Friday, December 10, 2010

~ Ayyoyo..kereta saya hilang ~

Semalam aku ke Jucso Equine Park ngn en.hubby. Jusco ni xdelh sebesar dan se gah Jusco Bukit Tinggi, Klang. Oleh kerana parking penuh, kami park lah kereta kat atas bangunan tu (hebatkan!!, ahaks).

So, after melicinkn duit dlm purse dan wallet =), nak buat ape lagi kt situ, sure nak balik lah kan. Aku naik hantar troli sementara en.hubby g bayor parking. Disebabkan penyakit malas melanda, aku malas nak masukkan barang-barang dalam troli yang banyak dan berat tu (ceh, alasan semua tu), aku hanya menunggu en.hubby di depan lift kt tpt aku park kereta tu (kononnya isteri sejatilah menunggu en.suami utk sama2 beriringan ke kerete..kehkehkehhhh).

Sedang duk menunggu, keluar seorang lelaki india dari lift tu. Keluar je dari lift, dia pandang kiri dan kanan (aik macam nak melintas jalan je kan). Then, dia mengambil langkah ke kiri, aku hanya memandang dengan ekor mata je, lagipun aku sensorang je kt situ. Tetibe, dia pusing kt aku dan jerit "ayyoyo, kereta saya hilang la...kereta saya hilang..". Aku ni apalagi bukan main terkejut, kalu ade penyakit jantung terus K.O, mana taknya tetiba pusing dan jerit cmtu. Sampai tangan aku pun menggigil2.

So, aku yg masih terkejut terus sibuk lak nak menanya, "uncle park kt mana kereta td". "sini, dpn pintu ni tadi" katanya. "kereta apa? CRV ker?, sebab kreta tu baru je kluar dr tmpt ni, sy kt sini tadi, sy tgk". Uncle tu terdiam, "bukan, perdana...". Aku tanya lagi ''betul ke uncle park kt sini?". "rasanya kat sini tadi, betul la depan pintu ni" . Aku masih sibuk tanya lagi "uncle rasa betul tak lift ni yg uncle guna tadi". Uncle tu diam dan tanya aku "lift ni kuar kat mana? dpn kedai jam kan?" aku senyum dan jawab "bukan, lift ni kuar dekat pintu masuk jusco, sy rasa kalau kuar kt kedai jam tu, lift sebelah sana la, cuba uncle tgk kt sana". Dan uncle tu berlari-lari ke tempat yg aku tunjuk tu.

Dan kemudian, aku nampak uncle tu berlari-lari datang kembali kt tmpat aku, sambil tercungap-cungap "miss, sorry ya, kereta sy ada ada kat sana, sorry..sorry..". Aku hanya senyum dan cakap "tak pe". Dan lepas uncle tu berlalu, aku lak tersengih sorang-sorang bile igt kembali muka uncle tu yg panik.

Moral of the story, bila park kereta tu, sila perhatikan no tiang if ade no tiang kt citu. Sebelum masuk lift, sila pastikan anda berada di tingkat berapa, dan bila keluar lift sila perhatikan mana-mana kedai yang senang anda ingat. Dan sila guna lift yang sama bila anda mau ke tmpat parking anda untuk mengelakkan kekeliruan. Petua aku senang, mana pintu masuk, pintu yang sama jugalah yang aku cari untuk keluar terutamanya bila ke midvalley. heheheheee....sekian

12 comments:

Lizzie Yasmin said...

Rasa nk tampo jer uncle tue... adeh.. buat org lain turut gelabah ngan dia..

suSuEmIMiE said...

itulh psl, dhlh dia jerit tu buat jantung ni nk tercmpak jer..hahaha

Jiha said...

igt kete sue td..hehe

suSuEmIMiE said...

jiha: jgn tertipu dgn tajuk entri tu..hahaha

SoutulMujahid said...

hahaha.. klako2.. ingatkan kete akak yg hilang. huhu

ieda said...

aha .. aha .. ahahahhahahah
sabor jerlahhh dikk wehhh ..
kalau akak punn kalut jugak kannn .. memang nak tolong .. aduhhhh ingatkan tul2 dia hilang dah keter dia :)

ermm tul tuu kalau gi mana2 specially carpark kat KLCC .. memang kena hati2 .. akak ada pengalaman kat sana .. huhuh sib baik ada pengawal yg bantu .. siap berkasut roda layie huhuhu

suSuEmIMiE said...

soutul: ehehehehee..saje bg tajuk gempaq skit...

k.ieda : pasnih, ikut petua sue ye, mana pintu masuk, gunakan pintu yg sama utk kuar..=)

asfira aminuddin said...

haha. lawak lah uncle tu. fiera salu before nak keluar, mesti tangkap nombor kat tiang. senang kan. hihi. :)

suSuEmIMiE said...

itulh..senang..nanti xdelh berpeluh nak cr kereta..=)

afraliza said...

haha..I pnh merasa di tmpt pakcik tu..cuak gile..coz x igt park kat mn..tapi x kecoh la mcm pakcik tu..cari2 then jpe..fuhhhh!!!

najwa's said...

hehe sy penah jugak jd cmtu. hadoi, lupe nak tgk no tiang. dah tu, berpeluh2 carik tak jumpe. dah ler tak ingt park tingkat bpe. hazab gle kn? XD

suSuEmIMiE said...

afra & najwa : hahahaa, kan berpeluh2 nk cari kreta tu..nsib xmenjerit kereta ilang je ye..hihihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...