Showing posts with label SHARING. Show all posts
Showing posts with label SHARING. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

PAKAR ENT PULA

Hari ni ke pakar ENT hospital Putrajaya sebab ada infection dalam telinga. After abih ubat titis, datang lagi infection tu. So, nak tak nak doktor Hani dari  klinik perdana pucak jalil rujuk saya ke pakar ENT Putrajya. 

Hari ni bawa surat, hari ni terus boleh jumpa doktor. Macam serius je. So, masuk je bilik doktor, agak jakun bila doktor suh duk di tempat yangagak jauh darinya. Biasa kan masuk bilik doktor, sure duk sebelah doktor je kan. Bilik tu pula memang kedap udara. Tak dengar bunyi apa pun dari luar. Bila doktor tanya soalan, baru aku perasan, kan memang untuk telinga so patut lah kena duk jauh-jauh. Doktor cakap slow je..tapi masih boleh saya dengar. atau memang saya dah tak dengar. hahahaa. Memang telinga kurang dengar after kena infection tu, sebelah kanan. rasa tersumbat je. Kalau pakai tudung, lagi la tak dengarnya. 

So, after tanya soalan, doktor cek hidung, tekak dan mula menyuluh telinga. Sebelah kiri ok, sebelah kanan, ada nampak merah-merah. Melopong aku tengok skrin tu bila doktor suluh. Jakun katakan. Nasib xde taik telinge. Nurse cakap, ni dah korek-korek sangat la ni, sampai kulit telinga dah masuk ke belakang. n doktor sambung, nampak tak nanah tu. Gerun tengok nanah tu.then doktor cakap dah nak sampai ke gegedang. "kita sucking ye"

saya mula terbeliak bijik mata.dan terus tanya :
saya : macam mana tu doktor
dr : kita guna alat utk hisap keluar nanah tu. 
saya : (panik) sakit tak?
dr : erm, tak sakit..tapi kurang selesa sikit la.

Proses keluarkan nanah dimulakan.. Saya fokus kat skrin tu tengok apa jadi. Habis alat tu menyedut nanah yang belum pecah. Nampak kulit-kulit tersiat. Wauu..ajaib..jakun lagi. hahhaa.. tapi serius tak sakit pun. Cuma bila alat tu dikeluarkan saya jadi pening. Doktor cakap itu perkara biasa, sebab telinga mengawal keseimbangan badan. Saya iyekan aje sebab dah pening-pening. Dah selesai semua, doktor terangkan ubat yang akn saya ambil di farmasi, ape perlu saya buat semasa nak ambil air sembahyang dan mandi agak infection tu tak berulang. 

Doktor sempat juga pesan, jangan korek telinga, korek luar-luar n tepi-tepi je. Jangan nak korek dalam-dalam dan guna besi. Akibatnya begitulah yang akan jadi dalam telinga tu nanti. Terkena batang idung sebab aku suka korek telinga dalam-dalam n pakai besi. Hahaha..best siot..tambah-tambah time telinga gatal. So, kawan-kawan sila jaga la apa yang kita ada, jangan dah hilang baru menyesal. Ni telinga kurang dengar sikit ni dah mula gelabah tak tentu pasal. Apatah lagi yang teruk. Nauzubillah. 

Sekian.

Sunday, May 26, 2013

AMALAN KESUBURAN

Assalamualaikum ..

Alahai lama sungguh blog tak berupdate. Sorry ye kawan-kawan yg datang terjah, tapi tak de entri baru. 

Alhamdulillah kini usia kandungan nak masuk ke 31 minggu. Menjalani awal kehamilan tanpa alahan yang teruk. Muntah sikit-sikit tu adalah. Tapi tak de sampai kena MC kerja atau lembik tak boleh bangun. Selera makan bertambah-tambah. Badan pun memang mengembang. 

Berbalik pada entri sebelum ni, saya ada bagitau nak cerita apa amalan yang saya amalan selain daripada treatment hospital. Ok jom saya kongsi : 

1. MENGURUT : 
Sebelum ni, pernah juga mengurut di ampang. rumah mak cik tu belakang tesco ampang. Pergi ke situ selepas kawan hubby dan 2, 3 orang yang mengandung. Tapi saya, mungkin bukan izin Allah, saya belum juga dikurniakan baby waktu tu 

So, after 3 malam berturut-turut mengurut, dan makan ubat yg bidan tu berikan, ianya tak memberi hasil membuatkan saya sedikit putus asa. Nak pegi lagi, mak cik tu cakap "sabar..tunggu dulu". kerana tak sabar, saya menggoogle mencari tukang urut/bidan yng berdekatan seri kembangan. So, terjumpa dengan kak intan yg tinggal di PUJ 9, Puncak Jalil. 1st time mengurut dengan kak intan ni, saya yakin dengan cara urutan nya. sebab sebelum2 ni tak pernah di urut cara sebegitu. 1st time mengurut,tak silap sebelum raya haji. Rasanya hujung bulan 9. Sempat 3 kali mengurut, miss period bulan 11.Cek UPT alhamdulillah 2 garis.Dengan IzinNya dan kuasaNya. Itu juga yg selalu kak intan cakap dengan saya. Jangan berharap pada dia, berharaplah pada DIA YG MAHA BERKUASA. 

Sepanjang mengurut dengan kak intan, dia ada pantang larangnya. Pantang bab makan je. Tapi semua yang dia mintak pantang tu antara peberet saya. Yg tak boleh di makan :
i - Lada hitam / sebarang sos black paper
ii - Mayonis
iii - Serai, lengkuas, halia (kena kurangkan pengambilannya)
iv - Madu
v - Cuka atau sebarang asam kering atau basah (jeruk2)
vi - Nenas
vii - yg ni bkn makanan : tak boleh pakai pencuci cik "v", cuci pakai air je n ada cara2nya.

itu antara makanan yg tak boleh dimakan. Yg betul-betul saya pantang n langsung tak ambil ialah (i, ii, iv, v, dan vii). Beli burger pun suh brother burger letak sos cili jer..no black paper sos n mayonis. huaaa...

2. AMALAN AYAT QURAN 
Selain dari mengurut, saya sentiasa berdoa padaNya yang Maha Mendengar dan Berkuasa. Saya juga ada buat solat hajat. Amalkan ayat-ayat al-quran dan juga zikir. Ayat yang selalu saya amalkan iala :

i. Surah Ali Imran, ayat 38 :
 

ii. Surah al-anbiya', ayat 89 :
 

iii. Zikir : Ya Musawwir (Zikir ni dibaca sebelum 'bersama')

* ayat-ayat tersebut saya amalkan selepas solat dan kadang-kadang tak kira masa. Waktu memandu, waktu basuh pinggan kat dapur. Bila tringat, saya akan baca. 


3. PEMAKANAN : 

Selain pantang yang kak intan suruh, saya juga pantang makan buah jambu batu. Tak silap mak cik saya yang bagi petua nih. Selain tu, saya ada amalkan air anugerah yang dibacakan 30 juzuk al-quran tu.
 

Saya juga ada amalkan makan buah-buahan seperti anggur dan strawberry yang setahu saya memang bagus untuk kesuburan wanita. 


- Rasanya itu antara amalan-amalan yang saya amalkan. yang lainnya kita berserah padaNya. Yakin lah dengan apa yang kita minta. Tak lupa juga saya selalu minta ma dan abah saya doakan untuk saya. Selalu paksa mak buat solat hajat untuk saya. hahahaa...tiap kali balik kg, tiap kali sebelum letak fon, saya selalu mintak2 begitu. Sebab saya yakin doa ibu dan ayah juga antara doa yang cepat Allah makbulkan. Bila dapat berita gembira, saya bersyukur padaNya yang Kuasa dan saya berterima kasih pada ma dan abah saya.  Saya masih ingat ayat sebelum beritahu ma abh berita gumbira tu "nilah berkat doa ma ngan abah la ni..terima kasih..tadi g klinik, dah cek, mengandung dah...doa la lagi bagi semuanya selamat..." .

oklah, dah berjela panjang entri ni..jumpa di next entri ok.. tatatititutu..

Wednesday, July 18, 2012

Deep Clean

waa, so lama tak update blog. Sure sekarang ni puan zue melompat-lompat gumbira bila kakaknya yang kuit ni update blog. Even entri ni ciput je. 

Ok, entri sebelum ni pernah saya maklumkan muka saya bermasalah dengan jerawat besar-besar bapak menepek dimuka saya. Dan saya dapat tahu puan zue pun sekarang mengalami masalah yang sama dengan saya dulu. Sehati sejiwa betul kita ni kan. 

So, alhamdulillah muka saya sekarang dah ok. Even ada sikit-sikit lagi kesan scars kat muka. Apa yang saya buat utk saya atasi masalah jerawat tu? Eh macam gud-gud je aku ni nak bagi solutions kan. Tak pe, kan sharing is caring, caring is loving. Saya tak pakai produk mahal-mahal, saya just pakai neutrogena yang deep clean punya. Memang menakjubkan produk ni. Even bukan sekali pakai terus hilang, kalu pakai sekalai terus hilang itu menipu namanya. Tapi boleh nampak keberkesanannya produk ni bila jerawat makin kurang dan jerawat yg tengah besar gedabak boleh mengecil dan kering. 

Kalau u ols yg ada pimple ni tak mau pakai neutrogena, u ols boleh je try produk lain. Yang pasti cuba guna yang untuk "deep clean".  Saya pun dapat solution ni pun daripada si Amira kawan baik kat universiti dulu. Sebab dulu memang dia punya masalah kulit berjerawat. Sekarang, no more!!. Licin babe. Dan si amira tu pun ada cakap itu antara petua orang-orang Arab/ Turki jaga muka mereka. Pakai produk deep clean.

Ok Sekian saja entri ni, rasanya tak ciput pun, panjang meleret juga. Hihi. Dan sebagai permulaan untuk berblog semula. Harap entri ni dapat membantu kawan-kawan yang ada masalah jerawat. TQ



Thursday, May 3, 2012

Ovarian Drilling: Tak lalu makan saya dibuatnya..haishh!!

Mengikut perjanjian, entri ini ditulis tentang keputusan Fallicular Tracking semalam. Semalam merupakan hari ke-13 period saya. Tracking dilakukan untuk melihat dan mengukur saiz folikel. Tapi tersangatlah hampa, bila saiz folikel tu hanya 7.8 mm. Sebelum ni, saya dah buat tracking pada hari ke-11, saiz folikel waktu tu hanya 6.2mm. Mengikut kata doktor, saiz yang ideal ialah 18mm. 

Dalam hati saya rasa sangat sedih. Terfikir, jauh lagi folikel saya nak ke 18mm. Untuk dua hari, pembesaran folikel tu hanya 1.4 mm sahaja.  Doktor mungkin perasan perubahan muka saya waktu tu. Doktor masih bagi harapan, minta saya sentiasa "bersama" suami. Walau pada saya harapan tersebut tersangat la tipis. Tapi saya perlu berusaha,  itu semua kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa. Bila disebutNya "kun fayakun" maka terjadilah apa yang Dia tentukan.

Doktor bagi suggestion pada saya untuk buat Laparoskopi untuk checking tiub fallopio. Tapi, untuk bulan ni, doktor tambahkan dos clomid daripada makan 2 biji kepada 3 biji. Dan sekiranya dengan jumlah clomid tersebut, masih tidak memberi apa-apa effect kepada folikel saya, doktor cadangkan laparoskopi dijalankan kerana berkemungkinan saya punya kilang telur terlalu tebal atau keras atau juga tiub fallopio saya tersumbat, so doktor akan drill sedikit untuk bagi ruang pada folikel untuk membesar. Terkedu saya dengan cadangan doktor. Bermacam-macam perasaan yang ada dlm kepala, takut, macam tak percaya saya ada masalah sebegitu, sedih, dan sebagainya lah. 

Doktor tenangkan saya lagi, katanya jika pihak perempuan yang bermasalah, banyak lagi cara yang boleh dilakukan, akan tetapi sekiranya pihak lelaki yang bermasalah, perkara tersebut sangat susah diatasi. Saya lega sebab suami tak ada sebarang masalah, Yang bermasalah sekarang adalah saya. Saya cukup sedih sebab saya berharap sangat bila dah makan clomid, mengurut, ada rezeki saya bulan ini untuk preggy. Lantas dapat bagi hadiah anniversary 10 Jun ni buat suami. Namun, rezeki belum berpihak kepada saya. Saya perlu kuatkan semangat untuk teruskan hari-hari dengan penantian yang akan datang. Kadang-kadang terasa juga dirinya macam tidak sempurna sebagai seorang wanita. Uh, feelingnya saya kan. Nevermind, i'm ok. 

Bila call en.suami, bagitahu pasal ni dia mula risau. Sekejap-sekejap dia sms saya "syg ok?" . Mungkn dia dah faham benar bini ni lenjanya terlebih sikit. Sikit-sikit nak nangis. Tapi kali ni saya rasa saya sangat lah tabah. Hahaha. Dah kerap sangat dia bertanya cmtu  saya reply "syg ok..abg yg x ok tu..kalut sangat, tunggu je after tambah clomid ni dlu.."

Saya tak tunjuk kerisauan saya pada en.suami. Tapi saya dah mula bertanya pada kawan-kawan tentang perkara ni. Bertanya pada Diela yg pernah lalui proses ini, buat saya sedikit tenang. Saya mula menggoogle maklumat tentang kos, pakar yang terbaik untuk buat laparoskopi ni. Tapi serius la, after jumpa doktor semalam, memang saya tak berselera pun nak makan. Itu semalam, hari ni sambil-sambil nak menyudahkan entri ni saya dah bantai 4 biji tepung pelita. hahaha. 

Tak pe kawan-kawan, kita tengok pula next month macam mana after tambah dos clomid tu. Doakan saya berjaya. Tak perlu la saya drill2 nih. heheh...takut weh..sekian. 

*berfikir-fikir nak cakap kat mak ngan abah..tapi tunggu bulan dpn dlu la..




Saturday, March 31, 2012

Masalah Lagi!!

Sejak makan clomid dan duphaston sejenis ubat hormon yang doktor bagi, berlumba-lumba pula jerawat naik kat muka ni. Badan mengembang dah satu hal jerawat plak menambahkan lagi satu hal. 

Semua solutions yang kawan-kawan bagi, selagi mampu dan senang utk dicuba, saya cuba. Tapi jerawat still degil. Tak surut lagi yang satu ni, yang lain dah menunggu turn untuk membesar. Dah la meniggalkan parut hitam even sedikit pun jerawat tu tak disentuh. En. suami belikan bio oil utk hilang kan parut, tapi mungkin disebabkan minyak, jerawat masih juga nak muncul. 

2 kali ke spa, satu shah alam, dan satu di bangi, Alhamdulillah parut tu makin b"kurangan, but jerawat masih lagi mau keluar. Pn. Zue, cadangkan minyak T-tree dr body shop, bila jerwat muncul, terus sapu minyak tu, t"bantut la skit proses jerawat tu nak membesar. Tapi jerawat tetap juga keluar kt merata-merata dimuka saya yang sebelum ni licin dan gebu ni. (^_^). Sebelum ni, di pipi sebelah kiri, now ianya menyerang di sebelah pipi kanan pula, di rahang kedua-dua pipi dan juga di tengah-tengah dahi. Oh, sungguh merunsingkan dan memeningkan kepala saya. Pergi kenduri, atau jumpa sedara mara, kawan-kawan lama, semua naik heran dengan muka saya ni. 

En. suami pula dah nampak yang isterinya ni dah mula stress n risau. Pada saya dia yang terlebih risau dengan masalah saya. Saya gemuk dia tak kisah, muka saya naik jerawat, saya nampak dia tersangat kisah. Fuhh, lagi stress saya dibuatnya. Hahahaaa..

Dua tiga hari lepas dia dah sarankan supaya saya stop untuk pakai facial cleanser, pelembab, dan segala benda la yang saya tepek di muka nih. Dan dia cadangkan supaya saya sapu kulit kayu manis. Mau terbeliak biji mata bini nya ni. Memang saya dah sedia maklum dengan petua tu, tapi saya rasa mesti ianya cukup memedihkan bila disapu air kulit kayu manis tu. Jawapan saya ringkas saja "ee, tak berani la..nanti pedih". Then, dia mula ceritaka pengalamannya yang pernah jatuh motor waktu sekolah dulu, dan air itulah yang MIL sapu kat sebelah kanan mukanya yang sedikit rabak tergesek dijalan raya. Then, memang ajaib, sebab saya belek punya belek, tak ade sikit pun bekas parut tersebut.

Tapi hingga hari ni, saya masih berkira-kira untuk gunakan petua tu. Pada saya, itu untuk luka, tapi masalah saya ialah jerawat. Kan tak pasal-pasal makin teruk pula jadinya. So, apa pendapat kawan-kawan? ada petua lain tak untuk saya. Yang pasti u all dah try la petua tu n hasilnya ok. Baru saya ada kompiden sikit mahu cuba. ekekekek..

Monday, September 26, 2011

Cerita Bersambung

Oklah..sambung entri hari tu.Sebenarnya malas dah nak menulis. Sebab dah janji terpaksa jugak tulisnya.

Jom sambung cerita hari tu. Dah abih makan-makan, perut dah kenyang, saya dan suami mula minta diri dulu sebab lepas tu kami nak menghala ke shah alam dan klang. Ade dua lagi rumah yang perlu dituju.

So, bila dah turun bawah, tetiba hujan turun dengan lebatnya. Sah-sah kami tak de payung. Dan ade lah sekumpulan budak-budak tengah bermain kat parking motor. Kami pandang diaorang, dan diaorang pandang kami. Tetiba laju je mulut saya ni bersuara “dik, ade payung tak?”
Budak tu tersengih, “ade, kat rumah, akak tunggu jap ye”
Suami aku bertanya “rumah kat mana”
Budak (sebab xtau nama) : tingkat 8 bang.
Suami : eh, tak payah lah dik.
Budak : tak pe bang.
Suami : tak payah la...

Tapi budak tu buat tak tahu je sambil tekan butang lift. Mungkin lama menunggu pintu lift terbuka, dia berlari menaiki tangga. Saya menjerit, ”dik, tak payah la..ujan dah nak reda sikit ni”. Dan dia juga menjerit ”akak tggu je.”

Dalam 5-6 minit menunggu, saya terdengar ade orang berlari-lari turun dari tangga. Dan terdengar juga pintu lift terbuka. Dan budak lelaki tu berlari dari tangga menuju kepada saya, dan saya sempat melihat dia menyapa budak perempuan keluar dari pintu lift yang juga membawa payung ”hahaha, aku sampai dulu”.

Dan saya bertanya, siapa budak perempuan tu, dia cakap itu kakaknya. Kira siapa cepat akan bagi payung tu dulu pada aku dan suami. Sempat lagi dia menyuruh kakaknya membawa payung untuk kami. Wah, saya sungguh kagum dengan sikap budak lelaki tersebut yang baru berumur 9 tahun dan kakaknya 11 tahun.

So, after dia hantar kami ke kereta dalam hujan lebat tu, suami menghulurkan ‘angpau’ padanya. Sampai ke sudah kedua-duanya tak mahu ambik duit tu. Lastnya aku cakap “dik, ok, tu bukan upah, tapi bagi untuk duit raya ok..kan masih raya ni..ambik la..ikhlas ni.”

Dengan malu-malu keduanya ambil duit tu setelah dipaksa-paksa oleh kami. Hurm, itulah ceritanya. Sungguh mulia kan hati kanak-kanak tu. Semoga dia sentiasa dilindungi daripada Sebarang kejahatan. Amin….

Hari kejadian tersebut. Itu hanya rembat anak orang je.heheh
harap nanti leh pegang anak sendiri..amin..

Saturday, September 17, 2011

Syabas…masih bermasyarakat..

Assalamualaikum semua…

Wah, sekarang masih kekenyangan. Hari ni begitu banyak jemputan untuk saya. Dua jemputan kenduri kawin dan tiga jemputan open house. Tak termasuk kawan-kawan en.suami. Cuba memenuhi segala jemputan. Tapi still ade juga yang tertinggal. Sorry sesangat.

Sebut pasal open house nih, tadi saya ke jemputan kawan en.suami di Flet Raya Permai, sungai besi. So, sebelum ni, tak pernah ke sana, kat sana begitu banyak blok bangunan sehingga begitu sukar untuk saya dan suami cari blok kawannya.

Bila dah sampai ke tempat yang dituju, saya dan en.suami berjalan mencari lif dan dari jauh kami melihat sekumpulan warga emas sedang berborak dan Nampak begitu mesra. Ada lelaki, ada perempuan. Yang kagumnya saya, mereka adalah satu Malaysia. India ada, cina ada dan melayu pun ada. Belum sempat kami bertanya mana arah nak dituju, mereka dah mengajukan soalan untuk kami dan menunjukkan arah ke mana kami perlu tuju. Lagi sekali kami tergamam dengan keramahan mereka. Dalam lif, en.suami bersuara “baik-baiknya orang kat sini kan”.

Pada pendapat saya, kehidupan di Bandar yang penuh dengan kesibukan, masing-masing mengejar masa dan kebiasaannya  memang sukar nak dilihat masyarakat di Bandar nak bermasyarakat sebegitu dan prihatin dengan orang disekeliling. Jadi, dengan keprihatinan, sikap bermasyarakat mereka tersebut banyak memberi kelebihan dalam komuniti. Sekurang-kurang, mereka mengenali siapa jiran mereka, sikap kejiranan beginilah yang akan mengukuhkan sebuah komuniti dan sikap prihatin terhadap orang disekeliling secara tak langsung boleh mengurangkan aktiviti yang tidak sihat seperti mencuri dan merompak. So, syabas kepada mereka…Seharusnya sikap sebegini perlu ada dalam diri kita. Sekian…untuk hari ni.

* next entri, peristiwa yang buat saya  kagum dengan sikap kanak-kanak di kawasan tersebut. Sungguh baik hati masyarakat di situ..

Tuesday, August 23, 2011

akhirnya, menjadi juga !!!


Assalamualaikum dan selamat pagi..

Akhirnya setelah dari tengahari semalam aku duk belajar ilmu yang diperturunkan Pn. Diela, pagi ni baru ilmu tu menjadi. Jenuh aku klik sana sini still tak jadi. Aku cari puncanya dan godek-godek sendiri. After tekan button printscreen tu, aku tak boleh nak paste kannya. Rupa-rupanya aku tersilap di sini.


sebab waktu tu di screen my picture shortcuts



then, aku tenung balik toturial dan gambar- gambar yang diela letak tu, abru aku perasaan, rupanya kena klik kat my picture seperti yang aku bulatkan tu. Barulah boleh paste.


Dan sekarang, inilah hasilnya. dan boleh printscreen blog pn. diela yang comel nih. Terima kasih ye cikgu diela. Sesapa yang nak belaja tu, sila ke blog pn.diela or klik saja (di sini) . 

So, hari ni dah boleh bersilang kaki dengan senang hatinya. Hahahaha...sekian.

Friday, August 19, 2011

Terlajak tidur pula hari ni.


Selamat pagi semua.
Hari ni,  aku celik mata, terus saja terbangun dari tidur dan selak langsir. Masih gelap. Tapi terdengar bunyi motor kat luar dan bacaan ayat-ayat suci al-quran sayup-sayup je kedengaran.

Dalam kepala dah ligat berfikir, "jam berapa dah ni?" cepat-cepat raba cari enset. 5.54 am..
Alamak!!sah2 terlepas sahur. En. Suami yg syok tidur sebelah bukak mata tengok bini dia panik-panik. ’Kenapa nya”..
”tak sahur la kita hari ni”
”urmm..” katanya.

So, saya bangun, mandi solat siap bagai..tengah syok conteng muka, tetiba en.suami terkejut dan terus bangun. 
Waktu tu jam 6.30. ”eh, kita tak sahur ke?’
”ish abg ni, yg tadi saya ckp tu apa. Ke mengigau tadi..”
" entah, xsedar bila b’cakap ngn awk.." sambil bangun dan menuju ke bilik air dengan muka yang berkerut-kerut. 
Saya pesan dari jauh. " Abg, jgn minum pulak ye.. ..kot2 mengigau lagi tu..."sambil gelak-gelak
"kalau mengigau, minum ke makan ke kira rezeki la tu " jawan en.suami. 
"mslahnya dah tak mengigau kan " dan dengar pintu bilik air ditutup. 

So, tergolek-golek la kami hari ni nak menunggu waktu berbuka. Masuk hari ni, adalah kali kedua kami terlepas sahur. Hihihi

Sekian.

Thursday, August 11, 2011

Suatu Malam di surau

Assalamualaikum kawan-kawan.

Alhamdulillah, pejam celik-pejam pelik dah masuk hari ke-11 kita berpuasa, dan sepuluh hari yang kedua ini adalah merupakan fasa pengampunan kata ustazah kat sekolah saya tengahari tadi. So, sama-samalah kita beramal ibadah dan memohon keampunan daripada-Nya. 

Ini pula cerita tentang solat terawih. Pengalaman lucu ketika tu,  saya tengah tunggu keputusan STPM. Kat kampung, surau hanya 150 meter je dari rumah saya. Boleh kata, kalau berbisik dalam rumah tu orang kat surau boleh dengarlah.
Kisahnya, seorang mak cik ni, umur lebih kurang dalam 70-80 tahun la kot. Tiap-tiap malam after siap terawih, bersalam dengan mak cik ni, pasti soalan dia "anak sape nih ". Letih aku nak menjawab soalan yang sama tiap-tiap malam. Situasi ni, bukan berlaku kat surau je, if petang tu, dia lalu depan rumah nenek aku dan terkebetulan aku ade kat situ itulah soalan yang keluar. Aku tak kisah pun, sebab aku tahu mak cik tu agak pelupa dan suka melatah.

Bab melatah tulah yang buat aku tersenyum dalam solat terawih aku. Dah lah waktu tu dah masuk solat sunat witir. Kisahnya, aku berada di saf depan. dan biasenya aku akan pilih tempat yang cun-cun bawah kipas. So, kenalah satu malam tu, mak cik ni berdiri sebelah kiri aku. Bila berada saf depan, pastilah ada langsir yang memisahkan antara tempat solat lelaki dan perempuan. Langsir tu pula, bergerak-gerak ke depan sesekali tu ke belakang. Biasanya aku akan selitkan langsir tu bawah karpet dan sejadah aku. Tapi tak tahulah macam mana malam tu, angin kuat atau kipas yang laju membuatkan langsir tu terlepas dari selitkan karpet. 

So, apa lagi mengganas la langsir tu. nasib aku berada berdekatan tiang, jadi langsir tu belum pun sempat mengena kat aku. tetapi ketika tengah sujud, aku dapat rasa langsir tu membuai-buai kat belakang aku, dan nasib aku baik waktu aku bangun tu, langsir tu dah terlepas dari aku, namun tetiba aku nampak mak cik sebelah aku diselimuti langsir tu dan terpisah berada di bahagian lelaki.Kiranya langsir tu berada di belakang mak cik tu.

Mak cik tu melatah, dengan tak semena-mena dia mengeluarkan diri daripada langsir tu dan mengomel " menate langsir nih" = Binatang langsir nih. perkataan yang mak cik tu keluarkan buat aku tersenyum sendiri. Rasanya bergegar-gegar badan ni menahan gelak. Tapi aku cover sebab aku nampak mak cik tu sambung solat balik. Aku pun mengong waktu tu, teruskan solat juga. 

Tapi, after orang dah siap solat witir tu, tengah orang baca doa, aku bangun dan solat semula, tetiba mak cik tu juga bangun dan tetiba juga dua orang lain lagi sebelah mak cik tu turut bangun menunaikan solat sunat witir. Maksudnya bukan aku sorang je gelak, orang lain kat sebelah mak cik tu tergelak sama kot. hihihi, sekian. 

* after malam tu, aku dah tak duduk saf depan, duduk saf kedua tapi still bawah kipas.heheheheh

Saturday, August 6, 2011

Dairi..

Assalamualaikum...
hurm, dua tiga hari lepas, aku ada terbaca status kawan kat FB yang menyatakan en.suaminya terjumpa dairi lamanya. So, status dia tu mengingatkan aku juga time first2 aku kawin dulu. Seingat aku dalam 4 bulan selepas kawin rasanya. 

Kalau diikut, dalam hidup aku, aku tak pernah menulis diari. Memang aku bukan salah seorang yang suka berpuitis. Dulu, Aku hanya akan mengarang, bila cikgu BM suruh "bina satu karangan yang bertajuk bla..bla..bla..". Dan naik form 6, aktiviti mengarang semakin hebat. Sebab banyak subjek semuanya adalah subjektif kecuali Pengajian Am kertas 1 yang boleh main tikam-tikam, tembak-tembak dan hitamkan jawapan. Memang waktu sekolah dulu aku sangat suka maths dan sains, dan naik form 6, suka pulak ekonomi sebab cikgu hensem macam hero superman tu. 

Then, bila masuk "u", ade sorang roomate aku ni, suka sangat menulis dairi dan suka juga berpuitis, berpuisi jingga. (*-*). Lepas tu, aku mula terpengaruh nak menulis, tapi mmg kalau korang tgk diari aku sure korang gelak sebab banyak rongak. dan cerita dalam tu tak best pun.Tak macam my roomate tu, yg begitu berbunga-bunga ayatnya. Kalau tulis dalam dairi pun hanya ade kisah-kisah sedih. maklumlah org tengah bercinta, gaduh-gaduh mengadu je kat en.dairi. Kesimpulannya, disebabkan pengaruh kawan dan cinta lah wujudnya dairi tu. Hahahah. Lucu!!!. Tapi menulis dairi pun hangat-hangat tahi ayam jew. Satu dairi leh guna sampai 4 tahun babe. Hebatkan saya berjimat.

So, dairi tu memang aku letak dalam satu kotak, dan suatu hari tu, en.suami cari barang komputer apa ntah kat dalam bilik tu, dan dipendekkn cerita dia terjumpa dairi tu. Sah2, aku tahu en.suami dah baca dari kulit depan sampai kulit blakang la diari aku yg kiut. Khatam abis. 

Keluar2 je dari bilik tu en.suami sengih-sengih. dan dengan lurus dan jujur  beliau mengaku "hehehe, abg baca dairi syg la...". Aku yang tengah basuh pinggan kat dapur waktu tu, cepat-cepat keluar. Rasanya muka aku ni dah naik kebas, rasa malu, rase marah macam-macam ade. Satu ayat keluar dari mulut "nak lari dari rumah la..jgn sibuk2 nk cari kita nanti " (bila fikir balik, apa kaitan ayat tu dengan kes baca dairi). Sebab dah malu sangat kot, itu je ayat yg terkeluar. Memang tak boleh digambarkan betapa malunya aku ketika itu. 

Dan selepas hari tu, ade je ayat-ayat yg dalam dairi aku tu en.suami keluarkan. Kiranya menyindir la tu. Jadi, aku hanya buat pekak-pekak badak je la. Dah memang aku yang cuai. Dah tahu benda tu tak digunakan buat apa nak simpan, buang je lah kan. Tapi bila nak buang, fikir takut nak baca balik kenangan-kenangan dalam tu, ahaiii. Sekarang sapa yang malu. 

So, pada kawan-kawan yang masih simpan dairi lama-lama tu, baik korang simpan elok-elok, sembunyikan tempat yang orang tak leh cari, tup2, kita sndiri yang lupa, tak pun tikus yang baca. Hahahah...Kalau tak suami kita yang jumpa, maybe orang lain yang terjumpa, adik-adik ke, mak kita ke, sesapa lah yang berkenaan ada dlm rumah kita tu. So, sebelum mendapat malu, baik berhati-hati tau..heheheh..sekian!!

*masa skolah rendah dulu, penah selongkar bilik kakak dan baca dairi dia..sampai skrg dia tak tau..kah3

Saturday, July 23, 2011

Produktiflah...!!!

After bace entri daripada coursemate saya, Diela Zaimi, saya juga kini turut merasai apa yang beliau rasai. Tapi tak  pe diela, kita usaha lagi dan berdoa kepadaNya. Ingat, Allah tak pernah tidur, jadi Dia sentiasa melihat dan mendengar apa yang hamba Nya inginkan. 

Tapi entri ni bukan untuk berkongsi cerita yang sama, cuma ianya berkaitan kawan-kawan di sekolah saya yang begitu produktif. Sehinggakan kadang-kadang rasa sedikit kecewa, cemburu, malu dan sebagainya. Mana taknya, bermula je bulan januari, sorang cikgu india dapat baby girl, kemudian diikuti bulan febuari, mac dan berikutnya. Pokoknya setiap bulan ade je yang melahirkan baby. 

Dan ibu-ibu preggy semakin bertambah dan tahun produktif ini akan berlanjutan ke tahun hadapan. Jika dikira-kira tak silapnya semua 5 orang yang dah bersalin utk tahun ini dan masih ade 9 orang lagi sedang menunggu kelahiran baby.  Minggu ini sahaja ade dua cikgu di sekolah di sahkan hamil. Tambah lagi seorang kerani, tapi belum confirm sebab beliau belum membuat UPT. But tanda-tanda awal mula dirasai oleh beliau. Dan Minggu ini juga kawan sebilik saya dan bersebelahan meja saya pula disahkan hamil.Harap-harap ianya berjangkit untuk saya pula. Heheheh

Kadang-kadang timbul rasa malu, saya yang masih muda belum ada apa-apa lagi. Tapi akak-akak kat sekolah, ada yang hampir mencecah 40thn dikurniakan rezeki dari-Nya. Ini lah yang dinamakan rezeki kan.Dan Dia sememangnya Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya. 

Tempat saya berkongsi rasa adalah Thulasi, juga mengalami perkara yang sama seperti saya. Beliau kawin awal sebulan daripada saya iaitu bulan Mei 2010. Bila ade je berita tentang cikgu preggy, cepat-cepat Thulasi akan naik ke bilik saya. Melahirkan rasa sedih dan soalan yang selalu keluar daripada mulutnya 
"bila kita pula ni su?". 
Saya pasti akan menenangkan hati nya walaupun hati saya turut gundah gulana.  "Tak pe Thulasi, adelah rezeki tu. Tuhan pasti tahu apa yang ditentukan untuk kita. Thulasi ade tuhan Thulasi, berdoa lah dengan dia." .Kadang-kadang soalan yang ditanya tu sambil mengalirkan air matanya. Saya kuatkan hati agar saya tidak turut menitiskan air mata didepannya agar beliau rasa beliau masih punya saya untuk meniup semangatnya.

Pada saya, saya cukup bersyukur mendapat rakan-rakan di sekolah yang pada saya agak peka dengan sensitiviti isteri-isteri seperti saya. Mereka-mereka sentiasa memberi semangat untuk saya. Alhamdulillah. Cuma orang-orang diseliling like kawan-kawan lama yang sentiasa bertanya. Termasuk saudara mara. Bertanya dengan baik, bukan masalah buat saya. Tapi, bila bertanya dengan mencebik muka, dengan ayat-ayat yang sensitif seperti "eh, ko ni, tak pandailah" dan pernah juga yang cakap "ish..salah masuk gol ke??'' terkedu juga hati ini. Tak sedarkah beliau itu semua kuasa Allah. Tapi tak pelah, semoga perasaan berkecil hati ini hilang ditelan masa sahaja. Tak mau fikir..Abaikan.

Sekian saja entri malam ini, sekadar menghilangkan rasa ke'boring'an. Semoga selepas ini Yusmi Suhana Yusoff dan Zarmiza Zakaria turut dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan turut merasai perasaan menjadi seorang ibu dan ayah. Aminn.

Tuesday, July 27, 2010

~Isteri Solehah ~


hai...

huh, tajuk aku tu bkn main lgi yer. Mentang2 dah kawin, tp biasalh, di awal2 kawin ni, semua excited jew. Harap2 prasaan cm gni tak terkubur dengan masa yg berlalu. Ptg td, sambil boring2, aku belek2 majalah wanita dan tertarik dgn artikel yg tertulis 15 tips menjadi isteri solehah. So, kt sini aku nak sharing lah tips2 tersebut :

1. Tunaikan tanggungjawab kepada suami dgn sebaik mungkin. Layan suami dengan lemah lembut. (aku slalu cubit suami aku..hehehee..gurau2 jew tu. Tahu plak tkt aku nih).
2. Masak masakan kegemaran suami. (ini yg aku tgh praktis, Alhamdulillah, tergolong gak aku dlm tips nih. hehe poyo jew).
3. Raikan hari lahir suami dan ulang tahun perkahwinan. (br jew lps raikan en.hubby nyer bufday=24 julai).
4. Temankan suami ketika sakit.
5. Jaga penampilan diri dan percakapan.
6. Pastikan bilik tidur sntiasa kemas dan bersih. Cetuskan mood romantik di blk tido. (semestinye)
7. Sentiasa memberi sokongan moral kepada suami
8. Jaga maruah dan harta benda suami dgn baik
9. Sentiasa tunjukkan kasih syg spt berikan ciuman atau pelukan. (ahhhaaa).
10. Manjakan suami dgn layanan istimewa.
11. Minta maaf jika melakukan kesalahan.(yg ni pun tiap2 mlm sblm tido aku salam dlu ngn en.hubby).
12. Luangkan masa melakukan aktiviti bersama (kemas umah, bersukan)
13. Jangan melakukan perkara yg tdk disukai suami
14. Usah cabar pasangan.
15. Berdoa agar rumah tangga bahagia dunia dan akhirat.(aminn)

itulah tips2 yg aku dpt dr artikel tu. So, aku hrp perkongsian ini memberi panduan kpd mne2 yg dh bergelar istri utk mnjd istri solehah. Mana yg blm kawin tu, kawin nt, berusahalah ke aarh mnjd isteri solehah ..orait...

Thursday, July 22, 2010

~ Amalkan lah ~

Salam,
Urm, sblm ni tajuknyer berkongsi or berebut.tapi hari ini isunyer juga adalah sharing.
Utk pengetahuan u all, last month my parents datang sini(KL). Tujuannye utk hantar abah aku buat rawatan kt pusat perubatan islam di Gombak. Tapi aku lupa, apa nama pusat perubatan tu. Abah aku tu dah hampir sepuluh tahun kena stroke. Mula-mula kena dulu, tak boleh jalan.then skrg Alhamdulillah dah boleh jalan, but still pakai tongkat la. Tapi sejak boleh jalan tu dah makan mase bertahun2 dah,still mcm xelok lagi la. So, after tgk rancangan al-kuliyyah, abah aku buat keputusan utk dtg berubat kat cni. Then kt sini, abah n ma aku duk kat umah abg aku di bangi. Jadi boleh dikatakan setiap hari gak la aku brulang alik ke umah abg aku di bangi.

So, alkisahnyer, nk pegi brobat kt ctu kena buat appointment dulu la. Bile adik aku coll utk wat appmnt, alamak!!! Semua dah penuh. Bln 12 barulah ustaz tu free. Wah! Sampai cmtu skali ye. Urm, abah dan ma aku nmpak cm kecewa je. Tup2, aku teringat satu segmen kt wanita hari ini (wktu tu aku mc, so smptlh aku nengok WHI) tentang perubatan islam gak yg kt sg besi dan damansara. Zamdurani nama tmpt tu. Aku mntk adik dn abg aku search intrnetlh utk cari no fon tmpt tu.bile di cari dapatlah.En.hubby lak ckp kt aku tmpt tu kena naik tangga, sedangkan abh aku xbleh naik tangga. Then, ikhtiar punye ikhtiar, adik aku dpt jumpa satu ustaz ni yg buat rawatan kt umahnya.(ustaz dr Zamdurani) dan kami buat appmtn utk ke umahnyer.

Mlm tu abg-abg aku pegilah umah ustaz tub wk abah aku. Bila ustaz tu scan abah aku tu, dia ckp abah aku tu pun ade jgk gangguan . ustaz tu pun pelik sbb org stroke mesti kaki dan tangannyer x trase ape pun bile dicubit or dipukul. Tapi, abah aku ni, nyamuk ggit pun dia trase sakitnye. Ustaz tu pun bglh skit penerangan, mnyatakan pnyakit angina ahmar tu sbnrnyer dibawa oleh syaitan/jin, jadi sbb itu diminta kita amalkan doa utk elakkan angin ahmar. Ustaz tu ckp skrg2 nya skali dlm seumur hidup bacalah doa/ayt tu, insyaallah kite dielakkan drpd angina ahmar. Ustaz tu pun ckp, pnyakit angina ahmar ni mrupakan antr tanda2 kiamat sbb tu kite tgk skrg pnyakit tu smakin hr makin byk. Bbile aku fikir, aku renung, btl ckp ustaz tu. Jadi kengkawan kt cni, amalkan lah bace doa tu. Dah byk kt kedai2 buku ade jual buku doa angin ahmar. Hihii.sory mukaddimahnye panjang sgt. Yg nk disampaikan secoet je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...