Mengikut perjanjian, entri ini ditulis tentang keputusan Fallicular Tracking semalam. Semalam merupakan hari ke-13 period saya. Tracking dilakukan untuk melihat dan mengukur saiz folikel. Tapi tersangatlah hampa, bila saiz folikel tu hanya 7.8 mm. Sebelum ni, saya dah buat tracking pada hari ke-11, saiz folikel waktu tu hanya 6.2mm. Mengikut kata doktor, saiz yang ideal ialah 18mm.
Dalam hati saya rasa sangat sedih. Terfikir, jauh lagi folikel saya nak ke 18mm. Untuk dua hari, pembesaran folikel tu hanya 1.4 mm sahaja. Doktor mungkin perasan perubahan muka saya waktu tu. Doktor masih bagi harapan, minta saya sentiasa "bersama" suami. Walau pada saya harapan tersebut tersangat la tipis. Tapi saya perlu berusaha, itu semua kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa. Bila disebutNya "kun fayakun" maka terjadilah apa yang Dia tentukan.
Doktor bagi suggestion pada saya untuk buat Laparoskopi untuk checking tiub fallopio. Tapi, untuk bulan ni, doktor tambahkan dos clomid daripada makan 2 biji kepada 3 biji. Dan sekiranya dengan jumlah clomid tersebut, masih tidak memberi apa-apa effect kepada folikel saya, doktor cadangkan laparoskopi dijalankan kerana berkemungkinan saya punya kilang telur terlalu tebal atau keras atau juga tiub fallopio saya tersumbat, so doktor akan drill sedikit untuk bagi ruang pada folikel untuk membesar. Terkedu saya dengan cadangan doktor. Bermacam-macam perasaan yang ada dlm kepala, takut, macam tak percaya saya ada masalah sebegitu, sedih, dan sebagainya lah.
Doktor tenangkan saya lagi, katanya jika pihak perempuan yang bermasalah, banyak lagi cara yang boleh dilakukan, akan tetapi sekiranya pihak lelaki yang bermasalah, perkara tersebut sangat susah diatasi. Saya lega sebab suami tak ada sebarang masalah, Yang bermasalah sekarang adalah saya. Saya cukup sedih sebab saya berharap sangat bila dah makan clomid, mengurut, ada rezeki saya bulan ini untuk preggy. Lantas dapat bagi hadiah anniversary 10 Jun ni buat suami. Namun, rezeki belum berpihak kepada saya. Saya perlu kuatkan semangat untuk teruskan hari-hari dengan penantian yang akan datang. Kadang-kadang terasa juga dirinya macam tidak sempurna sebagai seorang wanita. Uh, feelingnya saya kan. Nevermind, i'm ok.
Bila call en.suami, bagitahu pasal ni dia mula risau. Sekejap-sekejap dia sms saya "syg ok?" . Mungkn dia dah faham benar bini ni lenjanya terlebih sikit. Sikit-sikit nak nangis. Tapi kali ni saya rasa saya sangat lah tabah. Hahaha. Dah kerap sangat dia bertanya cmtu saya reply "syg ok..abg yg x ok tu..kalut sangat, tunggu je after tambah clomid ni dlu.."
Saya tak tunjuk kerisauan saya pada en.suami. Tapi saya dah mula bertanya pada kawan-kawan tentang perkara ni. Bertanya pada Diela yg pernah lalui proses ini, buat saya sedikit tenang. Saya mula menggoogle maklumat tentang kos, pakar yang terbaik untuk buat laparoskopi ni. Tapi serius la, after jumpa doktor semalam, memang saya tak berselera pun nak makan. Itu semalam, hari ni sambil-sambil nak menyudahkan entri ni saya dah bantai 4 biji tepung pelita. hahaha.
Tak pe kawan-kawan, kita tengok pula next month macam mana after tambah dos clomid tu. Doakan saya berjaya. Tak perlu la saya drill2 nih. heheh...takut weh..sekian.
*berfikir-fikir nak cakap kat mak ngan abah..tapi tunggu bulan dpn dlu la..