Sunday, October 31, 2010

~ Oh, kawan-kawan ku ~

Humm, entri lepas ade aku kabor kan yg aku kena hadirkan diri untuk taklimat induksi di Rawang. So, aku ke sana bersama-sama dengan rakan sekolah aku yg terlibat sama ngn taklimat tu. 2 orang berbangsa India(Thulasi dan Vathani) dan seorang berbangsa Cina(Teh). Kira dlm kereta kitaorg tu 1 Malaysia la.. Hahah, Bangga beb, bile sampai je kt traffic light, semua org pandang.. TAPI tak tahulh ape yg diaorg pikir.hehehee.

So, yg drive kereta ni si Thulasi. Masih lagi pegang lesen "P" tapi seorang yang berani dan sedikit gabra a.k.a kalut-malut,kelam-kabut. SIkap gabra dia tu yang buatkan kitaorg yg duk menumpang kt sebelah dan belakang ni tak kering gusi gelakkannya.

Mana tak gelaknye, on the way balik tu, kami terpaksa mengikut tunjuk ajar dr EN.GPS. So, sebelum sampai ke satu simpang tu, En. GPS dah warning "you have 100 meter to turn right". So, kami bertiga menambahkan lagi peringatan "Thulasi..turn right tau". Thulasi yg macam agak panik "oh, right ya..right ya". Dan sampai je kat simpang tu, dia turn left. Kami semua diam dan melopong. Then, (ambik mase dlm 5 saat) Teh dgn hairan bertanya "Thulasi nak ke mana ni?". Dan aku dengan Vathani kat belakang serentak ketawa. Aku tambah lagi "tulah, tadi dengan konfiden je aku dengar right ya...right ya..tetibe je ke kiri lak..". Dan mase tu kami sama-sama gelak dan Thulasi buat 'U turn' untuk kami kembali ke landasan yang betul.heheheheee..

Then sepanjang perjalanan tu, adalah kisah-kisah yang mencuit hati kami. Dan paling tak boleh dilupakan sehingga sekarang ni aku duk menaip ni, aku masih tersengih bila teringat satu lagi kisah yang mencuit hati aku. Sesampai kami kat Shah Alam, waktu tu memang jammed dan ade sorang polis traffic sedang bertugas kat satu traffic ligth nih. So, polis ni bagi isyarat supaya barisan kami ni terus jalan. Kami ni agak jauh dengan kereta depan sebab jalan kat situ agak berbukit. So, dengan tetiba si Thulasi ni angkat lima-lima jarinya (seolah-olah bagi tanda terima kasih) pada polis tu. Aku pun bersuara "humm, bagus Thulasi, angkat tangan lagi kat polis tu". Dan tetiba si Thulasi ni gelak. "su, tadi i angkat tangan tu bukan apa, i nak suruh polis tu tunggu kita bagi kita lepas dulu. Sebab kita kan lambat sikit tadi". Maka, bergemalah gelak kami yang macam hantu pontianak kat dalam kereta tu. dan aku sambung lagi "patutlah su tengok lama je tangan Thulasi tu di angkat, pastu mcm bagi isyarat suruh stop je...tulah su pelik..igtkan mmg pesen Thulasi cmtu..rupe2 suh polis tu tunggu..macamlah polis tu faham....". Vathani menambah lagi "nasib mase angkat tangan tu dia tak cakap tunggu..tunggu..tungguu...".

Itulah kisah perjalanan kami ke Rawang yang penuh ceria. Dan bersyukur juga kami selamat pergi dan kembali dalam perjalanan tu walaupun kami sedikit ragu-ragu dengan cara pemanduan Thulasi. Anyway, syabas to Thulasi yang berjaya menyahut cabaran suaminya supaya lebih berani untuk memandu perjalanan yang agak jauh...hehheheeee.sekian..





3 comments:

Tihara said...

banyak memori manis dengan kwan2 kan :)

suSuEmIMiE said...

itulah kak..mmg byk memori btl la...
kira kalo time sedey2 tu, igt kisah2 ngn mber2 ni..
mmg leh tersenyum jew...

Siapa Lin?? said...

susuemimie di tag

http://layanlynn.blogspot.com/2010/11/giveaway-domain-from-melromeocom.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...