Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Deep Clean

waa, so lama tak update blog. Sure sekarang ni puan zue melompat-lompat gumbira bila kakaknya yang kuit ni update blog. Even entri ni ciput je. 

Ok, entri sebelum ni pernah saya maklumkan muka saya bermasalah dengan jerawat besar-besar bapak menepek dimuka saya. Dan saya dapat tahu puan zue pun sekarang mengalami masalah yang sama dengan saya dulu. Sehati sejiwa betul kita ni kan. 

So, alhamdulillah muka saya sekarang dah ok. Even ada sikit-sikit lagi kesan scars kat muka. Apa yang saya buat utk saya atasi masalah jerawat tu? Eh macam gud-gud je aku ni nak bagi solutions kan. Tak pe, kan sharing is caring, caring is loving. Saya tak pakai produk mahal-mahal, saya just pakai neutrogena yang deep clean punya. Memang menakjubkan produk ni. Even bukan sekali pakai terus hilang, kalu pakai sekalai terus hilang itu menipu namanya. Tapi boleh nampak keberkesanannya produk ni bila jerawat makin kurang dan jerawat yg tengah besar gedabak boleh mengecil dan kering. 

Kalau u ols yg ada pimple ni tak mau pakai neutrogena, u ols boleh je try produk lain. Yang pasti cuba guna yang untuk "deep clean".  Saya pun dapat solution ni pun daripada si Amira kawan baik kat universiti dulu. Sebab dulu memang dia punya masalah kulit berjerawat. Sekarang, no more!!. Licin babe. Dan si amira tu pun ada cakap itu antara petua orang-orang Arab/ Turki jaga muka mereka. Pakai produk deep clean.

Ok Sekian saja entri ni, rasanya tak ciput pun, panjang meleret juga. Hihi. Dan sebagai permulaan untuk berblog semula. Harap entri ni dapat membantu kawan-kawan yang ada masalah jerawat. TQ



Tuesday, August 23, 2011

akhirnya, menjadi juga !!!


Assalamualaikum dan selamat pagi..

Akhirnya setelah dari tengahari semalam aku duk belajar ilmu yang diperturunkan Pn. Diela, pagi ni baru ilmu tu menjadi. Jenuh aku klik sana sini still tak jadi. Aku cari puncanya dan godek-godek sendiri. After tekan button printscreen tu, aku tak boleh nak paste kannya. Rupa-rupanya aku tersilap di sini.


sebab waktu tu di screen my picture shortcuts



then, aku tenung balik toturial dan gambar- gambar yang diela letak tu, abru aku perasaan, rupanya kena klik kat my picture seperti yang aku bulatkan tu. Barulah boleh paste.


Dan sekarang, inilah hasilnya. dan boleh printscreen blog pn. diela yang comel nih. Terima kasih ye cikgu diela. Sesapa yang nak belaja tu, sila ke blog pn.diela or klik saja (di sini) . 

So, hari ni dah boleh bersilang kaki dengan senang hatinya. Hahahaha...sekian.

Wednesday, May 11, 2011

Sejarah Penggunaan Produk di muka saya..auwww!!

Ok, pagi-pagi lagi  Cikgu Suhana ni kembang kempis hidungnya. Sebab apa?sebab hidungnya memang dah kembang dan bila tarik nafas tak ke kembang dan kempis hidung tu. Ce buat, sure idung korang pun kembang kempis gak walau hidung korang mancung bak seludang.

Hish, apa kes kau ni sebut pasal hidung. Aha, sebenarnya kembang kempis idungku ini disebabkan dua tiga hari ni aku selalu dapat pujian dari kengkawan kat sekolah ni ha. Mana tak nye, datang-datang je skolah pagi isnin tu, saya dapat panahan begini :
 “ish, su..kau pakai apa ah sekarang..kulit muka kau cantik, putih je akak tengok..”
 “ha’ah..nampak berseri je..kau g facial ke?”

So, aku dengan malu-malu dan sopan hanya tersenyum dan buat-buat merendah diri auwww.
“ish, tak de la kak..su dah gemuk kot, so, bila dah gemuk, kan kulit dah kena tarik sikit, tu yg nampak putih sikit kot.”

Then, semalam plak orang-orang office lak tanya dan pepagi ni ade gak sorang akak tu datang bilik aku ambik barang dan sempat juga dia menanya aku.

So, aku sharelah kat diaorang apa yang aku pakai. Dan kat sini pun nak gak share untuk kamu-kamu semua. Bukan nak perasaan dan bangga diri pun, just untuk sharing je. Bukan barang mahal pun, sapa-sapa pun boleh beli. Ini dia..
#
#
#

#

#

#



Ha, loreal revitalift white dan fungsinya 15 in 1. Aku rasa ianya berkesan dan bagus dan harga pun tak mahal dalam rm 39.90. Boleh didapati di Watson or Guardian.

Memang waktu aku belajar dulu-dulu aku dah pakai loreal,tp waktu tu kan muda remaja, so pakai  loreal perfect je la. Dan kadang-kadang tukar loreal derma genesis. So, bila dah abis belajar, terpengaruh lak ngan kawan-kawan yang pakai Tia Amelia. So, nak cantik, sapa tak nak try kan.Aku try, and quite ok, tapi lama kelamaan muka lak jadi agak kering.

So, bila muka kering, aku rase agak risau sebab kulit kering boleh menyebabkan muka cepat berkedut. Ingat tu.

Dan dekat-dekat nak jadi raja sehari dulu, aku try plak buat facial kat New York. Ambik pakej dan barang sekali. Yes, waktu tu dah rase macam puteri lah. Tapi, lama-kelamaan muka aku nampak kusam. Dan mula lah kalut-malut dan try beralih ke michelle Lazar dan bila di scan muka aku ni..ianya tak sesuai dengn produk yang terlalu kuat bahannya. Mungkin kulit aku tak bermasalah sangat. So, chemical (dasyat gila..chemical xtahn tu) yang banyak digunakan buat muka nampak kusam. So, aku stop pakai NY dan memang tak ambil pun produk michelle lazar.

Aku beralih pakai clinelle. Sekali lagi kulit muka bermasalah, berminyak dan bila berminyak, cepat je jerawat naik kan. Then belum pun habis separuh produk tu, aku stop pemakaiannya. Dan aku cuba balik loreal. Dan setelah dua bulan aku pakai produk ni, bila orang dah tegur tu, memang nampaklah perubahannya kan. 

So, sekarang tengah usha cari serum lak. Sebab pernah terbaca dalam buku penjagaan kulit, bila umur dah 25 tahun ke atas, digalakkan untuk memakai serum bagai menjaga kelembapan kulit supaya tidak cepat berkedut dan cubalah menggunakan produk penjagaan yang khusus untuk mata. Bak kata penasihat kecantikan, (aku lupa sapa namanya) "berhabis duit dulu untuk sekarang, tapi hasil yang akan datang tersangat memuaskan. Tak perlu lagi di waktu tua nak mencucuk botox untuk hilangkan kedutan, Cuma perlu bermula dari sekarang, seeloknya waktu usia 25 tahun .” 

Tapi, yang paling perlu kita lakukan, cukupkan solat lima waktu, basahi wajah kita dengan air wudhuk, nescaya akan ada cahaya keserian (btl kah perkataaan ini) dimuka kita. Itu pun cukup membuatkan muka kita bersih dan awek muda. iya dak???..

Tuesday, March 1, 2011

~Choosing Only The Freshest ~

Assalamualaikum kawan-kawan..

Yeahh, today is tuesday, so, sangat sinonim dengan pasar tani atau pasar malam kat Kinrara 4 nih. Dan kebanyakkan kita yang raja-raja di dapur (isteri-isteri yg tersangat pro memasak) suka la bershopping-moping barang basah kat pasar cam ginih.

So, kepada kamu-kamu yang baru nak berangan nak jadi raja di dapur ni seperti aku (masih terkial-kial nak masak), aku nak share le tentang cara nak memilih barang basah yang paling segar. Serius aku cakap, aku masih kurang mahir dalam memilih barang basah yang segar bugar. Bila beli nampak cam ok, bile balik je rumah, mata ikan-ikan tu dah bertukar jadi mata naga. Tapi tips nak memilih ni aku dapat dlm buku panduan daripada Nutrition Society of Malaysia. ok, pertama :

1. Ikan :


- ikan perlu berbau segar dan bukannya hanyir atau masam.
- mata ikan perlu jernih dan tersembul sedikit. (selalu guna tips nih, tp balik umah je, merah gak mata ikan tu jdnya..ke sbb ikan tu sedih meninggalkan kawan-kawannya).
- badan ikan sepatutnya berisi padat, berkilat dan mempunyai INSANG berwarna MERAH TERANG.
- Isi ikan segar akan bersifat KENYAL apabila DITEKAN.


2. Ayam atau Itik :


- Belilah daging ayam yang mempunyai rupa dan warna yang sihat.
- Pilih ayam atau itik (seekor) yg badan berisi, mempunyai kulit yg kelihatan cantik dan tiada luka, lebam atau tulang yg patah.
- pastikan dagingnya sejuk apabila disentuh.


3. Daging :


- Daging yg dipilih berwarna merah, lembut dan berjus.
- periksa pembungkusan supaya bebas dari lembapan atau lubang.


4. Sayur-sayuran :


- Pilihlah sayur-sayuran yg berwarna terang, berwarna jelas dan rangup.
- elakkan sayuran yg mempunyai tanda-tanda menjadi busuk, lebam atau rosak.
- Beli sayur-sayuran yg mencukupi utk 2-4 hari shj bg memastikan ia kekal segar pd hr yg terakhir.
- jgn beli hasil pertanian yg rosak walaupun dijual dgn harga yg plg rendah.


5. Buah-buahan :


- Jgn beli buah-buahan yg terlalu/belum masak atau yg lebam, kulit berlubang, busuk, berkulat dan berbau.
- pilih warna dan tekstur yg baik dan bukannya terlalu kecut dan kering.
- beli mengikut musim utk mendapatkan buah-buahan yg lbh segar.

Ok, kawan-kawan itu sahaja yup. Mungkin ramai yg dah tahu, tapi yg masih tak tahu boleh lah pakai tips nih. So,petang ni bersenang hati lah aku bawak senarai cara-cara nak pilih ikan yg segar bugar. Kih3..sekian....


Thursday, October 7, 2010

Lebih kurang kaedah BBT

salam semua...

Humm, entri part 1 sblm nih, aku share tentang "ovulation test". So, utk hari ni, aku ade lagi satu cara utk isteri-isteri yg sdg berusaha utk menjadi ibu.

Penggunaan ovulation test yg aku tampal smlm, maybe belanjanye lebih skit la. Satu kit tu, if yg clearblue dlm harga RM14.00 satu. Aku beli watsons nye brand, dlm tu ade 5 test dgn harga RM34.90. Sesapa yg dah try, skali test dh dpt +ve, oklah. TAPI, if dah abih 5 test msih tak +ve, jenuh lak nak membeli lagi kan.


So, untuk cara yg ini pula, belanjanye kurang sikit dan ianya TERAMAT sesuai untuk wanita-wanita yg periodnya tidak teratur dengan menggunakan THERMOMETER. (dikenali alat utk ukur suhu bile demam..hehehe). Ianya juga berfungsi untuk mencari hari subur wanita. TETAPI cara ni, perlukan ketekunan korang la.

ini versi digital



Cara nak gunanya, setiap hari (pagi-slps bgn dr tidur dan malam), mesti test suhu badan kita dan PERLU catat suhu tersebut. Sekiranya suhu badan yg diukur adalah tinggi berbanding pd hari2 biasa, bermakna hari tu adalah hari subur. So, memang cara ni kena rajin skit ler, celik mata dr tidur, trus la test. Dlm keadaan mamai lg, terpaksa lak catat suhu badan kita tu. Jangan silap tulis udah ler yer..Silap hari tu bgn lambat camane yer..heheheeee..Ok, selamat mencuba.

*ini rupa folic acid tu

Opss, ade sikit tambahan, kawan-kawan aku ade juga cakap, amalkan makan asid folic. Ada dijual difarmasi. Murah jew, sekeping tu ade dlm 10 biji= rm 0.50. Itu gak cara utk memudahkan kita pregnant. Mmg asid folic tu utk org pregnant, tetapi kita leh try makan. Ini cara dari orang2 cina amalkan. Tambahan pula, if dah pregnant, ianya untk cergaskn otak baby. sekiannn....wasssalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...