Sunday, May 1, 2011

Bila sale, apa yang akan jadi??

Assalamualaikum semua. Hum, rasenyer belum terlambat untuk i wish Happy Labour Day. So, minggu ni cutinya agak panjang dan secara langsungnya jammed di jalan raya area KL juga panjanglah kan. Ada juga yang berpeluang balik kampung, ada yang bercuti bersama-sama family, ada yang melangsungkan perkahwinan, dan macam-macamlah aktiviti untuk mengisi masa terluang tu. 

So, i dengan en.suami mengambil keputusan untuk ke Sogo petang tadi. Mengikut kiraan di jari i ni, sejak i bergelar isteri, i tak pernah ke Sogo. Hebat gila penangan tema home sweet home. Sebab memang sejak kawin, aku lagi suka duduk rumah kot. Iyelah seminggu penat berkerja, so, weekend tu lah untuk aku ni kemas rumah, basuh baju, iron baju, masak spesel-spesel untuk en.suam, berehat dan melayan tv. Kalau keluar pun selalunya ke Jusco Equine, IOI Mall dan Alamanda. 

Haih, panjang pulak membebel aku ni iye. Dah cam mak cik-mak cik jadinya.So, sesampai aku di Sogo, terjengkil bijik mata tengok ada sale besar-besaran untuk brand Bonia, Sembonia dan Carlo Rino,  bila dah ade sale, sure lah dalam tu umpama lautan yg dipenuhi manusia. eceh, tapi tak delah  sepadat mcm sale time Raya. Kalau sale time raya, memang tak rase ada angin pun dalam sogo tu, berpeluh-peluh la.


Aku apa lagi, mula la cuci mata melayan handbag, kasut, sandle, purse. Huh, itulah memang barang kesukaan pempuan time shopping. Rase ambik satu nak beli, ambik dua nak beli, Mana taknya Bonia sale 70%. Bayangkan harga handbag RM 1000, jatuh ke 300, 400. Tak ke berebut orang nak beli. Tapi aku, tengok aje la sambil kenyit-kenyit mata pada en.suami. Tapi taktik tu tak menjadi la pula. So, bila nak beralih arah ke bakul Sembonia dan Carlo Rino, humm, memang tak boleh nak masuk, bukan kata nak sentuh, tengok pun tak dapat. 


  
 Dah tak dapat nak negok, aku pun pusing-pusing ke bahagian lain, tolong-tolong en.suami intai sandle untuknya. Tunjuk satu tak berkenan, tunjuk dua tak berkenan. Hum, en.suami i ni bab-bab memilih barang peribadi dia, memang agak cerewet sikit. Bukan i je cerewet ok. Last-last dia dah dapat sandle pilihannya. Dan-dan je dapat sandle nya, terus ajak aku balik. Aku apa lagi, slow-slow pujuknya untuk bagi aku mase cari apa yang aku nak. So, aku pergi lagi ke bahagian handbag Sembonia tu dan en.suami hanya menunggu sambil cuci mata tengok jam tangan. Sekali lagi aku kecewa, aku tak dapat nak grab satu beg pun. Dasyat kan. 

 Last-last aku hanya tengok sandle, dan aku sempat grab tiga pasang sandle Bonia. Ambik kau, puas hati aku. Tak dapat beli h.bag, dapat sandle pn ok la. Tamaknya diri bila tengok tiga kotak ni bersusun di tangan. Mentang-mentang lah sale. Tapi sebenarnya satu je pun aku punya ,yang dua lagi adalah Special for Mother's Day. Satu for my lovely mum dan satu lagi for my mother in law. So, bagi kamu-kamu yang masih tercari-cari hadiah untuk ibu kamu sempena hari ibu, pergilah terjah ke Sogo tu. Tak silap esk masih ade sale lagi. Cepat-cepat. 

So, bila dah dapat beli barang  walaupun satu saja untuk diri sendiri, tapi aku dah puas hati dan badan pun dah penat akibat berhimpit-himpit dengan orang yang sesak, kami pun balik sajelah. Lagipun nak mengejar masa untuk solat. sekian...

6 comments:

ieda said...

ahahahah dah namanya perempuan kan dik .. shooping one of our interest :)

tapi skrg org lelaki punn not bad :))

suSuEmIMiE said...

yeah..btl kak..shoping kn utk ilgkn stress..itu yg pnting...hahahah
humm, stuju kak...llaki pn leh thn gak b"shpng skrg..

HonEyBuNNy said...

bestnya...

ala...di kedah..lau duk kl pasti terjah sogo....

time sale nak ingat nak beli purse kt sana..hehe...

btw, salam ziarah...

suSuEmIMiE said...

Honey: tggu sale time raya lak...awl2 rncang cuti yer..:)

asfira aminuddin said...

bestnya sopin. kalo sale camtu babe, mmg semua pun serang ;D

suSuEmIMiE said...

fira: shoping smpai b"peluh k...hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...