Wednesday, July 20, 2011

Makan Maggie Mentah

Assalamualaikum..

Hai, hai, hai…pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan dah kita ni ye. Jadi, sebagai umat islam, adalah wajib untuk menunaikan rukun islam yang ketiga itu.

Kemeriahan bulan Ramadhan sudah mula dirasai. Di tv-tv pula, iklan-iklan buah kurma semakin rancak diiklankan. Jadi semakin hamper ke bulan puasa, saya semakin dihantui peristiwa-peristiwa yang membuatkan kadang-kadang saya tersenyum bila diingat balik.

Ini adalah kenangan masa kecik-kecik dulu. Ha, korang pernah cikelat puasa tak masa kanak-kanak dulu. saya budak baik, tak pernah cikelat masa puasa. Sebabnya dulu kalau tak puasa penuh, ia adalah sesuatu perkara yang cukup memalukan, duit raya akan dapat ciput je berbanding orang lain. Dan bila tak puasa penuh juga, boleh dikatakan seminggu raya pun ejekan-ejekan jelik dari kawan-kawan, sepupu sepapat membuatkan saya nekad berpuasa penuh ketika kanak-kanak dulu.

Tapi, masih saya ingat waktu tu saya darjah dua, saya ditipu bulat-bulat oleh abang saya membuatkan saya telah tercikelat daripada puasa. (ceh tak nak ngaku, padahal imam tak kuat =_=). Seingat saya juga, waktu tu hanya tinggal dua atau tiga hari je lagi nak raya. Pokoknya, kalu saya tak ditipu waktu tu, pastinya saya puasa penuh tika itu. Waktu tu juga, baju raya, kasut raya dan semua berkaitan raya sudah di beli oleh abah dan ma tercinta.

Alkisahnya, dah hampir nak raya, semua sepupu sepapat sudah berada di rumah nenek yang bersebelahan saja dengan rumah saya. So, bila ramai-ramai berkumpul, saya seronok la melepak di rumah nenek saya (kecik-kecik dh pandai lepak oo). Seingat waktu tu kami beramai-ramai (lelaki + perempuan) sedang bermain nyorok-nyorok dalam satu bilik di rumah nenek. After main, mula lah penat, rasa dahaga dan rasa lapar. Maklumlah puasa. Dan tetiba, saya punya kazen ( 7 tahun) yang tak puasa telah mengeluarkan mee maggie, bukan mammie ok. Direnyuk-renyuk maggie tu dan dimasukkan perencahnya lalu dimakan dengan sedapnya. (makan mentah-mentah, ini perkara biasa masa saya kanak-kanak)

Jadi, saya yang melihat mula meliur-liur (tipu lagi) nak juga maggie tu. So, kazen-kazen saya yang lain ada yg umur bawah dari saya, sebaya saya mula berebut-rebut menyeluk ke dalam plastik maggie tu. Mereka makan bersama-sama, sedangkan saya hanya melihat mereka menjilat-jilat perencah dijari mereka. Betapa laparnya mereka. Hahahaha.

Kemudian satu pek maggie lagi dikeluarkan. Waktu tu abang (11 tahun) saya , mula menghasut saya. Dan pakatan mula berlaku bila kazen saya (12 tahun) juga mula menghasut saya.

 ”eh, sue, mung tak nak makan ke ?”
”tak nak la...nanti ma marah ”
‘eh, makan je lah…aku tak kan cakap kt ma pun’
saya menggelengkan kepala.
‘wey, makan la..aku tak cakapnya kat ma…makan..sedap tu..abih nanti kan’
‘ sungguh ke mung tak cakap kat ma’ (mula terpengaruh)
”sungguh...”

Tapi waktu tu aku masih was-was sebab adik bawah aku-eg (umur 6 tahun) pun ada di situ. Kiranya adik aku tu dah batal puasanya sebab dia dah join makan sekali maggie tu.

”nanti eg cakap kat ma’
’eg..mung jgn cakap kat ma...kekgi ma tak bagi duit raya ’ arah abang saya tu pada eg.

Eg, yang patuh, hanya menganggukkan kepalanya.

So, saya apa lagi..mulalah membukakan puasa saya pada hari tersebut.

Dipendekkan cerita, balik je rumah, saya dan eg di marah-marah oleh ma kami. Nasib baik waktu tu abah tak de kat rumah. Ma tahu yang kami tak puasa. Rupanya janji abang saya tu tadi hanya nak kenakan kami berdua. Ma aku tak de marah sangat dengan si eg. Mungkin waktu tu dia kecik comel lagi.

Dengan saya, emak marah bukan main, juga mula mengugut nak hantar balik kasut raya yang sememangnya saya diberi penghormatan untuk memilih kasut itu sendiri. Ma, dengan beriya-iya menyakan kasut tu akan dhantar petang tu juga. Saya mula menangis, eg juga menangis. Dan waktu tu saya nampak abang terjojol dipintu biliknya sambil tersengih-sengih dengan gigi nya yang besar pada kami. Dan hingga waktu ini aku masih terbayang muka jahat abang aku tu. Geram je. Rasa nak terajang pun ada. Hahahahah

Itulah serba sedikit kenangan kecik-kecik dulu. Dulu puasa sebab nak duit raya, baju raya dan sebagainya. Sekarang tak de nya nak dapat duit raya. Dah tua bangka dah. Hahahah. Tapi rupa-rupanya syok sangat dapat bagi duit raya kat budak-budak nih, tengok diaorang yang excited. Kadang-kadang depan-depan kita je terus dibuka angpau yang kita bagi tu. Sekian dulu lah entri yang panjang berjela nih. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...