Tuesday, May 28, 2013

PAKAR ENT PULA

Hari ni ke pakar ENT hospital Putrajaya sebab ada infection dalam telinga. After abih ubat titis, datang lagi infection tu. So, nak tak nak doktor Hani dari  klinik perdana pucak jalil rujuk saya ke pakar ENT Putrajya. 

Hari ni bawa surat, hari ni terus boleh jumpa doktor. Macam serius je. So, masuk je bilik doktor, agak jakun bila doktor suh duk di tempat yangagak jauh darinya. Biasa kan masuk bilik doktor, sure duk sebelah doktor je kan. Bilik tu pula memang kedap udara. Tak dengar bunyi apa pun dari luar. Bila doktor tanya soalan, baru aku perasan, kan memang untuk telinga so patut lah kena duk jauh-jauh. Doktor cakap slow je..tapi masih boleh saya dengar. atau memang saya dah tak dengar. hahahaa. Memang telinga kurang dengar after kena infection tu, sebelah kanan. rasa tersumbat je. Kalau pakai tudung, lagi la tak dengarnya. 

So, after tanya soalan, doktor cek hidung, tekak dan mula menyuluh telinga. Sebelah kiri ok, sebelah kanan, ada nampak merah-merah. Melopong aku tengok skrin tu bila doktor suluh. Jakun katakan. Nasib xde taik telinge. Nurse cakap, ni dah korek-korek sangat la ni, sampai kulit telinga dah masuk ke belakang. n doktor sambung, nampak tak nanah tu. Gerun tengok nanah tu.then doktor cakap dah nak sampai ke gegedang. "kita sucking ye"

saya mula terbeliak bijik mata.dan terus tanya :
saya : macam mana tu doktor
dr : kita guna alat utk hisap keluar nanah tu. 
saya : (panik) sakit tak?
dr : erm, tak sakit..tapi kurang selesa sikit la.

Proses keluarkan nanah dimulakan.. Saya fokus kat skrin tu tengok apa jadi. Habis alat tu menyedut nanah yang belum pecah. Nampak kulit-kulit tersiat. Wauu..ajaib..jakun lagi. hahhaa.. tapi serius tak sakit pun. Cuma bila alat tu dikeluarkan saya jadi pening. Doktor cakap itu perkara biasa, sebab telinga mengawal keseimbangan badan. Saya iyekan aje sebab dah pening-pening. Dah selesai semua, doktor terangkan ubat yang akn saya ambil di farmasi, ape perlu saya buat semasa nak ambil air sembahyang dan mandi agak infection tu tak berulang. 

Doktor sempat juga pesan, jangan korek telinga, korek luar-luar n tepi-tepi je. Jangan nak korek dalam-dalam dan guna besi. Akibatnya begitulah yang akan jadi dalam telinga tu nanti. Terkena batang idung sebab aku suka korek telinga dalam-dalam n pakai besi. Hahaha..best siot..tambah-tambah time telinga gatal. So, kawan-kawan sila jaga la apa yang kita ada, jangan dah hilang baru menyesal. Ni telinga kurang dengar sikit ni dah mula gelabah tak tentu pasal. Apatah lagi yang teruk. Nauzubillah. 

Sekian.

Sunday, May 26, 2013

AMALAN KESUBURAN

Assalamualaikum ..

Alahai lama sungguh blog tak berupdate. Sorry ye kawan-kawan yg datang terjah, tapi tak de entri baru. 

Alhamdulillah kini usia kandungan nak masuk ke 31 minggu. Menjalani awal kehamilan tanpa alahan yang teruk. Muntah sikit-sikit tu adalah. Tapi tak de sampai kena MC kerja atau lembik tak boleh bangun. Selera makan bertambah-tambah. Badan pun memang mengembang. 

Berbalik pada entri sebelum ni, saya ada bagitau nak cerita apa amalan yang saya amalan selain daripada treatment hospital. Ok jom saya kongsi : 

1. MENGURUT : 
Sebelum ni, pernah juga mengurut di ampang. rumah mak cik tu belakang tesco ampang. Pergi ke situ selepas kawan hubby dan 2, 3 orang yang mengandung. Tapi saya, mungkin bukan izin Allah, saya belum juga dikurniakan baby waktu tu 

So, after 3 malam berturut-turut mengurut, dan makan ubat yg bidan tu berikan, ianya tak memberi hasil membuatkan saya sedikit putus asa. Nak pegi lagi, mak cik tu cakap "sabar..tunggu dulu". kerana tak sabar, saya menggoogle mencari tukang urut/bidan yng berdekatan seri kembangan. So, terjumpa dengan kak intan yg tinggal di PUJ 9, Puncak Jalil. 1st time mengurut dengan kak intan ni, saya yakin dengan cara urutan nya. sebab sebelum2 ni tak pernah di urut cara sebegitu. 1st time mengurut,tak silap sebelum raya haji. Rasanya hujung bulan 9. Sempat 3 kali mengurut, miss period bulan 11.Cek UPT alhamdulillah 2 garis.Dengan IzinNya dan kuasaNya. Itu juga yg selalu kak intan cakap dengan saya. Jangan berharap pada dia, berharaplah pada DIA YG MAHA BERKUASA. 

Sepanjang mengurut dengan kak intan, dia ada pantang larangnya. Pantang bab makan je. Tapi semua yang dia mintak pantang tu antara peberet saya. Yg tak boleh di makan :
i - Lada hitam / sebarang sos black paper
ii - Mayonis
iii - Serai, lengkuas, halia (kena kurangkan pengambilannya)
iv - Madu
v - Cuka atau sebarang asam kering atau basah (jeruk2)
vi - Nenas
vii - yg ni bkn makanan : tak boleh pakai pencuci cik "v", cuci pakai air je n ada cara2nya.

itu antara makanan yg tak boleh dimakan. Yg betul-betul saya pantang n langsung tak ambil ialah (i, ii, iv, v, dan vii). Beli burger pun suh brother burger letak sos cili jer..no black paper sos n mayonis. huaaa...

2. AMALAN AYAT QURAN 
Selain dari mengurut, saya sentiasa berdoa padaNya yang Maha Mendengar dan Berkuasa. Saya juga ada buat solat hajat. Amalkan ayat-ayat al-quran dan juga zikir. Ayat yang selalu saya amalkan iala :

i. Surah Ali Imran, ayat 38 :
 

ii. Surah al-anbiya', ayat 89 :
 

iii. Zikir : Ya Musawwir (Zikir ni dibaca sebelum 'bersama')

* ayat-ayat tersebut saya amalkan selepas solat dan kadang-kadang tak kira masa. Waktu memandu, waktu basuh pinggan kat dapur. Bila tringat, saya akan baca. 


3. PEMAKANAN : 

Selain pantang yang kak intan suruh, saya juga pantang makan buah jambu batu. Tak silap mak cik saya yang bagi petua nih. Selain tu, saya ada amalkan air anugerah yang dibacakan 30 juzuk al-quran tu.
 

Saya juga ada amalkan makan buah-buahan seperti anggur dan strawberry yang setahu saya memang bagus untuk kesuburan wanita. 


- Rasanya itu antara amalan-amalan yang saya amalkan. yang lainnya kita berserah padaNya. Yakin lah dengan apa yang kita minta. Tak lupa juga saya selalu minta ma dan abah saya doakan untuk saya. Selalu paksa mak buat solat hajat untuk saya. hahahaa...tiap kali balik kg, tiap kali sebelum letak fon, saya selalu mintak2 begitu. Sebab saya yakin doa ibu dan ayah juga antara doa yang cepat Allah makbulkan. Bila dapat berita gembira, saya bersyukur padaNya yang Kuasa dan saya berterima kasih pada ma dan abah saya.  Saya masih ingat ayat sebelum beritahu ma abh berita gumbira tu "nilah berkat doa ma ngan abah la ni..terima kasih..tadi g klinik, dah cek, mengandung dah...doa la lagi bagi semuanya selamat..." .

oklah, dah berjela panjang entri ni..jumpa di next entri ok.. tatatititutu..

Monday, February 11, 2013

Rawatan Kesuburan Saya

After berita gumbira ni makin tersebar, ramai pula rakan-rakan yang senasib bertanya apa yang saya amalkan, makan ubat apa, buat treatment apa, sampai boleh datangnya rezeki mengandung sekarang ini.

Ok, saya akan usahakan untuk ceritkan kronologi kisah saya ini. tapi mungkin entri ini akan berjela-jela panjangnya.

1. Mase muda remaja a.k.a anak dara :

Saya memang menghadapi masalah period yang tidak teratur sehingga terpaksa ambil ubat norculat untuk turun darah. Bila mak bawak jumpa pakar, doktor cakap itu normal. Normal kah? kalau sampai 3-4 bulan tak period..aiyo. Tapi waktu hingusan, so percaya bulat-bulat.

2. Selepas kawin :

Masih alami masalah sama. Kerisauan melanda bila usia perkawinan masuk 6 bulan. Mula terngiang-ngiang kata doktor, "bukan tak boleh mengandung, tapi susah sikit sebab period tak teratur, so tak tahu nak kira waktu subur awak"

Kerana risau, Pertama sekali terus nak buat treatment di Hospital Pakar Annur. Buat appoinment dgn doktor Fatimah. Doktor pula tak mahu buat rawatan. Katanya normal jika period memang tidak teratur sewaktu anak dara dulu. Dan doktor minta buat rawatan selepas usia perkahwinan masuk 2 tahun. ikut pandangan Doktor Fatimah, 80 % tahun pertama perkahwinan untuk mengandung, 97% kemungkinan mengandung naik pada tahun kedua. itu sebab kena tunggu 2 tahun dulu baru buat rawatan. So, saya akur.

Oleh kerana perasaan nak menjadi ibu membuak2, saya ke O & G Hospital Serdang. Doktor juga terangkan benda yang sama mcm dr. Fatimah terangkan. Doktor nak saya pregnant sendiri (normal) tanpa rawatan ubat kesuburan. Jadi flow treatment sy di hops. serdang agak lambat. memang dia nak tunggu usia perkhwinan saya masuk 2tahun. Jadi mereka usahakan untuk teraturkan period saya dengan beri saya makan lebih kurang pil perancang. 

Bermacam ubat perancang saya makan, 1st provera: ubat yang ni memang kena makan tiap-tiap hari, terlupa je makan untu sehari then continue balik, pasti 3 hari selepas tu saya akan period even belum sampai masanya. Setelah bagitahu doktor tentang masalah ini, doktor bagi pula duphaston. kata doktor ubatnya lagi natural dengan horman badan manusia. Even mengandung, ianya tidak menjejaskan bayi yang dikandung. Beberapa bulan mkan ubat ni, period saya teratur dengan kitaran doktor.

Bila usia perkahwinan dah masuk setahun setengah, doktor mula bagi saya makan clomid. Sebelum ni ada saya share entri. Dos semakin meningkat. Nampaknya saya resistant dgn clomid. Dan doktor sahkan saya PCOS. Memang perkara ni sangat merisaukan saya. Kerana kebanyakkan info yang digoogle, pesakit PCOS memang sukar untuk mengandung. Saya positif kan diri even ada sedikit rasa sedih dan takut serta rendah diri.

Tiga kali kitaran clomid saya ambil hingga dos maksimum 150mg, doktor O&G Hospital Serdang refers kan saya ke pakar fertility under UPM. 1st jumpa doktor tu bersama dua pelajar praktikal. Doktor tu bagi saya sedikit harapan dan dia memang ada keyakinan saya boleh mengandung normal tanpa sebarang ubat atau IUI. Namun, mungkin nampak saya tidak sabar, doktor buat bagi saya membuat pilihan tindakan setelah beliau terangkan dengan begitu detail sekali masalah saya yang sebelum ni saya memang blur2. Mmg sangat puas hati dengan doktor Sharifah (tak begitu yakin namanya, lupa sebab sekali je treatment denganya).

Doktor sekali lagi suruh saya ambil perancang Dianne (tak pasti ejaannya) untuk teraturkn period saya lagi sebagai standby untuk saya buat IUI. Saya memang memilih buat IUI dahulu sebelum buat Ovarian Drilling (laparoscopy). Dan doktor memang nak saya buat pilihan begitu. Oh terlupa, sebelum saya di refers ke doktor sharifah, after kali ketiga makan clomid, doktor O&G serdang bagi saya makan metformin (pernah cerita juga di entri) untuk meningkatkan sensitiviti ovari saya terhadap ubat (clomid) taua rawatan seterusnya. Ubatnya hanya boleh dimakan selama 6 bulan sahaja. So, mase jumpa doktor sharifah, dia still suruh saya continue metformin tersebut dan minta dalam mase 3 bulan saya kena buat HSG (rawatan x-tray utk cek tiub fallopian tersumbat atau tidak). 

sekali lagi saya menggoogle memcari info pasal HSG. Semua respon menyatakan benda ni agak menyakitkan. Saya takut even saya kuat semangat. Saya cuba bertanya Diela , dan diela selalu juga bagi semangat untuk saya. Nampaknya diela juga tak pernah buat HSG. Otak mula ligat cari alasan bila sampai tarikh masa utk buat HSG tersebut. After 3 bulan, saya still tak buat HSG tersebut. Tiba hari appoinment doktor, saya dah fikir apa alasan nak bagi pada doktor Sharifah. Namun, bila masuk je bilik agak terperanjat sebabnya doktor lelaki. (Prof Ismail tak silap saya, asyik lupa nama doktor la) dan 3 doktor praktikal LELAKI.  Mau tak gabra, gelabah, gigil, cuak aku nih. Nasib baik hari tu just review problem je sebab doktor tu gantikan doktor sharifah yang sedang bersalin. 

Prof Ismail menetapkan period bulan November confirm utk buat IUI dengan nya. Bila balik berbincang perkara ni dengan suami, suami diam tak bagi tanda setuju atau tidak setuju sebab dia tahu saya sebolehnya tak mahu dengan doktor lelaki. Tapi, kalau terpaksa, terima saja lah kan. 

So, dalam menunggu period bulan November tu, tunggu punya tunggu, tak juga period. Dan akhirnya, Maha Suci Allah telah menyambut doa kami.Tak tahu dimana usaha itu berhasil sebab saya yakin semuanya adalah Kuasanya Yang Maha Besar. Allahu Akhbar.!

Itu lah kisah perjalanan saya berusaha mendapatkan rawatan kesuburan. Bagi rakan-rakan yang masih menunggu, sabar...jangan putus asa. Kuatkan semangat jika nak buat rawatan ni, kena disiplin makan ubat even saya asyik cikelat juga. Tapi seingat saya, 3 bulan sebelum saya disahkan hamil, saya sangat konsisten dengan ubat metformin dan Daienne tu. Dalam masa yang sama, banyak juga yang saya amalkan dan saya ada buat rawatan mengurut bermula sebelum Raya Haji. Sempat mengurut 3 kali, dan Alhamdulillah saya hamil. Mungkin  dari usaha itu juga saya dikurniakan hasil ini. *kisah mengurut dan amalan lain saya buat, saya cerita di entri lain ye kawan-kawan. dah panjang berjela nih. sekian. 

**Masih mengharapkan doa daripada rakan-rakan agar saya dan baby ni sihat**

Friday, January 18, 2013

Positif

alhamdulillah...

Syukur padaMU ya Allah kerana mendengar doa kami. Akhirnya setelah 2 tahun 5 bulan menanti, Allah kurniakan kami perasaan itu. Alhamdulillah kandungan sudah masuk 12 minggu (3 bulan). Berkat doa dari kawan-kawan juga lah saya diberi anugerah ini dari Dia yg Maha Esa. Dan sekali lagi saya minta kawan-kawan doakan semoga kandungan saya kuat dan selamat dan jauhkan kami daripada segala penyakit.

Memang tersangat tidak percaya bila buat UPT naik double line tapi kabur2. Sebenarnya saya menunggu period bulan november untuk bersedia buat IUI setalah setahun lebih treatment di Hospital Serdang. Even mak tak bagi "jolok" sana sini, saya kuatkan semangat saya sebab saya tahu sekiranya IUI tidak menjadi, banyak lagi step yg perlu saya jalankan. HSG, Laparoscopy Ovarian Drilling. So, saya tak nak ambik masa semua tu, itu buat saya kuat semangat untuk buat IUI.

Dalam menunggu period, tak juga "dia" kunjung tiba. saya buat UPT, mse tu masih satu line.Selang seminggu saya demam yang teruk. Pelik dengan demam tu sebab ada sedikit muntah-muntah. So, saya mula fikir saya mengandung, tapi mcm tak nak letak harapan sgt sebab selalu sgt -ve. kebetulan kat umah mmg ada UPT, dengan tak sabarnya saya terus buat test tu di tengah tengah hari buta. Naik dua garis yang agak kabur. Saya wasup kawan dan kak ipar tanyakan hal ni. Semuanya cakap sila cek pagi2. Mlm pula keluar mkn, singgah lagi farmasi utk beli upt. terus beli 3 test termasuk digital punya. balik rumah macam tak boleh tunggu pagi esk, saya buat upt lagi. Naik garis dua. Masih tak percaya. Cakap pada en.suami, dia senyum panjang sambil blur2. So, esk paginya buat UPT lagi. Kali ni guna digital dan keputusan "pregnant : 2 - 3 weeks". Lagi sekali wasup kwn, zue zul. Mase tu tak tahu nak cakap apa. Terus solat subuh n buat sujud syukur.

Kerana risau dengan demam yang makin panas, saya ke klinik dan doc mmg sahkan sy pregnant. Saya diberi ubat dengan dos yang sesuai untuk org pregnant. Dan ikut pengiraan doktor EDD pada 29 Julai 2013. Insyaallah, seminggu sebelum raya tuh.hehe. Doakan yang terbaik untuk saya ye kawan-kawan, dan saya juga sentiasa mendoakan kawan-kawan saya juga sentiasa dimurahkan rezeki. sekian dulu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...