berjaya. Alhamdulillah.




2. Soya/ Tau Fu Fah : maybe warnanya putih macam susu buat saya gerun nak merasanya. Tapi masa di form 6, saya punya kawan yang tersangat cantik kulitnya. Licin dan gebu. Rahsianya, dia selalu makan tau fu fah. Kerana nak cantik juga, saya telah beli tau fu fah di pasar malam Akhirnya saya berjaya menelannya dan belajar minum soya. Sejak hari tu boleh dikatakan seminggu sekali saya akan beli tau fu fah. Hooyeahh. Dasyat, nak cantik punya pasal. Tapi tak de pun kulit saya licin berkilat dan gebu cam kawan saya tu. Huk3. Terasa diri ditipu dengan soya. Sebab tu sekarang dah kurang minum soya. hahaha




3. Sawi : pahitnya sawi buat saya tak boleh nak menelannya. Mak saya selalu marah saya sebab saya tak suka sawi. Bila dah tua  besar ni, boleh la telan sawi tu. Tapi tak beriya sangat la. Kalau makan mee goreng tu, dua tiga ketul je sawi saya telan, yang selebihnya dikuis-kuis tepi pinggan.





4. Durian : sememangnya durian adalah raja segala buah dan bila org tak makan durian, pasti org akan ckp "hilang satu nikmat dunia". Umpamanya durian tu tersangat lah sedap. Tapi saya memang tak boleh langsung nak telan durian atau benda-benda yang berasaskan durian seperti tempoyak, bubur kacang yg ditaruk durian. Cuba juga berusaha nak merasa, tapi tak boleh la. Abang saya penah usik saya, dileseknya durian kat mulut saya. Hurm, muntah sampai lembik la saya dibuatnya. Kira dah memang nasib la kot tak leh nak merasa kesedapan raja segala buah tu. Haihhh.


So, tahniah buat diri sendiri. Daripada empat jenis makanan diatas, tiga daripadanya saya dah berjaya menelannya even jenuh menahan muntah untuk habiskan se'mug' susu tu pagi tadi. Sekian.

Thursday, May 3, 2012

Ovarian Drilling: Tak lalu makan saya dibuatnya..haishh!!

Mengikut perjanjian, entri ini ditulis tentang keputusan Fallicular Tracking semalam. Semalam merupakan hari ke-13 period saya. Tracking dilakukan untuk melihat dan mengukur saiz folikel. Tapi tersangatlah hampa, bila saiz folikel tu hanya 7.8 mm. Sebelum ni, saya dah buat tracking pada hari ke-11, saiz folikel waktu tu hanya 6.2mm. Mengikut kata doktor, saiz yang ideal ialah 18mm. 

Dalam hati saya rasa sangat sedih. Terfikir, jauh lagi folikel saya nak ke 18mm. Untuk dua hari, pembesaran folikel tu hanya 1.4 mm sahaja.  Doktor mungkin perasan perubahan muka saya waktu tu. Doktor masih bagi harapan, minta saya sentiasa "bersama" suami. Walau pada saya harapan tersebut tersangat la tipis. Tapi saya perlu berusaha,  itu semua kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa. Bila disebutNya "kun fayakun" maka terjadilah apa yang Dia tentukan.

Doktor bagi suggestion pada saya untuk buat Laparoskopi untuk checking tiub fallopio. Tapi, untuk bulan ni, doktor tambahkan dos clomid daripada makan 2 biji kepada 3 biji. Dan sekiranya dengan jumlah clomid tersebut, masih tidak memberi apa-apa effect kepada folikel saya, doktor cadangkan laparoskopi dijalankan kerana berkemungkinan saya punya kilang telur terlalu tebal atau keras atau juga tiub fallopio saya tersumbat, so doktor akan drill sedikit untuk bagi ruang pada folikel untuk membesar. Terkedu saya dengan cadangan doktor. Bermacam-macam perasaan yang ada dlm kepala, takut, macam tak percaya saya ada masalah sebegitu, sedih, dan sebagainya lah. 

Doktor tenangkan saya lagi, katanya jika pihak perempuan yang bermasalah, banyak lagi cara yang boleh dilakukan, akan tetapi sekiranya pihak lelaki yang bermasalah, perkara tersebut sangat susah diatasi. Saya lega sebab suami tak ada sebarang masalah, Yang bermasalah sekarang adalah saya. Saya cukup sedih sebab saya berharap sangat bila dah makan clomid, mengurut, ada rezeki saya bulan ini untuk preggy. Lantas dapat bagi hadiah anniversary 10 Jun ni buat suami. Namun, rezeki belum berpihak kepada saya. Saya perlu kuatkan semangat untuk teruskan hari-hari dengan penantian yang akan datang. Kadang-kadang terasa juga dirinya macam tidak sempurna sebagai seorang wanita. Uh, feelingnya saya kan. Nevermind, i'm ok. 

Bila call en.suami, bagitahu pasal ni dia mula risau. Sekejap-sekejap dia sms saya "syg ok?" . Mungkn dia dah faham benar bini ni lenjanya terlebih sikit. Sikit-sikit nak nangis. Tapi kali ni saya rasa saya sangat lah tabah. Hahaha. Dah kerap sangat dia bertanya cmtu  saya reply "syg ok..abg yg x ok tu..kalut sangat, tunggu je after tambah clomid ni dlu.."

Saya tak tunjuk kerisauan saya pada en.suami. Tapi saya dah mula bertanya pada kawan-kawan tentang perkara ni. Bertanya pada Diela yg pernah lalui proses ini, buat saya sedikit tenang. Saya mula menggoogle maklumat tentang kos, pakar yang terbaik untuk buat laparoskopi ni. Tapi serius la, after jumpa doktor semalam, memang saya tak berselera pun nak makan. Itu semalam, hari ni sambil-sambil nak menyudahkan entri ni saya dah bantai 4 biji tepung pelita. hahaha. 

Tak pe kawan-kawan, kita tengok pula next month macam mana after tambah dos clomid tu. Doakan saya berjaya. Tak perlu la saya drill2 nih. heheh...takut weh..sekian. 

*berfikir-fikir nak cakap kat mak ngan abah..tapi tunggu bulan dpn dlu la..




Wednesday, May 2, 2012

marah tak terkata!!!

Hari ini saya ke hospital serdang untuk buat fallicular tracking kali kedua. Pertama pd isnin iaitu hari ke-11 period dan hari ini pula hari ke-13 period saya.

sesampai je ke hospital, mood yang sedia baik bertukar jadi keruh. Mana tak nya, mana-mana hospital pasti ada masalah parking. Lima kali pusing cari parking, semuanya buat saya jadi hampa. So, saya ambil keputusan untuk menunggu dalam kereta kerana pada kebiasaannnya jam 8.00 pagi ada doktor or nurse yang bertugas malam akan keluar. Sedang syok menunggu dan bernyanyi-nyanyi dalam kereta, ada sebuah kereta nak keluar. Hati berbunga-bunga, sebab memang mengharapkan sangat parking tu. 

sedang menunggu orang tu keluar, saya bagi signal sebagai tanda saya duk menunggu nak "chop" parking tu. tetiba saya nampak dari cermin belakang, ada sebuah kereta masuk dengan laju menuju ke kereta tu. saya ke depankan sedikit kereta saya. Nampak gaya Pak cik kereta Kia tu buat macam tak nampak saya menunggu. Dia potong kereta saya even tempat tu sangat sempit. saya tinggalkn sedikit ruang untuk kereta yg nak keluar tu ada ruang untuk keluar. Tapi ruang tu lah pak cik tu mencelah masuk hingga hampir2 bergesel dengan side mirror saya. Saya pandang pak cik tu, pak cik tu buat seolah-olah saya tak ada dalam kereta saya. Umpamanya kereta saya tu macam bergerak sendiri untuk menghimpit sedikit keretanya.

Kereta yang nak keluar tu bagi lampu pada pak cik tu untuk bagi ruang dia keluar. Tapi pak cik tu buat tak tahu juga sehingga pemandu tu buat keputusan keluar ikut kiri even ianya salah. kereta tu keluar je,pak cik tu terus masuk. Saya dalam kereta tak tahu nak cakap apa, marahnya sampai saya menangis. bukan sedih tak de parking, tapi saya menangis sebab saya tak boleh nak keluarkan perasaan marah saya ketika itu. Rasanya dalam hidup saya, tak pernah saya rasa marah macam tu sekali sampai mulut terkunci. memang tak tahu nak cakap apa. 

Dan lagi saya marah, dia turun kereta dengan gaya nak cepat, kononya dia sorang je lambat dan nak jumpa doktor, pandang saya dengan ekor mata tu. Saya nampak pak cik tu berkopiah, lagi panas hati saya. Waktu tu, memang perasaan geram tak leh nak digambarkan. Waktu menulis ni, perasaan geram masih menyelubungi dan hati kecik ni berkata "geram rasa nak langgar je pak cik tu..". Masa tu memang saya menangis, nafas pun turun naik, tapi tak de la meraung-raung, kan orang lain tengok dianggapnya saya ni sewel. Saya beristighfar, cuba control marah saya. Tapi sampai sekarang pun, bila saya ingat peristiwa tu, saya memang rasa cukup marah. 

Perlu ke sikap macam tu diamalkan even pak cik tu tua dari saya. Nak cakap dia tak nampak kereta saya, tersangatlah mustahil. Entah la, tak tahu nak cakap bila sikap pentingkan diri sendiri menguasai hati dan rasa hormat pada orang lain tak ditanam dalam diri. Nak orang hormat kita, pastikan diri kita hormat dlu orang disekeliling kita. Harap saya tidak terikut-ikut dengan sikap orang "lama" yang sebegitu. Sekian.......

*keputusan fallicular tracking tu saya akn buat kat entri lain. Mood dah hilang bila ingat pak cik tu. (-,-)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...