Wednesday, May 11, 2011

Sejarah Penggunaan Produk di muka saya..auwww!!

Ok, pagi-pagi lagi  Cikgu Suhana ni kembang kempis hidungnya. Sebab apa?sebab hidungnya memang dah kembang dan bila tarik nafas tak ke kembang dan kempis hidung tu. Ce buat, sure idung korang pun kembang kempis gak walau hidung korang mancung bak seludang.

Hish, apa kes kau ni sebut pasal hidung. Aha, sebenarnya kembang kempis idungku ini disebabkan dua tiga hari ni aku selalu dapat pujian dari kengkawan kat sekolah ni ha. Mana tak nye, datang-datang je skolah pagi isnin tu, saya dapat panahan begini :
 “ish, su..kau pakai apa ah sekarang..kulit muka kau cantik, putih je akak tengok..”
 “ha’ah..nampak berseri je..kau g facial ke?”

So, aku dengan malu-malu dan sopan hanya tersenyum dan buat-buat merendah diri auwww.
“ish, tak de la kak..su dah gemuk kot, so, bila dah gemuk, kan kulit dah kena tarik sikit, tu yg nampak putih sikit kot.”

Then, semalam plak orang-orang office lak tanya dan pepagi ni ade gak sorang akak tu datang bilik aku ambik barang dan sempat juga dia menanya aku.

So, aku sharelah kat diaorang apa yang aku pakai. Dan kat sini pun nak gak share untuk kamu-kamu semua. Bukan nak perasaan dan bangga diri pun, just untuk sharing je. Bukan barang mahal pun, sapa-sapa pun boleh beli. Ini dia..
#
#
#

#

#

#



Ha, loreal revitalift white dan fungsinya 15 in 1. Aku rasa ianya berkesan dan bagus dan harga pun tak mahal dalam rm 39.90. Boleh didapati di Watson or Guardian.

Memang waktu aku belajar dulu-dulu aku dah pakai loreal,tp waktu tu kan muda remaja, so pakai  loreal perfect je la. Dan kadang-kadang tukar loreal derma genesis. So, bila dah abis belajar, terpengaruh lak ngan kawan-kawan yang pakai Tia Amelia. So, nak cantik, sapa tak nak try kan.Aku try, and quite ok, tapi lama kelamaan muka lak jadi agak kering.

So, bila muka kering, aku rase agak risau sebab kulit kering boleh menyebabkan muka cepat berkedut. Ingat tu.

Dan dekat-dekat nak jadi raja sehari dulu, aku try plak buat facial kat New York. Ambik pakej dan barang sekali. Yes, waktu tu dah rase macam puteri lah. Tapi, lama-kelamaan muka aku nampak kusam. Dan mula lah kalut-malut dan try beralih ke michelle Lazar dan bila di scan muka aku ni..ianya tak sesuai dengn produk yang terlalu kuat bahannya. Mungkin kulit aku tak bermasalah sangat. So, chemical (dasyat gila..chemical xtahn tu) yang banyak digunakan buat muka nampak kusam. So, aku stop pakai NY dan memang tak ambil pun produk michelle lazar.

Aku beralih pakai clinelle. Sekali lagi kulit muka bermasalah, berminyak dan bila berminyak, cepat je jerawat naik kan. Then belum pun habis separuh produk tu, aku stop pemakaiannya. Dan aku cuba balik loreal. Dan setelah dua bulan aku pakai produk ni, bila orang dah tegur tu, memang nampaklah perubahannya kan. 

So, sekarang tengah usha cari serum lak. Sebab pernah terbaca dalam buku penjagaan kulit, bila umur dah 25 tahun ke atas, digalakkan untuk memakai serum bagai menjaga kelembapan kulit supaya tidak cepat berkedut dan cubalah menggunakan produk penjagaan yang khusus untuk mata. Bak kata penasihat kecantikan, (aku lupa sapa namanya) "berhabis duit dulu untuk sekarang, tapi hasil yang akan datang tersangat memuaskan. Tak perlu lagi di waktu tua nak mencucuk botox untuk hilangkan kedutan, Cuma perlu bermula dari sekarang, seeloknya waktu usia 25 tahun .” 

Tapi, yang paling perlu kita lakukan, cukupkan solat lima waktu, basahi wajah kita dengan air wudhuk, nescaya akan ada cahaya keserian (btl kah perkataaan ini) dimuka kita. Itu pun cukup membuatkan muka kita bersih dan awek muda. iya dak???..

15 comments:

Pink Frogy said...

tak pernah plak try Loreal.. tp baru bertukar pada Nano White.. auuww.. nk kata jatuh cinta blom lagi kot,

suSuEmIMiE said...

Pink frogy a.k.a lizzie, he3..apa2 pn sama je rasenya..cuma ikut kesesuaian kulit muka kita..:)

Diela Zaimi said...

eh eh samela kita pkai loreal ni sue...byk2 produk yg org penah pakai, yg nilah yg paling baik org rasa setakat ni...sblm ni puas gak tukar2 produk smpai naik jerawat...skrg kulit makin licin, jerawat pun takut nak lekat...hehehe...

suSuEmIMiE said...

Diela, kte sehati sejiwa la tu..hi3..humm, tp mmg su rse bgus la prdk nih..sblm org lain nmpk kesannya, dr sndr dh nmpk dlu sbnrnya..hehehe

ieda said...

ermm nampak su elok ngan produk nie .. teruskan dik .. x semua org sesuai :)
mcm akak dah dari anak dara pakai OLAY :))

suSuEmIMiE said...

urm kak..rsenye su dh jtuh cinta ngn loreal revitalift nih..;)

FARISZ@AZ.Com said...

Setuju dengan perenggan terakhir. Untuk awek muda mungkin boleh amalkan jaga wudu (berwudu' walaupun ketika tidak menunaikan solat) dan solat malam sebab udara ketika jam 4 pagi sehingga 6 pagi adalah udara yang mempunyai tenaga positif ia meresap ke dalam tubuh badan dan mengeluarkan tenaga negatif.

suSuEmIMiE said...

wah..thx farisz...melengkapkan lg kpd entri ni...thx...

tika thiqs said...

sue..ko rasa tia amelia ok tak? rmai btul yg rekomen tu..

suSuEmIMiE said...

Tiqa: aku rse mse aku pkai dlu, mmg ok..tp lme2 cm kering skit kulit muka..so, kena pkai pelembab.. Td aku br je tegur muka kwn aku kt skolh, nmpk b'sih n cerah..dia ckp dia pkai tia..aku skrg nk truskn dgn pelembab loreal tu, then pkai sunblock tia..hi3

tika thiqs said...

oh..tia takde pelembap eh?
tia utk jerawat ok tak?

suSuEmIMiE said...

tia pun ade pelembab..tp mahal la..dh la ciput je isinya..utk jerawat pun aku rase ok, sbb ade kwn sorg tu, muka dia mmg b'jerawat, then dia pakai full set tia, alhamdulillah muka dia dh ok, tp skrg aku xtahu la..sbb dh lme xjumpa dia..

QasehSuci said...

tak payah 1 set ke set revitalift tu?

suSueEmiMie said...

qaseh : say xpakai 1set..just pakai krim tu je...:)

Nur Atfina Rusli said...

sy nak tanya siapa dekat sini adalah maslah parut jerawat? produk apa yg bgs utk hapuskan parut jerawat ye..help me!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...