Wednesday, April 27, 2011

Obesiti Kanak-kanak

Assalamualaikum...

Hum, sebelum nak melelapkan mata ni, sambil duk melayan Soal Jawab kat tv3.,  terus je i dapat idea utk update entri ni. Hehe.. Wah, nampaknya masih belum reda dengan isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Tapi merujuk kepada tajuk-tajuk berita di akhbar, rata-rata menyatakan kantin sekolah menjadi punca berlakunya obesiti dalam kalangan kanak-kanak. So, apa pendapat kamu semua?

Pada pandangan aku je la, banyak faktor yang menyebabkan perkaranya ni berlaku. Kantin Bukan sepenuhnya menjadi penyebabnya. Sebenarnya, pada saya kesedaran kepada para kanak-kanak adalah tunjung utama dalam mengatasi masalah ini. Kesedaran ini perlu bermula daripada semua pihak seperti ibu bapa, masyarakat, badan kerajaan dan bukan kerajaan dan lain-lain. Kanak-kanak ini perlu diterap dengan cara pemakanan sihat, menyedarkan mereka tentang kesan yang berlaku sekiranya makanan yang tidak berkhasiat  like jajan, burger, sosej, nuget,dan sebagainya diambil secara berlebihan. 

Selain itu, ibu bapa perlu bijak dalam mengawal dan memantau pemakanan anak-anak, cara pemakanan yang diamalkan di rumah disusuli dengan didikan di sekolah agar kesedaran ini diberi secara berterusan bagi memberikan kesan yang lebih positif kepada pelajar. 

Selain itu juga, aktiviti bersukan perlu ditingkatkan. Jika dilihat rata-rata sekarang kanak-kanak lebih cenderung kepada "games" di komputer dan juga PSP or PS1, PS2 dan sebagainya. Itu juga merupakan punca berlakunya obesiti selain daripada pemakanan. Apa jua pun, disimpulkan sampai mati, kerjasama daripada semua pihak perlu diperkukuhkan bukan hanya menunding jari antara satu sama lain. Sekian.

~ sdg berfikir, siapalah yg akn jd pemantau makanan di kantin sekolah nanti..erk????....

2 comments:

ieda said...

ya setuju .. nie yg akak alami .. tapi nasib baik akak memang jaga pemakanan anak2 ,.. sbb anak2 nie jenis berselera sgt huhuh

suSuEmIMiE said...

ibu bapa yg lain patut ikut sama cm akk...jga pmkanan anak2...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...