Monday, April 11, 2011

~ Beretikakah kamu???~

Assalamualaikum....

Ewah, tajuk entri, bukan main skema dak? Maklumlah penulis entri pun lebih kurang je ngan tajuk tu. eceh, ni kira memuji diri ke mengejek diri nih...huhuhu...

Ok3, kita straight to the point ler ye, nak tanya, kome-kome semua la ye, takut ke kome kalo ade orang cakap kome tu skema? eh.., eh..,eh..., apa udoh jadi ngn teman ni, b'loghat pherok le pule. Ni jangkit ngan Ucop wilcha la nih. Ha, balik pada soalan tadi, takut ke idak kome ye kalo ade orang cakap kome tu skema?

Pada teman la ye, teman tak takut, tapi ayat "kau ni skemalah.." sering menghantui fikiran teman bila berada di situasi yg memerlukan teman ni beretika.

Situasi pertama lah ye, pernah tak kome langgar lampu isyarat untuk pejalan kaki melintas? Situasi ni biasanya kat area berdekatan sekolah. Waktu tu, maybe dah lepas waktu sekolah, atau musim cuti sekolah. Lampu isyarat merah, tapi tak de sesapa pun disebelah kiri dan kanan kome untuk melintas, so apa yg kome semua buat? Buat dek je dan dengan tak malu teruskan perjalanan atau berhenti dan menunggu sehingga lampu hijau (alahai bapak skema dak..kih3)

Dulu satu ketika (ayt skema lagi), pernah aku stop time lmpu merah then xde sesapa pun di sebelah kiri dan kanan. So, kawan sebelah aku tu, mula gelisah dan bersuara :
"hey ko nih, skema nk mampus la..."

Aku tanpa suara hanya tunjuk lampu pd isyarat tu. Dan sejak hri tu, ayat2 tu selalu menghantui fikiran aku. Kadang-kadang aku stop, kadang-kadang aku terus je. Nak dijadikan cerita pada suatu hari la, bila baik je aku stop kt line putih tu, aku negok kiri kanan xde orang, then ade sebuah je kereta bertentangan aku...dan kereta tu terus je. jalan.. So, dalam otak aku nih duk fikir, nak jalan ke tak, kang tak jalan kena hon.

So, kereta belakang dah hon, aku dengan lemah lembut menekan pedal minyak ... tetiba, zuppppssss datang sebijik moto melintas depan aku. Wah, memang rasa nak tercabut la jantung aku ni. Terkejut beb. Nasib baik aku sempat brek. kalo dak, sure jatuh dah orang tu kt tengah-tengah jalan tu. Dan orang yg bawak moto tu pun terkejut, bengang, marah dan sempat tunjuk isyarat tangan kat aku. Korang faham la apa isyarat yg dia tunjuk tu. Waktu tu aku rasa kalo korang bagi aku penampar kapit pun aku dah tak rase sakit dah.

Dan sejak tu, aku tak kira walau xde kelibat sesapa pun di kiri dan kanan jalan dan orang belakang hon beratus kali pun, aku tetap dengan pendirian aku MERAH UNTUK BERHENTI. Dan kalo pas ni korang nampak pempuan yang comel2 dengan kereta merahnya yang smart, duk menunggu lampu isyarat orang melintas tu bertukar hijau (eceh, macam power rangers la), nampak skema, sopan..aku la kot tu. kih3. So, aku dah berubah, korang lak camane????

2 comments:

Alfreedino Ahmad said...

benda ni slalu gak berlaku kat aku. org kite tak prihatin pasal benda2 gini. takyah citer pasal lampu isyarat kat zebra crossing, kat depan masjid kinrara tu mse pi pasar malam, bazar ramadhan atau lepas solat jumaat, org buat xtau jer kita ni nak melintas walaupun kita dah berada di pinggir jalan yg ada zebra crossing tu...

kita plak terkial2 samada dorg ni nk benti ke x atau nk teruskn pergerakkan keta...apa lah gunanya zebra crossing tu klu keutamaan kita pejalan kaki ni x diutamakn...kita plak kne tggu sampai dorg lepas seolah2 jalan biasa yg xde tanda pejalan kaki...

tp bila sampai bandaraya KL, dorg boleh plak adaptasikan semua tu. mgkin sbb bnyk polis kot...

suSuEmIMiE said...

So, lps sesamalh kte amlkn sikap prihatin dan skema b'tempat..he3.. Jgn nk tggu polis je br nk prihatin..tu bkn prihatin, tu tkt duit yg t'bang..igtlh nyawa org lg b'hrga dr duit tu..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...