Friday, May 27, 2011

CUTI Oh CUTI..

Salam jumaat. Wah nampak gaya hari ni mood dh down sangat-sangat untuk bekerja. Hanya ade mood nak bercuti ni. Kalo dah namanya cuti, sure lah saya akan balik kampung. Mana lagi tempat yang aku nak tuju selain balik kampung.

Dan bermula pagi esok, symptom-simptom, “saya sayang tilam saya, tilam saya sangat empuk, tilam saya sangat selesa, ouch sejuknya pagi ni” akan bermula. Tetapi dalam masa yang sama, saya tak mau selimut saya tu diumpamakan seperti kulit “ba alif ba ya (sila gabungkan dan bunyikan)”.

Hari isnin, insyaallah akan akan bertolak balik ke kampung bersama abg kedua aku. Sekali lagi meninggalkan en. Hubby sorang-sorang di rumah. Ingatkan menumpang orang ni, boleh la jadi datin dalam kereta nanti. Bersenang lenang, belek-belek kuku, tido dan bernyanyi-nyanyi kecil dalam kereta. Rupa-rupa abg aku minta aku drive satu lagi satu keretanya untuk dibawa balik. Nasib baik dia suh aku drive stream nye, kalo suh aku bawak triton dia tu, tak ke menggigil lutut aku nanti. Gayat woo drive kreta tinggi-tinggi ni. Bkn tempat tinggi je gayat.kreta tinggi pn gayat. Hihi 

STOP ISLAND

Harap-harap jadi la plan kami ke sini
 
Paling rase berbunga hati ni, bila perancangan kami sekeluarga nak g pulau perhentian. Tapi perancangan je, belum pasti jadi ke tak. Dan satu lagi kami sekeluarga akan berkampung ke Sutra Beach Resort kat Merang, Terengganu sempena hadiah Mother’s Day untuk mama kami tercinta. Dan paling best, untuk ke Sutera ini fully sponsor by abg long aku. Ini kerna dia dimurahkan rezeki di naikkan pangkat sebagai manager kat maxis. Humm, rezeki orang je nih, bila rezeki aku ni. Tapi paling dan tersangat tak best bila en.hubby ku tak dapat nak join sekali. Memang tak best. Sure aku macam ayam berak kapur je kat sana nanti. 

Sutra Beach Resort

Tak dpt g pulau, bertenggek di sini pun jadilah


Dan dalam seminggu nih, aku berusaha memujuk incek suami cari cuti untuk aku dan dia ambil peluang bergumbira bersama-sama di atas ke sponsoran abg aku tu. Tapi nampak gaya, saya punye pujukan tu tak memberi kesan je. Sebab incek hubby nak simpan cutinya untuk raya. Itu lagi penting katanya. Huahuahua...

4 comments:

zuezul said...

sue, nanti kenduri fifi, ktorang plan nak bcuti terus..may b redang..jom la join...hehehe

suSuEmIMiE said...

Zue, nti su jelous, korg b'kepit je nt..su sorg2..hi3..en.zarmiza xblk la..tp knduri fifi brape hb?..tkt2 su dh blk cni wktu tu..

zuezul said...

La yeke..ingatkan miemie pun ade gak..die tak pegi la eh kenduri si fifi..tak silap zue 11hb kan?nanti check sml kot.

suSuEmIMiE said...

ha'ah zue, 11hb..mie xg..mula2 dgr dia nk cuti..ntah cmne lak tetiba xjd...huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...