Monday, March 7, 2011

~ Bila si anggun bercakap pasal bola ~

Malam tadi, aku ikut en.suami melayan bola di kedai tomyam puncak jalil bersama-sama kawannya Adam, Odeng, Lai dan Azmir. Seramai-ramai orang kat kedai tu hanya 3 ketul je yang menyokong MU termasuk aku dan seorang uncle tu bersama anak lelakinya. Yang lainnya bersorak sakan dengan Liverpool. Huh..

Humm, sungguh keciwa bila malam tadi MU kalah 3-1 dengan Liverpool. Nak cakap aku ni peminat tegar MU tak delah sangat. Tapi aku ni kalo tengok bola, sure aku akan sokong team yang lmbt gol. Macam malam tadi, Liverpool gol dulu, so aku akan bersemangat menyokong MU. tapi if MU gol dulu, sure aku akan sokong Liverpool. Kalau dua-dua tak gol camane lah plak yer? itulah, Pelik tapi benar. Tapi..Itulah aku.

Mana-mana team yang aku tengok begitulah gaya aku. Tak macam sesetengah orang tu memang minat melampau dengan team masing-masing. Contohnya adik lelaki aku. Huh, dia tu memang hantu MU. Mana-mana pun ade MU, sampai kat kereta mak aku pun dia tampalkan stiker club MU. Tapi untuk aku, satu team yang memang terpahat dihatiku ialah MALAYSIA… wowowow, bersikap patriotik beb. Sampai gaduh-gaduh dengan adik aku. Adik aku tu antara pengkritik hebat utk team Malaysia sampai aku penah halau dia ke England. Ambik kau betapa patriotiknya aku.

Tapi, bila aku sebut pasal bola, mak aku akan cakap tak sopan pempuan tengok bola. Tak ayu lah kot baginya, Risau anak kesayangan dia ni hilang kelembutan. Sampai aku ikut en.suami main futsal pun dia bising-bising.

Yang aku naik herannye, bila mak aku tengok bola, boleh la plak. Hebat kan mak aku tu. Dia tu kenegerian sikit, team dia tengok hanya Terengganu (liga Malaysia beb) dan berjiwa sangat patriotik bila dia bagi sokongan padu kat team Malaysia. Kalo mak aku tengok bola, humm, korang leh nampak kakinya pun terkial-kial cam nak sepak bola. If kakinya tu luka terkena apa-apa ke pun aku rase dia tak sedar. Comelkan mak aku tu. Humm, maybe dia rasa dirinya tidak sopan sebegitu, menjadi puncanya dia tak bagi anak pempuannya yang ni melayan bola. Hi3.. Dia bertambah risau bila my best friend (Nor a.k.a Teh) sekarang ni sedang aktif berfutsal di putrajaya. Cayalah kau Nor. Tunggu aku datang bagi sokongan untuk tournament kau nanti, hahahah

Tapi kalau di tengok, diperhati dan diintai betul-betul dah ramai pun perempuan-perempuan yang minat bola dan tahu pasal bola termasuk si Fara Fauzana tu yang fanatic dengan MU, tapi sekarang dia agak fanatic dengan real Madrid kot sebab si heronya ada di sana. Siapa???..CR lor.

Pada aku menyokong or menonton or meminati bola dalam kalangan si anggun-aggun ni tak salah pun . So, teruskan sokongan anda yer. Untuk mak I yang comel-comel ayu tu, jangan risau la, anak ma ni tak pernah lagi sepak bola dipadang bola or court futsal . Hanya sekadar menonton dan meminati sahaja. Sekian Wassalam.


3 comments:

zuezul said...

eh,sue bukan sokong team kelantan and terengganu ke?hehehe...

suSuEmIMiE said...

hahaha...zue, team tu su krg tgk skit..kih3...

asfira aminuddin said...

haha. i sokong liverpool! hihi. abg2 i pun sama! sokong kuat gile dg manu. bila manu kalah, tak cakap sehari. haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...