Saturday, October 30, 2010

:: Bila melihat perut sebegitu ::

Haih, apa lah tajuk entri aku nih. Teruja ke korang nak tau kisah nih. Semalam, aku kena hadirkan diri kat taklimat induksi di Peransang Templer Golf Resort kat Rawang.

Sewaktu taklimat tu bermula, aku tertengok seorang pempuan yg sedang pregnant dalam 7-8 bulan yg agak muda masuk daripada pintu tepi sebelah kanan ballroom, sedang tercari-cari tempat duduk. Kesian aku tengoknya yang tercari-cari tempat untuk duduk. Tak de seorang pun yang sudi bangun utk tawarkan tempat duduk kpdnya. Aku hanya memandang dari tempat duduk aku ditengah-tengah ballroom yang besar tu.

Tetiba ada seorang pegawai bertugas membawa kerusi untuk perempuan tersebut. Namun, tetiba aku teringat kisah waktu aku study dulu. Boleh dikata tiap-tiap weekend aku aku balik ke rumah abg aku di bangi. So, aku dari Tanjung Malim, naik bas turun di Hentian Puduraya, kemudian naik lak star LRT, trun di Bandar Tasik Selatan dan kemudian naik lak Komuter ke stesen UKM.

Suatu hari tu, sewaktu dalam star LRT, aku dapatlah tempat untuk aku duduk. Dan sesampai di stesen Hang Tuah, seorang perempuan pregnant dlm umo 30 kot masuk dan berdiri ditepi pintu LRT tu. So, aku kesian melihat dia yang berdiri tu bangun dan menawarkan tempat duduk aku. Tapi, dengan terkejutnya aku bila akak tu menjawab "kau nampak aku ni tua sangat ke, dah tak larat sangat ke..aku masih boleh berdiri lagi la..". Ya Allah, malunya aku rasa. Semua orang dalam gerabak tu pandang aku. Aku diam dan dapat rasa tersirat darah naik ke muka aku. Dan aku duduk kt tmpat aku tu balik. Malu tak terkata rasanya.

Dan stesen yg berikutnya, naik lak seorang lelaki dlm lingkungan 28-29 cmtulah. Lelaki tu pandang akak yg pregnant tadi dan pandang aku sebab aku org paling hampir dengan akak tu. Maybe dalam fikiran lelaki tu cakap aku ni tak prihatin tak bagi akak tu duduk. Aku buat-buat tak tahu jer.

The next station, ade mak cik sbelah aku turun dan lelaki tadi dengan penuh bersopan dan prihatin mempelawa akak tadi duduk. Hahahaha, dengan ayat yg sama akak tu menjawab "ishh, aku larat lagi la berdiri, kenapa..ko nampak aku tua sangat ker. tadi dah sorang, ni sorang lagi.."sambil akk tu pandang aku. Dan dengan berani lelaki tu jawab ''saya kesian dengan akak sbb tgk akk bawak perut tu, bukan nak terima kasih pun, kalo tak nak duduk pun ckplh elok-elok.'' Dan lantas lelaki tu duduk kat sebelah aku.

Dan lelaki tu tanya aku"awk dh pelawa ddk ke tadi?''.."aku senyum dan angguk saje. Lelaki tu tanya lagi "dia pun ckp cmtu gak ke tadi?'' aku jawab "ha'ah,'' "so, awk diam je ke..?" "humm, takpe, awk dh tlg jwbkn utk saya.." dan lelaki tu senyum sambil mengomel "nilh, tak tolong salah, tolong pun salah.."

Dan bila aku tersedar dari lamunan, aku tgk pempuan yg kt tepi ballroom tadi dah duduk dan tersenyum dengan pegawai yg berikan kerusi tersebut. Seingat aku, selepas kejadian dlm tren tu, aku lebih berhati-hati nak menawarkan pertolongan dengan golongan sebegitu. Aku lebih prefer utk tolong OKU dan orang-orang yg dah berumur (pakcik makcik).


5 comments:

Ardzham said...

pergh... ada jugak manusia yang begitu yek.. patutnya orang berbudi kita berbahasa. zaman dah berubah. tolong salah tak tolong salah. kira nasib baik jugak mamat tu kena sound, kalau tak mesti mamat tu terus pandang negatif kat awak...
lepas tu, mamat tu ngorat awak tak? minta no fon ke...

Tihara said...

akk tu tk ngandung tp perut je boroi kot..hehe

suSuEmIMiE said...

ardzham: hahaha, xdelah..maybe mamat tu tgh panas hati, dia lupa nak minta no fon...hihiii
tmbahan lak sy yg kt sblh dia tu pn bkn menarik sgt pun..:D

Tihara : hehehe, lain pesen kak borai ngn pregnant nih....

keunggulan wanita said...

manusia..macam tulah, ego tetap ada beb...kalau naik bas biasanya seri wangi tgk budak-budak India dan cina, mereka ni rajin pelawa orang tua atau yg mengandung duduk, kalau nak harap org melayu susah sikit (mcm iklan adlin tulah), kedekut dan buat tak tau..tapi seri wangi lain...kalau jumpa orang tua/budak-budak kecik yg berdiri, seri wangi kesian..

suSuEmIMiE said...

seri wangi: urm, 2lh, byknya mcm tulh, org cina ngn india lgi prihatin bab2 cmginih...
bagus3x...so, mane2 yg kita blh tlg..kita tlg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...