Showing posts with label SIKAP MANUSIA. Show all posts
Showing posts with label SIKAP MANUSIA. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

Cerai Berai - Nauzubillah!!

Sekarang masih lagi dalam mood raya. Open house sana sini. Sampai kena buat undi nak pegi umah mana dulu. Waktu macam nilah nak mengeratkan silaturrahim dgn jiran-jiran, saudara mara atau juga kawan-kawan. 

sebut pada cerai berai ,mase open house aritu sibuk menyembang dengan kazen yg kerja di pejabat agama. Sedikit tertarik bila kazen merungut, time bulan puasa je,mula la busy sbb banyak kes cerai yang masuk. Tambah2 dekat2 nak raya then lepas raya. Alasan nak bercerai adalah berebut nak balik raya rumah masing-masing. Terkejut juga dengar benda-benda macam ni.

Yelah sebagai pasangan suami isteri, masing-masing ada keluarga, kenalah bertoleransi. Siapa-siapa pun pasti suka balik rumah mak ayah sendiri berbanding rumah mertua. Alasannya sebab lagi selesa. Tambah-tambah si isteri ni. Memang kalo boleh nak aje balik umah mak ayah sendiri. Malas nak masak pun tak pe sebab mak kita, tido bangun kul 10 pagi pun masih tak malu. tengok tv tergolek sana sini, terbungkam sana sini siapa yg kisah. Tapi bila balik umah mertua semuanya kena terjaga. Tapi apa yg penting janganlah kita mementingkan diri sendiri. Mentang-mentang suami sayang gila kat kita, kita asyik balik rumah kita. Sedangkan suami pun ada mak ayah, ada adik beradik. So, kena toleransilah. Si suami pun nak juga jaga hati mak ayah dan adik beradiknya. 

Berbalik pada si suami pula, janganlah sebab isteri perlu dengar cakap suami, si suami ni menggunakan sepenuh kuasanya menguasai isteri. Suami juga perlu faham hati seorang isteri. Isteri tahu, keutamaannya ialah suami, akan tetapi di dalam hati pasti ada kerisauan menjaga hati mak dan ayahnya juga. Mungkin mak ayah juga faham si anak ini perlu mengikut kata suami. tapi sedikit sebanyak hati orang tua pasti terasa bila anak jarang balik ke rumah atau tidak pernah beraya bersama pada raya pertama selepas berkahwin dan pasti juga mereka rindukan anak-anak mereka.

Bila berlaku macam nilah my kazen bagitahu keluarga akan mula berungut, kiranya bermula campur tangan orang ketiga. Pasangan mula tidak senang dengan rungutan dari family. Then mula lah bermasam muka nak buat giliran balik rumah siapa dulu. Macam saya ni dekat, Alhamdulillah la. Boleh la bergilir-gilir, sekejap balik umah saya, sekejap balik umah suami. If yg jauh tu mesti ada plan yg tersendiri. Mungkin ada yg plan tahun ini dirumah isteri, tahun depan habiskan cuti raya dirumah suami. Ada juga yang 1st n 2nd raya di rumah suami/isteri..raya ketiga balik ke rumah suami/isteri. Itulah namanya toleransi. Masing-masing puas hati. even kadang-kadang ada juga yang bermasam muka suami isteri sebab rumah sini sekejap, rumah sana lama.hihihi..

So, daripada rungutan kazen tadi, saya berharap benda ini tidaklah berlaku pada saya, keluarga saya, saudara mara saya dan juga rakan-rakan saya. Harmonikan rumah tangga dengan toleransi dan sabar agar rumahtangga yg terbina sentiasa bahagia. Namun, jika sudah ketentuan Ilahi jodoh bersama suami/isteri tidak panjang, terima dengan redha. Tapi janganlah terputus jodoh dengan alasan yang simple sebegini. Yela, kadang-kadang kita tidak berada di dalam situasi tersebut, jadi kita tidak merasai apa yg dirasai oleh mereka, yang pasti jangan sesekali berputus asa berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar segala doa-doa kita. wallahua'lam!!

*entri yang diperam lebih seminggu..tak tau masam ke manis ke rasanya...hihihi

Wednesday, May 2, 2012

marah tak terkata!!!

Hari ini saya ke hospital serdang untuk buat fallicular tracking kali kedua. Pertama pd isnin iaitu hari ke-11 period dan hari ini pula hari ke-13 period saya.

sesampai je ke hospital, mood yang sedia baik bertukar jadi keruh. Mana tak nya, mana-mana hospital pasti ada masalah parking. Lima kali pusing cari parking, semuanya buat saya jadi hampa. So, saya ambil keputusan untuk menunggu dalam kereta kerana pada kebiasaannnya jam 8.00 pagi ada doktor or nurse yang bertugas malam akan keluar. Sedang syok menunggu dan bernyanyi-nyanyi dalam kereta, ada sebuah kereta nak keluar. Hati berbunga-bunga, sebab memang mengharapkan sangat parking tu. 

sedang menunggu orang tu keluar, saya bagi signal sebagai tanda saya duk menunggu nak "chop" parking tu. tetiba saya nampak dari cermin belakang, ada sebuah kereta masuk dengan laju menuju ke kereta tu. saya ke depankan sedikit kereta saya. Nampak gaya Pak cik kereta Kia tu buat macam tak nampak saya menunggu. Dia potong kereta saya even tempat tu sangat sempit. saya tinggalkn sedikit ruang untuk kereta yg nak keluar tu ada ruang untuk keluar. Tapi ruang tu lah pak cik tu mencelah masuk hingga hampir2 bergesel dengan side mirror saya. Saya pandang pak cik tu, pak cik tu buat seolah-olah saya tak ada dalam kereta saya. Umpamanya kereta saya tu macam bergerak sendiri untuk menghimpit sedikit keretanya.

Kereta yang nak keluar tu bagi lampu pada pak cik tu untuk bagi ruang dia keluar. Tapi pak cik tu buat tak tahu juga sehingga pemandu tu buat keputusan keluar ikut kiri even ianya salah. kereta tu keluar je,pak cik tu terus masuk. Saya dalam kereta tak tahu nak cakap apa, marahnya sampai saya menangis. bukan sedih tak de parking, tapi saya menangis sebab saya tak boleh nak keluarkan perasaan marah saya ketika itu. Rasanya dalam hidup saya, tak pernah saya rasa marah macam tu sekali sampai mulut terkunci. memang tak tahu nak cakap apa. 

Dan lagi saya marah, dia turun kereta dengan gaya nak cepat, kononya dia sorang je lambat dan nak jumpa doktor, pandang saya dengan ekor mata tu. Saya nampak pak cik tu berkopiah, lagi panas hati saya. Waktu tu, memang perasaan geram tak leh nak digambarkan. Waktu menulis ni, perasaan geram masih menyelubungi dan hati kecik ni berkata "geram rasa nak langgar je pak cik tu..". Masa tu memang saya menangis, nafas pun turun naik, tapi tak de la meraung-raung, kan orang lain tengok dianggapnya saya ni sewel. Saya beristighfar, cuba control marah saya. Tapi sampai sekarang pun, bila saya ingat peristiwa tu, saya memang rasa cukup marah. 

Perlu ke sikap macam tu diamalkan even pak cik tu tua dari saya. Nak cakap dia tak nampak kereta saya, tersangatlah mustahil. Entah la, tak tahu nak cakap bila sikap pentingkan diri sendiri menguasai hati dan rasa hormat pada orang lain tak ditanam dalam diri. Nak orang hormat kita, pastikan diri kita hormat dlu orang disekeliling kita. Harap saya tidak terikut-ikut dengan sikap orang "lama" yang sebegitu. Sekian.......

*keputusan fallicular tracking tu saya akn buat kat entri lain. Mood dah hilang bila ingat pak cik tu. (-,-)




Monday, September 26, 2011

Cerita Bersambung

Oklah..sambung entri hari tu.Sebenarnya malas dah nak menulis. Sebab dah janji terpaksa jugak tulisnya.

Jom sambung cerita hari tu. Dah abih makan-makan, perut dah kenyang, saya dan suami mula minta diri dulu sebab lepas tu kami nak menghala ke shah alam dan klang. Ade dua lagi rumah yang perlu dituju.

So, bila dah turun bawah, tetiba hujan turun dengan lebatnya. Sah-sah kami tak de payung. Dan ade lah sekumpulan budak-budak tengah bermain kat parking motor. Kami pandang diaorang, dan diaorang pandang kami. Tetiba laju je mulut saya ni bersuara “dik, ade payung tak?”
Budak tu tersengih, “ade, kat rumah, akak tunggu jap ye”
Suami aku bertanya “rumah kat mana”
Budak (sebab xtau nama) : tingkat 8 bang.
Suami : eh, tak payah lah dik.
Budak : tak pe bang.
Suami : tak payah la...

Tapi budak tu buat tak tahu je sambil tekan butang lift. Mungkin lama menunggu pintu lift terbuka, dia berlari menaiki tangga. Saya menjerit, ”dik, tak payah la..ujan dah nak reda sikit ni”. Dan dia juga menjerit ”akak tggu je.”

Dalam 5-6 minit menunggu, saya terdengar ade orang berlari-lari turun dari tangga. Dan terdengar juga pintu lift terbuka. Dan budak lelaki tu berlari dari tangga menuju kepada saya, dan saya sempat melihat dia menyapa budak perempuan keluar dari pintu lift yang juga membawa payung ”hahaha, aku sampai dulu”.

Dan saya bertanya, siapa budak perempuan tu, dia cakap itu kakaknya. Kira siapa cepat akan bagi payung tu dulu pada aku dan suami. Sempat lagi dia menyuruh kakaknya membawa payung untuk kami. Wah, saya sungguh kagum dengan sikap budak lelaki tersebut yang baru berumur 9 tahun dan kakaknya 11 tahun.

So, after dia hantar kami ke kereta dalam hujan lebat tu, suami menghulurkan ‘angpau’ padanya. Sampai ke sudah kedua-duanya tak mahu ambik duit tu. Lastnya aku cakap “dik, ok, tu bukan upah, tapi bagi untuk duit raya ok..kan masih raya ni..ambik la..ikhlas ni.”

Dengan malu-malu keduanya ambil duit tu setelah dipaksa-paksa oleh kami. Hurm, itulah ceritanya. Sungguh mulia kan hati kanak-kanak tu. Semoga dia sentiasa dilindungi daripada Sebarang kejahatan. Amin….

Hari kejadian tersebut. Itu hanya rembat anak orang je.heheh
harap nanti leh pegang anak sendiri..amin..

Saturday, September 17, 2011

Syabas…masih bermasyarakat..

Assalamualaikum semua…

Wah, sekarang masih kekenyangan. Hari ni begitu banyak jemputan untuk saya. Dua jemputan kenduri kawin dan tiga jemputan open house. Tak termasuk kawan-kawan en.suami. Cuba memenuhi segala jemputan. Tapi still ade juga yang tertinggal. Sorry sesangat.

Sebut pasal open house nih, tadi saya ke jemputan kawan en.suami di Flet Raya Permai, sungai besi. So, sebelum ni, tak pernah ke sana, kat sana begitu banyak blok bangunan sehingga begitu sukar untuk saya dan suami cari blok kawannya.

Bila dah sampai ke tempat yang dituju, saya dan en.suami berjalan mencari lif dan dari jauh kami melihat sekumpulan warga emas sedang berborak dan Nampak begitu mesra. Ada lelaki, ada perempuan. Yang kagumnya saya, mereka adalah satu Malaysia. India ada, cina ada dan melayu pun ada. Belum sempat kami bertanya mana arah nak dituju, mereka dah mengajukan soalan untuk kami dan menunjukkan arah ke mana kami perlu tuju. Lagi sekali kami tergamam dengan keramahan mereka. Dalam lif, en.suami bersuara “baik-baiknya orang kat sini kan”.

Pada pendapat saya, kehidupan di Bandar yang penuh dengan kesibukan, masing-masing mengejar masa dan kebiasaannya  memang sukar nak dilihat masyarakat di Bandar nak bermasyarakat sebegitu dan prihatin dengan orang disekeliling. Jadi, dengan keprihatinan, sikap bermasyarakat mereka tersebut banyak memberi kelebihan dalam komuniti. Sekurang-kurang, mereka mengenali siapa jiran mereka, sikap kejiranan beginilah yang akan mengukuhkan sebuah komuniti dan sikap prihatin terhadap orang disekeliling secara tak langsung boleh mengurangkan aktiviti yang tidak sihat seperti mencuri dan merompak. So, syabas kepada mereka…Seharusnya sikap sebegini perlu ada dalam diri kita. Sekian…untuk hari ni.

* next entri, peristiwa yang buat saya  kagum dengan sikap kanak-kanak di kawasan tersebut. Sungguh baik hati masyarakat di situ..

Friday, August 19, 2011

Terlajak tidur pula hari ni.


Selamat pagi semua.
Hari ni,  aku celik mata, terus saja terbangun dari tidur dan selak langsir. Masih gelap. Tapi terdengar bunyi motor kat luar dan bacaan ayat-ayat suci al-quran sayup-sayup je kedengaran.

Dalam kepala dah ligat berfikir, "jam berapa dah ni?" cepat-cepat raba cari enset. 5.54 am..
Alamak!!sah2 terlepas sahur. En. Suami yg syok tidur sebelah bukak mata tengok bini dia panik-panik. ’Kenapa nya”..
”tak sahur la kita hari ni”
”urmm..” katanya.

So, saya bangun, mandi solat siap bagai..tengah syok conteng muka, tetiba en.suami terkejut dan terus bangun. 
Waktu tu jam 6.30. ”eh, kita tak sahur ke?’
”ish abg ni, yg tadi saya ckp tu apa. Ke mengigau tadi..”
" entah, xsedar bila b’cakap ngn awk.." sambil bangun dan menuju ke bilik air dengan muka yang berkerut-kerut. 
Saya pesan dari jauh. " Abg, jgn minum pulak ye.. ..kot2 mengigau lagi tu..."sambil gelak-gelak
"kalau mengigau, minum ke makan ke kira rezeki la tu " jawan en.suami. 
"mslahnya dah tak mengigau kan " dan dengar pintu bilik air ditutup. 

So, tergolek-golek la kami hari ni nak menunggu waktu berbuka. Masuk hari ni, adalah kali kedua kami terlepas sahur. Hihihi

Sekian.

Thursday, November 4, 2010

~ Sakit mata nengoknya ~




Haih, pepagi nih boring duk rumah, maklumlah orang lain belum start cuti, sekolah aku dah cuti dari semalam. So, oleh kerana keboringan pepagi nih, aku keluarlah g beli "Berita Harian" dan aku terus ke bank untuk bayar kereta (cash machine).

On the way balik tu, sesampai je kat traffic light (merah= berhenti, mase ni duk line kanan), ade satu kereta depan aku, tetiba pemandu lelaki tu keluarkan tangannya dr tepi tingkap, dan mencampak satu plastik kecil. Tak silap aku plastik tu, plastik dari fast food yg glemer kat malaysia nih. Aku mengomel sendiri "hish orang nih, tak malu ke buang sampah camtu".


hah, macam nilah gayanye org tu campak sampah

Kemudian, dicampak lagi sampah dari keretanya. Dan mungkin dia perasan aku perhatikannya, dia pandang cermin tengah. So, aku pun pandang je lah. Kemudian aku nampak pemandu tu tutup tingkap keretanya tu. Pada pendapat aku, mungkin dia dah segan kot.

Hishh, tetapi dengan tiba-tiba lak, anak-anaknya kat sit belakang tu lak buka tingkap dan mencampakkan sampah (plastik, bekas air). Kemudian si pemandu tu, lagi sekali buka tingkap dan mencampakkan tisu. Grrrrrrrr, geramnya aku tengok. Memang rasa sakitlah mata. Hurm, tak de rasa tanggungjawab langsung kt persekitaran. Apa lah salahnya simpan dulu sampah tu, nati dah sampai kt rumah ke buanglah kt tong sampah. Dan aku rasa bukan aku je yang sakit mata nengok tu, ade gak penunggang motosikal yang ade kat situ memandang ke arah family tu.



So, aku yang nengok ni, tak tau nak buat apa. Takkan aku nak turun g kutip sampah tu. Kang tetiba hijau lak traffic light tu. Hhuhuhuhu. Tapi, ade uncle yg bwk motor nih mcm marah. Aku tak delah dgr dia ckp apa, tapi aku nampak uncle tu tunjuk sampah tu dan tunjuk ke arah kereta tu sambil menggelengkan kepala. Tetiba pemandu kereta tu hon kat uncle tu. Marah kot. Dahlah dia buat salah, nak marah orang lak. Hurm, memanglah pemandu tu, tak ingat ke anak-anak ade dalam kereta tu, tengah belaja tindakan yang ayahnya (maybe) buat. Sepatutnya bagilah contoh yang baik kat budak-budak tu. Haih, tak tau lah nak cakap apa. Kalo korang ade kt tempat aku tu, apa tindakan yang korang buat??....:)

Then, bila dah lampu hijau kitaorg pun jalan. Maybe kereta family tu kereta manual, agak slow la, so, aku tukar line ke kiri, dan potong kereta tu serta dengan berani aku memandang orang-orang yg ade dalam kereta tu. Tapi sempat aku tengok muka pemandu tu macam bengang je..huhuuuuu..sekiannnn..

Saturday, October 30, 2010

:: Bila melihat perut sebegitu ::

Haih, apa lah tajuk entri aku nih. Teruja ke korang nak tau kisah nih. Semalam, aku kena hadirkan diri kat taklimat induksi di Peransang Templer Golf Resort kat Rawang.

Sewaktu taklimat tu bermula, aku tertengok seorang pempuan yg sedang pregnant dalam 7-8 bulan yg agak muda masuk daripada pintu tepi sebelah kanan ballroom, sedang tercari-cari tempat duduk. Kesian aku tengoknya yang tercari-cari tempat untuk duduk. Tak de seorang pun yang sudi bangun utk tawarkan tempat duduk kpdnya. Aku hanya memandang dari tempat duduk aku ditengah-tengah ballroom yang besar tu.

Tetiba ada seorang pegawai bertugas membawa kerusi untuk perempuan tersebut. Namun, tetiba aku teringat kisah waktu aku study dulu. Boleh dikata tiap-tiap weekend aku aku balik ke rumah abg aku di bangi. So, aku dari Tanjung Malim, naik bas turun di Hentian Puduraya, kemudian naik lak star LRT, trun di Bandar Tasik Selatan dan kemudian naik lak Komuter ke stesen UKM.

Suatu hari tu, sewaktu dalam star LRT, aku dapatlah tempat untuk aku duduk. Dan sesampai di stesen Hang Tuah, seorang perempuan pregnant dlm umo 30 kot masuk dan berdiri ditepi pintu LRT tu. So, aku kesian melihat dia yang berdiri tu bangun dan menawarkan tempat duduk aku. Tapi, dengan terkejutnya aku bila akak tu menjawab "kau nampak aku ni tua sangat ke, dah tak larat sangat ke..aku masih boleh berdiri lagi la..". Ya Allah, malunya aku rasa. Semua orang dalam gerabak tu pandang aku. Aku diam dan dapat rasa tersirat darah naik ke muka aku. Dan aku duduk kt tmpat aku tu balik. Malu tak terkata rasanya.

Dan stesen yg berikutnya, naik lak seorang lelaki dlm lingkungan 28-29 cmtulah. Lelaki tu pandang akak yg pregnant tadi dan pandang aku sebab aku org paling hampir dengan akak tu. Maybe dalam fikiran lelaki tu cakap aku ni tak prihatin tak bagi akak tu duduk. Aku buat-buat tak tahu jer.

The next station, ade mak cik sbelah aku turun dan lelaki tadi dengan penuh bersopan dan prihatin mempelawa akak tadi duduk. Hahahaha, dengan ayat yg sama akak tu menjawab "ishh, aku larat lagi la berdiri, kenapa..ko nampak aku tua sangat ker. tadi dah sorang, ni sorang lagi.."sambil akk tu pandang aku. Dan dengan berani lelaki tu jawab ''saya kesian dengan akak sbb tgk akk bawak perut tu, bukan nak terima kasih pun, kalo tak nak duduk pun ckplh elok-elok.'' Dan lantas lelaki tu duduk kat sebelah aku.

Dan lelaki tu tanya aku"awk dh pelawa ddk ke tadi?''.."aku senyum dan angguk saje. Lelaki tu tanya lagi "dia pun ckp cmtu gak ke tadi?'' aku jawab "ha'ah,'' "so, awk diam je ke..?" "humm, takpe, awk dh tlg jwbkn utk saya.." dan lelaki tu senyum sambil mengomel "nilh, tak tolong salah, tolong pun salah.."

Dan bila aku tersedar dari lamunan, aku tgk pempuan yg kt tepi ballroom tadi dah duduk dan tersenyum dengan pegawai yg berikan kerusi tersebut. Seingat aku, selepas kejadian dlm tren tu, aku lebih berhati-hati nak menawarkan pertolongan dengan golongan sebegitu. Aku lebih prefer utk tolong OKU dan orang-orang yg dah berumur (pakcik makcik).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...