Wednesday, July 25, 2012

STRESS

Berada di sekolah baru, banyak memberi tekanan kerja buat saya. Nak dibandingkan dengan sekolah dulu, saya lagi suka berada disekolah lama even sekolah tu 25 km sehala. Bezanya bagai langit dengan bumi. Dengan jumlah pelajar yang ramai (3256 org pelajar) membuatkan kaki ni sering tak berhenti melangkah disekolah. 

Di sekolah lama 1.05 pm dan kringgggg je aku dah bawah beg masuk kereta. Dah boleh balik dengan tenang. Tapi disini, kadang2 jam 3 pm masih lagi disekolah. Balik ke rumah dengan keadaan yang tidak tenang, perlu fikir banyak benda yang masih tak disiapkan. 

Bukan berada di sekolah lama, saya tak buat kerja. di sana saya lebih fokus dalam bidang saya, tiada campur tangan daripada pihak lain, melainkan perkara-perkara yang penting dan urgent sahaja. Saya dengan jayanya dapat menjalankan bidang kerja saya dengan tenang. 

Disini, berlainan pula caranya. Bebanan dari sudut lain yang mendatangkan stress pada saya. Bidang kerja saya sudah lari dari landasan sebenar. Kerja-kerja daripada bidang lain, membuatkan saya terkejar-kejar nak menyiapkan kerja dalam bidang saya. Nak menjalankan satu sesi kaunseling sehari dengan pelajar  pun agar sukar. Kena curi-curi masa. Dan buat sesi pun dengan ala kadar sahaja. Kepuasan tiada bila tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dengan sesi pelajar. Maafkan cikgu....

Membandingkan antara sekolah lama dan sekolah baru, sebenarnya lagi membuatkan saya stress. Namun, biarlah ianya diambil dari sudut yang positif, banyak perkara baru yang boleh saya pelajari. Tekanan yang dihadapi perlu dikawal dengan sebaiknya agar ianya tidak menjejaskan kesihatan fizikal dan mental (Nauzubillah). Sentiasalah memandang positif dengan apa yang dilalui. Apa yang saya buat apabila berada dalam keadaan tertekan, saya akan menarik nafas yang panjang dan kebiasaanya balik rumah saya akan buat senaman regangan. 

mengharapkan tekanan yang saya hadapi ni tumbuh untuk seketika sahaja dan berlalu mengikut masa. Sememangnya mengambil masa untuk saya serasi dengan situasi sekarang. Menulis disini pun sedikit sebanyak sudah mengurangkan rasa serabut yg berbelit-belit dlm otak nih.hihi

Berbalik kepada agama kita, pesanan untuk diri sendiri juga, sentiasalah berzikir padaNya dan yakin lah Dia sentiasa mengetahui apa yang kita rasa. Bersujudlah dan mengadu padaNya Yang Maha Mendengar. Alunkan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menenangkan diri dan setelah tamat membaca Al-Quran, saya lebih suka memeluk Al-Quran tersebut dengan kuat dan menarik nafas dalam-dalam, saya dapat merasakan sesuatu perasaan yang sangat menakjubkan. Subhanallah...Sungguh tenang. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...