Monday, January 31, 2011

~ Bila Kau Jauh, aku selalu rindu...bila kau ada....~

salam semua....hai,hai,hai

Hum, hari ni mood tersangatlah terumbang-ambing. Asyik duk ulang lagu sixthsense jew "bila kau jaoh, aku selalu rindu, bila kau ada hati kan berbunga". Kamu-kamu tahu ke ape tajuk lagu nih. sure kamu semua jwb, ade aku kisah..ngehngehngeh.

For all ur info, now i kat kampung, di besut terengganu. Hoyeah, hasrat nak balik kg tercapai juga, but terpaksa meninggalkan en.suami sorg diri di kinrara. uhuk seday lak pula. Iyelh, bila en.suami bg lampu ijau aku leh blk, bkn main suka ht aku nih. rase cm nak melompat je. Kang aku melompat, terkecik lak ht en.somi, kalo tak terkecik hati sure dia cakap bini aku ni dh putus wayar ke ape...heheh.

Pagi sabtu kul 4.30 am agi aku dh kejutkan en.somi, ambik kau, bkn main tak sabar aku nk blk kg. Uhuk, bkn apa la sayang2 oi, tiket flight awl sangat, maklumlah ambik tiket murah. kul 6 aku dh kena ade di LCCT. terbangnye kul 7.00am. So, kul 8 pagi aku terpacak kat airport Kuala Terengganu. Dan dalam hati tak sabor2 je nak jumpa my ma and my abah


seronoknya balik umah, segala makanan kegemaran sudah tehidang di meja.Wow, walau perut masih kenyang dgn nasi dagang, aku pun melantak juga makanan yang ma aku dah buat tu. Humm, tak usah cakap nak diet la kalau balik kg. buat rugi jew tau. apa taknya, apa aku sebut nak makan, sure my mum akn sediakan. Tambahan lak anak-anknya yg lain tak dpt b alik. Hanya aku ngn adik bongsu aku je yg balik. hehehe..best woooo...jadi ank emas wey...

~ni couple mane nih tersesat kat sini ~

Tapi, bila masuk je petang dah dekat-dekat nak maghrib tu, aku mula teringatkan en.suami ku yg tersayang. Mula terfikir, apa dia buat, apa dia makan, dah mkn ke belum. semua tu buat aku resah gelisah. Perasaan seperti zaman bercinta mula meresap dalam hati ni..keh3 (ayat jiwang).


~bila kau ade hatikan berbunga ~

Dan pada ketika dan saat ini pun, perasaan rindu pd en.suami membuak2. enset sentiasa berada dekat ngn aku, tak pun tetap ade dalam poket. Sms lak tak penah putus. Lambat je reply sms, aku akan call. tak pun en.somi akn call. hehehe. beginilah time zaman bercinta dulu. tapi pas kawin, semua benda ni dh kurang. Iyelah tak ke sewel duk depan mata nak ber'sms juga. Sekarang perasaan time bercinta datang melanda. "bila kau jauh aku selalu rindu...:)". Dan betul gak kata orang tua-tua, sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan. (eh, betul ke nih! rasenye cm dh betul..). Tapi aku ni terbalik lak, bkn en.suami tinggalkan-tinggalkan, tapi aku lak yang tglkan dia sorang2.



~always in my heart~

Rase macam seronok berada dlm perasaan begini..so sweet. Zaman bercinta lain rindunya, zaman kawin lak lain rindunye(ini bkn statemant kotor yer.he3) maksudnya disini, takke bangga bila en.suami ckp, (ayat contoh) : sunyilah syg xde, xade org duk buat lawak dlm umah ni..boring...xde kawan nak sembang la..asyik mkn kedai je nih, rase nak mkn sambal udang syg buat...Ha, so sweet kan, zaman bercinta dulu xde cmginih. so, mana yang duk fikir tak nak kawin, timbangkan lah balik yer..rugi tak kawin woooo...Igt, bila kita kawin, ianya dah termasuk dalam memenuhi separuh daripada agama kita. Jadi, renung2kan...oklah setakat ni je lah aku membebel sorang diri. sekian..

p/s : If en. suami ade terbaca ni, saya rindu awk.. jage diri ye dan jangan nakal-nakal.Hari kamis kita jumpa k...insyaallah...daaa..miss u so much. Muaaahhhh


Friday, January 28, 2011

~ Bina Rumah Baru ~

Hai u olls.

Tadi sambil berblog walking dan survey-survey blog template, berkobar-kobar lak rase hati aku yang merah menyala (merah ke?...merah la kan, mane ade hati kaler purple) nak tukar karpet aku nih. Memang dah lama nak tukar template tu, tapi penyakit malas menebal sgt sebab duk pikir byk lak benda yang nak kena buat and kena setting balik, tambahan lak dengan brandband yg slow mengalahkan siput dan kura-kura. Tapi Insyaallah, kali ni aku akn tkar karpet blog aku nih.

Antara karpet yang berkenan di hati :









from : scrapping

So alang-alang nak tukar template tu, aku igt nak tukar skali title blog aku ni. So, nak tanya la pendapat kamu-kamu semua, apa kesannya sekiranya aku menukar atau mengubah nama blog aku ni, but still dengan url yang lama. Harap kamu semua dapat membantu yup. Thanks

p/s : sila undi juga karpet pilihan kamu antara 3 yang di atas.

~ Student ku buat lawak ~

haihh, 1st skali so sorry pd kengkawan yg msuk blog aku yg dh lme tak t'update nih..hum, hari ini kt skolah aku ade sambutan sempena Gong Xi Fa Cai. Tersangatlah meriah dengan persembahan pelajar dan aktiviti sampingan yang lain, dan yg paling best ade jamuan n dapat ang pau (mata duitan nampaknya ko sue..heheh) jgn jealous yup.. tiap2 tahun, ade je smbutan GXFC ni, sure dpt ang pau...sie sie (thanks).

Tiba jam 1.05 pm, mase utk balik. So, dgn girangnya (siapa yg xsuke bile tibe time blk umah??) cikgu yusmi ni ke kereta. panaskan enjin kereta jap, bg econ sejuk ala berada di korea, uhuk.., tanpa toleh ke belakang aku terus je jalan dan singgah di petrol station. After kuar dr petrol station tu, dlm 1km kot, ade satu motor hon aku. aku pelik, ye la, xde aku wat salah ape2, tetiba di hon (ke sbb aku nyanyi kuat sgt). aku tgk la cermin tgh tu. tetiba aku nampak kaler pink canti k je melekat kt wiper blkg kreta aku. aku tenung je, hah!!! bunga...sapa lak punye keje sangkutkn bunga kt wiper aku tuh. Aku gerakkan wiper tu dgn harapan bunga tu jatuh. tapi tak gak jatuh. Adoi..terpaksalah aku berhentikan kereta ke tepi. Org yg hon aku tadi senyum tgk aku.

So, dgn malasnya aku ke blkg kereta dan cabut bunga tu, bunga kertas dan sekuntum bunga ros disangkutkan kt celah2 wiper tu. dan kat bwah bunga tu ade satu kertas kecik ditampal dengan double tape tertulis "Happy Birthday teacher..wish u happy with ur life n beautiful always..luv u teacher" dan tercatat ler nama pelajar tu. Sambil tergaru2 kepala yg tak gatal, aku terfikir, ni br bln jan...salah cikgu ke budak nih. tp ada nama aku kt kertas tu..humm..termenung aku kt situ jap...tak tau nak cakap ape..nak marah ke nak gumbira...hahahaha.. Hum, ape2 je lah..

Friday, January 7, 2011

~ Abby VS Memey ~

Uhuk, nak tergelak bila bace artikel ttg "Apa Sebab Abby Terkejut Memey Jawab Panggilan Norman?".



kredit 2 cik google

Iyelah, bila memey buat macam tu memang dah membuka pekung di dada la. Apa yg memey buat?. Humm, si Memey tu telah menjawab fon Abby tu pepagi buta. Waktu tu, first day sekolah, Abby nak Norman hantar anaknya ke sekolah. Maklumlah, 1st day dan Norman lak lambat. Then bile Abby call, si Memey tu jawab "Kejap2, abg tengah siap". So, korang tafsir la apa yg Abby fikir.


kreadit ti JiWang.com

Dan ade gak yg marah dgn Abby, ckp Abby tak perlu campurtangan dengan urusan diaorang. Tapi, yang marah tu fikirlah, diaorang kan baru bertunang, jadi wajarkah di pepagi buta si Memey ada di rumah si Norman???...hummmm...

So, korang nak tahu lebih detail klik la kat sini [link]


Thursday, January 6, 2011

~ Siapa Khairul Fahmi (Apex) dimata Nora Danish ~

Salam... u olls...

Humm, sungguh tak disangka Nora Danish agak tertarik dengan gaya penjaga gol Malaysia yg sedang meletop skrg nih. Hanya kerana status Nora Danish di FB tentang Apex terus timbul isu yang Khairul Fahmi tak jadi bertunang dengan Elia disebabkan Nora Danish. Hummm, biasalah manusia kan, cepat je buat analisis, kononnya dialah pengganti Nujum Pak Belalang.

yeaahh..hot mama...i likeeee


Aku dapat cerita ni waktu aku jalan-jalan kat murai.com. Kesian lak dengan si Apex tu. Dan dia memang jelaskan bahawa perkara tersebut bukan menyebabkan dia menagguhkan pertunangannya dengan Elia. Dan menyatakan bahawa dia sendiri pun belum pernah bertemu dengan Nora Danish.




Dia juga telah mengakui hati sudah dimiliki (wow, gentlemen la) dan hanya menerima golongan artis sebagai kawan dan tidak lebih dari itu. Selagi boleh merancang, dia akan merancang sehabis baik. Apa-apa pun sama-sama kita doakan kebahagiaannya dan semoga kerjayanya terus cemerlang dan gemilang lantas membantu pasukan negara dipandang gah di mata dunia (huuuhh, i likeee). dan.....Sekian.

Monday, January 3, 2011

~ Muka Berminyak ~

Haaih..sejak dua menjak ni kan, muka aku ni sangat berminyak? Why yup? Adakah sbb product yang aku guna. Kalo tgk aku dalam gambar, huh, memang boleh ambil buat minyak masak.


antara pic yg nampak my muka so oily

Aku perasaan perkara nih sejak aku pakai Cleasing Milk. Maklumlah sejak-sejak kawin ni aku sangat ghairah dalam tacup mentacup muka aku nih. Diconteng sana sini nak bagi nampak seni kononnya pastu tak suka lak nak pakai Mekup Remover. Pada aku leceh nak pakai mekup remover tuh (uhuk..alasan semata-mata: padahal malas yg lebih). Rasa agak senang pakai cleasing Milk ni. Pakai sapu je, n tonyoh-tonyoh skit kat muka pastu cuci...



search kt cik google



ini pun sama

Pastu bila muka dah berminyak, mula la kecoh..or kamu-kamu ade solution lain tak selain aku stop pakai cleansing milk tu. My opinion la..cleansing milk ni sangat bagus, selain cuci segala mekup kat muko kito ni eh, ia boleh kecik-kecikkn pori muko den yang terbuko luas nih. Dan paling penting kulit muka lagi nampak halus....(ecehh, mulo prasan kulit den halus mulus nih). So, sesapa yang ade cadangan, boleh le kongsi sama saya yup....sebab saya rasa muko saya tak sangat tidak cantik bila berminyak. tambahan pula tuannya pun memang tak berapa nak cantik pun..ahakkkss..sekian.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...