Thursday, May 3, 2012

Ovarian Drilling: Tak lalu makan saya dibuatnya..haishh!!

Mengikut perjanjian, entri ini ditulis tentang keputusan Fallicular Tracking semalam. Semalam merupakan hari ke-13 period saya. Tracking dilakukan untuk melihat dan mengukur saiz folikel. Tapi tersangatlah hampa, bila saiz folikel tu hanya 7.8 mm. Sebelum ni, saya dah buat tracking pada hari ke-11, saiz folikel waktu tu hanya 6.2mm. Mengikut kata doktor, saiz yang ideal ialah 18mm. 

Dalam hati saya rasa sangat sedih. Terfikir, jauh lagi folikel saya nak ke 18mm. Untuk dua hari, pembesaran folikel tu hanya 1.4 mm sahaja.  Doktor mungkin perasan perubahan muka saya waktu tu. Doktor masih bagi harapan, minta saya sentiasa "bersama" suami. Walau pada saya harapan tersebut tersangat la tipis. Tapi saya perlu berusaha,  itu semua kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa. Bila disebutNya "kun fayakun" maka terjadilah apa yang Dia tentukan.

Doktor bagi suggestion pada saya untuk buat Laparoskopi untuk checking tiub fallopio. Tapi, untuk bulan ni, doktor tambahkan dos clomid daripada makan 2 biji kepada 3 biji. Dan sekiranya dengan jumlah clomid tersebut, masih tidak memberi apa-apa effect kepada folikel saya, doktor cadangkan laparoskopi dijalankan kerana berkemungkinan saya punya kilang telur terlalu tebal atau keras atau juga tiub fallopio saya tersumbat, so doktor akan drill sedikit untuk bagi ruang pada folikel untuk membesar. Terkedu saya dengan cadangan doktor. Bermacam-macam perasaan yang ada dlm kepala, takut, macam tak percaya saya ada masalah sebegitu, sedih, dan sebagainya lah. 

Doktor tenangkan saya lagi, katanya jika pihak perempuan yang bermasalah, banyak lagi cara yang boleh dilakukan, akan tetapi sekiranya pihak lelaki yang bermasalah, perkara tersebut sangat susah diatasi. Saya lega sebab suami tak ada sebarang masalah, Yang bermasalah sekarang adalah saya. Saya cukup sedih sebab saya berharap sangat bila dah makan clomid, mengurut, ada rezeki saya bulan ini untuk preggy. Lantas dapat bagi hadiah anniversary 10 Jun ni buat suami. Namun, rezeki belum berpihak kepada saya. Saya perlu kuatkan semangat untuk teruskan hari-hari dengan penantian yang akan datang. Kadang-kadang terasa juga dirinya macam tidak sempurna sebagai seorang wanita. Uh, feelingnya saya kan. Nevermind, i'm ok. 

Bila call en.suami, bagitahu pasal ni dia mula risau. Sekejap-sekejap dia sms saya "syg ok?" . Mungkn dia dah faham benar bini ni lenjanya terlebih sikit. Sikit-sikit nak nangis. Tapi kali ni saya rasa saya sangat lah tabah. Hahaha. Dah kerap sangat dia bertanya cmtu  saya reply "syg ok..abg yg x ok tu..kalut sangat, tunggu je after tambah clomid ni dlu.."

Saya tak tunjuk kerisauan saya pada en.suami. Tapi saya dah mula bertanya pada kawan-kawan tentang perkara ni. Bertanya pada Diela yg pernah lalui proses ini, buat saya sedikit tenang. Saya mula menggoogle maklumat tentang kos, pakar yang terbaik untuk buat laparoskopi ni. Tapi serius la, after jumpa doktor semalam, memang saya tak berselera pun nak makan. Itu semalam, hari ni sambil-sambil nak menyudahkan entri ni saya dah bantai 4 biji tepung pelita. hahaha. 

Tak pe kawan-kawan, kita tengok pula next month macam mana after tambah dos clomid tu. Doakan saya berjaya. Tak perlu la saya drill2 nih. heheh...takut weh..sekian. 

*berfikir-fikir nak cakap kat mak ngan abah..tapi tunggu bulan dpn dlu la..




12 comments:

D Yatie said...

kami doakan semoga semuanya seperti yang diharapkan. aamiin.

suSuEmIMiE said...

thank a lots dayang...:)
Insyaallah semuanya baik2 saja..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

kakD doakan juga utk kamu ye...dan doakan juga utk kakD ye...farah pun nak adik lg....

sabar dik...kakD pun 8tahun juga nak dpt kat farah tu...

suSuEmIMiE said...

ye kak...sama2 kita berdoa...hrp farah dpt adik..insyaallah.:)

Diela Zaimi said...

sabar ye sue...insyaallah masanya akan tiba juga nnt...yg penting jgn give up...apa2 nak tanya leh je tanya...if org tau org leh share...dan lagi 1 jgn terlalu risau dgn mcm2 rawatan yg kena kita lalui tu..fikirkan nak anak je...insyaallah dipermudahkan oleh-Nya...aminnn

suSuEmIMiE said...

Insyaallah diela..time kasih byk2 tau..u dah byk bg info utk I..;)

ieda said...

u have to be strong ok dear ! ... ;)
insyaallahhhh banyakkan berdoa dan terus berdoa .. ;)

suSuEmIMiE said...

trima kasih kak...:)

UMMI FARIS HAIKAL said...

sbr ye sue..Allah nak uji sue n suami dgn cara mcm ni..usaha, doa n tawakal n apa2 keputusan kita kenalah redha..terima qada' dan qadar yg Allah berikan, byk hikmah yang akan menyusul..nrl doa2kan sue sentiasa...moga2 akan ada juga hasilnya nanti..insyaallah ..jgn stress2 ok..hehe

suSuEmIMiE said...

Insyaallah..terima ujian ini dgn redha, dh hrp ada hikmah disblik smua ni..tQ nurul..doa2 kan sue yer..:)

shop2u said...

Masalah kite sama la...tiub falopio belah kanan tersumbat...sy patot buat appoinmnt dgn Dr. Hamid utk laparoscopy..tp 2 minggu lepas husband excident plak patah kaki... sedey..usaha terpaksa ditangguhkan sementara...

suSueEmiMie said...

@shop2u: tak pe..kita sma2 usaha..next step blh buat laparoscopy...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...