Thursday, May 19, 2011

Paintball Valley


Assalamualaikum semua

Humm, nampak gayanya bila dah dua, tiga , empat hari tak berbelog, kena ambil mood balik untuk memulakan misi mengapdet. Penyakit malas ditambah-tambah dengan broadband kt rumah yang semakin bersopan santun mengalahkan siput menjadikan alasan yang cukup relevan untuk tidak mengapdet blog.

So, untuk memulakan mood kembali bersemangat, entri ari ni berkaitan pasal aktiviti si isteri menjadi pom-pom girl untuk si suaminya sewaktu perlawanan Paintball di Bukit Cahaya pada sabtu lepas.

Kebetulan hari sabtu tu, ade inhouse tranning kat sekolah. Balik dr skolah, tukar baju kat umah member  dan  aku terus je ke Bukit Cahaya, Shah Alam. Ikutkan hati, macam malas je nak pegi. Sebab sorang-sorang nak masuk ke sana. Aku bukan biase pun kt sana. Namun, krn harapan si suami, si isteri ni pun menurut perintah la. Hihihi.

Sesampai kat sana. Park kereta kat luar, kemudian beli tiket RM3 dan naik bas yg disediakan dan turun di Paintball Valley. Pada aku tempat tu okey. Ade surau, toilet pun bersih, ade juga ruang menunggu, dan tempat makan. Sementara menunggu game, disediakan khas set karaoke dan dj untuk memeriahkan aktiviti hari tu. Yang bawa anak-anak lak, ade juga disediakan tempat bermandi-manda. So, jom layan gambar-gambar sepanjang di sana. Credit to Adam utk gambar-gambar ni. 

Tiket Masuk

Misi bermula-semangat juang

Mag dan Umi : Peneman bicara kala en.hubby berperang


No komen

Gud Luck utk kamu!!!
Jenuh aku nak basuh seluar nie...;)
Julia Zigler pun di sana


Muka penat dan keciwa..hihihi
Happy aje!!

On the way balik tu, kami singgah makan Pizza Hut kt depan UiTm. En Zarmiza dan En. Adam yang belanja aku dan Maggie. 








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...