Thursday, August 11, 2011

Suatu Malam di surau

Assalamualaikum kawan-kawan.

Alhamdulillah, pejam celik-pejam pelik dah masuk hari ke-11 kita berpuasa, dan sepuluh hari yang kedua ini adalah merupakan fasa pengampunan kata ustazah kat sekolah saya tengahari tadi. So, sama-samalah kita beramal ibadah dan memohon keampunan daripada-Nya. 

Ini pula cerita tentang solat terawih. Pengalaman lucu ketika tu,  saya tengah tunggu keputusan STPM. Kat kampung, surau hanya 150 meter je dari rumah saya. Boleh kata, kalau berbisik dalam rumah tu orang kat surau boleh dengarlah.
Kisahnya, seorang mak cik ni, umur lebih kurang dalam 70-80 tahun la kot. Tiap-tiap malam after siap terawih, bersalam dengan mak cik ni, pasti soalan dia "anak sape nih ". Letih aku nak menjawab soalan yang sama tiap-tiap malam. Situasi ni, bukan berlaku kat surau je, if petang tu, dia lalu depan rumah nenek aku dan terkebetulan aku ade kat situ itulah soalan yang keluar. Aku tak kisah pun, sebab aku tahu mak cik tu agak pelupa dan suka melatah.

Bab melatah tulah yang buat aku tersenyum dalam solat terawih aku. Dah lah waktu tu dah masuk solat sunat witir. Kisahnya, aku berada di saf depan. dan biasenya aku akan pilih tempat yang cun-cun bawah kipas. So, kenalah satu malam tu, mak cik ni berdiri sebelah kiri aku. Bila berada saf depan, pastilah ada langsir yang memisahkan antara tempat solat lelaki dan perempuan. Langsir tu pula, bergerak-gerak ke depan sesekali tu ke belakang. Biasanya aku akan selitkan langsir tu bawah karpet dan sejadah aku. Tapi tak tahulah macam mana malam tu, angin kuat atau kipas yang laju membuatkan langsir tu terlepas dari selitkan karpet. 

So, apa lagi mengganas la langsir tu. nasib aku berada berdekatan tiang, jadi langsir tu belum pun sempat mengena kat aku. tetapi ketika tengah sujud, aku dapat rasa langsir tu membuai-buai kat belakang aku, dan nasib aku baik waktu aku bangun tu, langsir tu dah terlepas dari aku, namun tetiba aku nampak mak cik sebelah aku diselimuti langsir tu dan terpisah berada di bahagian lelaki.Kiranya langsir tu berada di belakang mak cik tu.

Mak cik tu melatah, dengan tak semena-mena dia mengeluarkan diri daripada langsir tu dan mengomel " menate langsir nih" = Binatang langsir nih. perkataan yang mak cik tu keluarkan buat aku tersenyum sendiri. Rasanya bergegar-gegar badan ni menahan gelak. Tapi aku cover sebab aku nampak mak cik tu sambung solat balik. Aku pun mengong waktu tu, teruskan solat juga. 

Tapi, after orang dah siap solat witir tu, tengah orang baca doa, aku bangun dan solat semula, tetiba mak cik tu juga bangun dan tetiba juga dua orang lain lagi sebelah mak cik tu turut bangun menunaikan solat sunat witir. Maksudnya bukan aku sorang je gelak, orang lain kat sebelah mak cik tu tergelak sama kot. hihihi, sekian. 

* after malam tu, aku dah tak duduk saf depan, duduk saf kedua tapi still bawah kipas.heheheheh

4 comments:

eKa said...

adoyai...kelakar....entry awk ni buat eka gelak sorang2,sampai en somi pun tumpang gelak sekaki....besh oh tgk org melatah...

suSuEmIMiE said...

hahaha..eka yg baca pun blh gelak, cuba eka bygkn eka kt sblh m.cik tu...mahunya pecah perut tahan gelak..kih3...

Diela Zaimi said...

hahha mmg lawakla sue...nasib baik bukan sue yg terkena mcm makcik tu...malu tu tetiba termasuk kat bhgian lelaki...mst yg lelaki pun terkejut camne tetiba ade pompuan plak ni...hantu ke....hehhehe

suSuEmIMiE said...

haha..diela, kalu su yg kena..xtahu lah ape tndakan sue...hi3...kot2 melatah juga nanti..

ha'ah kan cmane org2 lelaki kt ctu..tp biasa bdk2 kecik yg belum baligh je duk kt lagsir tu..kejap2 diaorg selak langsir...sure t'peranjat la kan..hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...