Tuesday, March 1, 2011

~Choosing Only The Freshest ~

Assalamualaikum kawan-kawan..

Yeahh, today is tuesday, so, sangat sinonim dengan pasar tani atau pasar malam kat Kinrara 4 nih. Dan kebanyakkan kita yang raja-raja di dapur (isteri-isteri yg tersangat pro memasak) suka la bershopping-moping barang basah kat pasar cam ginih.

So, kepada kamu-kamu yang baru nak berangan nak jadi raja di dapur ni seperti aku (masih terkial-kial nak masak), aku nak share le tentang cara nak memilih barang basah yang paling segar. Serius aku cakap, aku masih kurang mahir dalam memilih barang basah yang segar bugar. Bila beli nampak cam ok, bile balik je rumah, mata ikan-ikan tu dah bertukar jadi mata naga. Tapi tips nak memilih ni aku dapat dlm buku panduan daripada Nutrition Society of Malaysia. ok, pertama :

1. Ikan :


- ikan perlu berbau segar dan bukannya hanyir atau masam.
- mata ikan perlu jernih dan tersembul sedikit. (selalu guna tips nih, tp balik umah je, merah gak mata ikan tu jdnya..ke sbb ikan tu sedih meninggalkan kawan-kawannya).
- badan ikan sepatutnya berisi padat, berkilat dan mempunyai INSANG berwarna MERAH TERANG.
- Isi ikan segar akan bersifat KENYAL apabila DITEKAN.


2. Ayam atau Itik :


- Belilah daging ayam yang mempunyai rupa dan warna yang sihat.
- Pilih ayam atau itik (seekor) yg badan berisi, mempunyai kulit yg kelihatan cantik dan tiada luka, lebam atau tulang yg patah.
- pastikan dagingnya sejuk apabila disentuh.


3. Daging :


- Daging yg dipilih berwarna merah, lembut dan berjus.
- periksa pembungkusan supaya bebas dari lembapan atau lubang.


4. Sayur-sayuran :


- Pilihlah sayur-sayuran yg berwarna terang, berwarna jelas dan rangup.
- elakkan sayuran yg mempunyai tanda-tanda menjadi busuk, lebam atau rosak.
- Beli sayur-sayuran yg mencukupi utk 2-4 hari shj bg memastikan ia kekal segar pd hr yg terakhir.
- jgn beli hasil pertanian yg rosak walaupun dijual dgn harga yg plg rendah.


5. Buah-buahan :


- Jgn beli buah-buahan yg terlalu/belum masak atau yg lebam, kulit berlubang, busuk, berkulat dan berbau.
- pilih warna dan tekstur yg baik dan bukannya terlalu kecut dan kering.
- beli mengikut musim utk mendapatkan buah-buahan yg lbh segar.

Ok, kawan-kawan itu sahaja yup. Mungkin ramai yg dah tahu, tapi yg masih tak tahu boleh lah pakai tips nih. So,petang ni bersenang hati lah aku bawak senarai cara-cara nak pilih ikan yg segar bugar. Kih3..sekian....


5 comments:

Lizzie Yasmin said...

ha kau,,. petua orang dapur.. aku beli barang basah main amik jer. tak pernah pun check bagai.. nmpak cantik terus sebat.. hehehe

suSuEmIMiE said...

lizzie: i pn main sebat je..padahnye, blk2 tgk aym cm luka2, ade l3bam2..ikan sah2 b'tukar jd naga..kih3

khaltamarplus.com said...

Hadis nabi ada sebut pasal cara nabi, makan makanan fresh dalam keadaan asal, bukan makanan proses. Juga nabi tak campur bahan-bahan (makanan) sesuka hati.

ieda said...

lamanya x singgah sini dikkk
kemana menghilang ..

ermm memang kena hati2 kan :)

suSuEmIMiE said...

khaltamarplus: Hum, sama2 kita amlkan sunnah nabi tu..tq..

k.ieda : xde idea nk updte blog kak...heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...