Tuesday, December 7, 2010

~ Terkedu dan tersayu hati ~

Salam dan salam Maal Hijrah semua..

Semoga dengan kedatangan tahun baru ni 1432 Hijrah ni mampu menjadikan keimanan kita semua kepada-Nya lebih utuh dan dirahmati-Nya.

Malam tadi aku tengok drama "Dakwah Muharam" kt Tv3. Memang terkedu dan tersayu hati aku dengan jalan cerita drama tu. Dan tahniah buat pengarahnya Eira Fatima yang menghasilkan drama yang pd aku tersangat bagus dan membuka mata masyarakat untuk berdakwah.

Dengan gandingan Aqasha, Tuah Sofaz dan ahli Kump. Sofaz, Ahmad Tamimi, Liana Jasmay, Fauziah Ghous, dan ramai lagilah cukup memberi kesan pd aku. Sampai aku terfikir, aku pun nak jadi macam Aqasha. Cite ni lebih kepada cara nak berdakwah dan kepada siapa dakwah tu nak sampaikan. Bak kata Fauziah Ghous dlm cite tu, "if berdakwah di masjid, pasti golongan-golongan masjid sahaja yang hadir, so bagaimana dgn golongan2 lain?. Yang muda-mudi, yang merempit, yang pondan. So, if golongan rock, kita layan rocklah". Tapi semuanya bergantung dgn cara yg betul dan kesabaran serta niat yang baik. Dan terjadilah konsert sambutan Maal Hijrah di Bukit Bintang dengan lagu-lagu ketuhanan oleh sofaz dan aqasha.

Seyus la aku cakap, drama ni sangat best. Bangun pagi2 ni pun masih teringat-ingat cite tu. Humm, bagi yang xsmpat dan nak tgk lagi drama tuh, jom reramai kita cari kat sini . Aku pun br nak cari nih, tak tahu ade ke tak...heheheheee..sekian...




4 comments:

ieda said...

huhuhu rugi x tgk .. mlm tadi akak tgk repunzel ... adik akak belanjee huhuhu

suSuEmIMiE said...

hehehee..jom2 kita cari cite tu kak...

Alfreedino Ahmad said...

boleh tengok kat web tv3 kot. entah dah ada lom. cbe check. aku pn tengok citer tu mlm tu.

asfira aminuddin said...

alaa. ramai kata best! rugi tak buka tv semalam. ;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...