Tuesday, May 28, 2013

PAKAR ENT PULA

Hari ni ke pakar ENT hospital Putrajaya sebab ada infection dalam telinga. After abih ubat titis, datang lagi infection tu. So, nak tak nak doktor Hani dari  klinik perdana pucak jalil rujuk saya ke pakar ENT Putrajya. 

Hari ni bawa surat, hari ni terus boleh jumpa doktor. Macam serius je. So, masuk je bilik doktor, agak jakun bila doktor suh duk di tempat yangagak jauh darinya. Biasa kan masuk bilik doktor, sure duk sebelah doktor je kan. Bilik tu pula memang kedap udara. Tak dengar bunyi apa pun dari luar. Bila doktor tanya soalan, baru aku perasan, kan memang untuk telinga so patut lah kena duk jauh-jauh. Doktor cakap slow je..tapi masih boleh saya dengar. atau memang saya dah tak dengar. hahahaa. Memang telinga kurang dengar after kena infection tu, sebelah kanan. rasa tersumbat je. Kalau pakai tudung, lagi la tak dengarnya. 

So, after tanya soalan, doktor cek hidung, tekak dan mula menyuluh telinga. Sebelah kiri ok, sebelah kanan, ada nampak merah-merah. Melopong aku tengok skrin tu bila doktor suluh. Jakun katakan. Nasib xde taik telinge. Nurse cakap, ni dah korek-korek sangat la ni, sampai kulit telinga dah masuk ke belakang. n doktor sambung, nampak tak nanah tu. Gerun tengok nanah tu.then doktor cakap dah nak sampai ke gegedang. "kita sucking ye"

saya mula terbeliak bijik mata.dan terus tanya :
saya : macam mana tu doktor
dr : kita guna alat utk hisap keluar nanah tu. 
saya : (panik) sakit tak?
dr : erm, tak sakit..tapi kurang selesa sikit la.

Proses keluarkan nanah dimulakan.. Saya fokus kat skrin tu tengok apa jadi. Habis alat tu menyedut nanah yang belum pecah. Nampak kulit-kulit tersiat. Wauu..ajaib..jakun lagi. hahhaa.. tapi serius tak sakit pun. Cuma bila alat tu dikeluarkan saya jadi pening. Doktor cakap itu perkara biasa, sebab telinga mengawal keseimbangan badan. Saya iyekan aje sebab dah pening-pening. Dah selesai semua, doktor terangkan ubat yang akn saya ambil di farmasi, ape perlu saya buat semasa nak ambil air sembahyang dan mandi agak infection tu tak berulang. 

Doktor sempat juga pesan, jangan korek telinga, korek luar-luar n tepi-tepi je. Jangan nak korek dalam-dalam dan guna besi. Akibatnya begitulah yang akan jadi dalam telinga tu nanti. Terkena batang idung sebab aku suka korek telinga dalam-dalam n pakai besi. Hahaha..best siot..tambah-tambah time telinga gatal. So, kawan-kawan sila jaga la apa yang kita ada, jangan dah hilang baru menyesal. Ni telinga kurang dengar sikit ni dah mula gelabah tak tentu pasal. Apatah lagi yang teruk. Nauzubillah. 

Sekian.

4 comments:

Syuhairah Anuar said...

hye dear
syuha dlu pun ms 6wks preggy kna fungus dlm telinga. Doc ckp bnd yang sama..suka sgt korek telinga.Memula pg hospital serdang, doc x bg ape2 ubat sbb ms tue pregnant awl lg. dia cuci je.Then lps cuci x smp smgu skt lg..pg swasta..dia cuci keluar la fungus2 tue lg banyak.EEe.... doc kat private tue bg ubat titik pain killer n antibiotic.dia kate seswai utk ibu yg pregnant. Syuha just amek ubat titik. Tapi rase menyesal sgt sbb amek ubat. Nak salahkan ubat tak blh jgk.Maybe da takde rezeki syuha nak jadi ibu lg. =)

suSueEmiMie said...

syuha.. setahu sy doc ckp aritu.. antibiotik mmg ade yg ssuai utk ibu mngandung.. but pain killer mmg xblh.. yela.. myb blm rezki syuha.. sy doakn ade rezki awk nk jd mummy pasni.. aminn

Diela Zaimi said...

emm samalah dgn adik org...baru2 ni kena infection gak...dia ni mmg gila korek telinga...rupanya dah bernanah kat gegendang telinga...nasib x pecah...kalo pecah mmg pekak sebelah la...doc just bg ubat titik utk kecutkan nanah...skrg tak sure lg dh baik ke belum...ngeri bila tgk...

suSueEmiMie said...

tulh diela.. risau sue.. ni pun blm baik2 lg.. doc ckp yg ssh sbb su preggy.. klo x bg je antibiotik yg kuat skit.. cptlh baik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...