Monday, April 25, 2011

Moga dibukakan Pintu Hatinya,

Assalamualaikum frenz, hari ni aku nak sharing tentang perasaan riang gembira di hati aku ni. So, jom layan.

Masa study dulu, i have frenz from sarawak and she is Free Thinker. Kiranya dia tu salah seorang daripada 5 geng dalam group assngment aku dan memang ke mana-mana pun kami selalu bersama. Memang kami berkawan dari Semester 1 hinggalah tamatnya belajar (4 tahun). Dan perhubungan itu, tidak sampai di situ saja. Kami masih berhubung dan sering kali juga berjumpa sebab sekarang, dia dah jadi orang satu daerah dengan aku. 

Seingat aku hari pertama bulan puasa tahun 2009, dia call aku and say her name is Nur Addinni. Waktu tu aku kat sekolah, mase berita gumbira itu disampaikan, aku terduduk dan menangis. Dan wkatu tu juga aku tak tau dah nak cakap apa. Rase sangat bersyukur kepada Ilahi kerana telah mendengar doa aku untuk dibukakan pintu hatinya memeluk islam.

Semasa berkawan dengannya, aku Nampak dia agak cenderung untuk kenali islam. Pada semester 3, aku pernah suara kan perkara tu.  Dengan nada yang agak kurang senang, dia nyatakan yang dia tak akan convert mana-mana agama dan family nya juga tak akan terima perkara tersebut. So, after that’s aku dah tak pernah tanyakan perkara tu. Then bila aku perhati kan dia, sewaktu dua semester terakhir (2007-2008) ,dia semakin banyak mengetahui tentang islam dan mula belajar menulis tulisan jawi dan mengenali huruf jawi, mula berpuasa dan kami sering ke bazar ramadhan bersama, dia juga sudah boleh menghafal doa-doa yang mudah seperti doa makan, doa masuk tandas, doa keluar rumah dan sebagainya.

After dia memeluk islam, kali pertama aku jumpanya di besut dan sekali lagi aku menitiskan air mata melihat perubahan yang ketara darinya. dia bertudung litup dengan pakaian yang sangat sopan . dia tersangatlah berubah kerana dulu dia agak kasar dan lasak orangnya. Kalau bukan orang lasak, takkan dia di anugerahkan Leftenan Muda setelah dengan jayanya menamatkan kursus PALAPES di universiti.

Dan hari ini pula aku mendapat berita yang kurang sama di mana salah seorang lagi  kawan aku, kini mula belajar mengenali islam. Mula menghadiri kelas-kelas agama. Aku berasa sangat terharu dan aku juga mendoakan semoga Allah membukakan hatinya untuk terus menerima Islam dan menjadi sebahagian daripada saudara seagama denganku. Sehingga entri ni hampir  sampai ke hujungnya, hati ku ini masih berbunga-bunga gembira dan bersyukur.Sekian

~ sekarang sedang berfikir-fikir nak belikan dia tudung dan baju sembahyang.

5 comments:

ieda said...

semoga perubahan yg ketara kearah yg lebih baik itu memberikan kita pengajaran dan pedoman buat rujukan kita dimasa akan dtg .. aminnn :)

tika thiqs said...

yep..mudah2an. mmg terharu tau bila dgr crita kwn2 peluk Islam..

Diela Zaimi said...

Alhamdulillah...semoga hidayah Allah sentiasa mengiringi kita...aminnnn

Lizzie Yasmin said...

terharu nya....

suSuEmIMiE said...

kwn2..doakan skali yup...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...