Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

STRESS

Berada di sekolah baru, banyak memberi tekanan kerja buat saya. Nak dibandingkan dengan sekolah dulu, saya lagi suka berada disekolah lama even sekolah tu 25 km sehala. Bezanya bagai langit dengan bumi. Dengan jumlah pelajar yang ramai (3256 org pelajar) membuatkan kaki ni sering tak berhenti melangkah disekolah. 

Di sekolah lama 1.05 pm dan kringgggg je aku dah bawah beg masuk kereta. Dah boleh balik dengan tenang. Tapi disini, kadang2 jam 3 pm masih lagi disekolah. Balik ke rumah dengan keadaan yang tidak tenang, perlu fikir banyak benda yang masih tak disiapkan. 

Bukan berada di sekolah lama, saya tak buat kerja. di sana saya lebih fokus dalam bidang saya, tiada campur tangan daripada pihak lain, melainkan perkara-perkara yang penting dan urgent sahaja. Saya dengan jayanya dapat menjalankan bidang kerja saya dengan tenang. 

Disini, berlainan pula caranya. Bebanan dari sudut lain yang mendatangkan stress pada saya. Bidang kerja saya sudah lari dari landasan sebenar. Kerja-kerja daripada bidang lain, membuatkan saya terkejar-kejar nak menyiapkan kerja dalam bidang saya. Nak menjalankan satu sesi kaunseling sehari dengan pelajar  pun agar sukar. Kena curi-curi masa. Dan buat sesi pun dengan ala kadar sahaja. Kepuasan tiada bila tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dengan sesi pelajar. Maafkan cikgu....

Membandingkan antara sekolah lama dan sekolah baru, sebenarnya lagi membuatkan saya stress. Namun, biarlah ianya diambil dari sudut yang positif, banyak perkara baru yang boleh saya pelajari. Tekanan yang dihadapi perlu dikawal dengan sebaiknya agar ianya tidak menjejaskan kesihatan fizikal dan mental (Nauzubillah). Sentiasalah memandang positif dengan apa yang dilalui. Apa yang saya buat apabila berada dalam keadaan tertekan, saya akan menarik nafas yang panjang dan kebiasaanya balik rumah saya akan buat senaman regangan. 

mengharapkan tekanan yang saya hadapi ni tumbuh untuk seketika sahaja dan berlalu mengikut masa. Sememangnya mengambil masa untuk saya serasi dengan situasi sekarang. Menulis disini pun sedikit sebanyak sudah mengurangkan rasa serabut yg berbelit-belit dlm otak nih.hihi

Berbalik kepada agama kita, pesanan untuk diri sendiri juga, sentiasalah berzikir padaNya dan yakin lah Dia sentiasa mengetahui apa yang kita rasa. Bersujudlah dan mengadu padaNya Yang Maha Mendengar. Alunkan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menenangkan diri dan setelah tamat membaca Al-Quran, saya lebih suka memeluk Al-Quran tersebut dengan kuat dan menarik nafas dalam-dalam, saya dapat merasakan sesuatu perasaan yang sangat menakjubkan. Subhanallah...Sungguh tenang. 


Tuesday, September 21, 2010

~ Tips belajar saat akhir ~

Assalamualaikum kengkawan..

Haa, belum tido lagi ker. Cam aku gak nih, terkebil2 duk ngadap laptop nih. Urm, tadi aku ade relief kelas pelajar form 5. So, sesaje lah aku menanya cmner ngn preparetions utk exam dan mintak diaorg share dgn sesama diaorg ttg cara diaorg study di saat2 akhir nih. Nmpak gaya, msih ramai student2 tu yg blum ready utk SPM. Padahal xsilap aku hanya ade 67 hari lagi utk SPM dan 36 hari utk PMR.

So, kt sini aku nk kongsilh cmne tips utk study saat akhir. Yg ni ikot akunye pengalaman la
(cm baguih je..hihii). ok, :

1. Lebihkan mengulangkaji ttg soalan2 sebenar peperiksaan tahun2 sebelum ini.
2. Study secara cepat. maksudnya, fokus pada nota-nota yg tlh dibuat or buku rujukan. (kalo aku, waktu2 terakhir aku lbh suka baca buku rujukan dan MENGGARISKAN fakta/isi penting. Pastikan buku tu habis dibaca).
3. Selain itu juga, jika tidak dpt jwb soalan, cth soalan esei, sila rujuk jwpn, dn pastikan bagaimana jawapan itu diberikan.
4. Bace juga skema jawapan kepada soalan2 tahun lepas.
5. Jika ade waktu terluang di dlm kelas, bincangkan soalan2 bersama rakan2.
6. Lebihkan tumpuan sewaktu pembelajaran. (waktu2 terakhir, cikgu2 lbh fokuskan soalan yg penting/bab2 yg penting).
7. Bykkan berehat dan doa serta tawakkal.



Dan ini lak, tips yg aku dpt waktu search kt cik google : tips belajar saat akhir:


1. Berikan tumpuan lbh terhadap pembelajaran
2. Yakin terhadap kebolehan diri
3. Masa rehat perlu secukupnya
4. Hapuskan tabiat suka tido
5. Jangan mengambil sebarang ubat yg meragukan
6. Beri tumpuan lebih kepada bab yg penting.



(opss..jgn jd camginih yup)


(haaa..penah buat cmni tak..???)

So, diharap dgn perkongsian ini dpt memberi sedikit ilham kpd para pelajar yg nk mghdpi peperiksaan. Cikgu Yusmi Suhana doakan semoga kamu semua berjaya mencapai matlamat yg dittpkan. Gud Luck!!!....

Wednesday, July 28, 2010

~ Egg, Carrot and Coffe ~

Salam semua


Huh, ari ni rase tension sgt sbb terkejar2 ke sana ke sini. Untuk run minggu anti dadah, terpaksa berhubung pihak AADK, follow up penceramah, dengan kelas lagi. Mak aii, ponat den ni ha.


So, sementara menunggu waktu balik lbih kurang 5 min lg (yeaah, blk blh zzz. Itu je keje rutin aku kt umah), aku sembang dengan kaunselor petang tentang pemantauan yg akn dibuat oleh pihak PPD (tulun, tulun, byk benda yg siap lagi nih, aci x if aku smbunyi ble diaorg buat pemantauan). Sembang punya sembang, terkeluarlah powerpoint yg kaunselor tu motivasikan utk pelajar ttg ” Egg, Carrot and Coffe”. Aku lantas tanya ape maksud tu memandangkan powerpoint tu dlm bahasa cina. Puaslah kaunselor tu terangkan kt aku. Punyalah ssh nk translate blk in BM. Drpd ape yg dia terangkan, powerpoint tu sgt menarik dan aku blh relate kan utk diri aku sendiri. Mesti korang semua nk tahu kan apa lah maksud E 2C (Egg, Carrot, Coffe).




Meh aku terangkan ape yg dia ekplen kt aku. First, kita sedia maklum carrot tu keras, telur tu plak lembut dan cair je kt dalam dan kopi tu pun keras. Jadi, ketiga-tiga bahan ni dimasukkan ke dalam mangkuk yg berasingan dgn sedikit air dan kemudian dipanaskan untk beberapa minit di atas api. Ok, bile dipanaskan ape akan jadi? Hehehe...Carrot tu yg keras akn jd lembut, telur yg cair kt dlm tu dah menjadi keras dan coffe yg keras tu dah hancur dan menjadi air kopi yg sedap dan wangi.


So, kesimpulannya bila kita related dgn khdupan kita, dlm hidup kita pastinya ada rintangan dan cabaran yg perlu kita tempuhi. Kadang2 rintangan yg dtg tu xseperti yg kita duga dan harapkan. So, kita jgn lah berputus asa. Janganlh menjadi seperti carrot, dulunye keras, bila dipanaskan menjadi lembut. Contohnya sesetengah guru, bila keluar daripada maktab, semangat utk mendidik bukan main lagi berkobar2. tapi, bila mula kerja, berhadapan dgn pelajar yg berbagai karenah, semangat dh jd lembik cam carrot tu. Kita juga jgn jd cam telur, yang sblm ni lembut hati, bila melalui rintangan dan cabaran, kita mula keras hati, cepat marah dgn dgn org lain, berani nak buat kesalahan, ponteng kerja, dengki dgn rakan sekerja, bergaduh sesama sndr dan macam-macam lagi yg berlaku. So, kita jadilah seperti kopi, keras, penuh dgn semangat, bila melalui rintangan dan cabaran, aromanya tetap tidak hilang, semakin dia dipanaskan semakin wangilah kopi itu dan semakin org mencari-cari dari mana aroma itu datang. Urm, manarik kan. Satu motivasi yg cukup menarik utk org2 yg berputus asa. Jadi hr ni aku blk umah dgn penuh semangat. (semangat utk tido ttp ade ..heheheh)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...