Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts
Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Deep Clean

waa, so lama tak update blog. Sure sekarang ni puan zue melompat-lompat gumbira bila kakaknya yang kuit ni update blog. Even entri ni ciput je. 

Ok, entri sebelum ni pernah saya maklumkan muka saya bermasalah dengan jerawat besar-besar bapak menepek dimuka saya. Dan saya dapat tahu puan zue pun sekarang mengalami masalah yang sama dengan saya dulu. Sehati sejiwa betul kita ni kan. 

So, alhamdulillah muka saya sekarang dah ok. Even ada sikit-sikit lagi kesan scars kat muka. Apa yang saya buat utk saya atasi masalah jerawat tu? Eh macam gud-gud je aku ni nak bagi solutions kan. Tak pe, kan sharing is caring, caring is loving. Saya tak pakai produk mahal-mahal, saya just pakai neutrogena yang deep clean punya. Memang menakjubkan produk ni. Even bukan sekali pakai terus hilang, kalu pakai sekalai terus hilang itu menipu namanya. Tapi boleh nampak keberkesanannya produk ni bila jerawat makin kurang dan jerawat yg tengah besar gedabak boleh mengecil dan kering. 

Kalau u ols yg ada pimple ni tak mau pakai neutrogena, u ols boleh je try produk lain. Yang pasti cuba guna yang untuk "deep clean".  Saya pun dapat solution ni pun daripada si Amira kawan baik kat universiti dulu. Sebab dulu memang dia punya masalah kulit berjerawat. Sekarang, no more!!. Licin babe. Dan si amira tu pun ada cakap itu antara petua orang-orang Arab/ Turki jaga muka mereka. Pakai produk deep clean.

Ok Sekian saja entri ni, rasanya tak ciput pun, panjang meleret juga. Hihi. Dan sebagai permulaan untuk berblog semula. Harap entri ni dapat membantu kawan-kawan yang ada masalah jerawat. TQ



Saturday, March 31, 2012

Masalah Lagi!!

Sejak makan clomid dan duphaston sejenis ubat hormon yang doktor bagi, berlumba-lumba pula jerawat naik kat muka ni. Badan mengembang dah satu hal jerawat plak menambahkan lagi satu hal. 

Semua solutions yang kawan-kawan bagi, selagi mampu dan senang utk dicuba, saya cuba. Tapi jerawat still degil. Tak surut lagi yang satu ni, yang lain dah menunggu turn untuk membesar. Dah la meniggalkan parut hitam even sedikit pun jerawat tu tak disentuh. En. suami belikan bio oil utk hilang kan parut, tapi mungkin disebabkan minyak, jerawat masih juga nak muncul. 

2 kali ke spa, satu shah alam, dan satu di bangi, Alhamdulillah parut tu makin b"kurangan, but jerawat masih lagi mau keluar. Pn. Zue, cadangkan minyak T-tree dr body shop, bila jerwat muncul, terus sapu minyak tu, t"bantut la skit proses jerawat tu nak membesar. Tapi jerawat tetap juga keluar kt merata-merata dimuka saya yang sebelum ni licin dan gebu ni. (^_^). Sebelum ni, di pipi sebelah kiri, now ianya menyerang di sebelah pipi kanan pula, di rahang kedua-dua pipi dan juga di tengah-tengah dahi. Oh, sungguh merunsingkan dan memeningkan kepala saya. Pergi kenduri, atau jumpa sedara mara, kawan-kawan lama, semua naik heran dengan muka saya ni. 

En. suami pula dah nampak yang isterinya ni dah mula stress n risau. Pada saya dia yang terlebih risau dengan masalah saya. Saya gemuk dia tak kisah, muka saya naik jerawat, saya nampak dia tersangat kisah. Fuhh, lagi stress saya dibuatnya. Hahahaaa..

Dua tiga hari lepas dia dah sarankan supaya saya stop untuk pakai facial cleanser, pelembab, dan segala benda la yang saya tepek di muka nih. Dan dia cadangkan supaya saya sapu kulit kayu manis. Mau terbeliak biji mata bini nya ni. Memang saya dah sedia maklum dengan petua tu, tapi saya rasa mesti ianya cukup memedihkan bila disapu air kulit kayu manis tu. Jawapan saya ringkas saja "ee, tak berani la..nanti pedih". Then, dia mula ceritaka pengalamannya yang pernah jatuh motor waktu sekolah dulu, dan air itulah yang MIL sapu kat sebelah kanan mukanya yang sedikit rabak tergesek dijalan raya. Then, memang ajaib, sebab saya belek punya belek, tak ade sikit pun bekas parut tersebut.

Tapi hingga hari ni, saya masih berkira-kira untuk gunakan petua tu. Pada saya, itu untuk luka, tapi masalah saya ialah jerawat. Kan tak pasal-pasal makin teruk pula jadinya. So, apa pendapat kawan-kawan? ada petua lain tak untuk saya. Yang pasti u all dah try la petua tu n hasilnya ok. Baru saya ada kompiden sikit mahu cuba. ekekekek..

Wednesday, May 11, 2011

Sejarah Penggunaan Produk di muka saya..auwww!!

Ok, pagi-pagi lagi  Cikgu Suhana ni kembang kempis hidungnya. Sebab apa?sebab hidungnya memang dah kembang dan bila tarik nafas tak ke kembang dan kempis hidung tu. Ce buat, sure idung korang pun kembang kempis gak walau hidung korang mancung bak seludang.

Hish, apa kes kau ni sebut pasal hidung. Aha, sebenarnya kembang kempis idungku ini disebabkan dua tiga hari ni aku selalu dapat pujian dari kengkawan kat sekolah ni ha. Mana tak nye, datang-datang je skolah pagi isnin tu, saya dapat panahan begini :
 “ish, su..kau pakai apa ah sekarang..kulit muka kau cantik, putih je akak tengok..”
 “ha’ah..nampak berseri je..kau g facial ke?”

So, aku dengan malu-malu dan sopan hanya tersenyum dan buat-buat merendah diri auwww.
“ish, tak de la kak..su dah gemuk kot, so, bila dah gemuk, kan kulit dah kena tarik sikit, tu yg nampak putih sikit kot.”

Then, semalam plak orang-orang office lak tanya dan pepagi ni ade gak sorang akak tu datang bilik aku ambik barang dan sempat juga dia menanya aku.

So, aku sharelah kat diaorang apa yang aku pakai. Dan kat sini pun nak gak share untuk kamu-kamu semua. Bukan nak perasaan dan bangga diri pun, just untuk sharing je. Bukan barang mahal pun, sapa-sapa pun boleh beli. Ini dia..
#
#
#

#

#

#



Ha, loreal revitalift white dan fungsinya 15 in 1. Aku rasa ianya berkesan dan bagus dan harga pun tak mahal dalam rm 39.90. Boleh didapati di Watson or Guardian.

Memang waktu aku belajar dulu-dulu aku dah pakai loreal,tp waktu tu kan muda remaja, so pakai  loreal perfect je la. Dan kadang-kadang tukar loreal derma genesis. So, bila dah abis belajar, terpengaruh lak ngan kawan-kawan yang pakai Tia Amelia. So, nak cantik, sapa tak nak try kan.Aku try, and quite ok, tapi lama kelamaan muka lak jadi agak kering.

So, bila muka kering, aku rase agak risau sebab kulit kering boleh menyebabkan muka cepat berkedut. Ingat tu.

Dan dekat-dekat nak jadi raja sehari dulu, aku try plak buat facial kat New York. Ambik pakej dan barang sekali. Yes, waktu tu dah rase macam puteri lah. Tapi, lama-kelamaan muka aku nampak kusam. Dan mula lah kalut-malut dan try beralih ke michelle Lazar dan bila di scan muka aku ni..ianya tak sesuai dengn produk yang terlalu kuat bahannya. Mungkin kulit aku tak bermasalah sangat. So, chemical (dasyat gila..chemical xtahn tu) yang banyak digunakan buat muka nampak kusam. So, aku stop pakai NY dan memang tak ambil pun produk michelle lazar.

Aku beralih pakai clinelle. Sekali lagi kulit muka bermasalah, berminyak dan bila berminyak, cepat je jerawat naik kan. Then belum pun habis separuh produk tu, aku stop pemakaiannya. Dan aku cuba balik loreal. Dan setelah dua bulan aku pakai produk ni, bila orang dah tegur tu, memang nampaklah perubahannya kan. 

So, sekarang tengah usha cari serum lak. Sebab pernah terbaca dalam buku penjagaan kulit, bila umur dah 25 tahun ke atas, digalakkan untuk memakai serum bagai menjaga kelembapan kulit supaya tidak cepat berkedut dan cubalah menggunakan produk penjagaan yang khusus untuk mata. Bak kata penasihat kecantikan, (aku lupa sapa namanya) "berhabis duit dulu untuk sekarang, tapi hasil yang akan datang tersangat memuaskan. Tak perlu lagi di waktu tua nak mencucuk botox untuk hilangkan kedutan, Cuma perlu bermula dari sekarang, seeloknya waktu usia 25 tahun .” 

Tapi, yang paling perlu kita lakukan, cukupkan solat lima waktu, basahi wajah kita dengan air wudhuk, nescaya akan ada cahaya keserian (btl kah perkataaan ini) dimuka kita. Itu pun cukup membuatkan muka kita bersih dan awek muda. iya dak???..

Thursday, October 7, 2010

Lebih kurang kaedah BBT

salam semua...

Humm, entri part 1 sblm nih, aku share tentang "ovulation test". So, utk hari ni, aku ade lagi satu cara utk isteri-isteri yg sdg berusaha utk menjadi ibu.

Penggunaan ovulation test yg aku tampal smlm, maybe belanjanye lebih skit la. Satu kit tu, if yg clearblue dlm harga RM14.00 satu. Aku beli watsons nye brand, dlm tu ade 5 test dgn harga RM34.90. Sesapa yg dah try, skali test dh dpt +ve, oklah. TAPI, if dah abih 5 test msih tak +ve, jenuh lak nak membeli lagi kan.


So, untuk cara yg ini pula, belanjanye kurang sikit dan ianya TERAMAT sesuai untuk wanita-wanita yg periodnya tidak teratur dengan menggunakan THERMOMETER. (dikenali alat utk ukur suhu bile demam..hehehe). Ianya juga berfungsi untuk mencari hari subur wanita. TETAPI cara ni, perlukan ketekunan korang la.

ini versi digital



Cara nak gunanya, setiap hari (pagi-slps bgn dr tidur dan malam), mesti test suhu badan kita dan PERLU catat suhu tersebut. Sekiranya suhu badan yg diukur adalah tinggi berbanding pd hari2 biasa, bermakna hari tu adalah hari subur. So, memang cara ni kena rajin skit ler, celik mata dr tidur, trus la test. Dlm keadaan mamai lg, terpaksa lak catat suhu badan kita tu. Jangan silap tulis udah ler yer..Silap hari tu bgn lambat camane yer..heheheeee..Ok, selamat mencuba.

*ini rupa folic acid tu

Opss, ade sikit tambahan, kawan-kawan aku ade juga cakap, amalkan makan asid folic. Ada dijual difarmasi. Murah jew, sekeping tu ade dlm 10 biji= rm 0.50. Itu gak cara utk memudahkan kita pregnant. Mmg asid folic tu utk org pregnant, tetapi kita leh try makan. Ini cara dari orang2 cina amalkan. Tambahan pula, if dah pregnant, ianya untk cergaskn otak baby. sekiannn....wasssalam

Wednesday, August 18, 2010

~ Eyeliner Ku patah ~

Hye semua...

Ha, pg td ngah kalut2 mekup nk g keje, tup eyeliner aku jatuh kt lantai. Aku igt xde ape2. After dah tepek fondation, tepek bedak, tibe time aku nk pakai eyeliner yg jatuh td tu rupenyer eyeliner tu dh patah. Aku ni bkn pkai eyeliner yg pensel, xgak pakai yg cair, tp pakai yg cm yg dlm pic bwh ni:


Dah eyeliner tu xleh pakai, aku cover jelh ngn maskara. Inilh namanyer pempuan, kalo dh biase mekup tu, mmg xleh kalo xtepek, xconteng muka ni. Dulu2 mse time blaja xlah aku ghairah nk bermekup nih. Tp mse praktikal, akk knselor tpt aku praktikal tu suh blaja2 mekup. Pas dr tu aku try la test dan ade gak aku blaja skit2 dr mber aku. Dan skrg nih, bile dh pndai mekup skit2, mulalh demand, nk kuar je msti kne pakai mekup..abih nk cepat pun aku mesti tepek sekurg2 bedak, lipstik n blusher.

Biaselh kan nk suh muke npak berseri skit. Tp aku xdelh mekup tebal2 sgt, just simple2 jew. 1st aku pakai foundation then ratakan ngn bedak. Aku ni jenis xbrape suka pakai eyeshadow, so tulh aku cover ngn eyeliner n maskara. Utk mata nmpak galak,comel..pakai maskara n eyeliner itam. Kalu xnk over sgt, pakai kaler dark brown. Urm, teknik pemakaian maskara juga penting. Utk nmpak bulu mata xberkumpul, pakai maskara dgn cara "zig zag" then jgn lupa pakaikn maskara tu kt bulu mata bwh gak.

urm..chantek2...hehee

Dah mata nmpak cntik, pakailh blusher n lipstik. Utk nmpak lbh segar, pakailh lip gloss skit..huhuuu. Ha snang dan cptkan. So, dh siap.. sblm kluar tu tgk muka kt cermin then senyum yup, agar bg mood yg ceria utk kita lalui hr itu. Sekian.

Tuesday, August 17, 2010

~Jerawat???Apakah?~

Salam semua.sekali lagi kita bertemu yup.

Post kali ni aku nk cite psl kecantikan. Walla, sape yg xsuke kecantikan angkat idung. Hehehe. Waima lelaki pun suka kn kecantikan..huhuu..

So, apa sdh jd ngn muka ku ini.Jerawat tumbuh merata2 dgn suburnyer. Ade besar, ade kocik, ade halus cm pasir. Bak kata mcm2 ade. Tapi xdelh kritikal sgt. Tp still menimbulkn rase gelisah dihatku.hukhukk..Mana taknyer, after aku kawin nih, kerap gak akk2 kt skolah 2 duk negur aku asyik bwk spotlight je kt dahi, ilang kt dahi, tumbuh kt pipi. ilang kt pp tumbh kt dagu.huhuu.
urm, myb horman lps kwin nih xstabil kotnyer.


(ini bkn aku nih, pic ni curi kt google)

Bila keadaan muka yg xbrape sihat nih, mulalah aku kalut tepek masker, tepek susu, mcm2lh aku buat. Smpai en.hubby pun senyum je nengok aku. hihii. Dan skrg br aku igt, dulu2 pnah gak aku naik jerawat batu (zaman skolh men), mak aku suh aku blend tomato cmpur susu segar skit dn sapu kt muka. So far waktu tu jerawat batu aku susut lah dr besar gajah, jd besar semut..hehehe. Urm, mlm nt nk cubelh, slain tu ianya blh bersihkan kulit kite..nmpak bersih dan cerah. Sapa2 nk try, trylh yup..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...