Showing posts with label MAJLIS. Show all posts
Showing posts with label MAJLIS. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Cerita Bersambung

Oklah..sambung entri hari tu.Sebenarnya malas dah nak menulis. Sebab dah janji terpaksa jugak tulisnya.

Jom sambung cerita hari tu. Dah abih makan-makan, perut dah kenyang, saya dan suami mula minta diri dulu sebab lepas tu kami nak menghala ke shah alam dan klang. Ade dua lagi rumah yang perlu dituju.

So, bila dah turun bawah, tetiba hujan turun dengan lebatnya. Sah-sah kami tak de payung. Dan ade lah sekumpulan budak-budak tengah bermain kat parking motor. Kami pandang diaorang, dan diaorang pandang kami. Tetiba laju je mulut saya ni bersuara “dik, ade payung tak?”
Budak tu tersengih, “ade, kat rumah, akak tunggu jap ye”
Suami aku bertanya “rumah kat mana”
Budak (sebab xtau nama) : tingkat 8 bang.
Suami : eh, tak payah lah dik.
Budak : tak pe bang.
Suami : tak payah la...

Tapi budak tu buat tak tahu je sambil tekan butang lift. Mungkin lama menunggu pintu lift terbuka, dia berlari menaiki tangga. Saya menjerit, ”dik, tak payah la..ujan dah nak reda sikit ni”. Dan dia juga menjerit ”akak tggu je.”

Dalam 5-6 minit menunggu, saya terdengar ade orang berlari-lari turun dari tangga. Dan terdengar juga pintu lift terbuka. Dan budak lelaki tu berlari dari tangga menuju kepada saya, dan saya sempat melihat dia menyapa budak perempuan keluar dari pintu lift yang juga membawa payung ”hahaha, aku sampai dulu”.

Dan saya bertanya, siapa budak perempuan tu, dia cakap itu kakaknya. Kira siapa cepat akan bagi payung tu dulu pada aku dan suami. Sempat lagi dia menyuruh kakaknya membawa payung untuk kami. Wah, saya sungguh kagum dengan sikap budak lelaki tersebut yang baru berumur 9 tahun dan kakaknya 11 tahun.

So, after dia hantar kami ke kereta dalam hujan lebat tu, suami menghulurkan ‘angpau’ padanya. Sampai ke sudah kedua-duanya tak mahu ambik duit tu. Lastnya aku cakap “dik, ok, tu bukan upah, tapi bagi untuk duit raya ok..kan masih raya ni..ambik la..ikhlas ni.”

Dengan malu-malu keduanya ambil duit tu setelah dipaksa-paksa oleh kami. Hurm, itulah ceritanya. Sungguh mulia kan hati kanak-kanak tu. Semoga dia sentiasa dilindungi daripada Sebarang kejahatan. Amin….

Hari kejadian tersebut. Itu hanya rembat anak orang je.heheh
harap nanti leh pegang anak sendiri..amin..

Monday, February 14, 2011

~ Tahniah ~

Salam u olls, sorry banyak-banyak yup sbb dah lame aku tak berbelog. Busy sakan katakan. Kalah pengetua sekolah i dengan kesibukan i nih. Hihihi.

So, oleh sebab busy hingga tak terkejar masa nih, entri ari ni pendek je dan akan dipanjangkan dgr gambar-gambar i yang kiut miut nih (perasaan habis). Sure berbulu mata korang tgk pic i nih (sbb slalu entrprame jew).

Pic-pic ni adalah sewaktu aku ke Majlis Akad Nikah kawan satu tmpat kerja en.hubby di Melaka. Tahniah buat Sham dan Zeri. Semoga kebahagian kamu yang terbina ni kekal di dunia dan akhirat. Amin.


Selesai majlis akad



Kami

So, jom layan...nanti i akan upload lak pic-pic kami di sekitar bandar melaka. Iyalah alang-alang dah ke sana, xsah kalo xpusing-pusing bandar melaka yup. Walau dh berkali-kali aku dah ke sana (kalo la a-farmosa tu leh b'cakap sure dia cakap "asyik-asyik muka kau je ke sini" ehehehe).


Kami Lagi


Pengantin vs Tetamu


Dari pengantin utk aku dan maggie



Bunga telur yg kiut -i like pink



kenyang perut senang hati

After majlis tu, kami ke bandar melaka...dan nanti, if berkesempatan i akan upload pic yang mana korang dpt tgk tranformasi dari aku dan mag. Hahaha...sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...