Sunday, October 3, 2010

~ Alhamdulillah ~

hummm...salam semua...lama tak jumpa kt blog ni ye. Urm, terasa rindu dan gatal-gatal tangan ni nak mengarang bebelan aku. hehehe.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga hasrat en.hubby nak buat open house. Just open house kecik-kecik je. En.hubby jemput kengkawannya, aku gak jemput kawan-kawan aku dan jiran-jiran sebelah umah.

Fist-fist tu rase tertekan gak duk fikir nak masak apa, then en.hubby bagi keputusan just tempah satay dan bakso. Aku lak masak kari ayam dan nasi putih je la. Kalut-malut gak mase time makan tu, mana taknye, semua datang menyerang sekaligus sampai melimpah umah aku ni. Kesian tetamu yang terpaksa bertenggek kat luar umah. Kalo ikot jadual, kengkawan en.hubby dtg dalam kul 1-3 ptg, dan kengkawan aku dalam kul 3-4, dan jiran-jiran lak dalam ku4-5. Tetapi, kebanyakkannya datang dalam kul 3. Humm, kesian yang duk kat luar tu. Sorry yup mana-mana yang terasa layanan dari tuan umah ni krg memuaskan. Hehehe..

Tapi, nasib baik gak hari tu, aku g ambik sepupu aku, Aziah kt UPM. Banyak yg dia tolong-tolong aku. Terima kasih yup cik yah. Tetamu-tetamu pulak tak putus-putus, sampai malam pun ade gak yg datang. Terharu dgn kesungguhan kawan-kawan untuk memenuhi jemputan dr tuan umah. Terima kasih. Walaupun terasa sedikit penat, tetapi rasa sgt seronok tgk kawan-kawan dpt datang kat umah ku ini. Abang2 dan akak2 aku, Aku saja jemput diaorag dtg malam, coz blh lah nak sembang lama-lama skit.

So, utk jadual hari Ahad lak, aku dan en.hubby sibuk duk membasuh periuk belanga kt dapur tu. Bahagian aku just basuh pekakas yg en.hubby dah letakkan kt sinki dapaur Dia yg buangkan makanan yg tak habis, kemaskan barang dlm peti dan cuci peti sekali, kemas dan susun balik perabut kt ruang tamu, sapu sampah, jemur carpet, dan buang sampah. Hihi, apasal banyak je laki aku keje nih. Hahaha, walaupun banyak yg dia buat, tapi keje nyer xdelh teruk sangat. Keje aku lak satu je, tapi banyak, basuh dan kemaskan sekali periuk2 belanga tu. Haiih, ingatkn senang ke cuci periuk2 yg besor2 tu. huhuu. Tapi, aku tetap gak berterima kasih kt en.hubby yg banyak tolong aku ni. Maybe dia dah memahami, isterinye dah penat masak dan melayan tetamu semalam. Thanks so much..Sekian.

* terasa sopan je menulis entri kali ni...hehehee
* gbr akn di upload kemudian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...