Friday, April 1, 2011

~ Kata-kata Mu ~

Assalamualaikum…..Sungguh tak kusangka kisah lama membuatkan si kawan aku ni marahkan aku. Opss, macam kesalahan besar je yang aku buatkan. Ye, memang besar. Ish-ish, kesian kan aku ni. Apalah kesalahan aku tu pada dia siap dia post kat wall FB dia, “tolonglah..tolong jangan igtkan aku tentang dia..” eceh, macam tajuk lagu Ana Rafali lah pulak. Kamu nak tahu ke apa kesalahan aku tu.??.Ok2, sabor, nak cerita la ni.

Alkisahnya, mlm tadi aku sempat b’chating dgn dia di FB. Aku bagitau dia, aku terserempak dgn kami punya jurulatih kawad kaki di Shah Alam. Aku telah membuatkan dia teringat kembali zaman sekolah rendah dulu. Time tu kami darjah 5. Dua minggu jurulatih tu melatih kami untuk hadiri pertandingan kawad kaki. Untuk pengetahuan kamu, jurulatih tu muda remaja lg,waktu tu dia tengah tunggu result SPM.

Aku tak sangka dia begitu marah dengan jurulatih tu. Sampai sekarang pn dia masih ingat kata-kata yang jurulatih tu. Kawan aku tu, suka letak tangan kt atas kepala, so, jurulatih tu cakap “ org yg suka letak tgn kt ats kepala, tandanya dia sangat lembab, kedekut, lurus cam sudip dan bodoh macam pak pandir la’. Sejak peristiwa tu, kawan aku tu terus tak hadir untuk latihan.

Seingat aku dulu alasan dia tarik diri adalah sebab mak dia tak bagi dia aktif berkawad. Rupa-rupanya sekarang baru aku tahu kenapa dia tarik diri dalam berkawad tu (disebabkan kata-kata tu). Walaupun jurulatih tu tak menyebut nama kawan aku tu, tapi dia tahu, aku tahu dan kawan-kawan lain tahu siapa yang suka letak tangan kt atas kepala tu.

Dan paling aku gerun bila dia cakap, “aku sakit hati sangat su, bila aku igt balik apa dia cakap tu. Aku rase sampai mati pun aku tak kan lupa kata-kata tu. Tapi mungkin juga kata-kata dia tu buat aku jd cmani skrg. Tapi mmg su, aku tak leh nak lupa kata-kata tu, sungguh aku sakit hati walau dia tak sebut nama aku” .

Nauzubillah,moga-moga aku tidak melukakan hati org lain seperti apa yg kawan aku rase tu. See..kawan-kawan. Siapa sangka waktu tu umur 11 tahun, masih belum matang lagi, tapi kata-kata tu cukup terguris kat hatinya hingga skrg kata-kata tu diingati dan dikenang. Tapi pada dia juga, mungkin kata-kata tu buat dia jadi seperti sekarang. Seorang akauntan di Bank Negara (manatau nanti dilantik jd Gabenor Bank lak..aku doakan kau my dear)

So, kisah ini mengingatkan aku supaya lebih berhati-hati dalam bercakap, dalam melahirkan rasa marah dan sebagainya. Mungkin pada kita benda tu kecil, dan pada orang lain perkara tu sangat besar, mengguriskan hatinya. Walhal sekali kdg2 tindakan kita pun boleh buat orang terguris, apatah lagi dengan kata-kata. Jadi berdoalah dan bermohonlah agar kesilapan yang kita buat tanpa kita sedari tu diampunkan oleh-Nya. Itulah yang diunjurkan dalam islam, berdoa, pohonlah kemaafan dan salinglah kita sentiasa bermaafan antara kita. Sekian untuk hari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...