Sunday, October 31, 2010

~ Oh, kawan-kawan ku ~

Humm, entri lepas ade aku kabor kan yg aku kena hadirkan diri untuk taklimat induksi di Rawang. So, aku ke sana bersama-sama dengan rakan sekolah aku yg terlibat sama ngn taklimat tu. 2 orang berbangsa India(Thulasi dan Vathani) dan seorang berbangsa Cina(Teh). Kira dlm kereta kitaorg tu 1 Malaysia la.. Hahah, Bangga beb, bile sampai je kt traffic light, semua org pandang.. TAPI tak tahulh ape yg diaorg pikir.hehehee.

So, yg drive kereta ni si Thulasi. Masih lagi pegang lesen "P" tapi seorang yang berani dan sedikit gabra a.k.a kalut-malut,kelam-kabut. SIkap gabra dia tu yang buatkan kitaorg yg duk menumpang kt sebelah dan belakang ni tak kering gusi gelakkannya.

Mana tak gelaknye, on the way balik tu, kami terpaksa mengikut tunjuk ajar dr EN.GPS. So, sebelum sampai ke satu simpang tu, En. GPS dah warning "you have 100 meter to turn right". So, kami bertiga menambahkan lagi peringatan "Thulasi..turn right tau". Thulasi yg macam agak panik "oh, right ya..right ya". Dan sampai je kat simpang tu, dia turn left. Kami semua diam dan melopong. Then, (ambik mase dlm 5 saat) Teh dgn hairan bertanya "Thulasi nak ke mana ni?". Dan aku dengan Vathani kat belakang serentak ketawa. Aku tambah lagi "tulah, tadi dengan konfiden je aku dengar right ya...right ya..tetibe je ke kiri lak..". Dan mase tu kami sama-sama gelak dan Thulasi buat 'U turn' untuk kami kembali ke landasan yang betul.heheheheee..

Then sepanjang perjalanan tu, adalah kisah-kisah yang mencuit hati kami. Dan paling tak boleh dilupakan sehingga sekarang ni aku duk menaip ni, aku masih tersengih bila teringat satu lagi kisah yang mencuit hati aku. Sesampai kami kat Shah Alam, waktu tu memang jammed dan ade sorang polis traffic sedang bertugas kat satu traffic ligth nih. So, polis ni bagi isyarat supaya barisan kami ni terus jalan. Kami ni agak jauh dengan kereta depan sebab jalan kat situ agak berbukit. So, dengan tetiba si Thulasi ni angkat lima-lima jarinya (seolah-olah bagi tanda terima kasih) pada polis tu. Aku pun bersuara "humm, bagus Thulasi, angkat tangan lagi kat polis tu". Dan tetiba si Thulasi ni gelak. "su, tadi i angkat tangan tu bukan apa, i nak suruh polis tu tunggu kita bagi kita lepas dulu. Sebab kita kan lambat sikit tadi". Maka, bergemalah gelak kami yang macam hantu pontianak kat dalam kereta tu. dan aku sambung lagi "patutlah su tengok lama je tangan Thulasi tu di angkat, pastu mcm bagi isyarat suruh stop je...tulah su pelik..igtkan mmg pesen Thulasi cmtu..rupe2 suh polis tu tunggu..macamlah polis tu faham....". Vathani menambah lagi "nasib mase angkat tangan tu dia tak cakap tunggu..tunggu..tungguu...".

Itulah kisah perjalanan kami ke Rawang yang penuh ceria. Dan bersyukur juga kami selamat pergi dan kembali dalam perjalanan tu walaupun kami sedikit ragu-ragu dengan cara pemanduan Thulasi. Anyway, syabas to Thulasi yang berjaya menyahut cabaran suaminya supaya lebih berani untuk memandu perjalanan yang agak jauh...hehheheeee.sekian..





Saturday, October 30, 2010

:: Bila melihat perut sebegitu ::

Haih, apa lah tajuk entri aku nih. Teruja ke korang nak tau kisah nih. Semalam, aku kena hadirkan diri kat taklimat induksi di Peransang Templer Golf Resort kat Rawang.

Sewaktu taklimat tu bermula, aku tertengok seorang pempuan yg sedang pregnant dalam 7-8 bulan yg agak muda masuk daripada pintu tepi sebelah kanan ballroom, sedang tercari-cari tempat duduk. Kesian aku tengoknya yang tercari-cari tempat untuk duduk. Tak de seorang pun yang sudi bangun utk tawarkan tempat duduk kpdnya. Aku hanya memandang dari tempat duduk aku ditengah-tengah ballroom yang besar tu.

Tetiba ada seorang pegawai bertugas membawa kerusi untuk perempuan tersebut. Namun, tetiba aku teringat kisah waktu aku study dulu. Boleh dikata tiap-tiap weekend aku aku balik ke rumah abg aku di bangi. So, aku dari Tanjung Malim, naik bas turun di Hentian Puduraya, kemudian naik lak star LRT, trun di Bandar Tasik Selatan dan kemudian naik lak Komuter ke stesen UKM.

Suatu hari tu, sewaktu dalam star LRT, aku dapatlah tempat untuk aku duduk. Dan sesampai di stesen Hang Tuah, seorang perempuan pregnant dlm umo 30 kot masuk dan berdiri ditepi pintu LRT tu. So, aku kesian melihat dia yang berdiri tu bangun dan menawarkan tempat duduk aku. Tapi, dengan terkejutnya aku bila akak tu menjawab "kau nampak aku ni tua sangat ke, dah tak larat sangat ke..aku masih boleh berdiri lagi la..". Ya Allah, malunya aku rasa. Semua orang dalam gerabak tu pandang aku. Aku diam dan dapat rasa tersirat darah naik ke muka aku. Dan aku duduk kt tmpat aku tu balik. Malu tak terkata rasanya.

Dan stesen yg berikutnya, naik lak seorang lelaki dlm lingkungan 28-29 cmtulah. Lelaki tu pandang akak yg pregnant tadi dan pandang aku sebab aku org paling hampir dengan akak tu. Maybe dalam fikiran lelaki tu cakap aku ni tak prihatin tak bagi akak tu duduk. Aku buat-buat tak tahu jer.

The next station, ade mak cik sbelah aku turun dan lelaki tadi dengan penuh bersopan dan prihatin mempelawa akak tadi duduk. Hahahaha, dengan ayat yg sama akak tu menjawab "ishh, aku larat lagi la berdiri, kenapa..ko nampak aku tua sangat ker. tadi dah sorang, ni sorang lagi.."sambil akk tu pandang aku. Dan dengan berani lelaki tu jawab ''saya kesian dengan akak sbb tgk akk bawak perut tu, bukan nak terima kasih pun, kalo tak nak duduk pun ckplh elok-elok.'' Dan lantas lelaki tu duduk kat sebelah aku.

Dan lelaki tu tanya aku"awk dh pelawa ddk ke tadi?''.."aku senyum dan angguk saje. Lelaki tu tanya lagi "dia pun ckp cmtu gak ke tadi?'' aku jawab "ha'ah,'' "so, awk diam je ke..?" "humm, takpe, awk dh tlg jwbkn utk saya.." dan lelaki tu senyum sambil mengomel "nilh, tak tolong salah, tolong pun salah.."

Dan bila aku tersedar dari lamunan, aku tgk pempuan yg kt tepi ballroom tadi dah duduk dan tersenyum dengan pegawai yg berikan kerusi tersebut. Seingat aku, selepas kejadian dlm tren tu, aku lebih berhati-hati nak menawarkan pertolongan dengan golongan sebegitu. Aku lebih prefer utk tolong OKU dan orang-orang yg dah berumur (pakcik makcik).


Wednesday, October 27, 2010

~ Happy Birthday to.....~

"HAPPY BIRTHDAY TO MY PREN...PUAN DIELA''

Humm, today is my frenz birthday..So, sebagai tuntutan hadiah darinya..ahaks, i post kan entri ni khas untuknya dirinya yang maintain chumel dan anggun.

Bersama-sama kita doakan Pn. Diela ni dimurahkan rezeki, dipanjangkn umur, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati-NYa. Didoakan juga semoga Diela dipermudahkan dan dikurniakan anak yang soleh dan solehan dan harapannya ingin bergelar seorang ibu akan dipermudahkan oleh-Nya..amin.

Hehehehe, dan disini disertakan juga hadiah untuk pn. diela tinjau saja. (kedekut punya kawan..ahaks) untuk ditunjukkan kepada En.Zaimi. hahahahaa... berikut antara pilihan pn.diela :


humm...kek mesti ada..


Ini yg diidam-idamkan...



kang sakit gigi lak nak abihkan satu bekas nih..



chantikk..



amboi...merahnya mak ngah...



Ok,pn.diela..dah dapat kpeputusannya...heheheheee..sekiann...

Monday, October 25, 2010

~ Ambil, Curi dan Rembat ~

Haih, malam tadi en.hubby nak buang sampah kat luar tu. Dan aku nengok dia terhendap-hendap kat depan pintu umah tu. Dan lantas lah bininya yg prihatin ni tanya "b cari apa tu?''.. Ringkas je dia menjawab "selipar". Dan tetiba aku dengar, "humm, kasut futsall pun xde, kasut nike yg coklat tu pun xde yang eh.."...

Aku pun cepat-cepat berlari ke depan pintu tu. "hahhhhh, kena CURI ke???.." En.hubby jwb, "entah, sape lak yg AMBIL..." Aku jwb lagi "humm, sah-sah dah kena REMBAT lah tu....". En.hubby diam....dan aku pun mulalah edisi membebel. "kan dah ckp ari tu, ksut tu bwk msuk dlm umah, ltk dlm store..b ckp xde sape yg nak curi. Tapi, kalo benda tu duk terdedah je kt situ, dan hari-hari org tgk, ade gak org rase nak ambik, kadang-kadang su blk skolah tgk pintu pagar ternganga je..". En.hubby dengan rileks je menjawab "ala, dah org nak curi, nak buat camane.." Aku sambung lagi "humm, yelah yang...tapi, kita ni la yang jadi punca utk org tu nak mencuri...kalu ikut bnda ni boleh di elak kannn...."

Aku malas nak bawakkan kasut en.hubby masuk sebab dia selalu gelakkan aku, katanya xde sapa yg nak curi kasutnya tu. Hah, sekarang, dah hilang pandai lak dia bawak masuk kepala keduanya (helmet) tu masuk. Kalo tak, dibio je kat luar tu. Humm, tak pelah, sekurang-kurang benda ni jadi pengajaran kat kitaorg agar lebih berhati-hati. Memang sebelum ni, kitaorg tak risau sangat pasal keselamatan sbb jiran-jiran cakap kat area perumahan kami ni, tak pernah berlaku kes kecurian. Tu yang buat kitaorang berdua ni agak lalai. So, pasni kami kena berhati-hati. Humm, korang-korang semua jangan jadi cam kami ni yup..dah terhantuk baru terngadah..heheheh...sekian...

Saturday, October 23, 2010

~ Tersangat Tensen ~

Salam semua...

Hurmm, pengumuman untuk member-member di sini. Mode aku sekarang tersangatlah tak stabil.
Teramat tension dgn broadband aku ni. Memang slow. Bila on je, nk buke satu-satu web page, makan mase lebih kurang 10 minit. Ohw, lame tu. Ke korang rase standard je tu..huhuu

So, kepala yg terisi dengan idea-idea untuk berbelog nih, hilang bersama denganperasaan geram jer. Mood hilang tiba-tiba, hati mulalah panas. Mulalah nak membebel tak tentu pasal. Hihiii. En.hubby lak menyengih je la bila tengok bininya panas hati sambil aku ketuk-ketuk laptop nih..Sabar katanya...Humm, bila dengar perkataan sabar tu, hati panas ni bikin sejuk la skit. Huhuu.

Lagi satu hal, internet kt skolah pun dah tak leh guna sejak ade tambahan sistem wireless kt skolah tu. Entah tetiba je PC kt bilik aku tu dah tak leh connect internet dah. Puas dah cikgu it tu godek-godek, tak juga dapat. Katanya kena tunggu technician telekom datang katanya. Kalu tak, sekurang-kurangnya time rehat tu, sempatlh sekejap aku jenguk blog aku walau tak sempat update akunyer entri.

Dan, entri ni saje aku dah peram semalaman sebab tak boleh nak publish. Ari ni macam laju skit brdbnd ni. Maybe pepagi ni dia masih segar lagi kot. Huuuhuuu..Oklah panjang lak aku membebl kat sini. Sekian..wassalam..

Tuesday, October 19, 2010

~ Mimpi or Realiti!!! ~

Salam semua..

Wahh, lama rasenyer tak ketemu yep. Maklumlah aku tgh sibuk menguruskan dak2 form 3 tu. Kat skolah, sehari-hari duk kat dewan, bile blk umah, dah penat sgt, tido je..tak sempat nak mengadap laptop nih. Tambahan lak, aku nyer broadband ni dah slow mengalahkan siput. Nampak gaya kena upgrade la broadband aku ni. Huhuhuuuu..

Korang pernah tak mengalami apa yg aku alami nih. Mlm tadi, aku tak tau sama ada aku bermimpi atau realiti, mula-mula aku terdengar pintu luar bilik dibuka, pahtu tetibe je, aku nampak sorang budak kecil dalam umo 4-5 tahun buka pintu bilek aku. Dan aku ape lagi, cepat-cepat aku palingkan muka aku kt en.hubby, dan dgn tak semena-mena aku beristigfar dan azan dgn kuat. membuatkan en.hubby terkejut dan dia cepat2 mengejutkan aku. En.hubby mungkin ingat aku mengigau, tapi aku rase mcm aku nampak betul dan aku sempat tengok en.hubby sblm dia mengejutkan aku.

Bila dah keadaan cmtu, aku dah mula menangis, badan dah rase mcm menggigil dan jantung lak dah macam nk tercampak jer. En.hubby tgk aku menangis, cpt2 dipeluknya aku. Dia tanya kenapa, dan aku cakap aku tak mau tido kt sebelah pintu tu dan aku ckplh apa yg aku nampak.
En.hubby mcm tak percaya, dia ckp aku mengigau. Tapi, aku pun tak pasti sama ada aku mimpi or realiti.

Seingat aku, sejak aku duk di rumah ni, seberapa kerap dah aku mengalami mimpi yg lbh kurang sama mcm aku alami mlm tadi. Tapi, sebelum ni, takdelah sampai aku nangis mcm mlm tadi. Sebelum ni, aku mimpi nampak orang berdiri di tingkap dapur, tingkap bilik dan depan pintu. Cuma mlm tadi aku rase mmg sesuatu yg menakutkan aku. Huhuuu.

Dan tadi, aku call en.hubby supaya blk awl. Biasenya en.hubby blk kul 8mlm. Ari ni aku pakse dia suh blk awl, sbb rase tkt tu msih blm ilang. TAPI, yg sakit hati, en.hubby gelakkan aku..lucu katanya dgr aku azan mlm tadi. Haihh, dia pun tak faham-faham ek, org tgh takut, mmg cm laju jelah azannyer.

tambahan lagi yg buatkan aku terfikir-fikir lak sebab jiran sebelah umah aku ni, sejak dua minggu ni setiap pagi dan setiap maghrib dia akan membaca al-Quran dengan tingkap dan pintu rumahnya terbuka. Setahu aku, bila org buat cmtu mcm menghalau sesuatu..iya atau tidak??..huummmm..
takpelh, hrp-hrp selepas ni xde apa-apa lagi mengganggu aku..sekiann..

Friday, October 15, 2010

~ Tak de keje, cari keje ~

Assalamualaikum semua...

Haih, mlm ni mau mengomel skit kt blog nih. Bukan apa, aku punya pasal la sampai leh jadi cmginih kt umah ni. Penangan drpd aktiviti lepas PMR yg Unit Kaunseling anjurkan, sampaikn terbawa2 ke rumah la pulak.Imbang Penuh

Ade student bg satu Rubik's cube utk aku. So, bertungkus-lumus la aku menyudahkan benda tu dgn terkial-kial. Tak siap kt skolah, aku bwk balik ke rumah. Boleh kata boleh meleleh la liur buat benda tu. Heheheh...Tapi masih tak dapat menyudahkannya

Rubik's cube dr cik google

So, laki aku lak ambil giliran cuba sudahkan rubik's cube tu. Dengan bermegahnya dia ckp senang je nk sudahkan benda tu. Tapi still tak berjaya. Aku apalagi, menyindir sakan la.


ni pun blh meleleh liur duk ngadap alah nih..:)


Coz still tak berjaya, aku lak beli UNO Stacko, so, bile kt umah, aku duk ngadap UNO Stacko tu, laki aku duk ngadap Rubik's cube tu. Yang tak tahannyer laki aku tu, sampai dibawanya ke tempat keje benda alah tu. Ishhh..ishhh..isshhhh...Cobaannn...

Sampai satu malam tu,aku duk asyik mengadap benda alah tu,laki aku duk asyik ngadap dia nye rubik tu, laki aku cakap "yang, tak rase nak minum air panas ke?". Aku cepat je jwb ''nak..". Laki aku ckp lg "b pun nak, syg buatkn kopi CNI tu..".. "ala, mlm tadi kan syg dh buat, mlm ni giliran b lah plak". Laki aku jwb lg "ala, dah siap dah rubik ni, skit ag, kalo syg g buat air tu, sure siap nih''. "ishhh, tak nak, tak nak..." ..(mmg rutin harian ktorg, asal kul 10 mlm je, sure nk minum air panas, biasenyer minum nescafe)..urm, nasiblh dpt bini cm aku ni. Korang jgn tiru cam aku nih yup, ni ajaran sesat nih. Heheheee..

so, Masing-masing diam, berkeras hati, tetiba laki aku tiup aku punya UNO yg dh tinggi cm menara KLCC tu..maka, berdentam-dentumlh jatuh UNO aku tu. Dan dia cepat-cepat lari ke dapur buatkan air. Aku jadi tak tau, nak marah ke tak..diam seketika dan...aku menjerit "eeeee, abg ni, tido luar mlm ni.." dan aku dengar laki aku gelak kat dapur tu...sekian..

p/s: korang jgn cube main dua2 alah tu..berhantu beb!..


Wednesday, October 13, 2010

~ Time idung ni berpeluh, dia lak datang ~

Haih, hari ni budak-budak form 3 dah anta buku teks. Almaklumlah dah tamat exam PMR. Kira bermaharajalela dak-dak tu kat skolah.

So, after rehat tu, aku tugas kaunselor lak(akulah tu) yg kena uruskan mereka-mereka tu. Yang jadi berpeluh tu sebab aku sorang-sorang je kaunselor kat skolah ari ni. Ketua kaunselor lak g meeting. Tinggallah aku terkontang-kanting menguruskan dak-dak tu.

berpeluh gak idungnya time tido..panas agaknya

Yang bertambah-tambah berpeluh lak, ade pula wakil PPD datang utk tengok bilik kaunseling dan sudut PPDa. Sebelum ni diaorang dah datang, tapi ade benda yang belum lengkap kot diaorang dtg pantau lagi (dgr2 cerita sebab bilik kaunseing kitaorg dpt msuk peringkat akhir pertandingan keceriaan blk kanseling dan sudut PPDa..korang diam-diam jelah ye..heheh).

Dan mase PK HEM cari aku tu, aku tengah pegang mikrofon, tengah menguruskan budak-budak tu dengan maklumat tambahan agar diaorang tu tak bising. So, dengan terpaksa (cehh, padahal suka je) aku melepaskan mikrofon tu pd cikgu disiplin dan bergegas ke bilik kaunseling.


nasib baek tak berpeluh cam ginih

Sesampai je kt bilik kaunseling tu, wakil PPD tu senyum ngn aku. Dan tanya "kenapa idung berpeluh tu?" Huh, aku rase cam malunye, dah lah dua-dua pegawai tu lelaki. Aku cover malu dgn selamba cakap "time hidung berpeluh ni lah encik-encik datang yup, lain kali tefon dulu, baru blh touch up sikit, bagi cantik, xdelh tgk idung saya berpeluh ni." Dan dua-dua pegawai tu gelakkan aku yg cover malu.ecehhhh..


~ Meleleh-leleh ~

Humm, dalam minggu ni bile masuk jew kul 10 am, sure dahi, hidung dah meleleh-leleh ngn peluh ni. Rimas sgt rasa. Maybe cuaca sekarang beralih kpd cuaca panas lak. Sebelum ni, asl masul kul 2pm je, ujan selebat-lebatnya kadang-kadang sampai malam ujannya. Huuu bestnyer tido kat tilam yg empuk tu.



*bila cuaca panas, sure 8 gelas shari pun xcukup


Dan sekarang, memang asyik berpeluh je. Kalo tido waktu ptg, bgn tido memang cam mandilh rambut nih. Dengan cuaca skrg pun buat aku slalu nk minum jew dan terlalu kerap mandi. Kadang-kadang sampai 5 kali mandi. Bangun tido mandi, blk skolah mandi, petang mandi, maghrib mandi dan sebelum tido mandi lagi. Sampai laki aku blh fikir aku ni ratu mandi kotnya..Hihihiii...

Tapi, inilah kuasa Yang Maha Berkuasa kan. Dia yang menjadikan siang dan malam, pagi dan petang, hujan dan panas, dan segala-galanya adalah kuasa-Nya. Kita terima nya dengan redha. Sekian.

Monday, October 11, 2010

~ Sangat Menyayatkan Hati ~

Sekalung takziah buat keluarga mangsa kemalangan maut di Plaza Tol Simpang Ampat, Lebeuhraya Plus semalam pada jam 7.12 malam pada 10.10.10.-Al-Fatihah-

Kemalangan yg melibatkan dua buah bas, tiga buah kereta dan sebuah van itu sangat menyayat hati dan meragut 12 nyawa serta lebih 40 org yg cedera. Jom kita review kemalangan yang memilukan hati.

Ahli keluarga mangsa
=
=
=
=
=


Bas yg menghempap Myvi
=
=
=
=
=


Keadaan bas JKM yg remuk
=
=
=
=
=


Mayat Mangsa yg terlibat
=
=
=
=
=


Mangsa yg cedera
=
=
=
=

Salah satu antr 3 buah kereta yg terlibat

~ Pengadil yg Kurang Adil ~


Humm, isu panas berlangsungnya sukan komenwel 2010 di New Delhi sblm ni lebih kepada kemudahan yg disediakan oleh pihak penganjur semakin reda. Dan bagi kontinjen malaysia, isu pengadilan yg kurang memuaskan juga kini menjadi isu hangat dalam acara terjun berpasangan oleh Lee Mun Yee dan Pandelela. Klik DI SINI


Malayisa hanya berpuas hati mendapat pingat perak. Namun isu pengadilan acara itu mula dibahaskan. Pada pendapat aku, aku mengikuti acara tu di astro. Dan memang aku akui, aku yg buta cara dlm acara tu pun blh nmpak cara perbezaan markah yg pengadil berikan, membuatkan aku kt umah ni panas hati. Huhuu..

Namun, sekalung tahniah juga buat pasangan terjun tersebut. Harap dlm acara perseorang pula, mereka dapat memburu pingat yg lebih baik. Gud LUck!!!

Thursday, October 7, 2010

Lebih kurang kaedah BBT

salam semua...

Humm, entri part 1 sblm nih, aku share tentang "ovulation test". So, utk hari ni, aku ade lagi satu cara utk isteri-isteri yg sdg berusaha utk menjadi ibu.

Penggunaan ovulation test yg aku tampal smlm, maybe belanjanye lebih skit la. Satu kit tu, if yg clearblue dlm harga RM14.00 satu. Aku beli watsons nye brand, dlm tu ade 5 test dgn harga RM34.90. Sesapa yg dah try, skali test dh dpt +ve, oklah. TAPI, if dah abih 5 test msih tak +ve, jenuh lak nak membeli lagi kan.


So, untuk cara yg ini pula, belanjanye kurang sikit dan ianya TERAMAT sesuai untuk wanita-wanita yg periodnya tidak teratur dengan menggunakan THERMOMETER. (dikenali alat utk ukur suhu bile demam..hehehe). Ianya juga berfungsi untuk mencari hari subur wanita. TETAPI cara ni, perlukan ketekunan korang la.

ini versi digital



Cara nak gunanya, setiap hari (pagi-slps bgn dr tidur dan malam), mesti test suhu badan kita dan PERLU catat suhu tersebut. Sekiranya suhu badan yg diukur adalah tinggi berbanding pd hari2 biasa, bermakna hari tu adalah hari subur. So, memang cara ni kena rajin skit ler, celik mata dr tidur, trus la test. Dlm keadaan mamai lg, terpaksa lak catat suhu badan kita tu. Jangan silap tulis udah ler yer..Silap hari tu bgn lambat camane yer..heheheeee..Ok, selamat mencuba.

*ini rupa folic acid tu

Opss, ade sikit tambahan, kawan-kawan aku ade juga cakap, amalkan makan asid folic. Ada dijual difarmasi. Murah jew, sekeping tu ade dlm 10 biji= rm 0.50. Itu gak cara utk memudahkan kita pregnant. Mmg asid folic tu utk org pregnant, tetapi kita leh try makan. Ini cara dari orang2 cina amalkan. Tambahan pula, if dah pregnant, ianya untk cergaskn otak baby. sekiannn....wasssalam

Wednesday, October 6, 2010

Ovulation Test

Haaa, ade yg tak kawin pun cube jenguk-jenguk kat sini ye. Ahakss. Tajuk entri je cmtu, tapi ianya hanya satu perkongsian utk tambahkan ilmu.

Tadi, aku ade sembang dengan cikgu-cikgu kt skolah sambil makan-makan. Biasalah org yg baru kawin cam aku nih, tak lari dari soalan "dah ada belum?". Aku dgn tersengih-sengih jwb "belum lagi laaa..". Humm, danmula lah kluar isu usaha-usaha untuk memudahkan dapat baby. Yelah, semuanya kuasa Yg Maha Berkuasa kan, tapi apa salah nya kalo kita berusaha. So, untuk isteri-isteri yg sedang berusaha untuk menjadi ibu, di sini aku nk kongsi apa yang aku dapat tghr tadi.


ni bukan pregnant test ye..ni ovulation test


Kebetulan kaunselor skolah aku pun dalam usaha untuk tambahkan anak. So, dia kongsikan caranya la. Dia suruh aku beli 'ovulations test' kat farmasi. Dan blk skolah tadi aku terus beli kat watsons. Rupanya sama je ngan pregnant test, tapi depan-depan kotak dah ade ditulis "OVULATION TEST". Kena tgk betul-betul yup. Ovulations test ini digunakan untuk menguji kesuburan kita pada hr yg diuji. Seperti yg kita tahu, hari subur wanita adalah pada hari ke 14-15 daripada tarikh pertamanya kita period. Tapi untuk pastikan pada hari tersebut badan kita benar-benar menghasilkan telur, blh try guna ovulations test nih.

Ovulations test ni, boleh digunakan pada hari ke-10 selepas period dan diikuti dgn hari-hari selepasnya atau selepas ujian pertama pd hari ke-10, lakukannya semula slps 4-5hr yg berikutnya. Sekiranya menunjukkan dua garis dgn warna yg sama atau warna lebih terang pd garis "t", maksudnya badan kita ketika itu benar-benar sudah menghasilkan telur. So, langkah yg seterusnya....faham-faham jelah.....(masa terbaik untuk melakukan hubungan intim adalah selepas 24 jam tetapi sebelum 48 jam)

Ovulations test ni juga bkn utk isteri-isteri yg sdg mencuba utk hamil, tetapi blh juga digunakan untuk isteri-isteri yg sedang merangcang kehamilannya. Untuk yg merancang kehamilan, dalam jangka waktu tersebut, elakkan melakukan hubungan intim. Sekian...nanti jumpa di entri seterusnya.

Monday, October 4, 2010

~ Baru Ku Tahu Rupanye Begitu ~

Tadi sesaje je aku blog walking, dah jauh ke mana-mana dah aku jalan. Dan sebagai rutin harian aku, aku akn selalu melawat blog Mazidul Akmal Sidik dan aku tertarik dengan satu entri nya. Entrinya tu telah bg info br kat aku yg sebelum ni aku tak tahu. Menurut Mazidul, mengikut rekod hanya warganegara Malaysia dan bekas tentera warga Nepal SAHAJA yang dibenarkan bertugas sebagai pegawai keselamatan di Malaysia. Ohh, rupenye baru aku tahu tentang benda ni. Korang Tahu tak??..Dan ini lak kisah guard kt skolah aku yg dtg entah dari mana ntah. Nak kena selidik nih.heheheee



Tadi, sebelum aku balik dari sekolah, aku singgah kt kedai buku skolah aku tu. Sesaje je menyinggah, dan akak kedai buku tu rancak lak bercerita ngan aku. Isunye agak panas. Memula tu aku tanya akak tu kenapa dalam kul 11lbih tadi, dia kuncikan pintu grill kt dpn tu. Akak tu cakap dia takut dgn guard kt skolah aku. Tambah2 hari ni pelajar dah kurang datang skolah. Maklumlah esk dah start PMR.


bagi yg ni tak mau, ish, ini pun dah tak ternilai tau


tak dpt rm10, dpt yg ni oklh kotnye.

Humm, patutlah akak tu takut, rupa-rupanya guard tu blh dikatakan setiap bulan dlm 2 atau 3 kali mintak duit dgn akak tu. Selalunya dia akn mintak rm10, dan akak tu hanya bagi rm5. Yang tak tahan demandnye, bile akak tu bagi rm1, dia tak mau ambik. Haaih, apa punya org. Masalahnya, nak beli rokok pun guard tu g mintak ngan akak tu. Melampau betul kan. Dah tak de duit, ada hati nak isap rokok. Aku dah mula panas telinga dengar crite akak tu. Selagi akak tu tak bagi duit, dia akan tunggu dan berdiri depan pintu sambil pandang akak tu. Kalu aku pun, mesti aku pun takut dgn keadaan tu.

Akak tu pnah cakap dgn sorg pembantu makmal(PM) ni (lelaki), dan PM tu tegurlh guard tu. Cakap kenapa mau mintak duit. Sedangkan semua org kt skolah tu makan gaji. Mintak lak dgn akak tu sdgkan akak tu ade anak kecil-kecil yang kena bersekolah. Dengan selamba guard tu jawab "bank ada". Apalagi, makin bertambah marah lah PM tu. Pm tu cakap lagi,"itu bank ah, bukan duit kami, duit ramai org kt situ".
Guard tu tambah lagi "ade bini kt rumah, ade anak-anak, sorg sudah kawin, tapi masih mintak duit,''. Pm tu jwb lg, "ini kakak, lagi banyak anak, kecik-kecik lagi, mau skolah lagi". Dan guard tu tetiba berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Haaaih, tak taulh dia tu faham or tak.

So, sekarang akak tu terasa terancam dgn guard tu. Aku bg cadangan suh dia jumpa pengetua sahaja. Dan kami juga tak pasti samada guard tu warganegara Malaysia atau tidak. Dari cara percakapan tu macam bukan org Malaysia je. So, layakkah dia menjadi pengawal keselamatan jika dia bukan warganegara malaysia.

Sunday, October 3, 2010

~ Alhamdulillah ~

hummm...salam semua...lama tak jumpa kt blog ni ye. Urm, terasa rindu dan gatal-gatal tangan ni nak mengarang bebelan aku. hehehe.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga hasrat en.hubby nak buat open house. Just open house kecik-kecik je. En.hubby jemput kengkawannya, aku gak jemput kawan-kawan aku dan jiran-jiran sebelah umah.

Fist-fist tu rase tertekan gak duk fikir nak masak apa, then en.hubby bagi keputusan just tempah satay dan bakso. Aku lak masak kari ayam dan nasi putih je la. Kalut-malut gak mase time makan tu, mana taknye, semua datang menyerang sekaligus sampai melimpah umah aku ni. Kesian tetamu yang terpaksa bertenggek kat luar umah. Kalo ikot jadual, kengkawan en.hubby dtg dalam kul 1-3 ptg, dan kengkawan aku dalam kul 3-4, dan jiran-jiran lak dalam ku4-5. Tetapi, kebanyakkannya datang dalam kul 3. Humm, kesian yang duk kat luar tu. Sorry yup mana-mana yang terasa layanan dari tuan umah ni krg memuaskan. Hehehe..

Tapi, nasib baik gak hari tu, aku g ambik sepupu aku, Aziah kt UPM. Banyak yg dia tolong-tolong aku. Terima kasih yup cik yah. Tetamu-tetamu pulak tak putus-putus, sampai malam pun ade gak yg datang. Terharu dgn kesungguhan kawan-kawan untuk memenuhi jemputan dr tuan umah. Terima kasih. Walaupun terasa sedikit penat, tetapi rasa sgt seronok tgk kawan-kawan dpt datang kat umah ku ini. Abang2 dan akak2 aku, Aku saja jemput diaorag dtg malam, coz blh lah nak sembang lama-lama skit.

So, utk jadual hari Ahad lak, aku dan en.hubby sibuk duk membasuh periuk belanga kt dapur tu. Bahagian aku just basuh pekakas yg en.hubby dah letakkan kt sinki dapaur Dia yg buangkan makanan yg tak habis, kemaskan barang dlm peti dan cuci peti sekali, kemas dan susun balik perabut kt ruang tamu, sapu sampah, jemur carpet, dan buang sampah. Hihi, apasal banyak je laki aku keje nih. Hahaha, walaupun banyak yg dia buat, tapi keje nyer xdelh teruk sangat. Keje aku lak satu je, tapi banyak, basuh dan kemaskan sekali periuk2 belanga tu. Haiih, ingatkn senang ke cuci periuk2 yg besor2 tu. huhuu. Tapi, aku tetap gak berterima kasih kt en.hubby yg banyak tolong aku ni. Maybe dia dah memahami, isterinye dah penat masak dan melayan tetamu semalam. Thanks so much..Sekian.

* terasa sopan je menulis entri kali ni...hehehee
* gbr akn di upload kemudian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...