Monday, May 23, 2011

Harga rumah melampau-lampau!!!!...

Hish, sebut pasal rumah ni, siapa yang tak mau rumah yang besar like banglo, selesa, cantik dan sewaktu dengannya la ye. Tapi mahukan keselesaan sebegitu??mampu kah aku milikinya sedangkan harga rumah sekarang rasanya memang tak termampu untuk aku dan incek suami nak beli.

Kiranya bermula tahun 2011, kami berdua tekad nak beli rumah. Tapi bila di survey, rasanya arghhh, memang kami tak mampu untuk membelinya. Tambah area kinrara sekarang ni. Marketnya, wahh. Cubalah korang search kat cik google, Taip "melody kinrara" Heaving" ataupun "desiran Kinrara". Mesti terbeliak bijik mata tengok harga rumah yang rata-ratanya mencecah 1juta. Paling murah pun 600k. Sungguh aku tidak mampu. Dan ade juga aku survey apartment di Kinrara 5 , Sierra Residency dengan harga RM 230k. 

So, kami beralih ke area Puncak Jalil. sekali lagi kami rase agak kecewa sebab sebelum ni pernah kami survey harga rumah area sana dalam RM 200k-280 k, tapi waktu tu kewangan kami belum kukuh.But now, harga rumah kt sana bermula RM 300k. Kalau diikutkan harga rumah teres (Double story) sekarang memang nak cari yang bermula dengan RM 200k sangat lah susah. Single story pun boleh tahan harganya. Di puncak jalil, hrga rumah single story RM 230k. Humm, tak tau nak cakap apa lah dengan harga rumah ni. 

Dan, kami mula nak beralih untuk beli apartment Sierra Residency, awal tahun kami tanya harganya RM230k. Bulan lepas aku call lagi harga dah cecah RM280k dan tadi aku search kat cik google harga nya dah mencecah RM 330k. Dalam masa 5 bulan harga rumah boleh naik melampau-lampau.

Nampak gayanya, mengikut mesyuarat dari mata ke mata bersama incek suami, kami rasa kami nak beli Flat je dulu. Kiranya buat harta dulu la. Tapi tak tau la, mesyuarat ni pun belum ade keputusan muktamad. Banyak benda nak kena fikir, Nak beli rumah mahal-mahal, hutang bukannya 6-7 tahun dah boleh settle. Lain lah kalau duit jatuh dari langit berjuta-juta. Senang je aku leh bayar cash sambil menggigil tangan. Tak yah nak hutang-hutang. 

So, bila dah meninjau harga rumah yang sebegitu, baru aku teringat tentang keluhan seorang pempuan dalam paper Berita Harian tak silap aku. Dia nak menggunakan skim rumah pertama. Tapi persoalan yang dia ditimbulkan ialah harga rumah sekarang area Klang Valley tak relevan dengan harga yang kerajaan tetapkan utk skim tersebut iaitu dari RM100k hingga RM220k. Rata-rata rumah sekarang harganya bermula RM250k. Kalau dengan harga yang kerajaan tetapkan mungkin ada, tapi rumahnya dah terlalu usang, lama, rumah lelong atau rumah yang rosak. Sekiranya dia membeli rumah tersebut, semestinya memerlukan belanja yang lagi banyak untuk renovate kerosakan rumah tersebut. Dan mungkin juga harga rumah lebih rendah/murah pula banyak terdapat dipinggir bandar.Perkara tersebut akan membebankan nya kerana terpaksa mengeluarkan belanja untuk minyak dan juga tol. So, dia mencadangkan agar kerajaan mengawal harga rumah yang sesuka hati dinaikkan oleh pemaju dan juga agen-agen perumahan. 

Untuk kami berdua pula, kami berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Cuma rezeki belum ada. Beruntung orang-orang yang bekerja di kawasan pinggir bandar atau di kampung-kampung sendiri. Dengan berbekalkan RM 200 k, sudah mampu memiliki banglo atau rumah yang lebih selesa. Ikutkan hati aku, mau je simpan duit, tak yah nk beli rumah kat sini. Terus je balik buat banglo kat kampung. Ceh, belagak kau su..nak banglo juga.. Hahaha...Apa-apa pun kami tetap berdoa, agar kami dipermudahkan dan dimurahkan rezeki kami oleh-Nya. Amin..sekian..

6 comments:

Diela Zaimi said...

jgn kata kat KL je, kat lipis yg dikategorikan sbg luar bandar ni pun harga rumah mencanak2 naik...tahun lps survey semi-D harga x smpai 200k...tahun ni dah naik smpai 250k...mmg sekelip mata je...tp nak taknak kena beli gakla...sbb makin lama kita tunggu makin naik harganya...yg pasti kita takkan rugi bila beli rumah ni...tu sbg aset...kalo sue rasa x lama duk situ, better beli yg murah je...beli rumah yg betul2 puas hati kt tmpt yg kita nak stay lama...ni pendapat orgla...

*sori komen panjang berjela... =)

ieda said...

aduhh dikk .. mencik dikkk nak beli rumah berkira2 skrg nie ..
ada umah kos rendah , x layak pula .. huhuhu kene fikir betul2 nie bila nak beli umah huhuhu

suSuEmIMiE said...

diela: ok apa tu semi-D dh 250k..kalo kt sini mau nye 500k ke atas. itulh, nak xnak kena bli. ni tgh2 berfikir macam mana. tapi ikt nasihat abg su, kwnnyer law ttg hartanah ni, dia ckp buat masa skrg xyah beli umah dulu, sbb mmg hrga tgh mencanak naik. Dia suh tunggu sbb nt harga rumah akn tepu dan waktu tu pemaju akn turunkan hrga. humm, tp entah bila la...stahu su hrga rumah asyik naik je..xdenye nk turun2..kih

suSuEmIMiE said...

k.ieda : ha'ah kak..kena fikir elok2 dlu..kami tgh kira akaun kami nih...kira brapa yg kami sempat/mampu utk bayar monthly rumah tu...kih3..

Diela Zaimi said...

insyaallah boleh beli sue...sbbnya gaji kita tiap thn naik...lagi pun mmg x rugi langsung beli rumah ni...makin lambat beli umur makin tua...tempoh byr plak makin pendek...tu yg jd makin mahal tu... =)

suSuEmIMiE said...

ha'ah diela..btl3...tq2...dh buka minda sue skit nih...:) <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...