Wednesday, April 27, 2011

Sweet Sour

Assalamualaikum semua..

ha, mlm ni nak share malam tadi punya cerita. Apa da, kalo jadi reporter sah-sah awal-awal lagi dah kena reject. Cite dah basi baru nak update. klako la. tapi tak kira, nak cite jugak.

Bukan apa, sayang-sayang ku sekalian, i ni terlebih excited bile berjaya menghasilkan masakan yang tak pernah aku buat. First buat, terus meletop-letop bestnyer. hek eleh, angkat bakul sendiri lak. yelah, kalu korang aku tak puji, sapa yang nak puji kan.Hanya pujian dari en.suamilh yg buat diri ini berada di ambang angin perasan. sila tampar pipi saya.asyik nk bangga diri je.

malam tadi i berjaya hasilkan ikan bawal masak sweet sour. ehek, itu pun nak kecoh kan. tapi Meletop beb (perasan lagi, sila  bagi penampar kapit). Tak pe, tak kira korang nak bace ke tak, aku nak gak share resipi tu yg aku dapat daripada mak cik aku.
1. kamu-kamu sila goreng ikan yang dah dilumurkan kunyit dan garam. goreng kasi garing yer. Dan asingkan.
2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, biarkn bawang tersebut sedikit kekuningan, 
3. masukkan bawang besar di potong dadu, bawang putih, halia dan cili yang telah dipotong. goreng seketika
4. masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos masam manis dan sedikit kicap. 
5. masukkan sedikit air, gula, garam dan tok aji (sekiranya mahu)
6. kemudian masukkan nenas (tin) yang telah disejat airnya. dan biarkan ianya mendidih dan masukkan ikan yg digoreng tadi.
7. Apalagi yang ditunggu, boleh le makannya. 

Makan punya makan bersama en.suami, bila tinggal tulang je,baru tepuk dahi, aku lupa nak snap pic. So, tak de pic la nk share ngn korang. heheh.sekian terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...