Thursday, May 5, 2011

Buka kitab lama.

Hurm, di petang -petang hari ni, sempat la aku godek-godek Facebook member-member lama aku. Tengok apa aktiviti yg diaorg buat skrg. dan saya berasa tersangat excited bile tengok status my frenz  ieta : " berjaya jgak bt muffin hrni..500biji, esk menanti lg seribu...". 

Dan bermulalah dalam kepala otak ni, duk terbayang waktu zaman aku kerja kat bakery abg aku dekat bangi perdana yg diurus oleh isterinya yang tercinta. Masa tu aku sama-sama keje dengan eita. Kebetulan waktu tu aku baru mendapat title bekas mahasiswi dan memegang status baru sbg penganggur terhormat sementara menunggu posting sbg guru dan memang juga kebetulan kak ipar aku memerlukan pekerja. So, aku bantu la sikit-sikit, Sambil-sambil belajar benda baru, dan paling penting dapat berjoli sakan utk shoping moping.

Mula-mulanya keje kononnye hanya nak buat keje pengurusan like beli barang dan jaga chashier sebabnya aku tak berapa minat bab-bab buat roti and kek. Peluang ade depan mata, tapi tak nak guna kan?..ish3..Tapi, seminggu kat bakery tu, aku mula berminat nak belajar buat roti and kek. Dan makin seronok bila kami berlumba-lumba "chup" tray, dan buat pertandingan roti sapa yang paling cantik sekali. Hoyeaah, walaupun aku baru, aku dapat anugerah pembuat roti crumble yang paling cantik dan gemuk. U alls tahu tak apa tu roti crumble? ala, roti yg dijalin-jalin macam rambut tu, and parutkan cheese, taburkan gula dan crumble kat ats tu. Dan selepas dapat anugerah tu, aku kira mendapat tender untuk buat roti tu. Hebat ya.(sila jgn jelous ok). 

so, makin lama aku kat situ, aku makin seronok, banyak benda yang aku belajar, aku dah mula pandai tulis-tulis kat atas kek. Mula pandai decorate american chocolate cake, tapi masih tak pandai nak decorate kek yang beraising dan kek yang menggunakan fresh cream. Dan paling aku seronok aku sudah pro buat KEK LAPIS SARAWAK ok. Ilmu tu diperturunkan oleh isteri tercinta abg aku la, kak bid yg tersangat pandai buat kek lapis sarawak sbb dia adalah org sarawak. resipinya di modified dan sangat disukai ramai serta menjadi satu theme kat bakery tu. Bila masuk bulan puasa, memang lembik kitaorang nak mengejar tempahan kek lapis termasuk waktu tu ada tempahan dari hotel. Memang naik muak rase buat kek. Mahu taknya, nak habiskan satu biji tu ambik masa dlm lingkungan 4 jam babe. Hebat kan saya ni (sila tahan, jgn muntah dulu ok). 

Then, aku dah stop keje kat bakery tu sbb awl Nov 2008 aku diposting ke SMJK Chung Hwa. Uhuk, sedih lak rase meninggalkan kawan-kawan kat bakery tu. After stop keje tu hingga sekarang, jari-jari halus aku ini  (halus ke?macam kontot je)belum pernah lagi menghasilkan kek lapis sarawak, roti mahupun muffin yang begitu senang tu. Betapa pemalasnya saya kan. Kak ipar saya tu dah berkali-kali ajak saya cungkil balik skill i buat kek lapis tu. Tapi semnagat sgtlah kurang. Sebab terlalu dimanjakan diri ini. Contohnya, bila incek suami yg sgt suka kek lapis 2 request nak mkn kek lapis, i akan sms kak ipar i. "kak bid, kek lapis ade tak kat umah??" then jwpn dr k.ipar i tersangat lah positif " ade, dtglah...banyak lagi ." . Best kan dapat k.ipar yg baik camgitu. 

Dan tika ini, aku duk belek balik kitab-kitab lama tentang pembelajaran buat roti, kek, mufin dan sebagainya. Tangan pun mula gatal-gatal je nak try buat semua tu. Insyaallah akan dimulakan dgn muffin. Tapi tunggu semangat datang dulu. Lagipun kesian tengok Oven yg besar gedabak kat bilik dapur tu masih belum dikeluarkan dari rumahnya kotaknya. Mau tak cikgu-cikgu Chung Hwa kecik hati tertengok Oven yg dioarg bagi tu sempena hadiah kawin dulu masih tersimpan cantik. Kawin dah nak cukup setahun, oven masih dlm kotak. Ceh, nampak sangat pemalasnya. Tapi Kata diaorang aku ni pilih kasih, sebab microwave yang pihak pentadbir bagi tu aku dah guna. Nampak sangat kaki ampu kata diaorg la. Hukhuk. Bukan lah sayang-sayang sekalian, i guna microwave tu sebab ianya sangat berguna di bulan puasa, sebab i senang nak panaskan lauk. Itu je. So, kwn-kwn chung hwa, jangan risau ok. terutama kak lizi, kak yan, kak ida, pn.lim, Thulasi.. i know u alls selalu intai blog i ni. dan ngumpat-ngumpat manja depan i. Malu i tau. Ok, jangan risau, oven tu akan berfungsi nanti dan i akan jamu u alls makan muffin sampai kenyang. Bagi muncit perut u alls. Hahahahah...Sekian. 

*terbeliak tengok entri panjang lebar ni..
* buat ieta, jgn terlompat-lompat la buat mufin tu ye syg. Rileks2 suda, kasi sedap oh...

Opss, layan secubit gambar time keje kat bakery dulu. ahaks

Itulah eita yg gamaknya skrg tgh termengah-mengah duk siapkan 1000 muffin




yg saya hasilkan, tak cantik pun.

eh, eh, tercuit pulak...hehehe

4 comments:

AL-QASSAM said...

Best lah keja kedai kek. confirm hari2 makan kek, muka pun macam kek(^_^)

suSuEmIMiE said...

al-qassam: itu dlu2 nyer keje...hihihi..
xpe, muka cm kek..sure cmtik..jgn cm roti udh ler...;p

HonEyBuNNy said...

wah...

bestnya pandai buat kek sendiri....mesti sedap kan....;-)

ieda said...

pandainya adik buat kek .. akak kat umah alasan x der oven .. eeekke padahal adik akak pun pandai buat .. boleh je kalau nak belajar huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...