Wednesday, May 25, 2011

Ba Alif Ba Ya!!!!!...

Wah hebat, pepagi hari rabu ni aku sempat blog walking kat rakan-rakan blogger. Dah lama rasenyer tak blogwalking jauh-jauh. Sebabnya kat sekolah ni sangat busy. Dan kat rumah lak, braodband memang slow cam siput panjat bukit jer. Kalo lah waktu loading page tu aku leh tonggeng kan lappy aku tu bagi laju, sure aku akan buat. Ini bercinta je lah menunggu page loading. Tapi yang pasti aku akan bW ngan enset je. Dan yang wajib aku melawat tentunya di karpet Pn.Diela dan Kak Ieda.

So, dah jauh-jauh aku bW, aku terjumpa entri yang pada aku wajib disebarkan sebagai umat islam. Entri tu yg ditulis oleh abg Mat Gebu. Dan entri tu berkisahkan tentang :

“ Butter Golden Churn ni tak halal, mat sebagai blogger masak2 wajib memberitahu juga. Pengesahan ini dibuat oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). Menurut sumber, asalnya meraka dapat mengesan kehadiran sumber tidak halal dalam mentega tersebut, bila mereka melakukan pemeriksaan kes kopi kluang yang dikatakan ada bahan dari babi. Tiga sample yang telah diambil, dan didapati kopi kluang digoreng menggunakan butter Golden Churn”

~ pic dari cik google ~


Selain Butter tu juga, terdapat dua lagi bahan yang dikenalpasti tidak halal ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’. Sumber ini saya perolehi melalui berita harian online:

Dua bahan buat kek, roti ada DNA babi: JAKIM
2011/05/16

PUTRAJAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’
Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.

“Semua pemegang atau pemohon baru yang menggunakan produk syarikat terbabit diminta menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

“Mereka juga diminta mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web, semalam.

Selain itu, pemegang dan pemohon baru juga diminta menjalankan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan semak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM. 

So, sekarang perkara-perkara sebegini semakin meruncing dan menimbulkan kebimbangan pada masyarakat. Kadang-kadang mungkin benda yang dicop halal akan tetapi kenyataannya ianya tidak halal. Siapa yang teraniaya..??? pasti kita kan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...